Dasar Program Pembangun

(berkuat kuasa 31 Mei 2024, melainkan dinyatakan sebaliknya)

Mari bina sumber apl dan permainan yang paling dipercayai di dunia

Inovasi andalah yang mendorong kejayaan yang kita kongsi ini, namun jangan lupa akan tanggungjawabnya. Dasar Program Pembangun ini serta Perjanjian Pengedaran Pembangun, memastikan kita terus bersama-sama menyampaikan apl yang paling inovatif dan dipercayai di dunia kepada lebih satu bilion orang melalui Google Play. Kami mengundang anda untuk membaca dasar kami dengan lebih lanjut di bawah ini.

Kandungan Terhad

Orang ramai dari seluruh dunia menggunakan Google Play untuk mengakses apl dan permainan setiap hari. Sebelum menyerahkan apl, tanya diri anda sama ada apl anda itu sesuai untuk Google Play dan mematuhi undang-undang tempatan.

Ancaman terhadap Kanak-kanak

Apl yang tidak melarang pengguna daripada membuat, memuat naik atau mengedar kandungan yang memudahkan eksploitasi atau penyalahgunaan kanak-kanak akan tertakluk pada pengalihan keluar serta merta daripada Google Play. Hal ini termasuk semua bahan penderaan seksual kanak-kanak. Untuk melaporkan kandungan pada produk Google yang mungkin mengeksploitasi kanak-kanak, klik Laporkan penyalahgunaan. Jika anda menemukan kandungan di tempat lain di Internet, sila berhubung terus dengan agensi yang berkenaan di negara anda

Kami melarang penggunaan apl yang membahayakan kanak-kanak. Hal ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada penggunaan apl untuk menggalakkan gelagat mencari mangsa terhadap kanak-kanak seperti:

  • Interaksi yang tidak sesuai yang disasarkan pada kanak-kanak (contohnya, meraba atau membelai).
  • Antun seksual kanak-kanak (contohnya berbaik-baik dengan kanak-kanak secara dalam talian untuk memudahkan hubungan seksual dan/atau bertukar-tukar imej seksual dengan kanak-kanak itu, secara dalam talian atau luar talian).
  • Penseksualan kanak-kanak bawah umur (contohnya, imej yang menggambarkan, mendorong atau menggalakkan penderaan seksual kanak-kanak atau penggambaran kanak-kanak dengan cara yang boleh mengakibatkan eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak).
  • Pemerasan seksual (contohnya, mengancam atau memeras ugut kanak-kanak menggunakan akses sebenar atau akses yang didakwa kepada imej kanak-kanak yang terlalu peribadi).
  • Pemerdagangan kanak-kanak (contohnya, pengiklanan atau pengumpanan kanak-kanak untuk eksploitasi seksual komersial).

Kami akan mengambil tindakan yang sewajarnya, yang mungkin termasuk melaporkan kepada National Center for Missing & Exploited Children jika kami mengetahui terdapat kandungan yang mengandungi bahan penderaan seksual kanak-kanak. Jika anda percaya terdapat kanak-kanak dalam bahaya atau yang telah mengalami penderaan, eksploitasi atau diperdagangkan, sila hubungi penguatkuasaan undang-undang tempatan anda dan hubungi organisasi keselamatan kanak-kanak yang disenaraikan di sini.

Di samping itu, kami tidak membenarkan apl yang menarik perhatian kanak-kanak tetapi mengandungi tema dewasa, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  • Apl yang mengandungi keganasan yang keterlaluan, darah dan keganasan.
  • Apl yang menggambarkan atau menggalakkan aktiviti yang memudaratkan dan berbahaya.

Kami juga tidak membenarkan apl yang mempromosikan imej badan atau diri yang negatif termasuk apl yang menggambarkan, untuk tujuan hiburan, pembedahan plastik, penurunan berat badan, dan pengubahan kosmetik lain terhadap penampilan fizikal seseorang.


Kandungan Tidak Sesuai

Untuk memastikan Google Play kekal sebagai platform yang selamat dan dihormati, kami telah menghasilkan piawaian yang mentakrifkan dan melarang kandungan yang berbahaya atau tidak sesuai untuk pengguna kami.

Kandungan Seksual dan Tidak Senonoh

Kami tidak membenarkan apl yang mengandungi atau mempromosikan kandungan seks atau kata-kata cabul, termasuk pornografi, atau apa-apa kandungan atau perkhidmatan yang bertujuan untuk memberikan nikmat seksual. Kami tidak membenarkan apl atau kandungan apl yang kelihatan seperti mempromosikan atau meminta perlakuan seks sebagai pertukaran untuk pampasan. Kami tidak membenarkan apl yang mengandungi atau mempromosikan kandungan yang berkaitan dengan gelagat mencari mangsa berunsur seks atau mengedarkan kandungan seks tanpa persetujuan. Kandungan yang mengandungi kebogelan mungkin dibenarkan jika tujuan utama kandungan tersebut adalah untuk pendidikan, dokumentari, saintifik atau kesenian, dan bukan untuk memberikan nikmat seksual.

Apl katalog—apl yang menyenaraikan tajuk buku/video sebagai sebahagian daripada katalog kandungan yang lebih luas—boleh mengedarkan buku (termasuk e-buku dan buku audio) atau tajuk video yang mengandungi kandungan seks dengan syarat keperluan yang berikut dipenuhi:

  • Tajuk buku/video yang mengandungi kandungan seks mewakili sebahagian kecil daripada keseluruhan katalog apl
  • Apl tidak mempromosikan secara aktif tajuk buku/video yang mengandungi kandungan seks. Tajuk ini masih boleh dipaparkan dalam syor berdasarkan sejarah pengguna atau semasa promosi harga umum. 
  • Apl tidak mengedarkan sebarang tajuk buku/video yang mengandungi kandungan ancaman terhadap kanak-kanak, pornografi, atau mana-mana kandungan seks lain yang ditakrifkan sebagai menyalahi undang-undang oleh undang-undang yang bersesuaian
  • Apl melindungi pengguna bawah umur dengan menyekat akses kepada tajuk buku/video yang mengandungi kandungan seks

Jika apl mengandungi kandungan yang melanggar dasar ini tetapi kandungan tersebut dianggap sesuai di rantau tertentu, apl tersebut mungkin tersedia untuk pengguna di rantau tersebut, tetapi tetap tidak tersedia kepada pengguna di rantau lain.

Untuk memastikan Google Play kekal sebagai platform yang selamat dan dihormati, kami telah menghasilkan piawaian yang mentakrifkan dan melarang kandungan yang berbahaya atau tidak sesuai untuk pengguna kami.
  • Gambaran kebogelan yang bersifat seksual, atau lagak gaya tidak senonoh yang berunsur seks yang menunjukkan subjek berbogel, dikaburkan atau memakai pakaian yang menutup kemaluan sahaja, dan/atau yang menunjukkan subjek memakai pakaian yang tidak boleh diterima dalam konteks umum yang sesuai.
  • Gambaran, animasi atau ilustrasi aksi seks, atau lagak gaya tidak senonoh yang berunsur seks atau gambaran berunsur seksual bagi anggota badan.
  • Kandungan yang menggambarkan atau yang merupakan sesuatu yang berfungsi sebagai alat bantu seks, panduan seks, tema serta fetisy seks yang menyalahi undang-undang.
  • Kandungan yang lucah atau cabul - termasuk tetapi tidak terhad kepada kandungan yang mungkin mengandungi kata-kata cabul, penghinaan, teks eksplisit, kata kunci dewasa/berunsur seksual dalam penyenaraian gedung atau dalam apl.
  • Kandungan yang menggambarkan, menerangkan atau menggalakkan berahi binatang.
  • Apl yang mempromosikan hiburan berkaitan seks, khidmat teman sosial atau perkhidmatan lain yang boleh ditafsirkan sebagai menyediakan atau meminta perlakuan seks sebagai pertukaran untuk pampasan, termasuk tetapi tidak terhad kepada dating berganjaran atau aturan seksual dengan seorang peserta yang dijangka atau secara tersirat memberikan wang, hadiah atau sokongan kewangan kepada peserta lain ("sugar dating").
  • Apl yang merendahkan martabat orang atau memperlakukan orang sebagai objek, seperti apl yang didakwa menanggalkan pakaian orang atau pakaian jarang, walaupun dilabelkan sebagai apl usikan atau hiburan. 
  •  Kandungan atau gelagat yang cuba mengugut atau mengeksploitasi orang secara seksual, seperti gambar tidak senonoh yang diambil secara curi-curi, kamera tersembunyi, kandungan seks tanpa persetujuan yang dibuat melalui teknik palsu tulen atau teknologi yang serupa atau kandungan berunsur serangan.

Pertuturan Berunsur Kebencian

Kami tidak membenarkan apl yang menggalakkan keganasan, atau menghasut kebencian terhadap individu atau kumpulan berdasarkan bangsa atau asal etnik, agama, kecacatan, umur, kewarganegaraan, status veteran, orientasi seksual, jantina, identiti jantina, kasta, status imigresen atau sebarang sifat lain yang dikaitkan dengan diskriminasi atau keterpinggiran sistemik.

Apl yang terdapat kandungan EDSA (Pendidikan, Dokumentari, Saintifik atau Seni) yang berkaitan dengan Nazi mungkin disekat di negara-negara tertentu, menurut undang-undang dan peraturan tempatan.

Untuk memastikan Google Play kekal sebagai platform yang selamat dan dihormati, kami telah menghasilkan piawaian yang mentakrifkan dan melarang kandungan yang berbahaya atau tidak sesuai untuk pengguna kami.
  • Kandungan atau pertuturan yang menegaskan bahawa kumpulan yang dilindungi tidak berperikemanusiaan, rendah martabatnya atau layak dibenci.
  • Apl yang mengandungi penghinaan berunsur kebencian, stereotaip, atau teori tentang kumpulan yang dilindungi mempunyai ciri negatif (misalnya berniat jahat, terlibat dengan rasuah, jahat, dll.), atau secara tersurat atau tersirat mendakwa bahawa kumpulan itu merupakan satu ancaman.
  • Kandungan atau ucapan yang cuba menggalakkan orang lain mempercayai bahawa orang harus dibenci atau didiskriminasikan kerana mereka menganggotai kumpulan yang dilindungi.
  • Kandungan yang mempromosikan simbol kebencian seperti bendera, simbol, tanda kebesaran, perlengkapan atau tingkah laku yang berkaitan dengan kumpulan kebencian.

Keganasan

Kami tidak membenarkan apl yang menggambarkan atau memudahkan keganasan yang tidak sepatutnya dilakukan atau aktiviti berbahaya yang lain. Apl yang menggambarkan keganasan fiksyen dalam konteks permainan, seperti kartun, memburu atau memancing, secara umumnya dibenarkan. 
 
Untuk memastikan Google Play kekal sebagai platform yang selamat dan dihormati, kami telah menghasilkan piawaian yang mentakrifkan dan melarang kandungan yang berbahaya atau tidak sesuai untuk pengguna kami.
  • Gambaran atau perihalan grafik tentang keganasan realistik atau ancaman keganasan terhadap mana-mana orang atau haiwan.
  • Apl yang menggalakkan kemudaratan diri, bunuh diri, gangguan makan, permainan menjerut atau tindakan lain yang mungkin mengakibatkan kecederaan yang serius atau kematian.

Faham Pelampau yang Ganas

Kami tidak membenarkan organisasi pengganas, atau organisasi atau gerakan berbahaya lain yang telah terlibat dalam, melakukan persediaan untuk, atau mendakwa bertanggungjawab atas tindakan keganasan terhadap orang awam menerbitkan apl pada Google Play untuk sebarang tujuan, termasuk perekrutan.

Kami tidak membenarkan apl dengan kandungan yang berkaitan dengan faham pelampau yang ganas, atau kandungan yang berkaitan dengan perancangan, persediaan atau pengagungan keganasan terhadap orang awam, seperti kandungan yang menggalakkan tindakan pengganas, menghasut keganasan, atau meraikan serangan pengganas. Jika anda menyiarkan kandungan yang berkaitan dengan faham pelampau yang ganas untuk tujuan pendidikan, dokumentari, saintifik, atau kesenian, sila berikan konteks EDSA yang berkaitan.

Peristiwa Sensitif

Kami tidak membenarkan apl yang mengambil kesempatan atas, atau tidak sensitif terhadap peristiwa sensitif dengan kesan sosial, budaya atau politik yang jelas seperti kecemasan sivil, bencana alam, kecemasan kesihatan umum, konflik, kematian atau peristiwa tragik lain. Apl yang terdapat kandungan yang berkaitan dengan peristiwa sensitif secara umumnya dibenarkan jika kandungan tersebut mempunyai nilai EDSA (Pendidikan, Dokumentari, Saintifik, atau Seni) atau berniat untuk memaklumi pengguna atau meningkatkan kesedaran tentang peristiwa sensitif tersebut. 
Untuk memastikan Google Play kekal sebagai platform yang selamat dan dihormati, kami telah menghasilkan piawaian yang mentakrifkan dan melarang kandungan yang berbahaya atau tidak sesuai untuk pengguna kami.
  • Kurang peka dengan kematian seseorang atau sekumpulan orang kerana membunuh diri, mengambil ubat secara berlebihan, kematian semula jadi, dll.
  • Menafikan kejadian peristiwa tragik yang besar yang didokumenkan dengan baik.
  • Kelihatan mendapat keuntungan daripada peristiwa sensitif tanpa faedah yang jelas kepada mangsa.

Buli dan Gangguan

Kami tidak membenarkan apl yang mengandungi atau memudahkan ancaman, gangguan atau buli.
Untuk memastikan Google Play kekal sebagai platform yang selamat dan dihormati, kami telah menghasilkan piawaian yang mentakrifkan dan melarang kandungan yang berbahaya atau tidak sesuai untuk pengguna kami.
  • Membuli mangsa konflik antarabangsa atau agama.
  • Kandungan yang bertujuan mengeksploitasi orang lain, termasuk pemerasan, peras ugut, dll.
  • Menyiarkan kandungan untuk mengaibkan seseorang secara terbuka.
  • Mengganggu mangsa peristiwa tragik atau rakan dan keluarga mereka.

Produk Berbahaya

Kami tidak membenarkan apl yang memudahkan penjualan bahan letupan, senjata api, peluru atau aksesori senjata api tertentu.

  • Aksesori terhad termasuk aksesori yang membolehkan senjata api menyelaku tembakan automatik atau menukarkan senjata api kepada tembakan automatik (contohnya 'bump stock', pemicu gatling, 'drop-in auto sears', kit penukaran), dan lelopak peluru atau tali pinggang yang memuatkan peluru untuk lebih 30 kali tembakan.

Kami tidak membenarkan apl yang menyediakan arahan untuk penghasilan bahan letupan, senjata api, peluru, aksesori senjata api yang terhad, atau senjata lain. Ini termasuk arahan tentang cara menukar senjata api kepada keupayaan menembak automatik atau simulasi automatik.

Ganja

Kami tidak membenarkan apl yang memudahkan penjualan ganja atau produk ganja, tanpa mengira kesahan penjualan itu.
Untuk memastikan Google Play kekal sebagai platform yang selamat dan dihormati, kami telah menghasilkan piawaian yang mentakrifkan dan melarang kandungan yang berbahaya atau tidak sesuai untuk pengguna kami.
  • Membolehkan pengguna memesan ganja melalui ciri troli beli-belah dalam apl.
  • Membantu pengguna mengatur penghantaran atau pengambilan ganja.
  • Memudahkan penjualan produk yang mengandungi THC (Tetrahidrokanabinol), termasuk produk seperti minyak CBD yang mengandungi THC.

Tembakau dan Alkohol

Kami tidak membenarkan apl yang memudahkan penjualan tembakau (termasuk e-rokok dan pen vape) atau menggalakkan penggunaan alkohol atau tembakau yang menyalahi undang-undang atau tidak sesuai.
Maklumat tambahan
  • Menggambarkan atau menggalakkan penggunaan atau penjualan arak atau tembakau kepada golongan bawah umur adalah tidak dibenarkan.
  • Menyatakan secara tersirat bahawa penggunaan tembakau dapat meningkatkan prestasi sosial, seksual, profesional, intelektual atau kesukanan adalah tidak dibenarkan.
  • Menggambarkan perbuatan minum arak secara berlebihan sebagai sesuatu yang positif, termasuk gambaran yang menggalakkan pengambilan arak secara berlebihan, minum mengikut nafsu atau pertandingan minum arak adalah tidak dibenarkan.
  • Mengiklankan, mempromosikan atau menampilkan produk tembakau secara ketara (termasuk iklan, sepanduk, kategori dan pautan keluar kepada laman yang menjual tembakau) adalah tidak dibenarkan.
  • Kami mungkin membenarkan penjualan produk tembakau secara terhad pada apl penghantaran makanan/barang runcit, di wilayah tertentu, tertakluk pada pengesahan umur dan perlindungan (seperti pemeriksaan ID semasa penghantaran).

Perkhidmatan Kewangan

Kami tidak membenarkan apl yang mendedahkan pengguna kepada produk dan perkhidmatan kewangan yang menipu atau memudaratkan.

Untuk tujuan dasar ini, kami menganggap produk dan perkhidmatan kewangan sebagai yang berkaitan dengan pengurusan atau pelaburan wang serta mata wang kripto, termasuk nasihat yang diperibadikan.

Jika apl anda mengandungi atau mempromosikan produk dan perkhidmatan kewangan, anda perlu mematuhi peraturan negeri dan setempat bagi mana-mana rantau atau negara yang disasarkan oleh apl anda—sebagai contoh, menyertakan pendedahan khusus yang dikehendaki oleh undang-undang setempat.

Apl yang mengandungi ciri kewangan mestilah melengkapkan Borang Pengisytiharan Ciri Kewangan dalam Play Console.

Opsyen Binari

Kami tidak membenarkan apl yang memberi pengguna keupayaan untuk memperdagangkan opsyen binari.

Pinjaman peribadi

Kami mentakrifkan pinjaman peribadi sebagai peminjaman wang daripada individu, organisasi, atau entiti kepada pengguna individu secara tidak berulang, dan bukan bagi tujuan pembiayaan pembelian aset tetap atau pendidikan. Pengguna pinjaman peribadi memerlukan maklumat tentang kualiti, ciri-ciri, yuran, jadual pembayaran balik, risiko, dan manfaat produk pinjaman untuk membuat keputusan termaklum sama ada hendak mengambil pinjaman atau tidak.

  • Contoh: Pinjaman peribadi, pinjaman hari gaji, pinjaman rakan setara, pinjaman hak milik
  • Contoh tidak termasuk: Gadai janji, pinjaman kereta, sumber kredit pusingan (seperti kad kredit, sumber kredit peribadi)

Apl yang menyediakan pinjaman peribadi, termasuk tetapi tidak terhad kepada apl yang menawarkan pinjaman secara langsung, penjana prospek dan apl yang menghubungkan pengguna dengan pemberi pinjaman pihak ketiga, mestilah menetapkan Kategori Apl kepada “Kewangan” dalam Play Console dan mendedahkan maklumat yang berikut dalam metadata apl:

  • Tempoh minimum dan maksimum untuk pembayaran balik
  • Kadar Peratusan Tahunan (APR) maksimum, yang secara amnya merangkumi kadar faedah serta yuran dan kos-kos lain selama setahun, atau kadar lain yang serupa, yang dikira secara tekal dengan undang-undang tempatan
  • Contoh yang biasa untuk jumlah kos pinjaman, termasuk prinsipal dan semua yuran yang berkaitan
  • Dasar privasi yang mendedahkan akses, pengumpulan, penggunaan dan perkongsian data pengguna yang bersifat peribadi dan sensitif secara menyeluruh, tertakluk pada sekatan yang digariskan dalam dasar ini

Kami tidak membenarkan apl yang mempromosikan pinjaman peribadi yang menghendaki pembayaran balik penuh dibuat dalam tempoh tidak melebihi 60 hari dari tarikh pinjaman itu dikeluarkan (kami merujuk pinjaman sebegini sebagai "pinjaman peribadi jangka pendek").

Pengecualian kepada dasar ini akan dipertimbangkan bagi apl pinjaman peribadi yang beroperasi di negara yang menguatkuasakan peraturan khusus yang membenarkan secara jelas amalan peminjaman jangka pendek seumpamanya di bawah rangka kerja undang-undang yang ditetapkan. Dalam kes yang jarang-jarang berlaku ini, pengecualian akan dinilai menurut undang-undang dan garis panduan kawal selia tempatan yang bersesuaian bagi negara tersebut.

Akaun pembangun anda dengan sebarang lesen atau dokumentasi yang diberikan mestilah dapat dihubungkan untuk membuktikan keupayaan anda menyediakan pinjaman peribadi. Kami mungkin akan meminta maklumat atau dokumen tambahan untuk mengesahkan bahawa akaun anda mematuhi semua undang-undang dan peraturan tempatan.

Apl pinjaman peribadi, apl dengan tujuan utama untuk memudahkan akses kepada pinjaman peribadi (sebagai contoh, penjana prospek atau pemudah cara), atau apl pinjaman sampingan (kalkulator pinjaman, panduan pinjaman, dsb.) dilarang mengakses data sensitif seperti foto dan kenalan. Kebenaran yang berikut adalah dilarang:

  • Read_external_storage
  • Read_media_images
  • Read_contacts
  • Access_fine_location
  • Read_phone_numbers
  • Read_media_videos
  • Query_all_packages
  • Write_external_storage

Apl yang menggunakan maklumat sensitif atau API tertakluk pada sekatan dan keperluan tambahan. Sila lihat dasar Kebenaran untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Pinjaman peribadi APR tinggi

Di Amerika Syarikat, kami tidak membenarkan apl untuk pinjaman peribadi yang menawarkan Kadar Peratusan Tahunan (APR) 36% atau ke atas. Apl untuk pinjaman peribadi di Amerika Syarikat mestilah memaparkan APR maksimum, yang dikira secara tekal dengan Truth in Lending Act (TILA) (Akta Kebenaran dalam Pinjaman).

Dasar ini digunakan pada apl yang menawarkan pinjaman secara langsung, penjana prospek dan apl yang menghubungkan pengguna dengan pemberi pinjaman pihak ketiga.

Keperluan khusus negara

Apl pinjaman peribadi yang menyasarkan negara yang disenaraikan perlu mematuhi keperluan tambahan dan memberikan dokumentasi tambahan sebagai sebahagian daripada pengisytiharan Ciri Kewangan dalam Play Console. Apabila diminta oleh Google Play, anda mestilah memberikan maklumat atau dokumen tambahan yang berkaitan dengan pematuhan anda terhadap keperluan kawal selia dan pelesenan yang dapat dikenakan.

  1. India
    • Jika anda dilesenkan oleh Reserve Bank of India (RBI) untuk memberikan pinjaman peribadi, anda perlu menyerahkan salinan lesen anda untuk semakan kami.
    • Jika anda tidak terlibat secara langsung dalam aktiviti peminjaman wang dan hanya menyediakan platform untuk memudahkan peminjaman wang oleh Syarikat Kewangan Bukan Perbankan (NBFC) berdaftar atau bank kepada pengguna, anda perlu menggambarkan perkara ini dalam pengisytiharan dengan tepat.
      • Di samping itu, nama semua NBFC dan bank berdaftar mestilah didedahkan dengan jelas dalam perihalan apl anda.
  2. Indonesia
    • Jika apl anda terlibat dalam aktiviti Perkhidmatan Peminjaman Wang Berdasarkan Teknologi Maklumat menurut Peraturan OJK No. 77/POJK.01/2016 (mungkin akan dipinda dari semasa ke semasa), anda perlu menyerahkan salinan lesen anda yang sah untuk semakan kami.
  3. Filipina
    • Semua syarikat pembiayaan dan peminjaman yang menawarkan pinjaman melalui Platform Peminjaman Dalam Talian (OLP) perlu mendapatkan Nombor Pendaftaran SEC dan Nombor Sijil Keizinan (CA) daripada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Filipina (PSEC).
      • Di samping itu, anda mestilah mendedahkan Nama Korporat, Nama Perniagaan, Nombor Pendaftaran PSEC dan Sijil Keizinan untuk Mengoperasikan Syarikat Pembiayaan/Pinjaman (CA) dalam perihalan apl anda.
    • Apl yang terlibat dalam aktiviti pendanaan ramai berdasarkan peminjaman, seperti peminjaman rakan ke rakan (P2P), atau yang ditakrifkan di bawah Kaedah dan Peraturan Pentadbiran Pendanaan Ramai (Peraturan CF), mesti memproses transaksi melalui Perantaraan CF Berdaftar PSEC.
  4. Nigeria
    • Pemberi Pinjaman Wang Digital (DML) perlu mematuhi dan melengkapkan RANGKA KERJA PENGAWALSELIAAN SEMENTARA TERHAD/PENDAFTARAN DAN GARIS PANDUAN UNTUK PEMINJAMAN DIGITAL, 2022 (yang boleh dipinda dari semasa ke semasa) oleh Suruhanjaya Persaingan dan Perlindungan Pengguna Persekutuan (FCCPC) Nigeria dan memperoleh surat kelulusan yang boleh disahkan daripada FCCPC.
    • Pengagregat Pinjaman perlu memberikan dokumentasi dan/atau pensijilan untuk perkhidmatan pemberian pinjaman digital dan butiran hubungan untuk setiap DML yang bekerjasama.
  5. Kenya
    • Pembekal Kredit Digital (DCP) hendaklah melengkapkan proses pendaftaran DCP dan memperoleh lesen daripada Bank Pusat Kenya (CBK). Anda mesti memberikan salinan lesen daripada CBK sebagai sebahagian daripada pengisytiharan anda.
    • Jika anda tidak terlibat secara langsung dalam aktiviti peminjaman wang dan hanya menyediakan platform untuk memudahkan peminjaman wang oleh DCP berdaftar kepada pengguna, anda perlu menggambarkan perkara ini dalam pengisytiharan dengan tepat dan memberikan salinan lesen DCP rakan kongsi anda masing-masing.
    • Pada masa ini, kami hanya menerima pengisytiharan dan lesen daripada entiti yang diterbitkan di bawah Direktori Pembekal Kredit Digital pada laman web rasmi CBK.
  6. Pakistan
    • Setiap pemberi pinjaman yang merupakan Syarikat Kewangan Bukan Perbankan (NBFC) hanya boleh menerbitkan satu Apl Pinjaman Digital (DLA). Pembangun yang cuba menerbitkan lebih daripada satu DLA bagi setiap NBFC menghadapi risiko penamatan akaun pembangun mereka dan sebarang akaun lain yang berkaitan.
    • Anda perlu menyerahkan bukti kelulusan daripada SECP untuk menawarkan atau memudahkan perkhidmatan pemberian pinjaman digital di Pakistan.
  7. Thailand
    • Apl pinjaman peribadi yang menyasarkan Thailand, dengan kadar faedah sebanyak atau melebihi 15%, mestilah memperoleh lesen yang sah daripada Bank of Thailand (BoT) atau Kementerian Kewangan (MoF). Pembangun perlu memberikan dokumentasi yang membuktikan keupayaan mereka untuk memberikan atau memudahkan proses permohonan pinjaman peribadi di Thailand. Dokumentasi ini termasuk:
      • Salinan lesen mereka untuk beroperasi sebagai penyedia pinjaman peribadi atau organisasi pembiayaan nano yang dikeluarkan oleh Bank of Thailand.
      • Salinan lesen perniagaan kewangan Pico yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan untuk beroperasi sebagai pemberi pinjaman Pico atau Pico-plus.
Untuk memastikan Google Play kekal sebagai platform yang selamat dan dihormati, kami telah menghasilkan piawaian yang mentakrifkan dan melarang kandungan yang berbahaya atau tidak sesuai untuk pengguna kami.

Perjudian, Permainan dan Pertandingan dengan Wang Sebenar

Kami membenarkan apl perjudian dengan wang sebenar, iklan berkaitan perjudian dengan wang sebenar, program kesetiaan dengan hasil gamifikasi, dan apl sukan fantasi harian yang memenuhi syarat tertentu.

Apl Perjudian

Tertakluk pada sekatan dan pematuhan semua dasar Google Play, kami membenarkan apl yang mendayakan atau memudahkan perjudian dalam talian di negara yang terpilih selagi Pembangun yang melengkapkan proses permohonan untuk apl perjudian yang sedang diedarkan dalam Google Play, merupakan pengendali kerajaan yang diluluskan dan/atau berdaftar sebagai pengendali berlesen dengan pihak berkuasa perjudian kerajaan yang sesuai di negara tertentu dan menyediakan lesen pengendalian yang sah di negara tertentu untuk jenis produk perjudian dalam talian yang mahu ditawarkan oleh mereka. 

Kami hanya membenarkan apl perjudian berlesen yang sah atau yang dibenarkan, yang mempunyai jenis produk perjudian dalam talian yang berikut 

  • Permainan Kasino Dalam Talian
  • Pertaruhan Sukan
  • Lumba Kuda (yang terkawal dan dilesenkan secara berasingan daripada Pertaruhan Sukan)
  • Loteri
  • Sukan Fantasi Harian

Apl yang layak mesti memenuhi syarat yang berikut:

  • Pembangun mesti berjaya melengkapkan proses permohonan untuk membolehkannya mengedarkan apl tersebut melalui Google Play;
  • Apl mesti mematuhi semua undang-undang dan standard industri yang dikuatkuasakan di setiap negara apl ini diedarkan;
  • Pembangun mestilah mempunyai lesen perjudian yang sah untuk setiap negara atau negeri/wilayah yang mengedarkan apl tersebut;
  • Pembangun tidak boleh menawarkan jenis produk perjudian yang melebihi skop lesen perjudian;
  • Apl mestilah menyekat pengguna bawah umur daripada menggunakan apl;
  • Apl mestilah menyekat akses dan penggunaan dari negara, negeri/wilayah, atau kawasan geografi yang tidak terangkum dalam lesen perjudian yang disediakan oleh pembangun;
  • Apl mesti TIDAK boleh dibeli sebagai apl berbayar melalui Google Play, mahupun menggunakan Pengebilan Dalam Apl Google Play;
  • Apl mesti percuma untuk dimuat turun dan dipasang daripada Google Play Store;
  • Apl mesti diberikan rating AO (Dewasa Sahaja) atau rating IARC yang serupa; dan
  • Apl dan penyenaraian apl mestilah memaparkan maklumat tentang perjudian bertanggungjawab dengan jelas.

Apl Permainan, Peraduan dan Kejohanan dengan Wang Sebenar yang lain

Bagi semua apl lain yang tidak memenuhi syarat kelayakan untuk apl perjudian yang dinyatakan di atas dan tidak termasuk dalam “Perintis Permainan Wang Sebenar Lain” yang dinyatakan di bawah, kami tidak membenarkan kandungan atau perkhidmatan yang membolehkan atau memudahkan keupayaan pengguna untuk bertaruh, mempertaruhkan, atau mengambil bahagian menggunakan wang sebenar (termasuk item dalam apl yang dibeli dengan wang) untuk mendapatkan hadiah yang mempunyai nilai di dunia sebenar. Ini termasuklah tetapi tidak terhad kepada, kasino dalam talian, pertaruhan sukan, loteri, dan permainan yang menerima wang dan menawarkan hadiah wang tunai atau nilai dunia sebenar lain (kecuali program yang dibenarkan di bawah syarat Program Kesetiaan Gamifikasi yang diterangkan di bawah).

Contoh pelanggaran

  • Permainan yang menerima wang sebagai pertukaran untuk peluang memenangi hadiah fizikal atau wang
  • Apl yang mempunyai elemen atau ciri navigasi (contohnya, item menu, tab, butang, paparan web dll.) yang menyediakan "seruan tindak" untuk bertaruh, mempertaruhkan, atau mengambil bahagian dalam permainan dengan wang, peraduan, atau kejohanan menggunakan wang sebenar, seperti apl yang menjemput pengguna untuk “BERTARUH!” atau “DAFTAR!” atau "BERTARUNG!" dalam kejohanan untuk merebut peluang bagi memenangi hadiah wang tunai.
  • Apl yang menerima atau mengurus pertaruhan, mata wang dalam apl, kemenangan, atau deposit untuk berjudi atau memperoleh hadiah fizikal atau wang.

Perintis Permainan Wang Sebenar Lain

Kami mungkin akan menjalankan program perintis masa terhad untuk beberapa jenis permainan dengan wang sebenar yang tertentu di rantau yang terpilih dari semasa ke semasa. Untuk mendapatkan butiran, rujuk halaman Pusat Bantuan ini. Program perintis Permainan Kren dalam Talian di Jepun telah tamat pada 11 Julai 2023. Berkuat kuasa pada 12 Julai 2023, apl Permainan Kren dalam Talian boleh disenaraikan pada Google Play secara global tertakluk pada undang-undang yang bersesuaian dan keperluan tertentu.

Program Kesetiaan Gamifikasi

Apabila dibenarkan oleh undang-undang dan tidak tertakluk pada syarat pelesenan perjudian atau permainan tambahan, kami membenarkan program kesetiaan yang memberikan ganjaran kepada pengguna dengan hadiah dunia sebenar atau bersamaan nilai wang, tertakluk pada syarat kelayakan Gedung Play yang berikut.

Untuk semua apl (permainan dan bukan permainan):

  • Manfaat, faedah atau ganjaran program kesetiaan mestilah dengan jelas sebagai tambahan dan subordinat pada mana-mana transaksi pengewangan yang layak dalam apl (transaksi pengewangan mestilah transaksi berasingan yang tulen untuk memberikan barangan atau perkhidmatan yang bebas daripada program kesetiaan) dan mungkin tidak tertakluk pada pembelian atau terikat dengan mana-mana mod tukaran sebaliknya dalam pelanggaran sekatan dasar Perjudian Wang Sebenar, Permainan dan Peraduan.
    • Contohnya, tiada bahagian dalam transaksi pengewangan yang layak boleh mewakili yuran atau pertaruhan untuk menyertai program kesetiaan, dan transaksi pengewangan yang layak mestilah tidak menyebabkan pembelian barangan atau perkhidmatan yang mengatasi harga biasa.

Untuk apl Permainan:

  • Mata atau ganjaran kesetiaan dengan faedah, manfaat atau ganjaran yang dikaitkan dengan transaksi pengewangan yang layak hanya mungkin diberikan dan ditebus berasaskan nisbah tetap, yang nisbah didokumenkan secara menonjol dalam apl dan juga dalam peraturan rasmi untuk program yang boleh didapati oleh orang awam dan perolehan faedah atau nilai penebusan mungkin tidak dipertaruhkan, diberikan atau didukung oleh prestasi permainan atau hasil berasaskan peluang.

Untuk apl bukan Permainan:

  • Mata atau ganjaran kesetiaan mungkin terikat dengan peraduan atau hasil berasaskan peluang jika mata/ganjaran tersebut memenuhi syarat yang dinyatakan di bawah. Program kesetiaan yang mempunyai faedah, manfaat atau ganjaran yang dikaitkan dengan transaksi pengewangan yang layak mestilah:
    • Menerbitkan peraturan rasmi untuk program dalam apl.
    • Untuk program yang melibatkan sistem ganjaran boleh diubah, berasaskan peluang atau rawak: membuat pendedahan dalam peraturan rasmi untuk program 1) kebarangkalian untuk mana-mana program ganjaran yang menggunakan kebarangkalian tetap untuk menentukan ganjaran dan 2) kaedah pemilihan (mis. pemboleh ubah yang digunakan untuk menentukan ganjaran) untuk semua program tersebut yang lain.
    • Mengkhususkan bilangan pemenang tetap, tarikh akhir masukan tetap dan tarikh anugerah hadiah, bagi setiap promosi, dalam peraturan rasmi program yang menawarkan cabutan bertuah atau promosi gaya serupa yang lain.
    • Mendokumenkan mana-mana nisbah tetap untuk mata kesetiaan atau ganjaran kesetiaan akrual dan penebusan yang menonjol dalam apl dan juga dalam peraturan rasmi program.
Jenis apl yang mempunyai program Kesetiaan Ganjaran gamifikasi kesetiaan dan pemboleh ubah Ganjaran kesetiaan berasaskan nisbah/jadual tetap Terma dan Syarat program kesetiaan diperlukan Terma dan syarat mestilah mendedahkan kebarangkalian atau kaedah pemilihan bagi sebarang peluang berasaskan program kesetiaan
Permainan Tidak Dibenarkan Dibenarkan Diperlukan Tidak Berkenaan (Apl permainan tidak dibenarkan untuk merebut peluang berdasarkan elemen dalam program kesetiaan)
Bukan Permainan Dibenarkan Dibenarkan Diperlukan Diperlukan

 

Iklan untuk Perjudian atau Permainan, Peraduan dan Kejohanan dengan Wang Sebenar dalam Apl yang diedarkan oleh Play

Kami membenarkan apl yang mempunyai iklan yang mempromosikan perjudian, permainan, peraduan dan kejohanan dengan wang sebenar jika apl tersebut memenuhi syarat yang berikut:

  • Apl dan iklan (termasuk pengiklan) mesti mematuhi semua undang-undang dan standard industri yang bersesuaian di mana-mana lokasi yang menyiarkan iklan itu;
  • Iklan mestilah mematuhi semua syarat pelesenan iklan tempatan yang terpakai untuk semua produk dan perkhidmatan yang berkaitan perjudian yang sedang dipromosikan;
  • Apl mestilah tidak memaparkan iklan perjudian kepada individu yang diketahui berumur bawah 18 tahun;
  • Apl mestilah tidak didaftarkan dalam program Direka bentuk untuk Keluarga;
  • Apl mestilah tidak menyasarkan individu bawah umur 18 tahun;
  • Jika mengiklankan Apl Perjudian (seperti yang ditakrifkan di atas), iklan mestilah memaparkan maklumat tentang perjudian yang bertanggungjawab pada halaman pendaratan iklan, penyenaraian apl yang diiklankan itu sendiri atau dalam apl tersebut dengan jelas;
  • Apl mestilah tidak menyediakan kandungan simulasi perjudian (mis. apl kasino sosial; apl yang mengandungi mesin slot maya);
  • Apl mestilah tidak menyediakan sokongan perjudian atau permainan, loteri atau kejohanan dengan wang sebenar atau fungsi pengiring (mis. fungsi yang membantu pertaruhan, bayaran, penjejakan skor/kebarangkalian/prestasi sukan atau pengurusan dana penyertaan);
  • Kandungan apl mestilah tidak mempromosikan atau menghalakan pengguna kepada perkhidmatan perjudian atau permainan, loteri atau kejohanan dengan wang sebenar

Hanya apl yang memenuhi semua syarat ini dalam bahagian yang disenaraikan (di atas) boleh memasukkan iklan untuk perjudian atau permainan, loteri atau kejohanan dengan wang sebenar. Apl Perjudian yang Diterima (seperti yang ditakrifkan di atas) atau Apl Sukan Fantasi Harian yang diterima (seperti yang ditakrifkan di bawah) yang memenuhi syarat 1-6 di atas, boleh memasukkan iklan untuk perjudian atau permainan, loteri atau kejohanan dengan wang sebenar.

Contoh pelanggaran

  • Apl yang direka untuk pengguna bawah umur dan menunjukkan iklan yang mempromosikan perkhidmatan perjudian
  • Permainan simulasi kasino yang mempromosikan atau menghalakan pengguna kepada kasino dengan wang sebenar
  • Apl penjejak kebarangkalian sukan khas yang mengandungi iklan perjudian bersepadu yang memaut kepada tapak pertaruhan sukan
  • Apl yang mengandungi iklan perjudian yang melanggar dasar Iklan Mengelirukan kami, seperti iklan yang kelihatan kepada pengguna sebagai butang, ikon atau unsur dalam apl interaktif lain

Apl Sukan Fantasi Harian (DFS)

Kami hanya membenarkan apl sukan fantasi harian (DFS), seperti yang ditakrifkan oleh undang-undang tempatan yang terpakai, jika apl tersebut memenuhi keperluan berikut:

  • Apl sama ada 1) hanya diedarkan di Amerika Syarikat atau 2) layak di bawah syarat dan proses aplikasi Apl Perjudian yang dinyatakan di atas untuk negara yang tidak bertapak di AS;
  • Pembangun mesti berjaya melengkapkan proses permohonan DFS dan diterima untuk membolehkannya mengedarkan apl tersebut melalui Play;
  • Apl mesti mematuhi semua undang-undang dan standard industri yang dikuatkuasakan di mana-mana negara apl ini diedarkan;
  • Apl mesti menghalang pengguna bawah umur daripada bertaruh atau menjalankan transaksi yang melibatkan wang dalam apl;
  • Apl mesti TIDAK boleh dibeli sebagai apl berbayar melalui Google Play, mahupun menggunakan Pengebilan Dalam Apl Google Play;
  • Apl mestilah bebas untuk dimuat turun dan dipasang daripada Gedung;
  • Apl mesti diberikan rating AO (Dewasa Sahaja) atau rating IARC yang setara
  • Apl dan penyenaraian apl mestilah memaparkan maklumat tentang perjudian bertanggungjawab dengan jelas;
  • Apl mesti mematuhi semua undang-undang dan standard industri yang terpakai di mana-mana negeri AS atau wilayah AS yang mengedarkan apl ini;
  • Pembangun mesti mempunyai lesen yang sah untuk setiap negeri AS atau wilayah AS yang memerlukan lesen untuk apl sukan fantasi harian;
  • Apl mesti menghalang penggunaan dari Negeri AS atau wilayah AS apabila pembangun tidak mempunyai lesen yang dikehendaki untuk apl sukan fantasi harian; dan
  • Apl mesti menghalang penggunaan dari Negeri AS atau wilayah AS yang mengharamkan apl sukan fantasi harian.

Aktiviti yang Menyalahi Undang-undang

Kami tidak membenarkan apl yang memudahkan atau menggalakkan aktiviti yang menyalahi undang-undang.
Untuk memastikan Google Play kekal sebagai platform yang selamat dan dihormati, kami telah menghasilkan piawaian yang mentakrifkan dan melarang kandungan yang berbahaya atau tidak sesuai untuk pengguna kami.
  • Memudahkan penjualan atau pembelian dadah haram.
  • Menggambarkan atau menggalakkan penggunaan atau penjualan dadah, alkohol, atau tembakau oleh golongan bawah umur.
  • Arahan untuk membangunkan atau menghasilkan dadah haram.

Kandungan Dijanakan Pengguna

Kandungan dijana pengguna (UGC) ialah kandungan yang disumbangkan oleh pengguna kepada apl, yang boleh dilihat atau boleh diakses oleh sekurang-kurangnya sebahagian daripada pengguna apl.

Apl yang mengandungi atau menampilkan UGC, termasuk apl yang merupakan penyemak imbas atau klien khas yang menghalakan pengguna kepada platform UGC, perlu melaksanakan penyaringan UGC yang mantap, berkesan dan berterusan yang:

  • Menghendaki pengguna menerima syarat penggunaan dan/atau dasar pengguna apl tersebut sebelum pengguna boleh membuat atau memuat naik UGC;
  • Mentakrifkan kandungan dan gelagat yang menjelikkan (dengan cara yang mematuhi Dasar Program Pembangun Google Play), dan melarang kandungan dan gelagat sedemikian dalam syarat penggunaan atau dasar pengguna apl;
  • Menjalankan penyaringan UGC, yang munasabah dan konsisten dengan jenis UGC yang dihoskan oleh apl. Hal ini termasuk menyediakan sistem dalam apl untuk melaporkan dan menyekat UGC dan pengguna yang menjelikkan, dan mengambil tindakan terhadap UGC atau pengguna jika sesuai. Pengalaman UGC yang berbeza mungkin memerlukan usaha penyaringan yang berbeza. Sebagai contoh:
    • Apl yang menampilkan UGC yang mengenal pasti set pengguna tertentu melalui cara seperti pengesahan pengguna atau pendaftaran luar talian (sebagai contoh, apl yang digunakan secara eksklusif di sekolah atau syarikat tertentu, dsb.) mestilah menyediakan fungsi dalam apl untuk melaporkan kandungan dan pengguna.
    • Ciri UGC yang mendayakan interaksi pengguna 1:1 dengan pengguna tertentu (sebagai contoh, pemesejan langsung, penandaan, sebutan, dsb.) mestilah menyediakan fungsi dalam apl untuk menyekat pengguna.
    • Apl yang menyediakan akses kepada UGC yang boleh diakses secara umum, seperti apl rangkaian sosial dan apl blog, mestilah melaksanakan fungsi dalam apl untuk melaporkan pengguna dan kandungan, serta untuk menyekat pengguna.
    • Dalam kes apl realiti terimbuh (AR), penyaringan UGC (termasuk sistem pelaporan dalam apl) mestilah mengambil kira kedua-dua UGC AR yang menjelikkan (sebagai contoh imej AR seksual eksplisit) dan lokasi penambatan AR yang sensitif (sebagai contoh kandungan AR ditambat di kawasan yang disekat, seperti pangkalan tentera, atau hartanah persendirian yang boleh menimbulkan masalah bagi pemilik hartanah tersebut jika terdapat penambatan AR).
  • Menyediakan perlindungan untuk memastikan pengewangan dalam apl tidak menggalakkan kelakuan pengguna yang menjelikkan.

Kandungan Seks Sampingan

Kandungan seks dianggap “sampingan” jika kandungan dipaparkan pada apl UGC yang (1) memberikan akses kepada kandungan bukan seks sebagai fungsi utama, dan (2) tidak mempromosikan atau mengesyorkan kandungan seks secara aktif. Kandungan seks yang ditakrifkan sebagai menyalahi undang-undang oleh undang-undang yang bersesuaian dan kandungan ancaman terhadap kanak-kanak tidak dianggap “sampingan” dan tidak dibenarkan.

Apl UGC mungkin mengandungi kandungan seks sampingan jika menepati semua keperluan yang berikut:

  • Kandungan tersebut tersembunyi secara lalai di sebalik penapis yang memerlukan sekurang-kurangnya dua tindakan pengguna untuk dilumpuhkan sepenuhnya (sebagai contoh, di sebalik celahan yang mengelirukan atau dihalang daripada tontonan secara lalai melainkan “carian selamat” dilumpuhkan).
  • Kanak-kanak, seperti yang ditakrifkan dalam dasar Keluarga, dihalang secara eksplisit daripada mengakses apl anda menggunakan sistem penyaringan umur seperti saringan umur neutral atau sistem yang sesuai seperti yang ditakrifkan oleh undang-undang yang bersesuaian.
  • Apl anda memberikan respons yang tepat kepada soal selidik rating kandungan berkenaan dengan UGC, seperti yang diminta oleh dasar Rating Kandungan.

Apl yang fungsi utama adalah untuk menampilkan UGC yang tidak menyenangkan, akan dialih keluar daripada Google Play. Begitu juga bagi apl yang matlamat akhirnya hanya untuk digunakan bagi pengehosan UGC yang menjelikkan, atau bereputasi menjadi tempat kandungan sedemikian berkembang pada pandangan pengguna, akan dialih keluar daripada Google Play juga.

Untuk memastikan Google Play kekal sebagai platform yang selamat dan dihormati, kami telah menghasilkan piawaian yang mentakrifkan dan melarang kandungan yang berbahaya atau tidak sesuai untuk pengguna kami.
  • Mempromosikan kandungan seksual eksplisit yang dijana oleh pengguna, termasuk melaksanakan atau membenarkan ciri berbayar yang terutamanya menggalakkan perkongsian kandungan yang menjelikkan.
  • Apl dengan kandungan dijana pengguna (UGC) yang tidak mempunyai perlindungan yang mencukupi terhadap ancaman, gangguan, atau buli, terutamanya terhadap golongan bawah umur.
  • Siaran, ulasan, atau foto dalam apl yang terutamanya bertujuan untuk mengganggu atau memilih seseorang untuk didera, diserang dengan niat jahat, atau dicemuh.
  • Apl yang berterusan gagal menangani aduan pengguna tentang kandungan yang tidak menyenangkan.

Kandungan dan Perkhidmatan Kesihatan

Kami tidak membenarkan apl yang mendedahkan pengguna kepada kandungan dan perkhidmatan kesihatan yang berbahaya. 

Jika apl anda mengandungi atau mempromosikan kandungan dan perkhidmatan kesihatan, anda mesti memastikan apl anda mematuhi sebarang undang-undang dan peraturan yang bersesuaian.

Apl Kesihatan

Jika apl anda mengakses data kesihatan dan sama ada apl itu apl kesihatan atau menawarkan ciri berkaitan kesihatan, apl tersebut mestilah mematuhi Dasar Pembangun Google Play yang sedia ada, termasuk Privasi, Penipuan dan Penyalahgunaan serta Peristiwa Sensitif, di samping keperluan di bawah:

  • Pengisytiharan Play Console:
    • Akses halaman Kandungan apl (Dasar > Kandungan apl) dalam Play Console dan pilih satu atau beberapa kategori bagi apl anda.
  • Dasar Privasi dan Keperluan Pendedahan Jelas:
    • Apl anda mestilah menyiarkan pautan dasar privasi dalam medan yang ditetapkan dalam Play Console, dan pautan atau teks dasar privasi pada apl itu sendiri. Sila pastikan dasar privasi anda tersedia pada URL yang aktif, boleh diakses secara umum dan tiada sempadan geografi (tiada PDF) serta tidak boleh diedit (mengikut Bahagian keselamatan data).
    • Dasar privasi apl anda, serta apa-apa pendedahan dalam apl, mestilah mendedahkan sepenuhnya akses, pengumpulan, penggunaan, dan perkongsian data pengguna yang bersifat peribadi atau sensitif, tidak dibatasi oleh data yang didedahkan dalam Bahagian keselamatan data di atas. Untuk apa-apa kefungsian atau data yang dikawal selia oleh kebenaran berbahaya atau waktu jalan, apl mestilah memenuhi semua keperluan pendedahan dan persetujuan jelas yang bersesuaian.
    • Kebenaran yang tidak diperlukan untuk membolehkan apl kesihatan melakukan fungsi teras apl tersebut tidak seharusnya diminta dan kebenaran yang tidak digunakan mestilah dialih keluar. Untuk mendapatkan senarai kebenaran yang dianggap termasuk dalam skop data sensitif yang berkaitan dengan kesihatan, lihat Kategori aplikasi kesihatan dan maklumat tambahan.
    • Jika apl anda pada dasarnya bukan apl kesihatan, tetapi mengandungi ciri yang berkaitan dengan kesihatan dan mengakses data kesihatan, apl tersebut masih termasuk dalam skop dasar Apl Kesihatan. Pengguna mestilah memahami hubungan antara fungsi teras apl dengan pengumpulan data yang berkaitan dengan kesihatan (sebagai contoh, penyedia insurans, apl permainan yang mengumpulkan data aktiviti pengguna sebagai cara memajukan permainan dsb.). Dasar privasi apl mestilah menggambarkan penggunaan terhad ini.
  • Keperluan tambahan:
    Jika apl kesihatan anda layak untuk salah satu penetapan yang berikut, anda mestilah mematuhi keperluan yang berkaitan selain memilih kategori yang sesuai dalam Play Console:
    • Apl kesihatan Gabungan Kerajaan: Jika anda mendapat kebenaran daripada kerajaan atau organisasi penjagaan kesihatan yang diiktiraf untuk membangunkan dan mengedarkan aplikasi yang berkaitan dengan kerajaan atau organisasi tersebut, anda mestilah menyerahkan bukti kelayakan melalui Borang Notis Awal.
    • Apl Pengesanan Kontak/Status Kesihatan: Jika apl anda ialah apl pengesanan kontak dan/atau status kesihatan, sila pilih “Pencegahan Penyakit dan Kesihatan Awam” dalam Play Console, dan berikan maklumat yang diperlukan melalui borang notis awal di atas.
    • Apl Penyelidikan Subjek Manusia: Apl yang menjalankan penyelidikan subjek manusia berkaitan dengan kesihatan perlu mematuhi semua peraturan dan syarat; termasuk tetapi tidak terhad kepada, mendapatkan persetujuan termaklum daripada peserta atau, bagi kanak-kanak bawah umur, ibu/bapa atau penjaga mereka. Apl Penyelidikan Kesihatan juga perlu mendapatkan kelulusan daripada Lembaga Semakan Institusi (IRB) dan/atau jawatankuasa etika bebas yang setara melainkan dikecualikan sebaliknya. Bukti kelulusan tersebut mestilah diberikan apabila diminta.
    • Apl Peranti Perubatan atau SaMD: Apl yang dianggap sebagai peranti perubatan atau SaMD mestilah mendapatkan dan menyimpan surat pelepasan atau dokumentasi kelulusan lain yang telah disediakan oleh pihak berkuasa atau badan kawal selia yang bertanggungjawab terhadap tadbir urus dan pematuhan apl kesihatan. Bukti pelepasan atau kelulusan tersebut mestilah diberikan apabila diminta.

Data Health Connect

Data yang diakses melalui Kebenaran Health Connect dianggap sebagai data pengguna yang bersifat peribadi dan sensitif tertakluk pada dasar Data Pengguna, dan tertakluk pada keperluan tambahan.

Ubat Peskripsi

Kami tidak membenarkan apl yang memudahkan penjualan atau pembelian ubat preskripsi tanpa preskripsi.

Bahan Tidak Diluluskan

Google Play tidak membenarkan apl yang mempromosikan atau menjual bahan yang tidak diluluskan, tanpa mengira sebarang dakwaan kesahannya. 
Untuk memastikan Google Play kekal sebagai platform yang selamat dan dihormati, kami telah menghasilkan piawaian yang mentakrifkan dan melarang kandungan yang berbahaya atau tidak sesuai untuk pengguna kami.
  • Semua item dalam senarai produk farmaseutikal dan makanan tambahan yang dilarang yang tidak menyeluruh ini.

  • Produk yang mengandungi efedra.

  • Produk yang mengandungi gonadotrofin korion manusia (hCG) yang berkaitan dengan penurunan berat badan atau kawalan berat badan, atau apabila dipromosikan bersama dengan steroid anabolik.

  • Herba dan makanan tambahan diet dengan ramuan farmaseutikal yang aktif atau berbahaya.

  • Dakwaan kesihatan palsu atau mengelirukan, termasuk dakwaan yang membayangkan bahawa sesuatu produk itu memberikan kesan yang sama seperti ubat preskripsi atau bahan terkawal.

  • Produk yang tidak diluluskan oleh kerajaan yang dipasarkan dengan cara yang membayangkan bahawa produk tersebut selamat atau berkesan untuk digunakan bagi mencegah, menyembuhkan, atau merawat penyakit tertentu.

  • Produk yang telah dikenakan sebarang tindakan atau diberikan amaran oleh kerajaan atau badan kawal selia.

  • Produk yang mempunyai nama yang mengelirukan dan serupa dengan farmaseutikal, makanan tambahan atau bahan terkawal yang tidak diluluskan.

Untuk mendapatkan maklumat tambahan tentang produk farmaseutikal dan makanan tambahan yang tidak diluluskan atau mengelirukan yang kami pantau, sila lawati www.legitscript.com.

Maklumat Salah Tentang Kesihatan

Kami tidak membenarkan apl yang mengandungi dakwaan kesihatan mengelirukan yang bercanggah dengan konsensus perubatan sedia ada atau yang boleh membahayakan pengguna.
Untuk memastikan Google Play kekal sebagai platform yang selamat dan dihormati, kami telah menghasilkan piawaian yang mentakrifkan dan melarang kandungan yang berbahaya atau tidak sesuai untuk pengguna kami.
  • Dakwaan mengelirukan tentang vaksin seperti vaksin boleh mengubah DNA seseorang.
  • Sokongan rawatan yang berbahaya dan tidak diluluskan.
  • Sokongan amalan kesihatan yang berbahaya lain seperti terapi penukaran.

Fungsi Perubatan

Kami tidak membenarkan apl yang menampilkan fungsian perubatan atau yang berkaitan kesihatan yang mengelirukan atau mungkin berbahaya. Contohnya, kami tidak membenarkan apl yang mendakwa mempunyai fungsian oksimetri yang semata-mata berasaskan apl. Apl oksimeter mesti disokong oleh perkakasan luaran, boleh dipakai atau penderia telefon pintar khusus yang direka bentuk untuk menyokong fungsian oksimetri. Apl yang disokong ini mesti turut mengandungi penafian dalam metadata yang menyatakan bahawa apl tidak bertujuan untuk penggunaan perubatan, hanya direka bentuk untuk tujuan kecergasan dan kesejahteraan umum, bukan peranti perubatan dan mesti mendedahkan model perkakasan/model peranti yang serasi dengan betul.

Pembayaran - Perkhidmatan Klinikal

Transaksi yang melibatkan perkhidmatan klinikal terkawal tidak seharusnya menggunakan sistem pengebilan Google Play. Untuk maklumat lanjut, lihat Memahami dasar Pembayaran Google Play.

Kandungan Berasaskan Blok Rantai

Seiring dengan perkembangan pesat teknologi blok rantai, matlamat kami adalah untuk menyediakan platform yang membolehkan pembangun berkembang maju dengan inovasi dan membina pengalaman yang lebih diperkayakan dan mengasyikkan untuk pengguna.

Untuk tujuan dasar ini, kami menganggap kandungan yang berasaskan blok rantai sebagai aset digital bertoken yang dijamin oleh blok rantai. Jika apl anda mengandungi kandungan berasaskan blok rantai, anda mestilah mematuhi keperluan ini.

Pertukaran Mata Wang Kripto dan Dompet Perisian

Pembelian, penahanan atau pertukaran mata wang kripto hendaklah dilakukan melalui perkhidmatan yang diperaku dalam bidang kuasa yang dikawal selia.

Anda mestilah mematuhi peraturan yang terpakai untuk mana-mana rantau atau negara yang disasarkan oleh apl anda dan mengelakkan daripada menerbitkan apl anda di sesuatu tempat jika produk dan perkhidmatan anda dilarang di situ. Google Play mungkin akan meminta anda memberikan maklumat atau dokumen tambahan berkenaan dengan pematuhan anda terhadap sebarang keperluan kawal selia atau pelesenan yang terpakai.

Perlombongan kripto

Kami tidak membenarkan apl yang melombong mata wang kripto pada peranti. Kami membenarkan apl yang mengurus perlombongan mata wang kripto dari jauh.

Keperluan Ketelusan untuk Pengedaran Aset Digital Bertoken

Jika apl anda menjual atau membolehkan pengguna memperoleh Aset Digital Bertoken, anda mestilah mengisytiharkan perkara ini melalui borang pengisytiharan Ciri Kewangan pada halaman Kandungan Apl dalam Play Console.

Semasa membuat produk dalam apl, anda mestilah menyatakan dalam butiran produk bahawa produk tersebut mewakili Aset Digital Bertoken. Untuk mendapatkan panduan tambahan, lihat Buat produk dalam apl.

Anda tidak boleh mempromosikan atau mengagungkan pendapatan yang mungkin diperoleh daripada bermain permainan atau aktiviti perdagangan.

Keperluan Tambahan untuk Gamifikasi NFT

Seperti yang dikehendaki oleh dasar Perjudian, Permainan dan Peraduan dengan Wang Sebenar Google Play, apl perjudian yang menyepadukan aset digital bertoken, seperti NFT perlu melengkapkan proses permohonan.

Bagi semua apl lain yang tidak memenuhi syarat kelayakan untuk apl perjudian dan tidak termasuk dalam Perintis Permainan dengan Wang Sebenar yang Lain, apa-apa yang bernilai lumayan tidak boleh diterima sebagai pertukaran untuk memperoleh NFT dengan nilai yang tidak diketahui. NFT yang dibeli oleh pengguna hendaklah digunakan dalam permainan untuk mempertingkatkan pengalaman pengguna atau membantu pengguna untuk mara dalam permainan. NFT tidak boleh digunakan untuk bertaruh atau dipertaruhkan sebagai pertukaran bagi peluang untuk memenangi hadiah yang bernilai lumayan di dunia sebenar (termasuk NFT lain).

Untuk memastikan Google Play kekal sebagai platform yang selamat dan dihormati, kami telah menghasilkan piawaian yang mentakrifkan dan melarang kandungan yang berbahaya atau tidak sesuai untuk pengguna kami.
  • Apl yang menjual himpunan NFT tanpa mendedahkan kandungan dan nilai NFT tersebut secara khusus.
  • Permainan kasino sosial bayar untuk main, seperti mesin slot, yang menawarkan NFT sebagai ganjaran.

Kandungan Dijana AI

Memandangkan model AI generatif semakin tersedia secara meluas kepada pembangun, anda boleh menerapkan model ini pada apl anda untuk meningkatkan penglibatan dan meningkatkan pengalaman pengguna. Google Play mahu membantu anda memastikan kandungan dijana AI selamat untuk semua pengguna dan bahawa maklum balas pengguna diterapkan untuk membolehkan inovasi yang bertanggungjawab.

Kandungan Dijana AI

Kandungan dijana AI ialah kandungan yang dibuat oleh model AI generatif berdasarkan gesaan pengguna. Contoh kandungan dijana AI termasuk:

  • Bot sembang AI generatif perbualan teks kepada teks, apabila interaksi dengan bot sembang merupakan ciri utama apl
  • Imej yang dijana oleh AI berdasarkan gesaan teks, imej, atau suara

Untuk memastikan keselamatan pengguna dan menurut Liputan Dasar Google Play, apl yang menjana kandungan menggunakan AI mestilah mematuhi Dasar Pembangun Google Play yang sedia ada, termasuk dengan melarang dan menghalang penjanaan Kandungan Terhad, seperti kandungan yang memudahkan eksploitasi atau penderaan terhadap kanak-kanak, dan kandungan yang membenarkan Gelagat Mengelirukan.

Apl yang menjana kandungan menggunakan AI mestilah mengandungi ciri pelaporan pengguna dalam apl atau pembenderaan yang membolehkan pengguna melaporkan atau membenderakan kandungan yang menyinggung perasaan kepada pembangun tanpa perlu keluar daripada apl. Pembangun hendaklah menggunakan maklumat yang diperoleh daripada laporan pengguna untuk melakukan penapisan dan penyaringan kandungan pada apl mereka.


Harta Intelek

Kami tidak membenarkan apl atau akaun pembangun yang melanggar hak harta intelek orang lain (termasuk tanda dagangan, hak cipta, paten, rahsia perdagangan dan hak proprietari yang lain). Kami juga tidak membenarkan apl yang menggalakkan atau mendorong pelanggaran hak harta intelek.

Kami akan bertindak terhadap notis yang jelas tentang dakwaan pelanggaran hak cipta. Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau untuk memfailkan permintaan DMCA, sila lawati prosedur hak cipta kami.

Untuk menyerahkan aduan tentang penjualan atau promosi untuk penjualan barangan tiruan dalam apl, sila serahkan notis barangan palsu.

Jika anda pemilik tanda dagangan dan anda percaya terdapat apl di Google Play yang melanggar hak tanda dagangan anda, kami menggalakkan anda menghubungi terus pembangun tersebut untuk menyelesaikan kebimbangan anda. Jika anda tidak dapat mencapai penyelesaian dengan pembangun tersebut, sila serahkan aduan tanda dagangan melalui borang ini.

Jika anda mempunyai dokumentasi bertulis yang membuktikan bahawa anda mendapat kebenaran untuk menggunakan harta intelek pihak ketiga dalam apl atau penyenaraian gedung anda (contohnya, nama, logo dan aset grafik jenama), hubungi pasukan Google Play terlebih dahulu sebelum menyerahkan apl anda untuk memastikan apl itu tidak ditolak kerana melanggar harta intelek.

Penggunaan Kandungan Berhak Cipta Tanpa Kebenaran

Kami tidak membenarkan apl yang melanggar hak cipta. Pengubahsuaian kandungan berhak cipta masih boleh menyebabkan pelanggaran. Pembangun mungkin dikehendaki mengemukakan bukti hak mereka untuk menggunakan kandungan berhak cipta.

Sila berhati-hati apabila menggunakan kandungan berhak cipta untuk menunjukkan fungsi apl anda. Secara umum, pendekatan yang paling selamat adalah membuat sesuatu yang asli.

Untuk memastikan Google Play kekal sebagai platform yang selamat dan dihormati, kami telah menghasilkan piawaian yang mentakrifkan dan melarang kandungan yang berbahaya atau tidak sesuai untuk pengguna kami.
  • Kerja seni untuk kulit album muzik, permainan video dan buku.
  • Imej pemasaran daripada filem, televisyen atau permainan video.
  • Karya seni atau imej daripada buku komik, kartun, filem, video muzik atau televisyen.
  • Logo pasukan sukan kolej dan profesional.
  • Foto yang diambil daripada akaun media sosial seorang tokoh masyarakat.
  • Imej profesional tokoh masyarakat.
  • Karya yang dihasilkan semula atau "karya seni peminat" yang tidak dapat dibezakan daripada karya asal yang berhak cipta.
  • Apl yang mempunyai bod suara yang memainkan klip audio daripada kandungan berhak cipta.
  • Penghasilan semula atau terjemahan lengkap buku yang tidak didapati dalam domain awam.

Menggalakkan Pelanggaran Hak Cipta

Kami tidak membenarkan apl yang mendorong atau menggalakkan pelanggaran hak cipta. Sebelum anda menerbitkan apl, cari cara apl anda mungkin menggalakkan pelanggaran hak cipta dan dapatkan nasihat undang-undang jika perlu.
Untuk memastikan Google Play kekal sebagai platform yang selamat dan dihormati, kami telah menghasilkan piawaian yang mentakrifkan dan melarang kandungan yang berbahaya atau tidak sesuai untuk pengguna kami.
  • Apl penstriman yang membolehkan pengguna memuat turun salinan setempat kandungan berhak cipta tanpa kebenaran.

  • Apl yang menggalakkan pengguna menstrim dan memuat turun karya berhak cipta, termasuk muzik dan video, yang melanggar undang-undang hak cipta yang bersesuaian:

     

    ① Huraian dalam penyenaraian apl ini menggalakkan pengguna memuat turun kandungan berhak cipta tanpa kebenaran.
    ② Tangkapan skrin dalam penyenaraian apl menggalakkan pengguna memuat turun kandungan berhak cipta tanpa kebenaran.

Pelanggaran Tanda Dagangan

Kami tidak membenarkan apl yang melanggar tanda dagangan orang lain. Tanda dagangan ialah perkataan, simbol atau kedua-duanya yang mengenal pasti sumber barangan atau perkhidmatan. Setelah diperoleh, tanda dagangan memberi pemilik hak eksklusif untuk menggunakan tanda dagangan tersebut pada barangan atau perkhidmatan tertentu.

Pelanggaran tanda dagangan bermaksud penggunaan tanda dagangan yang sama atau serupa dengan cara yang tidak betul atau tanpa kebenaran yang mungkin menyebabkan kekeliruan berkaitan sumber produk itu. Jika apl anda menggunakan tanda dagangan pihak lain dengan cara yang mungkin menyebabkan kekeliruan, apl anda boleh digantung.

Palsu

Kami tidak membenarkan apl yang menjual atau mempromosikan penjualan barangan palsu. Barangan palsu mempunyai tanda dagangan atau logo yang sama atau tidak dapat dibezakan dengan ketara daripada tanda dagangan yang lain. Barangan tiruan meniru ciri jenama produk sebagai cubaan untuk kelihatan seperti produk tulen pemilik jenama.

Privasi, Penipuan dan Penyalahgunaan Peranti

Kami komited untuk melindungi privasi pengguna dan menyediakan persekitaran yang selamat dan terjamin buat pengguna kami. Apl yang menipu, berniat jahat atau bertujuan untuk menyalahgunakan mana-mana rangkaian, peranti atau data peribadi adalah dilarang sama sekali.

Data Pengguna

Anda mesti bersikap telus apabila mengendalikan data pengguna (contohnya, maklumat yang dikumpulkan daripada atau tentang pengguna, termasuk maklumat peranti). Ini bermaksud mendedahkan akses, pengumpulan, penggunaan, pengendalian dan perkongsian data pengguna daripada apl anda dan mengehadkan penggunaan data untuk tujuan yang mematuhi dasar seperti yang didedahkan. Harap maklum bahawa sebarang pengendalian data pengguna yang bersifat peribadi dan sensitif juga tertakluk pada keperluan tambahan dalam bahagian "Data Pengguna Bersifat Peribadi dan Sensitif" di bawah. Keperluan Google Play ini merupakan tambahan kepada mana-mana keperluan yang ditetapkan oleh undang-undang privasi dan perlindungan data yang terpakai.

Jika anda menyertakan kod pihak ketiga (contohnya, SDK) dalam apl, anda mesti memastikan bahawa kod pihak ketiga yang digunakan dalam apl anda dan amalan pihak ketiga itu yang berkaitan dengan data pengguna daripada apl anda mematuhi dasar Program Pembangun Google Play, yang termasuk keperluan penggunaan dan pendedahan. Contohnya, anda mesti memastikan bahawa pembekal SDK anda tidak menjual data pengguna yang bersifat peribadi dan sensitif daripada apl anda. Keperluan ini terpakai tanpa mengambil kira sama ada data pengguna dipindahkan selepas dihantar ke pelayan atau dengan membenamkan kod pihak ketiga dalam apl anda.

Data Pengguna Peribadi dan Sensitif

Data pengguna yang bersifat peribadi dan sensitif merangkumi, tetapi tidak terhad kepada, maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti, maklumat kewangan dan pembayaran, maklumat pengesahan, buku telefon, kenalan, lokasi peranti, data berkaitan SMS dan panggilan, data kesihatan, data Health Connect, inventori apl lain pada peranti, mikrofon, kamera dan peranti sensitif lain atau data penggunaan. Jika apl anda mengendalikan data pengguna yang bersifat peribadi atau sensitif, maka anda mesti:

  • Mengehadkan akses, pengumpulan, penggunaan dan perkongsian data pengguna yang bersifat peribadi dan sensitif yang diperoleh melalui apl untuk tujuan kefungsian apl dan perkhidmatan serta pematuhan dasar yang secara munasabahnya dijangkakan oleh pengguna:
    • Apl yang memperluas penggunaan data pengguna yang bersifat peribadi dan sensitif untuk menyiarkan iklan mestilah mematuhi Dasar Iklan Google Play.
    • Anda juga boleh memindahkan data sebagaimana perlu kepada penyedia perkhidmatan atau atas sebab perundangan seperti untuk mematuhi permintaan kerajaan yang sah, undang-undang yang terpakai atau sebagai sebahagian daripada penggabungan atau pengambilalihan dengan memberi pengguna notis yang memadai dari segi undang-undang.
  • Mengendalikan semua data pengguna yang bersifat peribadi dan sensitif dengan selamat, termasuk menghantar data tersebut menggunakan kriptografi moden (contohnya, melalui HTTPS).
  • Menggunakan permintaan kebenaran waktu jalan, jika tersedia, sebelum mengakses data yang dilindungi oleh kebenaran Android.
  • Tidak menjual data pengguna yang bersifat peribadi dan sensitif.
    • "Jualan" bermaksud pertukaran atau pemindahan data pengguna yang bersifat peribadi dan sensitif kepada pihak ketiga untuk pertimbangan kewangan.
      • Pemindahan data pengguna yang bersifat peribadi dan sensitif yang dimulakan oleh pengguna (contohnya apabila pengguna menggunakan ciri apl untuk memindahkan fail kepada pihak ketiga atau apabila pengguna memilih untuk menggunakan apl kajian penyelidikan bertujuan khusus), tidak dianggap sebagai jualan.

Keperluan Pendedahan & Persetujuan Jelas

Apabila akses, pengumpulan, penggunaan atau perkongsian data pengguna yang bersifat peribadi dan sensitif oleh apl anda tidak berada dalam lingkungan jangkaan munasabah pengguna produk atau ciri yang dimaksudkan (contohnya, jika pengumpulan data berlaku di latar belakang apabila pengguna tidak berinteraksi dengan apl anda), anda mesti memenuhi keperluan yang berikut:

Pendedahan jelas: Apl anda mesti menyediakan pendedahan dalam apl tentang akses, pengumpulan, penggunaan dan perkongsian data anda. Pendedahan dalam apl:

  • Mesti dilakukan dalam apl itu sendiri, bukan hanya dalam perihalan apl atau laman web;
  • Mesti dipaparkan dalam penggunaan biasa apl tersebut dan tidak menghendaki pengguna menavigasi dalam menu atau tetapan;
  • Mesti menerangkan data yang diakses atau dikumpulkan;
  • Mesti menjelaskan cara data akan digunakan dan/atau dikongsi;
  • Tidak boleh diletakkan dalam dasar privasi atau syarat perkhidmatan sahaja; dan
  • Tidak boleh disertakan dengan pendedahan lain yang tidak berkaitan dengan pengumpulan data pengguna yang bersifat peribadi dan sensitif.

Persetujuan dan kebenaran waktu jalan: Permintaan untuk persetujuan pengguna dalam apl dan permintaan kebenaran waktu jalan mesti didahului oleh pendedahan dalam apl yang memenuhi keperluan dasar ini. Permintaan persetujuan oleh apl:

  • Mesti memaparkan dialog persetujuan dengan terang dan jelas;
  • Mesti memerlukan tindakan pengesahan pengguna (contohnya, ketik untuk terima, tandai kotak pilihan);
  • Tidak boleh mentafsirkan navigasi yang mengelak daripada pendedahan (termasuk mengetik keluar atau menekan butang kembali atau butang skrin utama) sebagai persetujuan;
  • Tidak boleh menggunakan mesej dengan ciri menolak automatik atau tamat tempoh sebagai cara mendapatkan persetujuan pengguna; dan
  • Mesti dibenarkan oleh pengguna sebelum apl anda boleh mula mengumpulkan atau mengakses data pengguna yang bersifat peribadi dan sensitif.

Apl yang bergantung pada asas sah lain untuk memproses data pengguna yang bersifat peribadi dan sensitif tanpa persetujuan, seperti kepentingan sah di bawah GDPR EU, mesti mematuhi semua keperluan perundangan yang berkenaan dan memberikan pendedahan yang wajar kepada pengguna, termasuk pendedahan dalam apl seperti yang dikehendaki di bawah dasar ini.

Untuk memenuhi keperluan dasar, anda disyorkan untuk merujuk format contoh Pendedahan Jelas yang berikut jika perlu:

  • “[Apl ini] mengumpulkan/menghantar/menyegerakkan/menyimpan [jenis data] untuk mendayakan ["ciri"], [jenis senario]."
  • Contoh: “Fitness Funds mengumpulkan data lokasi untuk mendayakan penjejakan kecergasan walaupun semasa apl ditutup atau tidak digunakan dan juga digunakan untuk menyokong pengiklanan.” 
  • Contoh: “Call buddy mengumpul, membaca dan menulis data log panggilan untuk mendayakan penyusunan kenalan walaupun semasa apl tidak digunakan.”

Jika apl anda menyepadukan kod pihak ketiga (contohnya, SDK) yang direka untuk mengumpulkan data pengguna yang bersifat peribadi dan sensitif secara lalai, anda mesti, dalam tempoh 2 minggu dari tarikh penerimaan permintaan daripada Google Play (atau, jika permintaan Google Play memberikan tempoh masa yang lebih panjang, dalam tempoh masa itu) memberikan bukti yang mencukupi untuk menunjukkan bahawa apl anda memenuhi keperluan Pendedahan dan Persetujuan Jelas dasar ini, termasuk yang berhubung dengan akses, pengumpulan, penggunaan atau perkongsian data melalui kod pihak ketiga.

Untuk memastikan Google Play kekal sebagai platform yang selamat dan dihormati, kami telah menghasilkan piawaian yang mentakrifkan dan melarang kandungan yang berbahaya atau tidak sesuai untuk pengguna kami.
  • Apl yang mengumpulkan lokasi peranti tetapi tidak mempunyai pendedahan jelas yang menerangkan ciri yang menggunakan data ini dan/atau menunjukkan penggunaan apl di latar belakang.
  • Apl yang mempunyai kebenaran waktu jalan yang meminta akses kepada data sebelum pendedahan jelas yang menyatakan tujuan penggunaan data.
  • Apl yang mengakses inventori apl yang dipasang oleh pengguna dan tidak mengendalikan data ini sebagai data peribadi atau sensitif yang tertakluk pada Dasar Privasi di atas, keperluan pengendalian data, dan keperluan Pendedahan dan Persetujuan Jelas.
  • Apl yang mengakses data buku telefon atau kenalan pengguna dan tidak mengendalikan data ini sebagai data peribadi atau sensitif yang tertakluk pada Dasar Privasi di atas, keperluan pengendalian data, dan keperluan Pendedahan dan Persetujuan Jelas.
  • Apl yang merekodkan skrin pengguna dan tidak mengendalikan data ini sebagai data peribadi atau sensitif yang tertakluk pada dasar ini.
  • Apl yang mengumpulkan lokasi peranti dan tidak mendedahkan penggunaan data itu secara menyeluruh dan mendapatkan persetujuan mengikut keperluan di atas.
  • Apl yang menggunakan kebenaran terhad di latar belakang apl termasuk untuk tujuan penjejakan, penyelidikan, atau pemasaran dan tidak mendedahkan penggunaan data itu secara menyeluruh dan mendapatkan persetujuan mengikut keperluan di atas. 
  • Apl dengan SDK yang mengumpulkan data pengguna yang bersifat peribadi dan sensitif serta tidak menganggap data ini tertakluk pada Dasar Data Pengguna ini, akses, pengendalian data (termasuk jualan yang tidak dibenarkan), dan keperluan pendedahan dan persetujuan jelas.

Rujuk artikel ini untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang keperluan Pendedahan dan Persetujuan Jelas.

Sekatan untuk Akses Data Peribadi dan Sensitif

Selain keperluan di atas, jadual di bawah menghuraikan keperluan untuk aktiviti tertentu.

Aktiviti  Keperluan
Apl anda mengendalikan maklumat kewangan atau pembayaran atau nombor pengenalan kerajaan Apl anda tidak boleh mendedahkan secara terbuka sebarang data pengguna yang bersifat peribadi dan sensitif berkaitan dengan aktiviti kewangan atau pembayaran atau sebarang nombor pengenalan kerajaan.
Apl anda mengendalikan buku telefon atau maklumat hubungan bukan awam Kami tidak membenarkan penerbitan atau pendedahan maklumat hubungan peribadi orang ramai tanpa izin.
Apl anda mengandungi fungsian antivirus atau keselamatan seperti antivirus, antiperisian hasad, atau ciri yang berkaitan dengan keselamatan Apl anda mesti menyiarkan dasar privasi yang, bersama dengan sebarang pendedahan dalam apl, menjelaskan jenis data pengguna yang dikumpulkan dan dihantar oleh apl anda, cara data tersebut digunakan, dan jenis pihak yang terlibat dalam perkongsian data itu.
Apl anda menyasarkan kanak-kanak Apl anda tidak boleh menyertakan SDK yang tidak diluluskan untuk digunakan dalam perkhidmatan yang ditujukan kepada kanak-kanak. Lihat Mereka Bentuk Apl untuk Kanak-kanak dan Keluarga untuk mendapatkan bahasa dan keperluan dasar penuh. 
Apl anda mengumpulkan atau memautkan pengecam peranti berterusan (mis., IMEI, IMSI, # Siri SIM, dll.)

Pengecam peranti berterusan tidak boleh dipautkan dengan data pengguna lain yang bersifat peribadi dan sensitif atau pengecam peranti yang boleh ditetapkan semula kecuali untuk tujuan 

  • Telefoni yang dipautkan dengan identiti SIM (mis., panggilan Wi-Fi yang dikaitkan dengan akaun pembawa) dan
  • Apl pengurusan peranti perusahaan menggunakan mod pemilik peranti.

Penggunaan ini mesti didedahkan dengan jelas kepada pengguna seperti yang ditentukan dalam Dasar Data Pengguna.

Sila rujuk sumber ini untuk mengetahui tentang pengecam unik alternatif.

Sila baca Dasar iklan untuk mendapatkan panduan tambahan bagi ID Pengiklanan Android.

Bahagian keselamatan data

Semua pembangun mesti melengkapkan bahagian Keselamatan data yang jelas dan tepat untuk setiap apl yang memperincikan pengumpulan, penggunaan, dan perkongsian data pengguna. Pembangun bertanggungjawab terhadap ketepatan label dan memastikan maklumat ini sentiasa terkini. Jika berkaitan, bahagian tersebut mestilah konsisten dengan pendedahan yang dibuat dalam dasar privasi apl. 

Sila rujuk artikel ini untuk mendapatkan maklumat tambahan tentang cara melengkapkan bahagian Keselamatan data.

Dasar Privasi

Semua apl mesti menyiarkan pautan dasar privasi dalam medan yang ditetapkan dalam Play Console, dan pautan atau teks dasar privasi dalam apl itu sendiri. Dasar privasi, berserta apa-apa pendedahan dalam apl, mestilah mendedahkan sepenuhnya cara apl anda mengakses, mengumpulkan, menggunakan dan berkongsi data pengguna, tidak dibatasi oleh data yang didedahkan dalam bahagian Keselamatan data. Maklumat ini mesti termasuk: 

  • Maklumat pembangun dan titik hubungan privasi atau mekanisme untuk menghantar pertanyaan.
  • Mendedahkan jenis data pengguna yang bersifat peribadi dan sensitif yang diakses, dikumpulkan, digunakan dan dikongsi oleh apl anda dan mana-mana pihak yang menerima perkongsian apa-apa data pengguna yang bersifat peribadi atau sensitif tersebut.
  • Prosedur pengendalian data yang selamat untuk data pengguna yang bersifat peribadi dan sensitif.
  • Dasar pengekalan dan pemadaman data pembangun.
  • Pelabelan yang jelas sebagai dasar privasi (contohnya, disenaraikan sebagai “dasar privasi” dalam tajuk).

Entiti (contohnya, pembangun, syarikat) yang dinamakan dalam penyenaraian Google Play Store apl mesti dipaparkan dalam dasar privasi atau apl mesti dinamakan dalam dasar privasi. Apl yang tidak mengakses data pengguna yang bersifat peribadi dan sensitif masih perlu menghantar dasar privasi. 

Sila pastikan dasar privasi anda boleh didapati pada URL yang aktif, boleh diakses secara umum dan tiada sempadan geografi (tiada PDF) serta tidak boleh diedit.

Keperluan Pemadaman Akaun

Jika apl anda membenarkan pengguna membuat akaun dalam apl anda, maka apl anda juga mestilah membenarkan pengguna untuk meminta agar akaun mereka dipadamkan. Pengguna mestilah diberi pilihan yang boleh ditemukan dengan mudah untuk memulakan pemadaman akaun apl dalam apl anda dan luar apl anda (mis., dengan melawat laman web anda). Pautan kepada sumber web ini mestilah dimasukkan dalam medan borang URL yang ditetapkan dalam Play Console.

Apabila anda memadamkan akaun apl atas permintaan pengguna, anda juga mestilah memadamkan data pengguna yang berkaitan dengan akaun apl itu. Penyahaktifan akaun yang sementara, pelumpuhan atau “pembekuan” akaun apl tidak dianggap sebagai pemadaman akaun. Jika anda perlu mengekalkan data tertentu atas sebab yang sah seperti keselamatan, pencegahan penipuan atau pematuhan kawal selia, anda mestilah menjelaskan amalan pengekalan data anda (sebagai contoh, dalam dasar privasi anda) kepada pengguna.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang keperluan dasar pemadaman akaun, sila semak artikel Pusat Bantuan ini. Untuk mendapatkan maklumat tambahan tentang pengemaskinian Borang keselamatan data anda, lawati artikel ini.

Penggunaan ID Set Apl

Android akan memperkenalkan ID baharu untuk menyokong kes penggunaan penting seperti analitis dan pencegahan penipuan. Syarat bagi penggunaan ID ini boleh didapati di bawah.

  • Penggunaan: ID set apl mesti tidak digunakan untuk pemeribadian iklan dan pengukuran iklan. 
  • Perkaitan dengan maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti atau pengecam lain: ID set apl tidak boleh disambungkan kepada pengecam Android lain (contohnya, AAID) atau data peribadi dan sensitif lain untuk tujuan pengiklanan.
  • Ketelusan dan persetujuan: Pengumpulan dan penggunaan ID set apl serta komitmen terhadap syarat ini mesti didedahkan kepada pengguna dalam pemberitahuan privasi yang mematuhi undang-undang dengan secukupnya, termasuk dasar privasi anda. Anda mesti mendapatkan persetujuan yang sah di sisi undang-undang daripada pengguna apabila diminta. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang standard privasi kami, sila semak dasar Data Pengguna kami.

EU-A.S., Privacy Shield (Perisai Privasi) Swiss

Jika anda mengakses, menggunakan atau memproses maklumat peribadi disediakan Google yang secara langsung atau tidak langsung mengenal pasti individu dan yang berasal dari Kesatuan Eropah atau Switzerland (“Maklumat Peribadi EU”), maka anda mesti:

  • Mematuhi semua undang-undang, arahan, peraturan dan aturan privasi, keselamatan data dan perlindungan data yang berkenaan;
  • Akses, penggunaan atau pemprosesan Maklumat Peribadi EU hanya untuk tujuan yang selaras dengan persetujuan yang diperoleh daripada individu yang ada kaitan dengan Maklumat Peribadi EU tersebut;
  • Melaksanakan langkah pengaturan dan teknikal yang sewajarnya untuk melindungi Maklumat Peribadi EU daripada hilang, disalahgunakan dan diakses, didedahkan, diubah serta dimusnahkan dengan cara yang tidak dibenarkan atau menyalahi undang-undang; dan
  • Menyediakan tahap perlindungan yang sama sebagaimana yang dikehendaki oleh Prinsip Privacy Shield (Perisai Privasi).

Anda mesti sentiasa memantau pematuhan syarat-syarat ini. Jika, pada bila-bila masa, anda tidak dapat mematuhi syarat ini (atau jika terdapat risiko besar bahawa anda tidak dapat mematuhi syarat ini), anda mesti memberitahu kami dengan segera melalui e-mel kepada data-protection-office@google.com dan sama ada menghentikan dengan serta-merta pemprosesan Maklumat Peribadi EU atau mengambil langkah yang munasabah dan sesuai untuk memulihkan tahap perlindungan yang memadai.

Mulai 16 Julai 2020, Google tidak lagi bergantung pada EU-U.S. Privacy Shield (Perisai Privasi EU-A.S) untuk memindahkan data peribadi yang berasal dari Kawasan Ekonomi Eropah atau UK ke Amerika Syarikat. (Ketahui lebih lanjut)  Maklumat lebih lanjut dinyatakan dalam Seksyen 9 DDA.


Kebenaran dan API yang Mengakses Maklumat Sensitif

Permintaan kebenaran dan API yang mengakses maklumat sensitif haruslah dapat diterima oleh pengguna. Anda hanya boleh meminta kebenaran dan API yang mengakses maklumat sensitif yang perlu untuk melaksanakan ciri atau perkhidmatan semasa dalam apl anda yang dipromosikan dalam penyenaraian Google Play anda. Anda tidak boleh menggunakan kebenaran atau API yang mengakses maklumat sensitif yang memberikan akses kepada data pengguna atau peranti untuk ciri atau tujuan yang tidak didedahkan, tidak dilaksanakan, atau tidak dibenarkan. Data peribadi atau sensitif yang diakses melalui kebenaran atau API yang mengakses maklumat peribadi tidak akan dijual atau dikongsi untuk tujuan memudahkan jualan.

Minta kebenaran dan API yang mengakses maklumat sensitif untuk mengakses data dalam konteks (melalui permintaan tokokan), supaya pengguna faham sebab apl anda meminta kebenaran tersebut. Gunakan data itu hanya untuk tujuan yang dipersetujui oleh pengguna. Jika anda ingin menggunakan data itu untuk tujuan lain kemudian, anda mesti meminta persetujuan pengguna dan memastikan mereka bersetuju dengan penggunaan tambahan tersebut.

Kebenaran Terhad

Selain perkara di atas, kebenaran terhad ialah kebenaran yang ditetapkan sebagai Bahaya, Khas,  Tandatangan atau seperti yang didokumenkan di bawah. Kebenaran ini tertakluk pada keperluan dan sekatan tambahan yang berikut:

  • Data pengguna atau peranti yang diakses melalui Kebenaran Terhad dianggap sebagai data pengguna yang bersifat peribadi dan sensitif. Keperluan dasar Data Pengguna adalah terpakai.
  • Hormati keputusan pengguna jika mereka menolak permintaan untuk Kebenaran Terhad, dan pengguna tidak boleh dimanipulasi atau dipaksa untuk bersetuju memberikan sebarang kebenaran yang tidak penting. Anda mesti melakukan usaha yang munasabah untuk melayan pengguna yang tidak memberikan akses kepada kebenaran sensitif (contohnya, membenarkan pengguna memasukkan nombor telefon secara manual jika mereka menyekat akses kepada Log Panggilan).
  • Penggunaan kebenaran yang melanggar dasar perisian hasad Google Play (termasuk Penyalahgunaan Keistimewaan Dipertingkat) dilarang dengan jelas.

Sesetengah Kebenaran Terhad mungkin tertakluk pada syarat tambahan seperti yang diperincikan di bawah. Objektif sekatan ini adalah untuk melindungi privasi pengguna. Kami boleh membuat pengecualian terhad kepada keperluan di bawah dalam kes yang sangat jarang berlaku, misalnya apl memberikan ciri yang sangat menarik atau kritikal dan tiada kaedah alternatif untuk menyediakan ciri tersebut. Kami menilai pengecualian yang dicadangkan berdasarkan kesan privasi atau keselamatan yang mungkin ditanggung oleh pengguna.

Kebenaran SMS dan Log Panggilan

Kebenaran SMS dan Log Panggilan dianggap sebagai data pengguna yang peribadi dan sensitif yang tertakluk pada dasar Maklumat Peribadi dan Sensitif, dan sekatan yang berikut:

Kebenaran Terhad Keperluan
Kumpulan kebenaran Log Panggilan (mis. READ_CALL_LOG, WRITE_CALL_LOG, PROCESS_OUTGOING_CALLS) Apl mesti didaftarkan secara aktif sebagai pengendali Telefon atau Pembantu lalai pada peranti.
Kumpulan kebenaran SMS (mis. READ_SMS, SEND_SMS, WRITE_SMS, RECEIVE_SMS, RECEIVE_WAP_PUSH, RECEIVE_MMS) Apl mesti didaftarkan secara aktif sebagai pengendali SMS atau Assistant lalai pada peranti.

 

Apl yang tiada pengendali SMS, Telefon atau Assistant lalai tidak boleh mengisytiharkan penggunaan kebenaran di atas dalam manifes. Hal ini merangkumi teks pemegang tempat dalam manifes. Selain itu, apl mesti didaftarkan secara aktif sebagai pengendali SMS, Telefon, atau Assistant lalai sebelum menggesa pengguna menerima mana-mana kebenaran di atas dan mesti menghentikan penggunaan kebenaran sebaik sahaja apl itu bukan pengendali lalai lagi. Penggunaan yang dibenarkan dan pengecualian boleh didapati di halaman Pusat Bantuan ini.

Apl hanya boleh menggunakan kebenaran (dan sebarang data yang diperoleh daripada kebenaran) untuk menyediakan fungsi apl teras yang diluluskan. Fungsi teras ditakrifkan sebagai tujuan utama apl tersebut. Ini mungkin termasuk satu set ciri teras, yang kesemuanya mesti didokumenkan dan dipromosikan dengan jelas dalam perihalan apl. Tanpa ciri teras, apl itu “rosak” atau dianggap tidak dapat digunakan. Pemindahan, perkongsian atau penggunaan berlesen data ini hanya boleh digunakan untuk menyediakan ciri atau perkhidmatan teras dalam apl, dan penggunaannya tidak boleh diperluas untuk tujuan lain (mis., memperbaik apl atau perkhidmatan lain, pengiklanan, atau pemasaran). Anda tidak boleh menggunakan kaedah alternatif (termasuk kebenaran lain, API atau sumber pihak ketiga) untuk mendapatkan data yang boleh dikaitkan dengan kebenaran berkaitan Log Panggilan atau SMS.

Kebenaran Lokasi

Lokasi peranti dianggap sebagai data pengguna yang peribadi dan sensitif yang tertakluk pada dasar Maklumat Peribadi dan Sensitif dan dasar Lokasi Latar serta keperluan yang berikut:

  • Apl tidak boleh mengakses data yang dilindungi oleh kebenaran lokasi (mis., ACCESS_FINE_LOCATION, ACCESS_COARSE_LOCATION, ACCESS_BACKGROUND_LOCATION) selepas data itu tidak diperlukan lagi untuk menyampaikan ciri atau perkhidmatan semasa dalam apl anda.
  • Anda tidak boleh meminta kebenaran lokasi daripada pengguna semata-mata untuk tujuan pengiklanan atau analitis. Apl yang memperluas kebenaran penggunaan bagi data ini untuk menyiarkan iklan harus mematuhi Dasar Iklan kami.
  • Apl hendaklah meminta skop minimum yang diperlukan (iaitu, kasar dan bukannya halus, dan latar depan dan bukannya latar belakang) untuk menyediakan ciri atau perkhidmatan semasa yang memerlukan lokasi dan pengguna harus menjangkakan dengan munasabah bahawa ciri atau perkhidmatan tersebut memerlukan tahap lokasi yang diminta. Sebagai contoh, kami boleh menolak apl yang meminta atau mengakses lokasi latar belakang tanpa sebab yang kukuh.
  • Lokasi latar belakang hanya boleh digunakan untuk menyediakan ciri yang berguna kepada pengguna dan berkaitan dengan fungsi teras apl tersebut.

Apl dibenarkan mengakses lokasi menggunakan kebenaran perkhidmatan latar depan (apabila apl hanya mempunyai akses latar depan, contohnya, "semasa digunakan") jika penggunaan itu:

  • telah dimulakan sebagai kesinambungan tindakan dalam apl yang dimulakan pengguna, dan
  • ditamatkan dengan serta-merta selepas kes penggunaan yang dimaksudkan oleh tindakan yang dimulakan pengguna telah diselesaikan oleh aplikasi.

Apl yang direka khusus untuk kanak-kanak mesti mematuhi dasar Direka Bentuk untuk Keluarga .

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang keperluan dasar, sila lihat artikel bantuan ini.

Kebenaran Akses Semua Fail

Atribut direktori dan fail pada peranti pengguna dianggap data pengguna yang bersifat peribadi dan sensitif dan tertakluk pada dasar Maklumat Peribadi dan Sensitif serta keperluan yang berikut:

  • Apl sepatutnya hanya meminta akses kepada storan peranti yang amat penting untuk memastikan apl berfungsi, dan tidak boleh meminta akses kepada storan peranti bagi mana-mana pihak ketiga bagi sebarang tujuan yang tidak berkaitan dengan fungsi apl menghadap pengguna yang kritikal.
  • Peranti Android yang menjalankan R atau yang lebih baharu akan memerlukan kebenaran MANAGE_EXTERNAL_STORAGE untuk mengurus akses dalam storan kongsi. Semua apl yang menyasarkan R dan meminta akses luas kepada storan kongsi (“Akses semua fail”) mesti berjaya melepasi semakan akses yang sesuai sebelum diterbitkan. Apl yang dibenarkan menggunakan kebenaran ini mesti menggesa pengguna dengan jelas agar mendayakan “Akses semua fail” untuk apl mereka di bawah tetapan “Akses apl khas”. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang keperluan R, sila lihat artikel bantuan ini.

Kebenaran Keterlihatan (Apl) Pakej

Inventori bagi apl dipasang yang dirujuk daripada peranti dianggap sebagai data pengguna yang peribadi dan sensitif yang tertakluk pada dasar Maklumat Peribadi dan Sensitif  dan keperluan yang berikut:

Apl yang mempunyai tujuan teras untuk dilancarkan, dicari atau saling kendali dengan apl lain pada peranti, boleh memperoleh keterlihatan yang sesuai dengan skop pada apl lain yang dipasang pada peranti seperti yang digariskan di bawah:

  • Keterlihatan apl yang luas: Keterlihatan yang luas merupakan keupayaan apl untuk mempunyai keterlihatan sambungan (atau "luas") bagi apl yang dipasang ("pakej") pada peranti.
    • Bagi apl yang menyasarkan API tahap 30 atau lebih tinggi, keterlihatan luas terhadap apl yang dipasang melalui kebenaran QUERY_ALL_PACKAGES dihadkan pada kes penggunaan tertentu yang kesedaran dan/atau saling kendalian dengan mana-mana dan semua apl pada peranti diperlukan agar apl dapat berfungsi. 
    • Penggunaan kaedah alternatif untuk menganggarkan tahap keterlihatan luas yang berkaitan dengan kebenaran QUERY_ALL_PACKAGES juga dihadkan pada fungsi apl teras yang berdepan dengan pengguna dan saling kendalian dengan mana-mana apl yang ditemui melalui kaedah ini.
    • Sila lihat artikel Pusat Bantuan ini untuk kes penggunaan yang dibenarkan bagi kebenaran QUERY_ALL_PACKAGES.
  • Keterlihatan apl terhad: Keterlihatan terhad adalah apabila apl meminimumkan akses kepada data dengan mengemukakan apl khusus dengan menggunakan kaedah lebih bersasar (dan bukannya "luas"), (mis. bertanya apl khusus yang memenuhi pengisytiharan manifes apl anda). Anda boleh menggunakan kaedah ini untuk mendapatkan maklumat tentang apl sekiranya apl anda mempunyai saling kendali yang mematuhi dasar atau pengurusan apl ini. 
  • Keterlihatan kepada inventori apl yang dipasang pada peranti mesti berkaitan secara langsung dengan tujuan teras atau fungsi teras yang pengguna akses dalam apl anda. 

Data inventori apl yang diperoleh daripada apl yang diedarkan oleh Play mungkin tidak akan dijual atau dikongsi untuk tujuan analitis atau pengewangan iklan.

API Kebolehaksesan

API Kebolehaksesan tidak boleh digunakan untuk:

  • Menukar tetapan pengguna tanpa kebenaran atau mencegah keupayaan pengguna untuk melumpuhkan atau menyahpasang sebarang apl atau perkhidmatan melainkan diizinkan oleh ibu bapa atau penjaga melalui apl kawalan ibu bapa atau pentadbir yang diizinkan melalui perisian pengurusan perusahaan; 
  • Cuba memintas kawalan privasi dan pemberitahuan terbina dalam Android; atau
  • Menukar atau memanfaatkan antara muka pengguna dalam cara yang mengelirukan atau sebaliknya melanggar Dasar Pembangun Google Play. 

API Kebolehcapaian tidak direka bentuk dan tidak boleh diminta untuk rakaman audio panggilan jauh. 

Penggunaan API Kebolehaksesan mesti didokumenkan dalam penyenaraian Google Play.

Garis panduan untuk IsAccessibilityTool

Apl dengan fungsi teras yang bertujuan untuk menyokong orang kurang upaya secara langsung layak untuk menggunakan IsAccessibilityTool bagi menetapkan apl tersebut sebagai apl kebolehaksesan secara terbuka dengan sewajarnya.

Apl yang tidak layak untuk IsAccessibilityTool tidak boleh menggunakan bendera dan mesti memenuhi keperluan pendedahan dan persetujuan jelas seperti yang digariskan dalam Dasar Data Pengguna kerana fungsi kebolehaksesan tidak jelas kepada pengguna. Sila rujuk artikel pusat bantuan API AccessibilityService untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Apl mesti menggunakan API dan kebenaran dengan skop lebih kecil sebagai ganti API Kebolehaksesan jika boleh untuk mencapai fungsi yang dikehendaki. 

Kebenaran Permintaan Pakej Pemasangan

Kebenaran REQUEST_INSTALL_PACKAGES membenarkan aplikasi untuk meminta pemasangan pakej apl.​​ Untuk menggunakan kebenaran ini, fungsi teras apl anda mestilah termasuk:

  • Menghantar atau menerima pakej apl dan
  • Mendayakan pemasangan pakej apl yang dimulakan oleh pengguna.

Fungsi yang dibenarkan termasuk:

  • Menyemak imbas web atau carian
  • Perkhidmatan komunikasi yang menyokong lampiran
  • Perkongsian, pemindahan atau pengurusan fail
  • Pengurusan peranti perusahaan
  • Sandaran dan pemulihan
  • Penghijrahan Peranti/Pemindahan Telefon
  • Apl rakan untuk menyegerakkan telefon dengan peranti yang boleh dipakai atau IoT (sebagai contoh, jam tangan pintar atau TV pintar)

Fungsi teras ditakrifkan sebagai tujuan utama apl tersebut. Fungsi teras serta mana-mana ciri teras yang terdiri daripada fungsi teras ini, kesemuanya mestilah didokumenkan dan dipromosikan dengan jelas dalam perihalan apl.

Kebenaran REQUEST_INSTALL_PACKAGES mungkin tidak digunakan untuk menjalankan kemaskinian kendiri, pengubahsuaian atau menghimpunkan APK lain dalam fail aset melainkan untuk tujuan pengurusan peranti. Semua kemaskinian atau pemasangan pakej mestilah mematuhi dasar Penyalahgunaan Peranti dan Rangkaian Google Play dan mestilah dimulakan dan dipacu oleh pengguna.

Kebenaran Health Connect oleh Android

Data yang diakses melalui Kebenaran Health Connect dianggap sebagai data pengguna yang bersifat peribadi dan sensitif tertakluk pada dasar Data Pengguna dan keperluan tambahan yang berikut:

Akses kepada dan Penggunaan Health Connect yang Sesuai

Permintaan untuk mengakses data melalui Health Connect mestilah jelas dan boleh difahami. Health Connect hanya boleh digunakan menurut dasar, terma dan syarat yang berkenaan, dan untuk kes penggunaan yang diluluskan seperti yang dinyatakan dalam dasar ini. Ini bermakna anda hanya boleh meminta akses kepada kebenaran apabila aplikasi atau perkhidmatan anda memenuhi salah satu kes penggunaan yang diluluskan.

Kes penggunaan yang diluluskan untuk akses kepada Kebenaran Health Connect ialah:

  • Aplikasi atau perkhidmatan yang menawarkan satu atau beberapa ciri untuk manfaat kesihatan dan kecergasan pengguna melalui antara muka pengguna yang membolehkan pengguna membuat jurnal, melaporkan, memantau dan/atau menganalisis aktiviti fizikal, tidur, kesejahteraan mental, pemakanan, ukuran kesihatan, penerangan fizikal dan/atau penerangan dan ukuran berkaitan kesihatan atau kecergasan lain secara langsung.
  • Aplikasi atau perkhidmatan yang menawarkan satu atau beberapa ciri untuk manfaat kesihatan dan kecergasan pengguna melalui antara muka pengguna yang membolehkan pengguna menyimpan aktiviti fizikal, tidur, kesejahteraan mental, pemakanan, ukuran kesihatan, penerangan fizikal dan/atau penerangan dan ukuran berkaitan kesihatan atau kecergasan lain pada telefon mereka dan/atau peranti boleh dipakai serta berkongsi data mereka dengan apl pada peranti lain yang memenuhi kes penggunaan ini.

Health Connect ialah platform penyimpanan dan perkongsian data untuk tujuan umum yang membolehkan pengguna mengagregat data kesihatan serta kecergasan daripada pelbagai sumber pada peranti Android mereka dan berkongsi data tersebut dengan pihak ketiga mengikut pilihan mereka. Data mungkin berasal daripada pelbagai sumber seperti yang ditentukan oleh pengguna. Pembangun mesti menilai sama ada Health Connect sesuai untuk kegunaan yang dimaksudkan dan untuk menyiasat serta memeriksa sumber dan kualiti mana-mana data daripada Health Connect berkaitan dengan sebarang tujuan, dan, khususnya, untuk kegunaan penyelidikan, kesihatan atau perubatan.

  • Apl yang menjalankan penyelidikan subjek manusia berkaitan kesihatan menggunakan data yang diperoleh melalui Health Connect mesti mendapatkan kebenaran daripada peserta atau, dalam kes kanak-kanak bawah umur, ibu bapa atau penjaga mereka. Persetujuan tersebut mesti termasuk (a) sifat, tujuan dan tempoh penyelidikan; (b) prosedur, risiko dan manfaat kepada peserta; (c) maklumat tentang kerahsiaan dan pengendalian data (termasuk sebarang perkongsian dengan pihak ketiga); (d) titik hubungan untuk soalan peserta; dan (e) proses penarikan diri. Apl yang menjalankan penyelidikan subjek manusia berkaitan kesihatan menggunakan data yang diperoleh melalui Health Connect mesti menerima kelulusan daripada lembaga bebas yang 1) bertujuan melindungi hak, keselamatan dan kesejahteraan peserta dan 2) berkuasa untuk meneliti, mengubah suai dan meluluskan penyelidikan subjek manusia. Bukti kelulusan tersebut mestilah diberikan apabila diminta.
  • Anda juga bertanggungjawab untuk memastikan pematuhan mana-mana keperluan kawal selia atau undang-undang yang mungkin terpakai berdasarkan penggunaan Health Connect yang dimaksudkan dan mana-mana data daripada Health Connect. Melainkan seperti yang dinyatakan secara jelas pada pelabelan atau maklumat yang disediakan oleh Google untuk produk atau perkhidmatan Google tertentu, Google tidak mengendors penggunaan atau menjamin ketepatan mana-mana data yang terkandung dalam Health Connect untuk apa-apa penggunaan atau tujuan, dan, khususnya, untuk penggunaan penyelidikan, kesihatan atau perubatan. Google menafikan semua liabiliti yang berkaitan dengan penggunaan data yang diperoleh melalui Health Connect.

Penggunaan Terhad

Setelah menggunakan Health Connect untuk penggunaan yang sesuai, penggunaan data yang diakses melalui Health Connect juga mesti mematuhi keperluan di bawah. Keperluan ini dikenakan pada data mentah yang diperoleh daripada Health Connect dan data yang diagregatkan, dinyahkenal pasti atau diperoleh daripada data mentah.

  • Hadkan penggunaan data Health Connect anda kepada penyediaan atau penambahbaikan kes penggunaan atau ciri anda yang sesuai yang dapat dilihat dan penting dalam antara muka pengguna aplikasi yang membuat permintaan.
  • Hanya pindahkan data pengguna kepada pihak ketiga:
    • Untuk menyediakan atau menambah baik kes penggunaan atau ciri anda yang sesuai dengan jelas daripada antara muka pengguna aplikasi yang membuat permintaan dan dengan persetujuan pengguna sahaja;
    • Jika perlu untuk tujuan keselamatan (contohnya, menyiasat penyalahgunaan);
    • Untuk mematuhi undang-undang dan/atau peraturan yang bersesuaian; atau,
    • Sebagai sebahagian daripada penggabungan, pemerolehan atau penjualan aset pembangun selepas mendapat persetujuan yang jelas daripada pengguna terlebih dahulu.
  • Jangan benarkan manusia membaca data pengguna, melainkan:
    • Persetujuan jelas pengguna untuk membaca data tertentu telah diperoleh;
    • Jika perlu untuk tujuan keselamatan (contohnya, menyiasat penyalahgunaan);
    • Untuk mematuhi undang-undang yang bersesuaian; atau,
    • Data (termasuk pemerolehan) diagregatkan dan digunakan untuk operasi dalaman menurut keperluan privasi dan undang-undang bidang kuasa lain yang bersesuaian.

Semua pemindahan, penggunaan atau penjualan data Health Connect adalah dilarang, termasuk:

  • Pemindahan atau penjualan data pengguna kepada pihak ketiga seperti platform pengiklanan, broker data atau mana-mana penjual semula maklumat.
  • Pemindahan, penjualan atau penggunaan data pengguna untuk menyiarkan iklan, termasuk pengiklanan yang diperibadikan atau berdasarkan minat.
  • Pemindahan, penjualan atau penggunaan data pengguna untuk menentukan kebolehpercayaan kredit atau untuk tujuan pinjaman.
  • Pemindahan, penjualan atau penggunaan data pengguna dengan mana-mana produk atau perkhidmatan yang mungkin layak sebagai peranti perubatan menurut Seksyen 201(h) Akta Dadah, Kosmetik dan Makanan Persekutuan jika data pengguna akan digunakan oleh peranti perubatan untuk melaksanakan fungsi terkawal peranti tersebut.
  • Pemindahan, penjualan atau penggunaan data pengguna untuk mana-mana tujuan atau dalam apa jua cara yang melibatkan Maklumat Kesihatan Dilindungi (seperti yang ditakrifkan oleh HIPAA) melainkan anda menerima kelulusan bertulis untuk penggunaan sedemikian daripada Google terlebih dahulu.

Akses kepada Health Connect tidak boleh digunakan dengan melanggar dasar ini atau terma dan syarat atau dasar Health Connect lain yang berkenaan, termasuk untuk tujuan yang berikut:

  • Jangan gunakan Health Connect untuk membangunkan, atau untuk digabungkan dalam aplikasi, persekitaran atau aktiviti yang penggunaan atau kegagalan Health Connect dapat dijangka secara munasabah boleh membawa kepada kematian, kecederaan peribadi, atau kerosakan alam sekitar atau harta benda (seperti penciptaan atau operasi kemudahan nuklear, kawalan trafik udara, sistem sokongan hayat, atau persenjataan).
  • Jangan akses data yang diperoleh melalui Health Connect menggunakan apl tanpa kepala. Apl mesti memaparkan ikon yang boleh dikenal pasti dengan jelas dalam dulang apl, tetapan apl peranti, ikon pemberitahuan, dan sebagainya.
  • Jangan gunakan Health Connect dengan apl yang menyegerakkan data antara peranti atau platform yang tidak serasi.
  • Health Connect tidak boleh bersambung kepada aplikasi, perkhidmatan atau ciri yang menyasarkan kanak-kanak semata-mata. Health Connect tidak diluluskan untuk digunakan dalam perkhidmatan yang ditujukan terutamanya kepada kanak-kanak.

Pernyataan pengesahan bahawa penggunaan data Health Connect anda mematuhi sekatan Penggunaan Terhad mesti didedahkan dalam aplikasi anda atau pada laman web milik perkhidmatan web atau aplikasi anda; contohnya, pautan pada halaman utama kepada halaman khusus atau dasar privasi yang menyatakan: “Penggunaan maklumat yang diterima daripada Health Connect akan mematuhi dasar Kebenaran Health Connect, termasuk keperluan Penggunaan Terhad.”

Skop Minimum

Anda hanya boleh meminta akses kepada kebenaran yang penting untuk melaksanakan aplikasi atau fungsi perkhidmatan anda. 

Ini bermakna:

  • Jangan minta akses kepada maklumat yang tidak diperlukan. Minta akses kepada kebenaran yang diperlukan untuk melaksanakan ciri atau perkhidmatan produk anda sahaja. Jika produk anda tidak memerlukan akses kepada kebenaran tertentu, maka anda tidak boleh meminta akses kepada kebenaran itu.

Notis dan Kawalan yang Telus dan Tepat

Health Connect mengendalikan data kesihatan dan kecergasan, yang termasuk maklumat yang bersifat peribadi dan sensitif. Semua aplikasi dan perkhidmatan mesti mengandungi dasar privasi, yang mesti mendedahkan cara aplikasi atau perkhidmatan anda mengumpulkan, menggunakan dan berkongsi data pengguna secara menyeluruh. Ini termasuk jenis pihak yang mana-mana data pengguna dikongsi, cara anda menggunakan data, cara anda menyimpan dan melindungi data dan perkara yang berlaku pada data apabila akaun dinyahaktifkan dan/atau dipadamkan.

Sebagai tambahan kepada keperluan di bawah undang-undang yang berkenaan, anda juga mesti mematuhi keperluan yang berikut:

  • Apl anda mesti menyediakan pendedahan tentang akses, pengumpulan, penggunaan dan perkongsian data anda. Pendedahan tersebut:
    • Mesti mewakili identiti aplikasi atau perkhidmatan yang mencari akses kepada data pengguna dengan tepat;
    • Mesti memberikan maklumat jelas dan tepat yang menerangkan jenis data yang diakses, diminta dan/atau dikumpulkan;
    • Mesti menerangkan cara data akan digunakan dan/atau dikongsi: jika anda meminta data atas satu sebab, tetapi data itu juga akan digunakan untuk tujuan kedua, anda mesti memberitahu pengguna tentang kedua-dua kes penggunaan.
  • Anda mesti menyediakan dokumentasi bantuan pengguna yang menerangkan cara pengguna dapat mengurus dan memadamkan data mereka daripada apl anda.

Pengendalian Data Selamat

Anda mesti mengendalikan semua data pengguna dengan selamat. Ambil langkah yang munasabah dan sewajarnya untuk melindungi semua aplikasi atau sistem yang menggunakan Health Connect daripada akses, penggunaan, pemusnahan, kehilangan, pengubahan atau pendedahan yang tidak dibenarkan atau menyalahi undang-undang.

Amalan keselamatan yang disyorkan termasuk melaksanakan dan menyelenggarakan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat seperti yang digariskan dalam ISO/IEC 27001 dan memastikan aplikasi atau perkhidmatan web anda mantap dan bebas daripada isu keselamatan lazim seperti yang ditetapkan oleh 10 Teratas OWASP.

Bergantung pada API yang diakses dan bilangan pengguna atau geran pengguna, kami akan menghendaki aplikasi atau perkhidmatan anda menjalani penilaian keselamatan berkala dan mendapatkan Surat Penilaian daripada pihak ketiga yang ditetapkan jika produk anda memindahkan data daripada peranti pengguna sendiri.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang keperluan apl yang menyambung kepada Health Connect, sila baca artikel bantuan ini.

Perkhidmatan VPN

VpnService ialah kelas dasar untuk aplikasi melanjutkan dan membina penyelesaian VPN mereka sendiri. Hanya apl yang menggunakan VpnService dan mempunyai VPN sebagai fungsi teras boleh membuat terowong tahap peranti yang selamat ke pelayan jauh. Pengecualian termasuk apl yang memerlukan pelayan jauh untuk fungsi teras seperti:

  • Apl kawalan ibu bapa dan pengurusan perusahaan.
  • Penjejakan penggunaan apl.
  • Apl keselamatan peranti (sebagai contoh, antivirus, pengurusan peranti mudah alih, tembok api).
  • Alatan berkaitan rangkaian (sebagai contoh, akses jauh).
  • Apl penyemakan imbas web.
  • Apl pembawa yang memerlukan penggunaan kefungsian VPN untuk menyediakan perkhidmatan telefoni atau kesambungan.

VpnService tidak boleh digunakan untuk:

  • Mengumpulkan data peribadi dan sensitif pengguna tanpa pendedahan dan persetujuan jelas.
  • Mengubah hala atau memanipulasi trafik pengguna daripada apl lain pada peranti untuk tujuan pengewangan (sebagai contoh,mengubah hala trafik iklan melalui negara selain negara pengguna).

Apl yang menggunakan VpnService mestilah:

Kebenaran Penggera Tepat

Kebenaran baharu, USE_EXACT_ALARM, akan diperkenalkan yang akan memberikan akses kepada fungsi penggera tepat dalam apl bermula dengan Android 13 (tahap sasaran API 33). 

USE_EXACT_ALARM ialah kebenaran terhad dan apl hanya boleh mengisytiharkan kebenaran ini jika fungsi teras apl tersebut menyokong keperluan penggera tepat. Apl yang meminta kebenaran terhad ini tertakluk pada semakan dan apl yang tidak memenuhi kriteria kes penggunaan yang boleh diterima akan tidak dibenarkan daripada membuat penerbitan di Google Play.

Kes penggunaan yang boleh diterima untuk menggunakan Kebenaran Penggera Tepat

Apl anda mesti menggunakan fungsi USE_EXACT_ALARM hanya apabila fungsi interaksi pengguna teras apl anda memerlukan tindakan yang tepat, seperti:

  • Apl tersebut ialah apl penggera atau pemasa.
  • Apl tersebut ialah apl kalendar yang menunjukkan pemberitahuan peristiwa.

Jika anda mempunyai kes penggunaan untuk fungsi penggera tepat yang tidak termasuk di atas, anda patut menilai jika penggunaan SCHEDULE_EXACT_ALARM sebagai alternatif merupakan satu pilihan.

Untuk maklumat lanjut berkenaan fungsi penggera tepat, sila lihat garis panduan pembangun ini.

Kebenaran Paparan Skrin Penuh

Bagi apl yang menyasarkan Android 14 (tahap sasaran API 34) dan versi yang lebih baharu, USE_FULL_SCREEN_INTENT ialah kebenaran akses apl khas. Apl hanya akan dibenarkan secara automatik untuk menggunakan kebenaran USE_FULL_SCREEN_INTENT jika fungsi teras apl tergolong dalam salah satu daripada kategori di bawah yang memerlukan pemberitahuan keutamaan tinggi:

  • menetapkan penggera
  • menerima panggilan telefon atau video

Apl yang meminta kebenaran ini tertakluk pada semakan dan apl yang tidak memenuhi kriteria di atas tidak akan diberi kebenaran ini secara automatik. Dalam kes ini, apl perlu meminta kebenaran daripada pengguna untuk menggunakan USE_FULL_SCREEN_INTENT.

Sebagai peringatan, penggunaan kebenaran USE_FULL_SCREEN_INTENT mestilah mematuhi semua Dasar Pembangun Google Play, termasuk dasar Perisian Tidak Dikehendaki Mudah Alih, Penyalahgunaan Peranti dan Rangkaian serta Google Ads. Pemberitahuan niat skrin penuh tidak boleh mengganggu, menjejaskan, merosakkan atau mengakses peranti pengguna dengan cara yang tidak dibenarkan. Apl tidak boleh mengganggu apl lain atau kebolehgunaan peranti.

Ketahui lebih lanjut tentang kebenaran USE_FULL_SCREEN_INTENT menerusi Pusat Bantuan kami.


Penyalahgunaan Peranti dan Rangkaian

Kami tidak membenarkan apl yang mengganggu, menggendalakan, merosakkan atau mengakses melalui cara yang tidak dibenarkan, peranti pengguna, peranti atau komputer lain, pelayan, rangkaian, antara muka pengaturcaraan aplikasi (API) atau perkhidmatan, termasuk tetapi tidak terhad pada apl lain pada peranti tersebut, mana-mana perkhidmatan Google atau rangkaian pembawa yang dibenarkan.

Apl di Google Play mesti mematuhi keperluan pengoptimuman sistem Android lalai yang didokumentasikan dalam Garis panduan Kualiti Apl Teras untuk Google Play.

Apl yang diedarkan melalui Google Play tidak boleh mengubah suai, menggantikan, atau mengemas kini ciri sendiri menggunakan mana-mana kaedah selain mekanisme kemas kini Google Play. Begitu juga, apl tidak boleh memuat turun kod boleh laku (contohnya, fail dex, JAR, .so) daripada sumber selain Google Play. Sekatan ini tidak digunakan pada kod yang dijalankan dalam mesin maya atau jurubahasa yang menyediakan akses tidak langsung kepada API Android (seperti JavaScript dalam paparan web atau penyemak imbas). 

Apl atau kod pihak ketiga (mis., SDK) dengan bahasa yang ditafsirkan (JavaScript, Python, Lua dan sebagainya) dimuatkan pada masa jalanan (contohnya, tidak dipakejkan dengan apl) mesti tidak membenarkan pelanggaran dasar Google Play yang mungkin berlaku.

Kami tidak membenarkan kod yang memperkenalkan atau mengeksploitasi kerentanan keselamatan. Lihat Program Peningkatan Keselamatan Apl untuk mengetahui isu keselamatan terkini yang dibenderakan kepada pembangun.

Untuk memastikan Google Play kekal sebagai platform yang selamat dan dihormati, kami telah menghasilkan piawaian yang mentakrifkan dan melarang kandungan yang berbahaya atau tidak sesuai untuk pengguna kami.

Contoh pelanggaran Penyalahgunaan Peranti dan Rangkaian yang biasa berlaku:

  • Apl yang menghalang atau mengganggu pemaparan iklan apl lain.
  • Apl penipuan permainan yang menjejaskan cara main apl lain.
  • Apl yang memudahkan atau menyediakan arahan tentang cara menggodam perkhidmatan, perisian atau perkakasan atau memintas perlindungan keselamatan.
  • Apl yang mengakses atau menggunakan perkhidmatan atau API dengan cara yang melanggar syarat perkhidmatannya.
  • Apl yang tidak layak untuk senarai dibenarkan dan cuba memintas pengurusan kuasa sistem.
  • Apl yang memudahkan perkhidmatan proksi kepada pihak ketiga hanya boleh berbuat demikian pada apl yang menjadikan ciri ini sebagai tujuan utama dan tujuan teras yang menghadap pengguna bagi apl tersebut.
  • Apl atau kod pihak ketiga (sebagai contoh, SDK) yang memuat turun kod boleh laku, seperti fail dex atau kod asli, daripada sumber selain Google Play.
  • Apl yang memasang apl lain pada peranti tanpa mendapatkan persetujuan pengguna dahulu.
  • Apl yang dipautkan kepada atau memudahkan pengedaran atau pemasangan perisian hasad.
  • Apl atau kod pihak ketiga (sebagai contoh, SDK) yang mengandungi paparan web dengan Antara Muka JavaScript tambahan yang memuatkan kandungan web yang tidak dipercayai (sebagai contoh, http:// URL) atau URL yang tidak disahkan yang diperoleh daripada sumber yang tidak dipercayai (sebagai contoh, URL yang diperoleh dengan Niat yang tidak dipercayai).
  • Apl yang menggunakan kebenaran niat skrin penuh untuk memaksa pengguna berinteraksi dengan iklan atau pemberitahuan yang mengganggu.

Penggunaan Perkhidmatan Latar Depan

Kebenaran Perkhidmatan Latar Depan memastikan penggunaan perkhidmatan latar depan menghadap pengguna yang sesuai. Untuk apl yang menyasarkan Android 14 dan versi lebih baharu, anda mestilah menentukan jenis perkhidmatan latar depan yang sah bagi setiap perkhidmatan latar depan yang digunakan pada apl anda dan mengisytiharkan kebenaran perkhidmatan latar depan yang sesuai untuk jenis tersebut. Sebagai contoh, jika kes penggunaan apl anda memerlukan geolokasi peta, anda mestilah mengisytiharkan kebenaran FOREGROUND_SERVICE_LOCATION dalam manifes apl anda.

Apl hanya dibenarkan untuk mengisytiharkan kebenaran perkhidmatan latar depan jika penggunaan:

  • menyediakan ciri yang bermanfaat kepada pengguna dan berkaitan dengan fungsi teras apl
  • dimulakan oleh pengguna atau dapat ditanggap oleh pengguna (sebagai contoh, audio daripada lagu yang dimainkan, penghantaran media kepada peranti lain, pemberitahuan pengguna yang tepat dan jelas, permintaan pengguna untuk memuat naik foto kepada awan)
  • boleh ditamatkan atau dihentikan oleh pengguna
  • tidak boleh diganggu atau ditunda oleh sistem tanpa mewujudkan pengalaman pengguna yang negatif atau menyebabkan ciri jangkaan pengguna tidak berfungsi seperti yang diharapkan (sebagai contoh, panggilan telefon perlu dimulakan dengan segera dan tidak boleh ditunda oleh sistem)
  • hanya dijalankan dalam tempoh masa yang diperlukan untuk melengkapkan tugasan

Kes penggunaan perkhidmatan latar depan yang berikut dikecualikan daripada kriteria di atas:

Penggunaan perkhidmatan latar depan dijelaskan dengan lebih lanjut di sini.

User-Initiated Data Transfer Jobs

Apl hanya dibenarkan untuk menggunakan user-initiated data transfer jobs API jika penggunaan:

  • dimulakan oleh pengguna
  • untuk tugasan pemindahan data rangkaian
  • hanya dijalankan dalam tempoh masa yang diperlukan untuk melengkapkan pemindahan data

Penggunaan User-Initiated Data Transfer API dijelaskan dengan lebih lanjut di sini.

Keperluan Bendera Selamat

FLAG_SECURE ialah bendera paparan yang diisytiharkan dalam kod apl untuk menunjukkan bahawa UI mengandungi data sensitif yang bertujuan untuk dihadkan kepada permukaan yang selamat semasa menggunakan apl. Bendera ini direka untuk menghalang data daripada muncul dalam tangkapan skrin atau daripada dipaparkan pada paparan tidak selamat. Pembangun mengisytiharkan bendera ini apabila kandungan apl tidak sepatutnya disiarkan, dipaparkan atau sebaliknya dihantarkan ke luar apl atau peranti pengguna.

Untuk tujuan keselamatan dan privasi, semua apl yang diedar di Google Play perlu menghormati pengisytiharan FLAG_SECURE apl lain. Ini bermakna, apl tidak boleh memudahkan atau membuat penyelesaian sementara untuk memintas tetapan FLAG_SECURE dalam apl lain.

Apl yang memenuhi syarat sebagai Alat Kebolehaksesan dikecualikan daripada keperluan ini selagi apl tersebut tidak menghantar, menyimpan atau membuat cache kandungan yang dilindungi FLAG_SECURE untuk mendapatkan akses di luar peranti pengguna.

Apl yang Menjalankan Bekas Android pada Peranti

Apl bekas Android pada Peranti menyediakan persekitaran yang menyelakukan seluruh atau sebahagian daripada Android OS dasar. Pengalaman dengan persekitaran ini mungkin tidak menggambarkan suit penuh ciri keselamatan Android. Oleh yang demikian, pembangun boleh memilih untuk menambahkan bendera manifes persekitaran selamat untuk berkomunikasi dengan bekas Android pada peranti bahawa bekas tersebut tidak boleh beroperasi dalam persekitaran Android yang diselakukan.

Bendera Manifes Persekitaran Selamat

REQUIRE_SECURE_ENV ialah bendera yang boleh diisytiharkan pada manifes apl untuk menyatakan bahawa apl ini tidak boleh dijalankan pada apl bekas Android pada peranti. Untuk tujuan keselamatan dan privasi, apl yang menyediakan bekas Android pada peranti mestilah menghormati semua apl yang mengisytiharkan bendera ini dan:
  • Semak manifes apl yang mereka mahu muatkan dalam bekas Android pada peranti mereka untuk bendera ini.
  • Tidak memuatkan apl yang mengisytiharkan bendera ini dalam bekas Android pada peranti mereka.
  • Tidak berfungsi sebagai proksi dengan memintas atau memanggil API pada peranti supaya apl tersebut kelihatan seperti telah dipasang dalam bekas.
  • Tidak memudahkan atau membuat penyelesaian sementara untuk memintas bendera (seperti memuatkan versi apl yang terdahulu untuk memintas bendera REQUIRE_SECURE_ENV apl semasa).
Ketahui lebih lanjut tentang dasar ini pada Pusat Bantuan kami.

Gelagat Mengelirukan

Kami tidak membenarkan apl yang cuba menipu pengguna atau mendayakan gelagat tidak jujur, termasuk tetapi tidak terhad kepada apl yang ditentukan mustahil untuk berfungsi. Apl mesti memberikan pendedahan, perihalan dan imej/video yang tepat tentang fungsi apl itu dalam semua bahagian metadata. Apl tidak boleh cuba meniru fungsi atau amaran daripada sistem pengendalian atau apl lain. Sebarang perubahan kepada tetapan peranti mestilah dibuat dengan pengetahuan dan kebenaran pengguna dan boleh dibuat asal oleh pengguna.

Dakwaan yang Mengelirukan

Kami tidak membenarkan apl yang mengandungi maklumat atau dakwaan palsu atau mengelirukan, termasuk dalam perihalan, tajuk, ikon dan tangkapan skrin.
Untuk memastikan Google Play kekal sebagai platform yang selamat dan dihormati, kami telah menghasilkan piawaian yang mentakrifkan dan melarang kandungan yang berbahaya atau tidak sesuai untuk pengguna kami.
  • Apl yang memberikan gambaran yang salah atau tidak menghuraikan fungsian dengan tepat dan jelas:
    • Apl yang mendakwa sebagai permainan perlumbaan dalam perihalan dan tangkapan skrin, tetapi sebenarnya ialah permainan teka-teki blok yang menggunakan gambar sebuah kereta.
    • Apl yang mendakwa sebagai apl antivirus, tetapi hanya mengandungi panduan teks yang menerangkan cara menghapuskan virus.
  • Apl yang mendakwa mengandungi fungsi yang tidak mungkin dapat dilaksanakan, seperti apl penghalau serangga, walaupun fungsi itu digambarkan sebagai gurauan, palsu, jenaka, dll.
  • Apl yang dikategorikan secara tidak betul, termasuk, tetapi tidak terhad kepada rating atau kategori apl.
  • Kandungan mengelirukan atau palsu yang boleh dibuktikan, yang boleh mengganggu proses pengundian, atau tentang keputusan pilihan raya.
  • Apl yang membuat dakwaan palsu bahawa apl itu merupakan ahli gabungan entiti kerajaan atau menyediakan atau memudahkan perkhidmatan kerajaan walhal apl itu tidak mendapat keizinan yang sewajarnya untuk membuat pernyataan seperti itu.
  • Apl yang menyamar sebagai apl rasmi suatu entiti yang terkenal. Tajuk seperti "Justin Bieber Rasmi" tidak dibenarkan tanpa kebenaran atau hak yang diperlukan.

(1) Apl ini menampilkan dakwaan perubatan atau berkaitan kesihatan (Menyembuhkan Barah) yang mengelirukan.
(2) Apl ini mendakwa terdapat kefungsian yang tidak mungkin dapat dilaksanakan (menggunakan telefon anda) sebagai alat penganalisis nafas.

Perubahan Tetapan Peranti yang Mengelirukan

Kami tidak membenarkan apl yang membuat perubahan pada tetapan atau ciri peranti pengguna di luar apl tanpa pengetahuan dan persetujuan pengguna. Tetapan dan ciri peranti merangkumi tetapan sistem dan penyemak imbas, penanda halaman, pintasan, ikon, widget, dan susunan apl pada skrin utama.

Selain itu, kami tidak membenarkan:

  • Apl yang mengubah suai tetapan atau ciri peranti dengan kebenaran daripada pengguna tetapi melakukannya dengan cara yang sukar untuk dibuat asal.
  • Apl atau iklan yang mengubah suai tetapan atau ciri peranti sebagai perkhidmatan kepada pihak ketiga atau untuk tujuan pengiklanan.
  • Apl yang mengelirukan pengguna agar mengalih keluar atau melumpuhkan apl pihak ketiga atau mengubah suai tetapan atau ciri peranti.
  • Apl yang menggalakkan atau memberi insentif kepada pengguna supaya mengalih keluar atau melumpuhkan apl pihak ketiga atau mengubah suai tetapan atau ciri peranti melainkan tindakan tersebut merupakan sebahagian daripada perkhidmatan keselamatan yang boleh disahkan.

Menggalakkan Gelagat Tidak Jujur

Kami tidak membenarkan apl yang membantu pengguna memperdaya orang lain atau menipu dari segi fungsi dalam apa-apa cara, termasuk tetapi tidak terhad kepada: apl yang menjana atau memudahkan penjanaan kad ID, nombor keselamatan sosial, pasport, diploma, kad kredit, akaun bank dan lesen memandu. Apl mesti memberikan pendedahan, tajuk, perihalan dan imej/video yang tepat mengenai fungsi dan/atau kandungan apl itu dan harus menunjukkan prestasi seperti yang dijangkakan oleh pengguna dengan munasabah dan tepat.

Sumber apl tambahan (sebagai contoh, aset permainan) hanya boleh dimuat turun jika diperlukan oleh pengguna untuk menggunakan apl. Sumber yang dimuat turun mesti mematuhi semua dasar Google Play, dan sebelum memulakan muat turun, apl harus memberikan gesaan kepada pengguna dan mendedahkan saiz muat turun dengan jelas.

Sebarang dakwaan bahawa apl merupakan "usikan", "untuk tujuan hiburan" (atau sinonim lain) tidak mengecualikan apl daripada penerapan dasar kami.

Untuk memastikan Google Play kekal sebagai platform yang selamat dan dihormati, kami telah menghasilkan piawaian yang mentakrifkan dan melarang kandungan yang berbahaya atau tidak sesuai untuk pengguna kami.
  • Apl yang meniru apl atau tapak web lain untuk memperdaya pengguna supaya mendedahkan maklumat peribadi atau pengesahan.
  • Apl yang menggambarkan atau memaparkan nombor telefon, kenalan, alamat, atau maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti, yang tidak disahkan atau dunia sebenar bagi individu atau entiti yang tidak memberikan persetujuan.
  • Apl yang mempunyai fungsi teras yang berbeza berdasarkan geografi pengguna, parameter peranti atau data lain yang bergantung pada pengguna dan perbezaan tersebut tidak diiklankan secara jelas kepada pengguna dalam penyenaraian gedung.  
  • Apl yang berubah dengan ketara antara versi tanpa memberikan makluman kepada pengguna (contohnya, bahagian ‘perkara yang baharu’) dan mengemas kini penyenaraian gedung.
  • Apl yang cuba mengubah suai atau mengelirukan gelagat semasa semakan.
  • Apl dengan muat turun dipermudah rangkaian penyampaian kandungan (CDN) yang gagal memberi pengguna gesaan dan mendedahkan saiz muat turun sebelum memuat turun apl.

Media yang Dimanipulasi

Kami tidak membenarkan apl yang menggalakkan atau membantu untuk membuat maklumat atau dakwaan palsu atau mengelirukan yang disampaikan melalui imej, video dan/atau teks. Kami tidak membenarkan apl yang ditentukan mempromosikan atau mengekalkan imej, video dan/atau teks yang dapat dibuktikan sebagai mengelirukan atau menipu, yang boleh menyebabkan kemudaratan berkaitan dengan peristiwa sensitif, politik, isu sosial atau perkara lain yang menjadi kebimbangan orang ramai.

Apl yang memanipulasi atau mengubah media, di luar pelarasan yang lazim dan yang boleh diterima dari segi editorial untuk meningkatkan kejelasan atau kualiti, mesti mendedahkan atau membubuh tera air dengan jelas pada media yang diubah jika pada pandangan orang biasa media itu tidak jelas telah diubah. Pengecualian mungkin diberikan untuk kepentingan umum atau sindiran atau parodi yang jelas.

Untuk memastikan Google Play kekal sebagai platform yang selamat dan dihormati, kami telah menghasilkan piawaian yang mentakrifkan dan melarang kandungan yang berbahaya atau tidak sesuai untuk pengguna kami.
  • Apl menambahkan tokoh masyarakat pada tunjuk cara semasa terdapat peristiwa yang sensitif dari segi politik.
  • Apl menggunakan tokoh masyarakat atau media daripada peristiwa sensitif untuk mengiklankan keupayaan mengubah media dalam penyenaraian gedung apl itu.
  • Apl yang mengubah klip media untuk meniru siaran berita.

    (1) Apl ini menyediakan fungsi untuk mengubah klip media untuk meniru siaran berita, dan menambahkah tokoh terkenal atau tokoh masyarakat pada klip tanpa tera air.

Ketelusan Gelagat

Fungsi apl anda hendaklah dijelaskan dengan sewajarnya kepada pengguna; jangan sertakan sebarang ciri yang tersembunyi, dorman atau tidak didokumenkan pada apl anda. Penggunaan teknik untuk mengelak daripada semakan apl adalah tidak dibenarkan. Apl boleh dikehendaki untuk memberikan butiran tambahan bagi memastikan keselamatan pengguna, integriti sistem dan pematuhan dasar.

Salah nyataan

Kami tidak membenarkan apl atau akaun pembangun yang:

  • menyamar sebagai mana-mana orang atau organisasi, atau yang memberikan gambaran yang salah atau menyembunyikan pemilikan atau tujuan utama mereka. 
  • terlibat dalam aktiviti yang diselaraskan untuk mengelirukan pengguna. Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, apl atau akaun pembangun yang memberikan gambaran yang salah atau menyembunyikan negara asal mereka dan yang menghalakan kandungan kepada pengguna di negara lain.
  • menyelaras dengan apl, tapak, pembangun atau akaun lain untuk menyembunyikan atau memberikan gambaran yang salah tentang identiti pembangun atau apl anda atau butiran penting lain tentang diri anda, jika kandungan anda berkaitan dengan politik, isu sosial atau hal ehwal dengan kepentingan awam.

Dasar Tahap API Sasaran Google Play

Untuk memberi pengguna pengalaman yang selamat dan terjamin, Google Play memerlukan tahap API sasaran berikut untuk semua apl:

Apl baharu dan kemaskinian apl MESTI menyasarkan tahap API Android dalam tempoh satu tahun dari tarikh keluaran versi Android utama yang terkini. Apl baharu dan kemaskinian apl yang gagal memenuhi keperluan ini akan dihalang daripada penyerahan apl dalam Play Console.

Apl Google Play sedia ada yang tidak dikemaskinikan dan yang tidak menyasarkan tahap API dalam tempoh dua tahun dari tarikh keluaran versi Android utama yang terkini, tidak akan tersedia kepada pengguna baharu dengan peranti yang menjalankan versi Android OS yang lebih baharu. Pengguna yang sebelum ini telah memasang apl daripada Google Play akan dapat menemukan, memasang semula dan menggunakan apl itu secara berterusan pada mana-mana versi Android OS yang disokong oleh apl itu.

Untuk mendapatkan nasihat teknikal tentang cara memenuhi keperluan tahap API sasaran, sila rujuk panduan penghijrahan

Untuk mengetahui garis masa dan pengecualian yang tepat, sila rujuk artikel Pusat Bantuan ini.

Keperluan SDK

Pembangun apl sering bergantung pada kod pihak ketiga (contohnya, SDK) untuk menyepadukan kefungsian dan perkhidmatan utama bagi apl mereka. Apabila menyertakan SDK pada apl, anda mahu memastikan bahawa anda boleh memastikan pengguna dan apl anda selamat daripada sebarang kerentanan. Dalam bahagian ini, kami menunjukkan cara sesetengah keperluan keselamatan dan privasi kami yang sedia ada terpakai dalam konteks SDK dan direka bentuk untuk membantu pembangun menyepadukan SDK pada apl mereka dengan selamat dan terjamin.

Jika anda menyertakan SDK pada apl, anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa kod pihak ketiga dan amalan mereka tidak menyebabkan apl anda melanggar Dasar Program Pembangun Google Play. Anda perlu sedar tentang cara SDK pada apl anda mengendalikan data pengguna dan memastikan anda tahu kebenaran yang digunakan, data yang dikumpul dan sebab pengumpulan tersebut.  Ingat, pengumpulan SDK dan pengendalian data pengguna mestilah sejajar dengan penggunaan data tersebut yang mematuhi dasar pada apl anda.

Untuk memastikan penggunaan SDK anda tidak melanggar keperluan dasar, baca dan fahami dasar yang berikut secara keseluruhan dan maklumi beberapa keperluan sedia ada yang berkaitan dengan SDK di bawah:

Dasar Data Pengguna

Anda perlu bersikap telus apabila mengendalikan data pengguna (contohnya, maklumat yang dikumpulkan daripada atau tentang pengguna, termasuk maklumat peranti). Hal ini bermaksud mendedahkan akses, pengumpulan, penggunaan, pengendalian dan perkongsian data pengguna daripada apl anda dan mengehadkan penggunaan data untuk tujuan yang mematuhi dasar seperti yang didedahkan.

Jika anda menyertakan kod pihak ketiga (contohnya, SDK) pada apl, anda perlu memastikan bahawa kod pihak ketiga yang digunakan pada apl anda dan amalan pihak ketiga itu yang berkaitan dengan data pengguna daripada apl anda mematuhi dasar Program Pembangun Google Play, yang termasuk keperluan penggunaan dan pendedahan. Contohnya, anda mestilah memastikan bahawa penyedia SDK anda tidak menjual data pengguna yang bersifat peribadi dan sensitif daripada apl anda. Keperluan ini terpakai tanpa mengambil kira sama ada data pengguna dipindahkan selepas dihantar kepada pelayan atau dengan membenamkan kod pihak ketiga pada apl anda.

Data Pengguna Peribadi dan Sensitif

  • Mengehadkan akses, pengumpulan, penggunaan dan perkongsian data pengguna yang bersifat peribadi dan sensitif yang diperoleh melalui apl untuk tujuan kefungsian apl dan perkhidmatan serta pematuhan dasar yang secara munasabah dijangkakan oleh pengguna:
    • Apl yang memperluas penggunaan data pengguna yang bersifat peribadi dan sensitif untuk menyiarkan iklan mestilah mematuhi Dasar Iklan Google Play.
  • Mengendalikan semua data pengguna yang bersifat peribadi dan sensitif dengan selamat, termasuk menghantar data tersebut menggunakan kriptografi moden (contohnya, melalui HTTPS).
  • Menggunakan permintaan kebenaran waktu jalan, jika tersedia, sebelum mengakses data yang dilindungi oleh kebenaran Android

Jualan Data Pengguna yang bersifat Peribadi dan Sensitif

Tidak menjual data pengguna yang bersifat peribadi dan sensitif.

  • "Jualan" bermaksud pertukaran atau pemindahan data pengguna yang bersifat peribadi dan sensitif kepada pihak ketiga untuk pertimbangan kewangan.
    • Pemindahan data pengguna yang bersifat peribadi dan sensitif yang dimulakan oleh pengguna (contohnya apabila pengguna menggunakan ciri apl untuk memindahkan fail kepada pihak ketiga atau apabila pengguna memilih untuk menggunakan apl kajian penyelidikan bertujuan khusus), tidak dianggap sebagai jualan.

Keperluan Pendedahan & Persetujuan Jelas

Apabila akses, pengumpulan, penggunaan atau perkongsian data pengguna yang bersifat peribadi dan sensitif oleh apl anda tidak berada dalam lingkungan jangkaan munasabah pengguna produk atau ciri yang dimaksudkan, anda perlu memenuhi keperluan pendedahan dan persetujuan jelas bagi dasar Data Pengguna.

Jika apl anda menyepadukan kod pihak ketiga (contohnya, SDK) yang direka bentuk untuk mengumpulkan data pengguna yang bersifat peribadi dan sensitif secara lalai, anda mestilah, dalam tempoh 2 minggu dari tarikh penerimaan permintaan daripada Google Play (atau, jika permintaan Google Play memberikan tempoh masa yang lebih panjang, dalam tempoh masa itu) memberikan bukti yang mencukupi untuk menunjukkan bahawa apl anda memenuhi keperluan Pendedahan dan Persetujuan Jelas dasar ini, termasuk yang berhubung dengan akses, pengumpulan, penggunaan atau perkongsian data melalui kod pihak ketiga.

Jangan lupa untuk memastikan penggunaan kod pihak ketiga anda (contohnya, SDK) tidak menyebabkan apl anda melanggar dasar Data Pengguna.

Sila rujuk artikel Pusat Bantuan ini untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang keperluan Pendedahan dan Persetujuan Jelas.

Contoh pelanggaran yang disebabkan oleh SDK

  • Apl dengan SDK yang mengumpulkan data pengguna yang bersifat peribadi dan sensitif serta tidak menganggap data ini tertakluk pada Dasar Data Pengguna ini, akses, pengendalian data (termasuk jualan yang tidak dibenarkan), dan keperluan pendedahan dan persetujuan jelas.
  • Apl menyepadukan SDK yang mengumpulkan data pengguna yang bersifat peribadi dan sensitif secara lalai yang melanggar keperluan dasar ini berkenaan dengan persetujuan pengguna dan pendedahan jelas. 
  • Apl dengan SDK yang mendakwa mengumpul data pengguna yang bersifat peribadi dan sensitif hanya untuk memberikan kefungsian antipenipuan dan antipenyalahgunaan untuk apl itu tetapi SDK juga berkongsi data yang dikumpul dengan pihak ketiga untuk pengiklanan atau analitis. 
  • Apl menyertakan SDK yang menghantar maklumat pakej yang dipasang pengguna tanpa mematuhi garis panduan pendedahan jelas dan/atau garis panduan dasar privasi

Keperluan Tambahan untuk Akses Data Peribadi dan Sensitif

Jadual di bawah menghuraikan keperluan untuk aktiviti tertentu.

Aktiviti  Keperluan
Apl anda mengumpulkan atau memaut pengecam peranti berterusan (mis., IMEI, IMSI, # Siri SIM dll.)

Pengecam peranti berterusan tidak boleh dipautkan pada data pengguna lain yang bersifat peribadi dan sensitif atau pengecam peranti yang boleh ditetapkan semula kecuali untuk tujuan:

  • Telefoni yang dikaitkan dengan identiti SIM (mis., panggilan Wi-Fi yang dikaitkan dengan akaun pembawa) dan
  • Apl pengurusan peranti perusahaan menggunakan mod pemilik peranti.

Penggunaan ini mesti didedahkan dengan jelas kepada pengguna seperti yang ditentukan dalam Dasar Data Pengguna.

Sila rujuk sumber ini untuk mengetahui tentang pengecam unik alternatif.

Sila baca Dasar iklan untuk mendapatkan panduan tambahan bagi ID Pengiklanan Android.
Apl anda menyasarkan kanak-kanak Apl anda hanya boleh menyertakan SDK yang mengandungi pensijilan kendiri untuk digunakan dalam perkhidmatan yang ditujukan kepada kanak-kanak. Rujuk Program SDK Iklan dengan Pensijilan Kendiri Keluarga untuk mendapatkan bahasa dan keperluan dasar penuh. 

 

Contoh pelanggaran yang disebabkan oleh SDK

  • Apl yang menggunakan SDK yang memaut Lokasi dan ID Android 
  • Apl dengan SDK yang menyambungkan AAID kepada pengecam peranti berterusan untuk sebarang tujuan pengiklanan atau tujuan analitis. 
  • Apl menggunakan SDK yang menyambungkan AAID dan alamat e-mel untuk tujuan analitis.

Bahagian keselamatan data

Semua pembangun mestilah melengkapkan bahagian Keselamatan data yang jelas dan tepat untuk setiap apl yang memperincikan pengumpulan, penggunaan dan perkongsian data pengguna. Data ini termasuk data yang dikumpul dan dikendalikan melalui mana-mana pustaka atau SDK pihak ketiga yang digunakan pada apl mereka. Pembangun bertanggungjawab terhadap ketepatan label dan memastikan maklumat ini sentiasa terkini. Jika berkaitan, bahagian tersebut mestilah konsisten dengan pendedahan yang dibuat dalam dasar privasi apl.

Sila rujuk artikel Pusat Bantuan ini untuk mendapatkan maklumat tambahan tentang cara melengkapkan bahagian Keselamatan data.

Lihat dasar penuh Data Pengguna.

Kebenaran dan API yang Mengakses Dasar Maklumat Sensitif

Permintaan kebenaran dan API yang mengakses maklumat sensitif haruslah dapat diterima oleh pengguna. Anda hanya boleh meminta kebenaran dan API yang mengakses maklumat sensitif yang perlu untuk melaksanakan ciri atau perkhidmatan semasa pada apl anda yang dipromosikan dalam penyenaraian Google Play anda. Anda tidak boleh menggunakan kebenaran atau API yang mengakses maklumat sensitif yang memberikan akses kepada data pengguna atau peranti untuk ciri atau tujuan yang tidak didedahkan, tidak dilaksanakan atau tidak dibenarkan. Data peribadi atau sensitif yang diakses melalui kebenaran atau API yang mengakses maklumat sensitif tidak boleh sekali-kali dijual atau dikongsi untuk tujuan memudahkan jualan.

Rujuk dasar penuh Kebenaran dan API yang Mengakses Maklumat Sensitif.

Contoh pelanggaran yang disebabkan oleh SDK

  • Apl anda menyertakan SDK yang meminta lokasi dalam latar untuk tujuan yang tidak dibenarkan atau tidak didedahkan. 
  • Apl anda menyertakan SDK yang menghantar IMEI yang diperoleh daripada kebenaran Android read_phone_state tanpa persetujuan pengguna.

Dasar Perisian Hasad

Dasar Perisian Hasad kami mudah. Ekosistem Android termasuk Google Play Store dan peranti pengguna harus bebas daripada tindakan berniat jahat (iaitu perisian hasad). Melalui prinsip asas ini, kami berusaha untuk menyediakan ekosistem Android yang selamat untuk para pengguna kami dan peranti Android mereka.

Perisian hasad ialah sebarang kod yang mungkin mendatangkan risiko kepada pengguna, data pengguna atau peranti. Perisian hasad termasuk tetapi tidak terhad kepada, Aplikasi Berkemungkinan Bahaya (PHA), perduaan atau pengubahsuaian rangka kerja, yang terdiri daripada kategori seperti trojan, pancingan data dan apl perisian pengintip. Kami turut mengemaskinikan dan menambahkan kategori baharu secara berterusan.

Rujuk dasar penuh Perisian Hasad.

Contoh pelanggaran yang disebabkan oleh SDK

  • Apl yang melanggar model kebenaran Android atau mencuri bukti kelayakan (seperti token OAuth) daripada apl lain.
  • Apl yang menyalahgunakan ciri untuk menghalang apl itu daripada dinyahpasang atau dihentikan.
  • Apl yang melumpuhkan SELinux.
  • Apl anda menyertakan SDK yang melanggar model kebenaran Android dengan memperoleh keistimewaan dipertingkatkan melalui akses data peranti untuk tujuan yang tidak didedahkan
  • Apl anda menyertakan SDK dengan kod yang menipu pengguna agar melanggan atau membeli kandungan melalui bil telefon mudah alih mereka.

Apl peningkatan keistimewaan yang menjadikan peranti berakses akar tanpa kebenaran pengguna dikelaskan sebagai apl pengakaran.

Dasar Perisian Tidak Diingini Mudah Alih

Gelagat yang telus dan pendedahan yang jelas

Semua kod harus memenuhi janji yang dibuat kepada pengguna. Apl harus menyediakan semua fungsi yang disampaikan. Apl tidak boleh mengelirukan pengguna. 

Contoh pelanggaran:

  • Penipuan iklan
  • Kejuruteraan Sosial

Lindungi data pengguna

Sila bersikap jelas dan telus tentang akses, penggunaan, pengumpulan dan perkongsian data pengguna yang bersifat peribadi atau sensitif. Penggunaan data pengguna perlu mematuhi semua Dasar Data Pengguna yang berkaitan, jika dapat dikenakan dan mengambil semua langkah berjaga-jaga untuk melindungi data tersebut.

Contoh pelanggaran:

  • Pengumpulan Data (cf Perisian Intip)
  • Penyalahgunaan Kebenaran Terhad

Rujuk dasar penuh Perisian Tidak Diingini Mudah Alih

Dasar Penyalahgunaan Peranti dan Rangkaian

Kami tidak membenarkan apl yang mengganggu, menggendalakan, merosakkan atau mengakses menggunakan cara yang tidak dibenarkan peranti pengguna, peranti atau komputer lain, pelayan, rangkaian, antara muka pengaturcaraan aplikasi (API) atau perkhidmatan, termasuk tetapi tidak terhad kepada apl lain pada peranti tersebut, mana-mana perkhidmatan Google atau rangkaian pembawa yang dibenarkan.

Apl atau kod pihak ketiga (mis., SDK) dengan bahasa yang ditafsirkan (JavaScript, Python, Lua dan sebagainya) dimuatkan pada masa jalanan (mis., tidak dipakejkan dengan apl) mestilah tidak membenarkan pelanggaran dasar Google Play yang mungkin berlaku.

Kami tidak membenarkan kod yang memperkenalkan atau mengeksploitasi kerentanan keselamatan. Lihat Program Peningkatan Keselamatan Apl untuk mengetahui isu keselamatan terbaharu yang dibenderakan kepada pembangun.

Rujuk dasar penuh Penyalahgunaan Peranti dan Rangkaian.

Contoh pelanggaran yang disebabkan oleh SDK

  • Apl yang memudahkan perkhidmatan proksi kepada pihak ketiga hanya boleh berbuat demikian pada apl yang menjadikan ciri ini sebagai tujuan utama dan tujuan teras yang menghadap pengguna bagi apl tersebut.
  • Apl anda menyertakan SDK yang memuat turun kod boleh laku seperti fail dex atau kod asli, daripada sumber selain Google Play.
  • Apl anda menyertakan SDK yang mengandungi paparan web dengan Antara Muka JavaScript tambahan yang memuatkan kandungan web yang tidak dipercayai (mis., URL http://) atau URL tidak disahkan yang diperoleh daripada sumber yang tidak dipercayai (mis., URL yang diperoleh dengan Niat yang tidak dipercayai).
  • Apl anda menyertakan SDK yang mengandungi kod yang digunakan untuk mengemaskinikan APK sendiri
  • Apl anda menyertakan SDK yang mendedahkan pengguna kepada kerentanan keselamatan dengan memuat turun fail melalui sambungan tidak selamat.
  • Apl anda menggunakan SDK yang mengandungi kod untuk memuat turun atau memasang aplikasi daripada sumber tidak diketahui di luar Google Play.

Dasar Gelagat Mengelirukan

Kami tidak membenarkan apl yang cuba menipu pengguna atau mendayakan gelagat tidak jujur, termasuk tetapi tidak terhad kepada apl yang ditentukan mustahil untuk berfungsi. Apl mesti memberikan pendedahan, perihalan dan imej/video yang tepat tentang fungsi apl itu dalam semua bahagian metadata. Apl tidak boleh cuba meniru fungsi atau amaran daripada sistem pengendalian atau apl lain. Sebarang perubahan pada tetapan peranti mestilah dibuat dengan pengetahuan dan persetujuan pengguna dan boleh dibuat asal oleh pengguna.

Rujuk dasar penuh Gelagat Mengelirukan.

Ketelusan Gelagat

Fungsi apl anda hendaklah dijelaskan dengan sewajarnya kepada pengguna; jangan sertakan sebarang ciri yang tersembunyi, dorman atau tidak didokumenkan pada apl anda. Penggunaan teknik untuk mengelak daripada semakan apl adalah tidak dibenarkan. Apl boleh dikehendaki untuk memberikan butiran tambahan bagi memastikan keselamatan pengguna, integriti sistem dan pematuhan dasar.

Contoh pelanggaran yang disebabkan oleh SDK

  • Apl anda menyertakan SDK yang menggunakan teknik untuk mengelak daripada semakan apl.

Apakah Dasar Pembangun Google Play Developer yang biasanya dikaitkan dengan pelanggaran yang disebabkan oleh SDK?

Untuk membantu anda memastikan mana-mana kod pihak ketiga yang digunakan oleh apl anda mematuhi Dasar Program Pembangun Google Play, sila rujuk keseluruhan dasar yang berikut:

Walaupun dasar ini lebih sering dipertikaikan, anda perlu ingat bahawa kod SDK yang teruk boleh menyebabkan apl anda melanggar dasar lain yang tidak dirujuk di atas. Jangan lupa untuk menyemak dan mengikuti perkembangan terkini semua dasar secara keseluruhan kerana itu ialah tanggungjawab anda sebagai pembangun apl untuk memastikan SDK mengendalikan data apl anda dengan cara yang mematuhi dasar.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila lawati Pusat Bantuan kami.


Perisian Hasad

Dasar Perisian Hasad kami mudah. Ekosistem Android termasuk Gedung Google Play, dan peranti pengguna harus bebas daripada gelagat berniat jahat (iaitu perisian hasad). Melalui prinsip asas ini, kami berusaha untuk menyediakan ekosistem Android yang selamat untuk para pengguna kami dan peranti Android mereka.

Perisian hasad ialah sebarang kod yang mungkin mendatangkan risiko kepada pengguna, data pengguna, atau peranti. Perisian hasad termasuk, tetapi tidak terhad pada, Aplikasi Berkemungkinan Bahaya (PHA), pengubahsuaian perduaan, atau pengubahsuaian rangka kerja, yang terdiri daripada kategori seperti trojan, pancingan data, dan apl perisian pengintip, dan kami mengemas kini serta menambahkan kategori baharu secara berterusan.

Walaupun berbeza-beza dari segi jenis dan keupayaan, perisian hasad lazimnya mempunyai salah satu objektif yang berikut:

  • Menjejaskan integriti peranti pengguna.
  • Mengambil alih kawalan terhadap peranti pengguna.
  • Mendayakan operasi kawalan jauh untuk penyerang bagi mengakses, menggunakan, ataupun mengeksploitasi peranti yang terjejas.
  • Menghantar data peribadi atau bukti kelayakan daripada peranti tanpa pendedahan dan persetujuan yang mencukupi.
  • Menyebarkan spam atau perintah daripada peranti yang terjejas untuk menjejaskan peranti atau rangkaian lain.
  • Menipu pengguna.

Pengubahsuaian apl, perduaan atau rangka kerja boleh menjadi berkemungkinan berbahaya, dan dengan itu boleh menghasilkan gelagat berniat jahat, walaupun tidak bertujuan untuk menjadi berbahaya. Hal ini kerana pengubahsuaian apl, perduaan, atau rangka kerja boleh berfungsi dengan cara yang berbeza bergantung pada pelbagai pemboleh ubah. Oleh itu, sesuatu yang berbahaya kepada satu peranti Android mungkin tidak mendatangkan risiko sama sekali kepada peranti Android yang lain. Sebagai contoh, peranti yang menjalankan versi terkini Android tidak terjejas oleh apl berbahaya yang menggunakan API yang telah ditamatkan untuk melaksanakan gelagat berniat jahat tetapi peranti yang masih menjalankan versi Android yang sangat awal mungkin berisiko. Pengubahsuaian apl, perduaan, atau rangka kerja dibenderakan sebagai perisian hasad atau PHA jika jelas mendatangkan risiko kepada sesetengah atau semua peranti dan pengguna Android.

Kategori perisian hasad, di bawah, mencerminkan kepercayaan asas kami bahawa pengguna harus tahu cara peranti mereka dimanfaatkan dan menggalakkan ekosistem selamat yang membolehkan inovasi yang teguh serta pengalaman pengguna yang dipercayai.

Lawati Google Play Protect untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Pintu Belakang

Kod yang membenarkan pelaksanaan operasi yang tidak diingini, mungkin berbahaya dan dikawal dari jauh pada peranti.

Operasi ini mungkin termasuk gelagat yang akan meletakkan pengubahsuaian apl, binari atau rangka kerja ke dalam salah satu kategori perisian hasad lain jika dilaksanakan secara automatik. Secara umumnya, cara operasi yang mungkin berbahaya boleh berlaku pada peranti diterangkan sebagai pintu belakang. Oleh itu hal ini tidak seratus peratus sejajar dengan kategori seperti penipuan pengebilan atau perisian pengintip komersil. Akibatnya, dalam sesetengah keadaan, subset pintu belakang dikendalikan sebagai kerentanan oleh Google Play Protect.

Penipuan Pengebilan

Kod yang mengecaj pengguna secara automatik dengan cara yang sengaja mengelirukan.

Penipuan pengebilan mudah alih dibahagikan kepada penipuan SMS, Penipuan panggilan dan Penipuan tol.

Penipuan SMS
Kod yang mengecaj pengguna dengan menghantar SMS premium tanpa persetujuan, atau cuba menyembunyikan aktiviti SMSnya dengan menyembunyikan perjanjian pendedahan atau mesej SMS daripada operator mudah alih yang memberitahu pengguna tentang caj atau mengesahkan langganan.

Sesetengah kod, walaupun kod itu mendedahkan gelagat penghantaran SMS secara teknikal, memperkenalkan gelagat tambahan yang memudahkan penipuan SMS. Contoh termasuklah menyembunyikan bahagian perjanjian pendedahan daripada pengguna, menjadikan bahagian perjanjian itu tidak boleh dibaca dan menyekat, secara bersyarat, mesej SMS daripada pengendali mudah alih yang memberitahu pengguna tentang caj atau mengesahkan langganan.

Penipuan Panggilan
Kod yang mengecaj pengguna dengan membuat panggilan kepada nombor premium tanpa persetujuan pengguna.

Penipuan Tol
Kod yang memperdaya pengguna agar melanggan atau membeli kandungan melalui bil telefon mudah alih mereka.

Penipuan Tol termasuklah sebarang jenis pengebilan kecuali SMS premium dan panggilan premium. Contoh penipuan ini termasuklah bil pembawa langsung, titik akses wayarles (WAP) dan pemindahan masa penggunaan mudah alih. Penipuan WAP merupakan salah satu jenis Penipuan tol yang paling biasa berlaku. Penipuan WAP boleh termasuk memperdaya pengguna agar mengklik butang pada WebView lutsinar yang dimuatkan secara diam-diam. Sebaik sahaja pengguna mengklik butang tersebut, langganan berulang dimulakan dan SMS atau e-mel pengesahan sering dirampas untuk menghalang pengguna daripada menyedari transaksi kewangan tersebut.

Perisian Pengintai Maya

Kod yang mengumpulkan data peribadi atau sensitif milik pengguna daripada peranti dan menghantar data kepada pihak ketiga (perusahaan atau individu lain) untuk tujuan pemantauan.

Apl mesti menyediakan pendedahan jelas yang mencukupi dan memperoleh persetujuan seperti yang diperlukan oleh dasar Data Pengguna.

Garis Panduan untuk Memantau Aplikasi

Apl yang direka dan dipasarkan secara eksklusif untuk memantau individu lain, sebagai contoh, untuk ibu bapa memantau anak-anak mereka atau pengurusan perusahaan untuk pemantauan setiap kakitangan, dengan syarat mereka mematuhi sepenuhnya keperluan yang dijelaskan di bawah ialah satu-satunya apl pemantauan yang boleh diterima. Apl ini tidak boleh digunakan untuk menjejaki orang lain (contohnya, pasangan) walaupun dengan pengetahuan dan kebenaran mereka, tanpa mengira jika pemberitahuan berterusan dipaparkan. Apl ini mesti menggunakan bendera metadata IsMonitoringTool dalam fail manifes mereka bagi menetapkan apl tersebut sebagai apl pemantauan dengan sewajarnya.

Apl pemantauan mesti mematuhi syarat yang berikut:

  • Apl tidak boleh diperkenalkan sebagai penyelesaian pengintipan atau pengawasan rahsia.
  • Apl tidak boleh menyembunyikan atau melindungi gelagat penjejakan atau cuba mengelirukan pengguna tentang fungsian seperti itu.
  • Apl mesti memberikan pemberitahuan berterusan kepada pengguna pada setiap masa ketika apl sedang berjalan berserta ikon unik yang jelas mengenal pasti apl tersebut.
  • Apl mesti mendedahkan kefungsian pemantauan atau penjejakan dalam perihalan Google Play store.
  • Apl dan penyenaraian apl di Google Play tidak boleh menyediakan sebarang cara untuk mengaktifkan atau mengakses fungsian yang melanggar syarat ini, seperti memaut kepada APK tidak patuh yang dihoskan di luar Google Play.
  • Apl mesti mematuhi sebarang undang-undang yang bersesuaian. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk menentukan kesahan apl anda di kawasan yang disasarkan.
Sila rujuk artikel Pusat Bantuan Penggunaan Bendera isMonitoringTool untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Penafian Perkhidmatan (DoS)

Kod yang, tanpa pengetahuan pengguna, melaksanakan serangan penafian perkhidmatan (DoS) atau merupakan sebahagian daripada serangan DoS yang teragih terhadap sistem dan sumber lain.

Sebagai contoh, serangan ini boleh berlaku dengan menghantar banyak permintaan HTTP untuk menghasilkan beban berlebihan pada pelayan jauh.

Pemuat Turun Seteru

Kod itu sendiri mungkin tidak berbahaya, tetapi kod itu memuat turun PHA lain.

Kod boleh menjadi pemuat turun seteru jika:

  • Terdapat sebab untuk mempercayai bahawa kod itu dicipta untuk menyebarkan PHA dan telah memuat turun PHA atau mengandungi kod yang boleh memuat turun dan memasang apl; atau
  • Sekurang-kurangnya 5% daripada apl yang dimuat turun oleh kod itu ialah PHA dengan nilai ambang minimum 500 muat turun apl yang diperhatikan (25 PHA yang diperhatikan dimuat turun).

Penyemak imbas dan apl perkongsian fail utama tidak dianggap pemuat turun seteru selagi:

  • Penyemak imbas dan apl tersebut tidak memacu muat turun tanpa interaksi pengguna; dan
  • Semua muat turun PHA dimulakan dengan mendapatkan persetujuan pengguna.

Ancaman Bukan Android

Kod yang mengandungi ancaman bukan Android.

Apl ini tidak dapat membahayakan pengguna atau peranti Android, tetapi mengandungi komponen yang mungkin berbahaya kepada platform lain.

Pancingan Data

Kod yang berpura-pura berasal daripada sumber yang boleh dipercayai, meminta bukti kelayakan pengesahan pengguna atau maklumat pengebilan, dan menghantar data tersebut kepada pihak ketiga. Kategori ini juga terpakai kepada kod yang memintas penghantaran bukti kelayakan pengguna dalam transit.

Sasaran biasa bagi pancingan data termasuk bukti kelayakan perbankan, nombor kad kredit, dan bukti kelayakan akaun dalam talian untuk rangkaian sosial dan permainan.

Penyalahgunaan Keistimewaan yang Dipertingkat

Kod yang menjejaskan integriti sistem dengan memecahkan kotak pasir apl tersebut, mendapatkan hak keistimewaan yang dipertingkat, atau menukar atau melumpuhkan akses kepada fungsi teras berkaitan keselamatan.

Contoh termasuk:

  • Apl yang melanggar model kebenaran Android, atau mencuri bukti kelayakan (seperti token OAuth) daripada apl lain.
  • Apl yang menyalahgunakan ciri untuk menghalang apl itu daripada dinyahpasang atau dihentikan.
  • Apl yang melumpuhkan SELinux.

Apl peningkatan keistimewaan yang menjadikan peranti berakses akar tanpa kebenaran pengguna dikelaskan sebagai apl pengakaran.

Perisian Tebusan

Kod yang merampas sebahagian atau seluruh kawalan terhadap peranti atau data pada peranti dan menuntut pengguna membuat bayaran atau melakukan tindakan tertentu untuk melepaskan kawalan.

Sesetengah perisian tebusan menyulitkan data pada peranti dan menuntut bayaran untuk menyahsulitkan data dan/atau memanfaatkan ciri pentadbir peranti supaya perisian tebusan itu tidak dapat dialih keluar oleh pengguna biasa. Contoh termasuk:

  • Menyekat pengguna daripada mengakses peranti mereka dan menuntut wang untuk mengembalikan semula kawalan pengguna.
  • Menyulitkan data pada peranti dan menuntut bayaran, kononnya untuk menyahsulitkan data.
  • Memanfaatkan ciri pengurus dasar peranti dan menyekat pengalihan keluar oleh pengguna.

Kod yang diedarkan bersama peranti yang tujuan utamanya adalah untuk pengurusan peranti bersubsidi mungkin dikecualikan daripada kategori perisian tebusan dengan syarat kod itu berjaya memenuhi keperluan kunci dan pengurusan selamat, serta keperluan pendedahan dan persetujuan pengguna yang mencukupi.

Pengakaran

Kod yang menjadikan peranti berakses akar.

Terdapat perbezaan antara kod pengakaran yang tidak berniat jahat dengan yang berniat jahat. Sebagai contoh, apl pengakaran yang tidak berniat jahat membolehkan pengguna tahu terlebih dahulu bahawa apl itu akan menjadikan perantinya berakses akar dan apl itu tidak melaksanakan tindakan lain yang mungkin berbahaya yang berkenaan dengan kategori PHA lain.

Apl pengakaran yang berniat jahat tidak memberitahu pengguna bahawa apl itu akan menjadikan perantinya berakses akar, atau apl itu memberitahu pengguna tentang pengakaran terlebih dahulu tetapi turut melaksanakan tindakan lain yang berkenaan dengan kategori PHA lain.

Spam

Kod yang menghantar mesej yang tidak diingini kepada kenalan pengguna atau menggunakan peranti sebagai geganti spam e-mel.

Perisian Pengintip

Perisian pengintip ialah aplikasi, kod, atau gelagat hasad yang mengumpulkan, menyusup data keluar atau berkongsi data pengguna atau peranti yang tidak berkaitan dengan kefungsian yang mematuhi dasar.

Kod atau gelagat hasad yang boleh dianggap sebagai mengintip pengguna atau menyusup data keluar tanpa notis atau persetujuan yang mencukupi juga dianggap sebagai perisian pengintip.

Sebagai contoh, pelanggaran perisian pengintip termasuk, tetapi tidak terhad kepada:

  • Merakam audio atau merakam panggilan yang dibuat kepada telefon
  • Mencuri data apl
  • Apl yang mengandungi kod hasad pihak ketiga (sebagai contoh, SDK) yang memindahkan data daripada peranti dengan cara yang tidak dijangka oleh pengguna dan/atau tanpa notis atau persetujuan yang mencukupi.

Semua apl juga perlu mematuhi semua Dasar Program Pembangun Google Play, termasuk dasar data pengguna dan peranti seperti Perisian Tidak Dikehendaki Mudah Alih, Data Pengguna, Kebenaran dan API yang Mengakses Maklumat Sensitif, serta Keperluan SDK.

Trojan

Kod yang kelihatan tidak berbahaya, seperti permainan yang mendakwa ia permainan semata-mata, tetapi yang melakukan tindakan yang tidak diingini terhadap pengguna.

Pengelasan ini biasanya digunakan bersama-sama dengan kategori PHA yang lain. Trojan mempunyai komponen tidak berbahaya dan komponen berbahaya yang tersembunyi. Sebagai contoh, permainan yang menghantar mesej SMS premium daripada peranti pengguna di latar belakang dan tanpa pengetahuan pengguna.

Nota tentang Apl Tidak Biasa

Apl baharu dan jarang dijumpai boleh dikelaskan sebagai tidak biasa jika Google Play Protect tidak mempunyai maklumat yang mencukupi untuk mengesahkan apl itu adalah selamat. Ini tidak bermakna apl itu sememangnya berbahaya, tetapi tanpa semakan lanjut, apl itu tidak dapat disahkan selamat juga.

Nota tentang Kategori Pintu Belakang

Pengelasan kategori perisian hasad pintu belakang bergantung pada cara kod tersebut bertindak. Syarat yang diperlukan bagi sebarang kod untuk dikelaskan sebagai pintu belakang adalah kod itu membolehkan gelagat yang akan meletakkan kod itu dalam salah satu kategori perisian hasad lain jika dilaksanakan secara automatik. Sebagai contoh, jika apl membolehkan pemuatan kod dinamik dan kod yang dimuatkan secara dinamik itu mengekstrak mesej teks, kod itu akan dikelaskan sebagai perisian hasad pintu belakang.

Walau bagaimanapun, jika suatu apl itu membenarkan pelaksanaan kod secara sembarangan dan kami tidak mempunyai sebarang alasan untuk mempercayai bahawa pelaksanaan kod ini telah ditambahkan untuk melakukan gelagat yang berniat jahat, maka apl itu akan dianggap sebagai mempunyai kerentanan, bukannya sebagai perisian hasad pintu belakang, dan pembangun akan diminta membuat tampung untuk apl itu.

Perisian topeng

Aplikasi yang menggunakan pelbagai teknik pengelakan untuk memberikan kefungsian aplikasi yang berbeza atau palsu kepada pengguna. Apl ini menyamar sebagai aplikasi atau permainan yang sah supaya kelihatan tidak berbahaya kepada gedung apl dan menggunakan teknik seperti pengeliruan, pemuatan kod dinamik atau penyembunyian untuk mendedahkan kandungan hasad.

Perisian topeng adalah sama seperti kategori PHA yang lain, terutamanya Trojan, dengan perbezaan utamanya adalah dari segi teknik yang digunakan untuk mengelirukan aktiviti hasad.


Penyamaran

Kami tidak membenarkan apl yang mengelirukan pengguna dengan menyamar sebagai orang lain (contohnya pembangun,  syarikat, entiti lain) atau apl lain. Jangan nyatakan secara tersirat bahawa apl anda berkaitan dengan seseorang atau diberi kuasa oleh orang itu, jika sebenarnya tidak begitu.  Berhati-hati agar tidak menggunakan ikon apl, perihalan, tajuk atau unsur dalam apl yang mungkin mengelirukan pengguna tentang hubungan apl anda dengan orang lain atau apl lain.
 
Untuk memastikan Google Play kekal sebagai platform yang selamat dan dihormati, kami telah menghasilkan piawaian yang mentakrifkan dan melarang kandungan yang berbahaya atau tidak sesuai untuk pengguna kami.
  • Pembangun yang memberikan bayangan salah bahawa mereka mempunyai hubungan dengan syarikat / pembangun / entiti / organisasi lain.bayangan

    ① Nama pembangun yang disenaraikan untuk apl ini menunjukkan hubungan rasmi dengan Google, walaupun hubungan tersebut tidak wujud.

  • Apl yang mempunyai ikon dan tajuk yang memberikan bayangan salah bahawa mereka mempunyai hubungan dengan syarikat / pembangun / entiti / organisasi lain.

    ①Apl menggunakan jata negara dan mengelirukan pengguna sehingga mereka percaya apl tersebut mempunyai kaitan dengan kerajaan.
    ②Apl meniru logo entiti perniagaan untuk menunjukkan kaitan palsu yang apl tersebut ialah apl rasmi perniagaan tersebut.

  • Tajuk dan ikon apl yang sangat serupa dengan produk atau perkhidmatan yang sedia ada sehingga mungkin mengelirukan pengguna.


    ①Apl menggunakan logo laman web mata wang kripto yang terkenal dalam ikon apl untuk mencadangkan bahawa apl tersebut ialah laman web rasmi.
    ②Apl meniru watak dan tajuk rancangan TV yang terkenal dalam ikon apl dan mengelirukan pengguna sehingga mereka menganggap apl tersebut mempunyai kaitan dengan rancangan TV tersebut.

  • Apl yang menyamar sebagai apl rasmi suatu entiti yang terkenal. Tajuk seperti "Justin Bieber Rasmi" tidak dibenarkan tanpa kebenaran atau hak yang diperlukan.

  • Apl yang melanggar Garis Panduan Jenama Android.

Mobile Unwanted Software

Di Google, kami percaya bahawa jika kami menumpukan pada pengguna, semua perkara lain akan turut diberi perhatian. Dalam Prinsip Perisian dan Dasar Perisian Tidak Dikehendaki, kami memberikan syor umum untuk perisian yang memberikan pengalaman pengguna yang hebat. Dasar ini dibangunkan berdasarkan Dasar Perisian Tidak Dikehendaki Google dengan menggariskan prinsip untuk ekosistem Android dan Gedung Google Play. Perisian yang melanggar prinsip-prinsip ini berkemungkinan berbahaya untuk pengalaman pengguna dan kami akan mengambil langkah untuk melindungi pengguna daripada perisian sedemikian.

Seperti yang disebut dalam Dasar Perisian Tidak Dikehendaki, kami mendapati kebanyakan perisian yang tidak dikehendaki memaparkan satu atau beberapa ciri asas yang sama:

  • Menipu, menjanjikan usul nilai yang tidak dipenuhinya.
  • Cuba untuk menipu pengguna agar memasangnya atau perisian tersebut menumpang pada pemasangan atur cara lain.
  • Tidak memberitahu pengguna tentang semua prinsip dan fungsi pentingnya.
  • Memberikan kesan kepada sistem pengguna dengan cara yang tidak dijangka.
  • Mengumpulkan atau menghantar maklumat peribadi tanpa pengetahuan pengguna.
  • Mengumpulkan atau menghantar maklumat peribadi tanpa pengendalian yang selamat (contohnya, penghantaran melalui HTTPS)
  • Digabungkan dengan perisian lain dan kehadirannya tidak didedahkan.

Pada peranti mudah alih, perisian ialah kod dalam bentuk apl, perduaan, pengubahsuaian rangka kerja, dll. Untuk mengelakkan perisian yang berbahaya bagi ekosistem perisian atau mengganggu pengalaman pengguna, kami akan mengambil tindakan terhadap kod yang melanggar prinsip ini.

Di bawah ini, kami mengembangkan Dasar Perisian Tidak Dikehendaki untuk memperluas penggunaan dasar itu pada perisian mudah alih. Sepertimana yang kami lakukan dengan dasar itu, kami akan terus memperhalus dasar Perisian Tidak Dikehendaki Mudah Alih ini untuk menangani jenis penyalahgunaan baharu.

Gelagat yang telus dan pendedahan yang jelas

Semua kod harus memenuhi janji yang dibuat kepada pengguna. Apl harus menyediakan semua fungsi yang disampaikan. Apl tidak boleh mengelirukan pengguna. 

  • Apl harus bersikap jelas tentang fungsi dan objektif.
  • Terangkan jenis perubahan sistem yang akan dilakukan oleh apl dengan jelas kepada pengguna. Benarkan pengguna menyemak dan meluluskan semua pilihan dan perubahan pemasangan yang ketara. 
  • Perisian tidak boleh memberikan salah nyataan tentang keadaan peranti pengguna kepada pengguna, contohnya dengan mendakwa bahawa sistem berada dalam keadaan keselamatan yang kritikal atau dijangkiti virus.
  • Jangan gunakan aktiviti tidak sah yang direka untuk meningkatkan trafik iklan dan/atau penukaran.
  • Kami tidak membenarkan apl yang mengelirukan pengguna dengan menyamar sebagai orang lain (contohnya pembangun, syarikat, entiti lain) atau apl lain. Jangan nyatakan secara tersirat bahawa apl anda berkaitan dengan seseorang atau diberi kuasa oleh orang itu, jika sebenarnya tidak begitu.

Contoh pelanggaran:

  • Penipuan iklan
  • Kejuruteraan Sosial

Lindungi data dan privasi pengguna

Sila bersikap jelas dan telus tentang akses, penggunaan, pengumpulan, dan perkongsian data pengguna yang bersifat peribadi atau sensitif. Penggunaan data pengguna mestilah mematuhi semua dasar Data Pengguna yang berkaitan, jika bersesuaian, dan mengambil semua langkah berjaga-jaga untuk melindungi data tersebut.

  • Beri pengguna peluang untuk menyetujui pengumpulan data mereka sebelum anda mula mengumpulkan dan menghantar data daripada peranti, termasuk data tentang akaun pihak ketiga, e-mel, nombor telefon, apl yang dipasang, fail, lokasi, dan sebarang data peribadi dan sensitif lain yang tidak dijangka oleh pengguna akan dikumpulkan.
  • Data pengguna yang bersifat peribadi dan sensitif yang dikumpulkan mestilah dikendalikan dengan selamat, termasuk dihantar menggunakan kriptografi moden (sebagai contoh, melalui HTTPS).
  • Perisian, termasuk apl mudah alih, mestilah hanya menghantar data pengguna yang bersifat peribadi dan sensitif kepada pelayan jika data tersebut berkaitan dengan kefungsian apl.
  • Jangan minta atau menipu pengguna supaya mematikan perlindungan keselamatan peranti seperti Google Play Protect. Sebagai contoh, anda tidak boleh menawarkan ciri atau ganjaran apl tambahan kepada pengguna sebagai pertukaran untuk mematikan Google Play Protect.

Contoh pelanggaran:

Contoh dasar Data Pengguna:

Jangan memudaratkan pengalaman mudah alih 

Pengalaman pengguna hendaklah jelas dan mudah, mudah difahami dan berdasarkan pilihan yang jelas yang dibuat oleh pengguna. Pengalaman pengguna harus menyampaikan usul nilai yang jelas kepada pengguna dan tidak mengganggu pengalaman pengguna yang diiklankan atau diingini.

  • Jangan siarkan iklan yang dipaparkan kepada pengguna dengan cara yang tidak diduga termasuk menjejaskan atau mengganggu kegunaan fungsi peranti, atau memaparkan iklan di luar persekitaran apl pencetus tanpa mudah diketepikan dan tanpa persetujuan serta atribusi yang memadai.
  • Apl hendaklah tidak mengganggu apl lain atau kegunaan peranti
  • Nyahpasang, jika berkenaan, hendaklah jelas. 
  • Perisian mudah alih hendaklah tidak meniru gesaan daripada OS peranti atau apl lain. Jangan tahan makluman kepada pengguna daripada apl lain atau daripada sistem pengendalian, terutamanya makluman yang memberitahu pengguna tentang perubahan pada OS mereka. 

Contoh pelanggaran:

  • Iklan yang mengganggu
  • Penggunaan atau Peniruan Fungsi Sistem Tanpa Kebenaran

Pemuat Turun Seteru

Kod yang bukan merupakan perisian yang tidak diingini, tetapi memuat turun perisian mudah alih lain yang tidak diingini (MUwS).

Kod boleh menjadi pemuat turun seteru jika:

  • Terdapat sebab untuk mempercayai bahawa kod itu dicipta untuk menyebarkan MUwS dan kod itu telah memuat turun MUwS atau mengandungi kod yang boleh memuat turun dan memasang apl; atau
  • Sekurang-kurangnya 5% daripada apl yang dimuat turun oleh kod itu ialah MUwS dengan nilai ambang minimum 500 muat turun apl yang diperhatikan (25 muat turun MUwS yang diperhatikan).

Penyemak imbas dan apl perkongsian fail utama tidak dianggap pemuat turun seteru selagi:

  • Penyemak imbas dan apl tersebut tidak memacu muat turun tanpa interaksi pengguna; dan
  • Semua muat turun perisian dimulakan dengan mendapatkan persetujuan pengguna.

Penipuan Iklan

Penipuan iklan adalah dilarang sama sekali. Interaksi iklan yang dihasilkan untuk tujuan memperdaya rangkaian iklan agar mempercayai bahawa trafik adalah daripada minat pengguna yang sah ialah penipuan iklan, yang merupakan satu bentuk trafik tidak sah. Penipuan iklan mungkin merupakan produk sampingan bagi pembangun yang melaksanakan iklan dengan cara yang tidak dibenarkan, seperti memaparkan iklan tersembunyi, mengklik iklan secara automatik, meminda atau mengubah maklumat ataupun memanfaatkan tindakan bukan manusia (lelabah, bot, dll.) atau aktiviti manusia yang direka untuk menghasilkan trafik iklan tidak sah. Trafik tidak sah dan penipuan iklan memudaratkan pengiklan, pembangun dan pengguna, dan menyebabkan hilangnya kepercayaan jangka panjang terhadap ekosistem Iklan mudah alih.
Untuk memastikan Google Play kekal sebagai platform yang selamat dan dihormati, kami telah menghasilkan piawaian yang mentakrifkan dan melarang kandungan yang berbahaya atau tidak sesuai untuk pengguna kami.
  • Apl yang memaparkan iklan yang tidak dapat dilihat oleh pengguna.
  • Apl yang menjana klik pada iklan secara automatik tanpa niat pengguna atau yang menghasilkan trafik rangkaian yang setara untuk memberikan kredit klik dengan cara menipu.
  • Apl menghantar klik atribusi pemasangan palsu untuk mendapatkan bayaran bagi pemasangan yang tidak berasal daripada rangkaian penghantar. 
  • Apl yang memaparkan iklan timbul semasa pengguna tidak berada dalam antara muka apl.
  • Pernyataan palsu inventori iklan oleh apl, contohnya apl yang memberitahu rangkaian iklan bahawa apl itu berjalan pada peranti iOS walhal sebenarnya apl itu berjalan pada peranti Android; apl yang memberikan salah nyataan bagi nama pakej yang sedang diwangkan.

Penggunaan atau Peniruan Fungsi Sistem Tanpa Kebenaran

Kami tidak membenarkan apl atau iklan yang meniru atau mengganggu fungsian sistem, seperti pemberitahuan atau amaran. Pemberitahuan peringkat sistem hanya boleh digunakan untuk ciri penting apl, seperti apl syarikat penerbangan yang memberitahu pengguna tentang tawaran istimewa, atau permainan yang memberitahu pengguna tentang promosi dalam permainan.

Untuk memastikan Google Play kekal sebagai platform yang selamat dan dihormati, kami telah menghasilkan piawaian yang mentakrifkan dan melarang kandungan yang berbahaya atau tidak sesuai untuk pengguna kami.
  • Apl atau iklan yang disampaikan melalui pemberitahuan atau makluman sistem:
    ① Pemberitahuan sistem yang ditunjukkan dalam apl ini digunakan untuk menyiarkan iklan.
 

Untuk mendapatkan contoh tambahan yang melibatkan iklan, sila rujuk Dasar iklan.

 


Social Engineering

We do not allow apps that pretend to be another app with the intention of deceiving users into performing actions that the user intended for the original trusted app.


Kami tidak membenarkan apl yang mengandungi iklan yang mengelirukan atau mengganggu. Iklan hanya boleh disiarkan dalam apl yang menyediakan iklan itu. Kami menganggap iklan yang disiarkan dalam apl anda sebagai sebahagian daripada apl anda. Iklan yang disiarkan dalam apl anda mesti mematuhi semua dasar kami. Untuk mengetahui dasar berkaitan iklan perjudian, sila klik di sini.
Google Play menyokong pelbagai strategi pengewangan untuk memberi manfaat kepada pembangun dan pengguna, termasuk pengedaran berbayar, produk dalam apl, langganan dan model berasaskan iklan. Kami menghendaki anda mematuhi dasar ini untuk memastikan pengalaman pengguna yang terbaik.

Pembayaran

  1. Pembangun yang mengenakan bayaran untuk muat turun apl daripada Google Play mestilah menggunakan sistem pengebilan Google Play sebagai kaedah pembayaran untuk transaksi tersebut.
  1. Apl edaran Play yang memerlukan atau menerima bayaran untuk akses kepada ciri atau perkhidmatan dalam apl, termasuk sebarang fungsi apl, kandungan digital atau barangan (secara kolektif “pembelian dalam apl”), mestilah menggunakan sistem pengebilan Google Play untuk transaksi tersebut melainkan Bahagian 3 atau Bahagian 8 atau Bahagian 9 digunakan.

    Contoh ciri atau perkhidmatan apl yang memerlukan penggunaan sistem pengebilan Google Play termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pembelian dalam apl bagi:

    • Item (seperti mata wang maya, nyawa tambahan, masa main tambahan, item alat tambah, watak dan avatar);
    • perkhidmatan langganan (seperti kecergasan, permainan, pencarian jodoh, pendidikan, muzik, video, peningkatan perkhidmatan dan perkhidmatan langganan kandungan lain);
    • fungsi atau kandungan apl (seperti versi apl tanpa iklan atau ciri baharu yang tidak tersedia dalam versi percuma); dan
    • perisian dan perkhidmatan awan (seperti perkhidmatan storan data, perisian produktiviti perniagaan dan perisian pengurusan kewangan).
  1. Sistem pengebilan Google Play tidak boleh digunakan sekiranya:
    1. pembayaran itu khususnya:
      • untuk pembelian atau penyewaan barangan fizikal (seperti barangan runcit, pakaian, barang rumah, peralatan elektronik);
      • untuk pembelian perkhidmatan fizikal (seperti perkhidmatan pengangkutan, perkhidmatan pembersihan, tiket penerbangan, keahlian gim, penghantaran makanan, tiket untuk acara langsung); atau
      • kiriman wang berhubung bil kad kredit atau bil utiliti (seperti perkhidmatan kabel dan telekomunikasi);
    2. pembayaran merangkumi pembayaran rakan ke rakan, lelongan dalam talian dan derma yang dikecualikan cukai;
    3. bayaran adalah untuk kandungan atau perkhidmatan yang memudahkan perjudian dalam talian, seperti yang diterangkan dalam bahagian Apl Perjudian bagi dasar Perjudian, Permainan dan Peraduan dengan Wang Sebenar;
    4. pembayaran yang berkaitan dengan sebarang kategori produk yang tidak dapat diterima menurut Dasar Kandungan Pusat Pembayaran Google.
      Nota: Di sesetengah pasaran, kami menawarkan Google Pay untuk apl yang menjual barangan dan/atau perkhidmatan fizikal. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati halaman pembangun Google Pay kami.
  1. Selain syarat yang diterangkan dalam Bahagian 3, Bahagian 8 dan Bahagian 9, apl tidak boleh menghalakan pengguna kepada kaedah pembayaran selain sistem pengebilan Google Play. Larangan ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, penghalaan pengguna kepada kaedah pembayaran lain melalui:
    • Penyenaraian apl pada Google Play;
    • Promosi dalam apl yang berkaitan dengan kandungan boleh dibeli;
    • Paparan web, butang, pautan, pemesejan, iklan atau seruan tindak dalam apl yang lain; dan
    • Aliran antara muka pengguna dalam apl, termasuk aliran pembuatan akaun atau pendaftaran, yang mengarahkan pengguna daripada apl kepada kaedah pembayaran selain sistem pengebilan Google Play sebagai sebahagian daripada aliran tersebut.
  1. Mata wang maya dalam apl boleh digunakan dalam apl atau tajuk permainan yang dibeli itu sahaja.

  1. Pembangun mestilah memberitahu pengguna dengan jelas dan tepat tentang syarat dan harga apl mereka atau sebarang ciri atau langganan dalam apl yang ditawarkan untuk pembelian. Harga dalam apl mestilah sama dengan harga yang dipaparkan dalam antara muka Play Billing yang menghadap pengguna. Jika perihalan produk anda pada Google Play merujuk ciri dalam apl yang mungkin memerlukan bayaran tertentu atau tambahan dikenakan, penyenaraian apl anda mestilah memaklumi pengguna dengan jelas bahawa bayaran diperlukan untuk mengakses ciri tersebut.

  1. Apl dan permainan yang menawarkan mekanisme untuk menerima item maya terawak daripada pembelian termasuk, tetapi tidak terhad kepada “peti hadiah”, mestilah menyatakan dengan jelas kebarangkalian menerima item tersebut sebelum dan sejurus sebelum pembelian itu.

  1. Melainkan syarat yang diterangkan dalam Bahagian 3 terpakai, pembangun apl edaran Play yang memerlukan atau menerima bayaran daripada pengguna di negara/rantau ini untuk mendapatkan akses kepada pembelian dalam apl boleh menawarkan sistem pengebilan alternatif pada apl kepada pengguna selain sistem pengebilan Google Play untuk transaksi tersebut jika mereka berjaya melengkapkan borang pengisytiharan pengebilan bagi setiap program masing-masing dan bersetuju untuk menerima syarat tambahan dan keperluan program yang dinyatakan dalam borang tersebut.

  1. Pembangun bagi apl edaran Play boleh menghalakan pengguna di Kawasan Ekonomi Eropah (EEA) di luar apl, termasuk untuk mempromosikan tawaran bagi ciri dan perkhidmatan dalam apl digital. Pembangun yang menghalakan pengguna EEA di luar apl mestilah berjaya melengkapkan borang pengisytiharan untuk program tersebut dan bersetuju untuk menerima syarat tambahan dan keperluan program yang dinyatakan dalam borang tersebut.

Nota: Untuk melihat maklumat garis masa dan soalan lazim tentang dasar ini, sila lawati Pusat Bantuan kami.

Iklan

Untuk mengekalkan pengalaman yang berkualiti, kami mengambil kira kandungan, khalayak, pengalaman pengguna, gelagat serta keselamatan dan privasi iklan anda. Kami menganggap iklan dan tawaran yang berkaitan sebagai sebahagian daripada apl anda yang perlu mematuhi semua dasar Google Play yang lain. Anda juga perlu memenuhi keperluan tambahan kami bagi iklan jika anda mengewangkan apl yang menyasarkan kanak-kanak pada Google Play.

Anda juga boleh membaca lebih lanjut tentang dasar Promosi Apl dan Penyenaraian Gedung kami di sini, termasuk cara kami menangani amalan promosi yang mengelirukan.

Kandungan Iklan

Iklan dan tawaran yang berkaitan merupakan sebahagian daripada apl anda dan perlu mematuhi dasar Kandungan Terhad kami. Keperluan tambahan perlu dipenuhi jika apl anda ialah apl perjudian.

Iklan Tidak Sesuai

Iklan dan tawaran berkaitan (sebagai contoh, iklan mempromosikan muat turun apl lain) yang dipaparkan dalam apl anda mestilah bersesuaian dengan rating kandungan apl anda, walaupun kandungan itu sendiri mematuhi dasar kami.
Untuk memastikan Google Play kekal sebagai platform yang selamat dan dihormati, kami telah menghasilkan piawaian yang mentakrifkan dan melarang kandungan yang berbahaya atau tidak sesuai untuk pengguna kami.
  • Iklan yang tidak sesuai untuk rating kandungan apl

① Iklan ini tidak sesuai (Remaja) untuk rating kandungan apl (Semua orang)
② Iklan ini tidak sesuai (Matang) untuk rating kandungan apl (Remaja)
③ Tawaran iklan (mempromosikan muat turun apl Matang) tidak sesuai untuk rating kandungan apl permainan tempat iklan dipaparkan (Semua orang)

Keperluan Iklan Keluarga

Jika anda mengewangkan apl yang menyasarkan kanak-kanak pada Google Play, apl anda hendaklah memenuhi Keperluan Dasar Iklan dan Pengewangan Families.

Iklan Mengelirukan

Iklan tidak boleh meniru atau menyamar sebagai antara muka pengguna bagi mana-mana ciri apl, seperti pemberitahuan atau unsur amaran sistem pengendalian. Pengguna mesti mengetahui dengan jelas apl yang menyiarkan setiap iklan.

Untuk memastikan Google Play kekal sebagai platform yang selamat dan dihormati, kami telah menghasilkan piawaian yang mentakrifkan dan melarang kandungan yang berbahaya atau tidak sesuai untuk pengguna kami.
  • Iklan yang meniru UI apl:

    ① Ikon tanda soal dalam apl ini merupakan iklan yang membawa pengguna ke laman penambat luaran.

  • Iklan yang meniru pemberitahuan sistem:

    ① ② Contoh di atas menggambarkan iklan yang meniru pelbagai pemberitahuan sistem.


    ① Contoh di atas menggambarkan bahagian ciri yang meniru ciri lain tetapi hanya membawa pengguna kepada iklan.

Iklan yang Mengganggu

Iklan yang mengganggu ialah iklan yang dipaparkan kepada pengguna dengan cara yang tidak dijangka, yang mungkin mengakibatkan klik yang tidak disengajakan atau menjejaskan atau mengganggu kebolehgunaan fungsi peranti.

Apl anda tidak boleh memaksa pengguna untuk mengklik iklan atau menyerahkan maklumat peribadi untuk tujuan pengiklanan sebelum mereka dapat menggunakan apl sepenuhnya. Iklan hanya boleh dipaparkan pada apl yang menyiarkan iklan tersebut dan tidak boleh mengganggu apl, iklan atau operasi lain peranti, termasuk butang dan port sistem atau peranti. Hal ini termasuk tindanan, fungsi pengiring dan unit iklan berwidget. Jika apl anda memaparkan iklan atau iklan lain yang mengganggu penggunaan biasa, iklan itu mestilah dapat diketepikan dengan mudah tanpa penalti.

Untuk memastikan Google Play kekal sebagai platform yang selamat dan dihormati, kami telah menghasilkan piawaian yang mentakrifkan dan melarang kandungan yang berbahaya atau tidak sesuai untuk pengguna kami.
  • Iklan yang menggunakan seluruh skrin atau mengganggu penggunaan biasa dan tidak menyediakan cara yang jelas untuk mengetepikan iklan:

    ① Iklan ini tiada butang ketepikan.

  • Iklan yang memaksa pengguna mengklik lalu menggunakan butang ketepikan palsu atau dengan menjadikan iklan tiba-tiba dipaparkan pada bahagian apl yang biasa diketik oleh pengguna untuk menggunakan fungsi lain:

    ① Iklan ini menggunakan butang ketepikan yang palsu.

    ② Iklan ini tiba-tiba terpapar pada bahagian yang biasa diketik oleh pengguna untuk menggunakan fungsi dalam apl.

  • Iklan yang dipaparkan luar apl yang menyiarkan iklan tersebut:

    ① Pengguna menavigasi kepada skrin utama daripada apl ini dan tiba-tiba iklan dipaparkan pada skrin utama tersebut.

  • Iklan yang dicetuskan oleh butang skrin utama atau ciri lain yang direka bentuk dengan jelas untuk keluar daripada apl:

    ① Pengguna cuba keluar daripada apl dan menavigasi kepada skrin utama tetapi aliran yang dijangka telah diganggu oleh iklan.

Pengalaman Iklan yang Lebih Baik

Pembangun perlu mematuhi garis panduan iklan berikut untuk memastikan pengalaman berkualiti tinggi untuk pengguna apabila mereka menggunakan apl Google Play. Iklan anda mungkin tidak ditunjukkan dalam kaedah tidak dijangka untuk pengguna yang berikut:

  • Iklan ruang antara skrin penuh dalam semua format (video, GIF, statik dll) yang ditunjukkan tanpa diduga, lazimnya apabila pengguna telah memilih untuk membuat perkara lain, adalah tidak dibenarkan. 
    • Iklan yang muncul ketika permainan sedang berlangsung pada permulaan peringkat atau ketika permulaan segmen kandungan tidak dibenarkan. 
    • Iklan ruang antara video skrin penuh yang muncul sebelum skrin memuatkan apl (skrin percikan) tidak dibenarkan.
  • Iklan ruang antara skrin penuh dalam semua format yang tidak boleh ditutup selepas 15 saat tidak dibenarkan. Ruang antara skrin penuh ikut serta atau ruang antara skrin penuh yang tidak mengganggu pengguna dalam tindakan mereka (contohnya, selepas skrin markah dalam apl permainan) mungkin dipaparkan lebih dari 15 saat.

Dasar ini tidak terpakai pada iklan ganjaran yang diikut serta oleh pengguna secara jelas (contohnya, iklan yang ditawarkan secara jelas oleh pembangun kepada pengguna untuk ditonton sebagai pertukaran untuk membuka kunci ciri permainan tertentu atau sebuah kandungan. Dasar ini tidak terpakai pada pengewangan dan pengiklanan yang tidak mengganggu penggunaan apl biasa atau permainan yang sedang berlangsung (contohnya, kandungan video dengan iklan bersepadu, iklan sepanduk bukan skrin penuh).

Garis panduan ini adalah berdasarkan garis panduan Standard Iklan Lebih Baik - Pengalaman Apl Mudah Alih. Untuk maklumat lanjut tentang Standard Iklan Lebih Baik, sila rujuk Gabungan Iklan Lebih Baik.
Untuk memastikan Google Play kekal sebagai platform yang selamat dan dihormati, kami telah menghasilkan piawaian yang mentakrifkan dan melarang kandungan yang berbahaya atau tidak sesuai untuk pengguna kami.
  • Iklan tidak dijangka yang muncul ketika permainan yang sedang berlangsung atau semasa permulaan segmen kandungan (contohnya, selepas pengguna telah klik pada butang dan sebelum tindakan yang dimaksudkan oleh klikan butang telah dilaksanakan). Iklan ini tidak dijangka oleh pengguna memandangkan pengguna menjangkakan untuk memulakan permainan atau berinteraksi dengan kandungan.

    ① Iklan statik tidak dijangka muncul semasa permainan yang sedang berlangsung pada permulaan peringkat.

    ② Iklan video tidak dijangka muncul semasa permulaan segmen kandungan.
  • Iklan skrin penuh yang muncul semasa permainan yang sedang berlangsung dan tidak boleh ditutup selepas 15 saat.

    ①  Iklan ruang antara muncul semasa permainan yang sedang berlangsung dan tidak menawarkan pilihan untuk melangkau dalam tempoh 15 saat kepada pengguna.

Dibuat untuk Iklan

Kami tidak membenarkan apl yang memaparkan iklan ruang antara secara berulang kali untuk mengganggu pengguna daripada berinteraksi dengan apl dan menjalankan tugas dalam apl.
Untuk memastikan Google Play kekal sebagai platform yang selamat dan dihormati, kami telah menghasilkan piawaian yang mentakrifkan dan melarang kandungan yang berbahaya atau tidak sesuai untuk pengguna kami.
  • Apl dengan iklan ruang antara ditempatkan selepas tindakan pengguna (termasuk tetapi tidak terhad kepada klik, leret dll.) dalam keadaan yang berturutan.

    ① Pengguna boleh berinteraksi dengan berbilang butang pada halaman dalam apl pertama. Apabila pengguna mengklik Mulakan apl untuk menggunakan apl, iklan ruang antara akan dipaparkan. Selepas iklan tersebut ditutup, pengguna kembali kepada apl dan mengklik Perkhidmatan untuk mula menggunakan perkhidmatan tersebut, namun iklan ruang antara yang lain dipaparkan.


    ② Pada halaman pertama, pengguna didorong untuk mengklik Main memandangkan hanya butang tersebut yang tersedia bagi menggunakan apl. Apabila pengguna mengklik butang tersebut, iklan ruang antara dipaparkan. Selepas iklan tersebut ditutup, pengguna mengklik Lancarkan memandangkan pengguna hanya boleh berinteraksi dengan butang tersebut, dan iklan ruang antara yang lain dipaparkan.

Pengewangan Skrin Kunci

Melainkan apl direka khusus untuk berfungsi sebagai kunci skrin, apl tidak boleh memperkenalkan iklan atau ciri yang mengewangkan paparan terkunci bagi peranti.

Penipuan Iklan

Penipuan iklan adalah dilarang sama sekali. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, rujuk dasar Penipuan Iklan kami.

Penggunaan Data Lokasi untuk Iklan

Apl yang memperluas penggunaan data lokasi peranti berasaskan kebenaran untuk menyiarkan iklan tertakluk pada dasar Maklumat Peribadi dan Sensitif, dan mesti turut mematuhi keperluan berikut:

  • Penggunaan atau pengumpulan data lokasi peranti berasaskan kebenaran untuk tujuan pengiklanan mestilah jelas bagi pengguna dan didokumenkan dalam dasar privasi mandatori apl, termasuk memaut kepada mana-mana dasar privasi rangkaian iklan berkaitan yang memberikan perhatian pada penggunaan data lokasi.
  • Menurut keperluan Kebenaran Lokasi, kebenaran lokasi hanya boleh diminta untuk melaksanakan ciri atau perkhidmatan semasa dalam apl anda, dan tidak boleh meminta kebenaran lokasi peranti semata-mata untuk kegunaan iklan.

Penggunaan ID Pengiklanan Android

Perkhidmatan Google Play versi 4.0 memperkenalkan API baharu dan ID untuk digunakan oleh pembekal pengiklanan dan analitis. Syarat bagi penggunaan ID ini boleh didapati di bawah.

  • Penggunaan. Pengecam pengiklanan Android (AAID) mestilah digunakan untuk pengiklanan dan analitis pengguna sahaja. Status tetapan “Tarik diri daripada Pengiklanan Berdasarkan Minat” atau “Tarik diri daripada Pemeribadian Iklan” mesti disahkan pada setiap akses ID.
  • Perkaitan dengan maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti atau pengecam lain.
    • Kegunaan pengiklanan: Pengecam pengiklanan tidak boleh dihubungkan kepada Pengecam peranti berterusan (contohnya: SSAID, alamat MAC, IMEI, dll.) untuk sebarang tujuan pengiklanan. Pengecam iklan hanya boleh dihubungkan kepada maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti dengan persetujuan yang jelas daripada pengguna.
    • Kegunaan analitis: Pengecam iklan tidak boleh dihubungkan kepada maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti atau dikaitkan dengan mana-mana pengecam peranti berterusan (contohnya: alamat MAC, IMEI, dll.) untuk sebarang tujuan analitis. Sila baca dasarData Penggunauntuk mendapatkan garis panduan tambahan tentang pengecam peranti berterusan.
  • Menghormati pilihan pengguna.
    • Jika ditetapkan semula, pengecam iklan baharu tidak boleh dikaitkan dengan pengecam iklan terdahulu atau data yang diperoleh daripada pengecam iklan terdahulu tanpa persetujuan yang jelas daripada pengguna.
    • Anda mesti mematuhi tetapan "Tarik diri daripada Pengiklanan berdasarkan Minat" atau "Tarik diri daripada Pemeribadian Iklan" pengguna. Jika pengguna telah mendayakan tetapan ini, anda tidak boleh menggunakan pengecam iklan untuk membuat profil pengguna bagi tujuan pengiklanan atau untuk menyasarkan pengguna dengan pengiklanan diperibadikan. Aktiviti yang dibenarkan termasuk pengiklanan kontekstual, pengehadan kekerapan, penjejakan penukaran, pelaporan serta pengesanan keselamatan dan penipuan.
    • Apabila pengguna memadamkan pengecam pengiklanan Android pada peranti yang lebih baharu, pengecam tersebut akan dialih keluar. Sebarang percubaan untuk mengakses pengecam akan menerima rentetan sifar. Peranti tanpa pengecam iklan tidak boleh disambungkan kepada data yang dihubungkan atau diperoleh daripada pengecam pengiklanan sebelumnya.
  • Ketelusan kepada pengguna. Pengumpulan dan penggunaan pengecam pengiklanan dan komitmen kepada syarat ini mesti didedahkan kepada pengguna dalam pemberitahuan privasi yang mematuhi undang-undang. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang standard privasi kami, sila semak dasar Data Pengguna kami.
  • Mematuhi syarat penggunaan. Pengecam pengiklanan hanya boleh digunakan mengikut Dasar Program Pembangun Google Play, termasuk dengan mana-mana pihak yang boleh anda kongsikan pengecam itu semasa menjalankan urusan perniagaan anda. Semua apl yang dimuat naik atau diterbitkan di Google Play mesti menggunakan ID pengiklanan (jika tersedia pada peranti) sebagai ganti mana-mana pengecam peranti lain untuk sebarang tujuan pengiklanan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, rujuk dasar Data Pengguna kami.

Langganan

Sebagai pembangun, anda tidak boleh mengelirukan pengguna tentang apa-apa perkhidmatan atau kandungan langganan yang ditawarkan dalam apl anda. Penyampaian maklumat yang jelas tentang apa-apa promosi dalam apl atau skrin percikan adalah amat penting. Kami tidak membenarkan apl yang memberi pengguna pengalaman pembelian yang menipu atau memanipulasi (termasuk pembelian dalam apl atau langganan).

Anda mesti bersikap telus tentang tawaran anda. Ketelusan ini termasuklah menyatakan dengan jelas syarat tawaran anda, kos langganan, kekerapan kitaran pengebilan, dan sama ada langganan diperlukan atau tidak untuk menggunakan apl anda. Pengguna seharusnya tidak perlu melakukan sebarang tindakan tambahan untuk menyemak maklumat tersebut.

Langganan mesti memberikan nilai yang berterusan atau berulang kepada pengguna sepanjang hayat langganan dan tidak boleh digunakan untuk menawarkan manfaat sekali sahaja kepada pengguna (contohnya, SKU yang memberikan kredit/mata wang dalam apl sekali gus atau penggalak permainan guna sekali). Langganan anda boleh menawarkan bonus insentif atau promosi, tetapi ini mesti menjadi pelengkap kepada nilai berterusan atau berulang yang diberikan sepanjang hayat langganan. Produk yang tidak menawarkan nilai berterusan dan berulang mesti menggunakan produk dalam apl dan bukannya produk langganan.

Anda tidak boleh menyembunyikan atau salah mencirikan manfaat sekali sebagai langganan kepada pengguna. Ini termasuk pengubahsuaian langganan untuk menjadikan langganan tersebut tawaran sekali (contohnya, membatalkan, menamatkan atau meminimumkan nilai berulang) selepas pengguna membeli langganan.

Untuk memastikan Google Play kekal sebagai platform yang selamat dan dihormati, kami telah menghasilkan piawaian yang mentakrifkan dan melarang kandungan yang berbahaya atau tidak sesuai untuk pengguna kami.
  • Langganan bulanan yang tidak memberitahu pengguna bahawa langganan itu akan dibaharui dan pengguna akan dikenakan bayaran setiap bulan secara automatik.
  • Langganan tahunan yang lebih menonjolkan harga dari segi kos bulanan berbanding kos tahunan.
  • Harga dan syarat langganan yang tidak disetempatkan sepenuhnya.
  • Promosi dalam apl yang tidak menunjukkan dengan jelas bahawa pengguna boleh mengakses kandungan tanpa langganan (jika tersedia).
  • Nama SKU yang tidak menggambarkan sifat langganan dengan tepat, seperti "Percubaan Percuma," atau “Cuba keahlian Premium - 3 hari secara percuma,” untuk langganan dengan caj berulang automatik. 
  • Berbilang skrin dalam aliran pembelian yang menyebabkan pengguna mengklik butang langgan secara tidak sengaja.
  • Langganan yang tidak menawarkan nilai berterusan atau berulang — contohnya, menawarkan 1,000 permata untuk bulan pertama, kemudian mengurangkan manfaat kepada 1 permata pada bulan langganan yang berikutnya.
  • Memerlukan pengguna mendaftar langganan pembaharuan automatik untuk menghantar manfaat sekali dan membatalkan langganan pengguna tanpa diminta selepas pembelian.
Contoh 1:

① Butang Tolak tidak kelihatan dengan jelas dan pengguna mungkin tidak tahu bahawa mereka boleh mengakses fungsi tanpa menerima tawaran langganan.

② Tawaran hanya memaparkan harga dari segi kos bulanan dan pengguna mungkin tidak tahu bahawa mereka akan dikenakan bayaran untuk harga enam bulan pada masa mereka membuat langganan.

③ Tawaran hanya memaparkan harga pengenalan dan pengguna mungkin tidak tahu bahawa mereka akan dikenakan bayaran secara automatik pada penghujung tempoh pengenalan.

④ Tawaran harus disetempatkan dalam bahasa yang sama yang digunakan dalam terma dan syarat supaya pengguna dapat memahami keseluruhan tawaran.

 

Contoh 2:

① Klik berulang-ulang dalam kawasan butang yang sama menyebabkan pengguna mengklik butang terakhir "teruskan" untuk melanggan secara tidak sengaja.

② Jumlah yang akan dikenakan kepada pengguna pada akhir percubaan adalah sukar dibaca, sehingga pengguna mungkin menganggap pelan tersebut percuma

Percubaan Percuma & Tawaran Pengenalan

Sebelum pengguna didaftarkan dalam langganan anda: Anda mesti menerangkan syarat tawaran anda dengan jelas dan tepat, termasuk tempoh, harga, dan perihalan kandungan atau perkhidmatan yang boleh diakses. Pastikan anda memberitahu pengguna cara dan masa percubaan percuma akan ditukar menjadi langganan berbayar, harga langganan berbayar, dan bahawa pengguna boleh membuat pembatalan jika mereka tidak mahu bertukar kepada langganan berbayar.
Untuk memastikan Google Play kekal sebagai platform yang selamat dan dihormati, kami telah menghasilkan piawaian yang mentakrifkan dan melarang kandungan yang berbahaya atau tidak sesuai untuk pengguna kami.
  • Tawaran yang tidak menerangkan dengan jelas tempoh sah bagi percubaan percuma atau harga pengenalan.
  • Tawaran yang tidak menerangkan dengan jelas bahawa pengguna akan didaftarkan dalam langganan berbayar secara automatik sebaik sahaja tempoh tawaran tamat.
  • Tawaran yang tidak menunjukkan dengan jelas bahawa pengguna boleh mengakses kandungan tanpa percubaan (jika tersedia).
  • Harga dan syarat tawaran yang tidak disetempatkan sepenuhnya.
 

① Butang Tolak tidak kelihatan dengan jelas dan pengguna mungkin tidak tahu bahawa mereka boleh mengakses fungsian tanpa mendaftar untuk percubaan percuma.

② Tawaran menekankan percubaan percuma dan pengguna mungkin tidak tahu bahawa mereka akan dikenakan bayaran secara automatik apabila percubaan tamat.

③ Tawaran tidak menyatakan tempoh percubaan dan pengguna mungkin tidak tahu tempoh akses percuma kepada kandungan langganan akan tamat.

④ Tawaran harus disetempatkan dalam bahasa yang digunakan dalam terma dan syarat supaya pengguna dapat memahami keseluruhan tawaran.

Pengurusan Langganan, Pembatalan & Bayaran Balik

Jika anda menjual langganan dalam apl anda, anda mesti memastikan bahawa apl anda mendedahkan dengan jelas cara pengguna boleh mengurus atau membatalkan langganan mereka. Anda juga mesti menyertakan akses kepada kaedah dalam talian yang mudah untuk digunakan dalam apl anda bagi membatalkan langganan. Dalam tetapan akaun apl anda (atau halaman yang setara), anda boleh memenuhi keperluan ini dengan menyertakan:

  • Pautan ke Pusat Langganan Google Play (untuk apl yang menggunakan sistem pengebilan Google Play); dan/atau
  • akses langsung kepada proses pembatalan anda.

Jika pengguna membatalkan langganan yang dibeli melalui sistem pengebilan Google Play, dasar umum kami menyatakan bahawa pengguna tersebut tidak akan menerima bayaran balik bagi tempoh pengebilan semasa, tetapi akan terus menerima kandungan langganan mereka bagi tempoh pengebilan semasa yang selebihnya, tanpa mengambil kira tarikh pembatalan. Pembatalan pengguna akan berkuat kuasa selepas tempoh pengebilan semasa berlalu.

Anda (sebagai penyedia kandungan atau akses) boleh melaksanakan dasar bayar balik yang lebih fleksibel dengan pengguna anda secara langsung. Anda bertanggungjawab untuk memberitahu pengguna anda tentang sebarang perubahan pada dasar langganan, pembatalan dan bayaran balik anda serta memastikan dasar tersebut mematuhi undang-undang yang dapat dikenakan.


Program SDK Iklan dengan Pensijilan Kendiri Keluarga

Jika anda menyiarkan iklan dalam apl anda, dan khalayak sasaran apl anda hanya merangkumi kanak-kanak seperti yang diterangkan dalam Dasar Keluarga, maka anda mesti menggunakan versi SDK iklan yang mempunyai pensijilan kendiri untuk pematuhan terhadap dasar Google Play sahaja, termasuk keperluan SDK Iklan dengan Pensijilan Kendiri Keluarga di bawah.

Jika khalayak sasaran apl anda merangkumi kanak-kanak dan juga pengguna yang lebih berumur, anda mesti memastikan iklan yang disiarkan kepada kanak-kanak adalah secara eksklusifnya daripada salah satu versi SDK iklan dengan pensijilan kendiri ini (contohnya, melalui penggunaan langkah penyaringan umur neutral).

Harap maklum bahawa anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa semua versi SDK yang anda laksanakan dalam apl anda, termasuk versi SDK Iklan dengan Pensijilan Kendiri, mematuhi semua dasar, undang-undang tempatan dan peraturan yang bersesuaian. Google tidak menyediakan sebarang pernyataan atau jaminan tentang ketepatan maklumat yang disediakan oleh SDK iklan semasa proses pensijilan kendiri.

Penggunaan SDK iklan dengan pensijilan kendiri Keluarga hanya diperlukan jika anda menggunakan SDK iklan untuk menyiarkan iklan kepada kanak-kanak. Perkara yang berikut dibenarkan tanpa pensijilan kendiri SDK iklan dengan Google Play. Walau bagaimanapun, anda tetap bertanggungjawab untuk memastikan kandungan iklan dan amalan pengumpulan data anda mematuhi Dasar Data Pengguna dan Dasar Keluarga Google Play:

  • Pengiklanan Dalaman apabila anda menggunakan SDK untuk mengurus promosi silang apl anda atau media dan barang niaga milik sendiri yang lain.
  • Menyertai tawaran langsung dengan pengiklan apabila anda menggunakan SDK untuk pengurusan inventori.

Keperluan SDK Iklan dengan Pensijilan Kendiri Keluarga

  • Takrifkan kandungan iklan dan gelagat yang menjelikkan serta larang kandungan iklan dan gelagat tersebut dalam syarat atau dasar SDK iklan. Takrifan harus mematuhi Dasar Program Pembangun Google Play.
  • Buat kaedah untuk menilai kreatif iklan anda mengikut kumpulan umur yang sesuai. Kumpulan umur yang sesuai mesti termasuk sekurang-kurangnya kumpulan untuk Semua Orang dan Matang. Kaedah rating mesti sejajar dengan kaedah yang diberikan oleh Google kepada SDK apabila pembangun telah melengkapkan borang minat di bawah.
  • Benarkan penerbit meminta pengendalian khusus kanak-kanak untuk penyiaran iklan, sama ada bagi setiap permintaan atau bagi setiap apl. Pengendalian sedemikian mesti mematuhi undang-undang dan peraturan yang dilaksanakan, seperti Akta Perlindungan dan Privasi Dalam Talian Kanak-kanak (COPPA) AS dan Peraturan Perlindungan Data Umum (GDPR) EU. Google Play menghendaki SDK iklan melumpuhkan iklan diperibadikan, pengiklanan berdasarkan minat, dan pemasaran semula sebagai sebahagian daripada pengendalian khusus kanak-kanak.
  • Benarkan penerbit memilih format iklan yang mematuhi dasar Iklan dan Pengewangan KeluargaGoogle Play dan memenuhi keperluan program Teacher Approved
  • Pastikan apabila pembidaan masa nyata digunakan untuk menyiarkan iklan kepada kanak-kanak, bahan kreatif tersebut telah disemak dan penunjuk privasi disebar secara meluas kepada pembida.
  • Beri Google maklumat yang mencukupi, seperti menyerahkan apl ujian dan maklumat yang dinyatakan dalam borang minat di bawah, untuk mengesahkan pematuhan dasar oleh SDK iklan dengan semua keperluan pensijilan kendiri dan bertindak balas terhadap sebarang permintaan maklumat yang selanjutnya dengan secepat mungkin, seperti penyerahan keluaran versi baharu untuk mengesahkan pematuhan versi SDK iklan dengan semua keperluan pensijilan kendiri dan menyediakan apl ujian.
  • Pensijilan kendiri yang semua keluaran versi terbaru mematuhi Dasar Program Pembangun Google Play terkini termasuk Keperluan Dasar Keluarga.

Nota: SDK Iklan Dengan Pensijilan Kendiri Keluarga mesti menyokong penyiaran iklan yang mematuhi semua statut dan peraturan yang berkaitan dengan kanak-kanak yang mungkin dikenakan kepada penerbit SDK iklan tersebut.

Maklumat lanjut tentang membuat tera air pada bahan kreatif iklan dan menyediakan apl ujian dapat ditemukan di sini.

Keperluan pengantaraan yang berikut adalah untuk platform penyiaran apabila menyiarkan iklan kepada kanak-kanak:

  • Hanya gunakan SDK Iklan dengan Pensijilan Kendiri Keluarga atau laksanakan perlindungan yang diperlukan untuk memastikan semua iklan yang disiarkan daripada pengantaraan mematuhi keperluan ini; dan
  • Sampaikan maklumat yang diperlukan ke platform pengantaraan untuk menyatakan rating kandungan iklan dan sebarang pengendalian khusus kanak-kanak yang berkenaan.

Pembangun boleh mendapatkan senarai SDK Iklan dengan Pensijilan Kendiri Keluarga dan boleh menyemak versi khusus SDK iklan itu yang mempunyai pensijilan kendiri untuk digunakan dalam apl Keluarga di sini.

Selain itu, pembangun boleh berkongsi borang minat ini dengan SDK iklan yang ingin mendapatkan pensijilan kendiri.


Penyenaraian Gedung dan Promosi

Promosi dan keterlihatan apl anda mempengaruhi kualiti gedung dengan ketara. Elakkan penyenaraian gedung berunsur spam, promosi berkualiti rendah dan usaha untuk meningkatkan keterlihatan apl di Google Play secara palsu.

Promosi Apl

Kami tidak membenarkan apl yang terlibat dalam atau mendapat manfaat secara langsung atau tidak langsung daripada amalan promosi (seperti iklan) yang mengelirukan atau berbahaya kepada pengguna atau ekosistem pembangun. Amalan promosi adalah mengelirukan atau berbahaya jika gelagat atau kandungan promosinya melanggar Dasar Program Pembangun kami.

Untuk memastikan Google Play kekal sebagai platform yang selamat dan dihormati, kami telah menghasilkan piawaian yang mentakrifkan dan melarang kandungan yang berbahaya atau tidak sesuai untuk pengguna kami.
  • Menggunakan iklan yang mengelirukan pada laman web, apl atau ciri lain, termasuk pemberitahuan yang serupa dengan pemberitahuan dan makluman sistem.
  • Menggunakan iklan seksual yang eksplisit untuk menghalakan pengguna kepada penyenaraian apl Google Play anda untuk muat turun.
  • Taktik promosi atau pemasangan yang menghalakan pengguna kepada Google Play atau memuat turun apl tanpa tindakan pengguna termaklum.
  • Promosi yang tidak dikehendaki melalui perkhidmatan SMS.
  • Teks atau imej dalam tajuk, ikon atau nama pembangun apl yang menyatakan prestasi atau kedudukan gedung, harga atau maklumat promosi, atau yang mencadangkan hubungan kepada program Google Play sedia ada.

Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa mana-mana rangkaian atau ahli gabungan iklan atau iklan yang berkaitan dengan apl anda mematuhi dasar ini.


Metadata

Pengguna bergantung pada perihalan apl anda untuk membantu mereka memahami fungsi dan tujuan apl anda. Kami tidak membenarkan apl dengan metadata yang mengelirukan, tidak diformatkan dengan betul, tidak deskriptif, tidak berkaitan, berlebihan atau tidak sesuai, termasuk tetapi tidak terhad kepada perihalan, nama pembangun, tajuk, ikon, tangkapan skrin dan imej promosi apl. Pembangun mesti menyediakan perihalan apl mereka yang jelas dan ditulis dengan baik. Kami juga tidak membenarkan testimoni pengguna tanpa atribut atau awanama dalam perihalan apl.

Tajuk, ikon dan nama pembangun apl anda sangat berguna kepada pengguna untuk mencari dan mengetahui tentang apl anda. Jangan gunakan emoji, emotikon atau aksara khas berulang dalam elemen metadata ini. Elakkan daripada menggunakan SEMUA HURUF BESAR kecuali ini sebahagian daripada jenama anda. Simbol yang mengelirukan dalam ikon apl tidak dibenarkan, contohnya: penunjuk titik mesej baharu apabila tiada mesej baharu dan simbol muat turun/pasang apabila apl tidak berkaitan dengan memuat turun kandungan. Tajuk apl anda mestilah 30 aksara atau kurang. Jangan gunakan teks atau imej dalam tajuk, ikon atau nama pembangun apl yang menunjukkan prestasi atau kedudukan gedung, harga atau maklumat promosi, atau yang mencadangkan hubungan kepada program Google Play sedia ada.

Di samping keperluan yang dinyatakan di sini, Dasar Pembangun Google Play tertentu mungkin menghendaki anda memberikan maklumat metadata tambahan.

Untuk memastikan Google Play kekal sebagai platform yang selamat dan dihormati, kami telah menghasilkan piawaian yang mentakrifkan dan melarang kandungan yang berbahaya atau tidak sesuai untuk pengguna kami.

        ① Testimoni Pengguna Tanpa Atribut atau Awanama
        ② Perbandingan data apl atau jenama
        ③ Blok perkataan dan senarai perkataan menegak/mendatar

 

        ① SEMUA HURUF BESAR walaupun bukan sebahagian daripada jenama
        ② Urutan aksara khas yang tidak berkaitan dengan apl
        ③ Penggunaan emoji, emotikon (termasuk kaomoji) dan aksara khas
        ④ Simbol yang mengelirukan
        ⑤ Teks yang mengelirukan

 

  • Imej atau teks yang menunjukkan prestasi atau rating gedung, seperti 'Apl tahun ini', '#1,' 'Terbaik daripada Play 20XX,' 'Popular,' ikon anugerah dan sebagainya.

  • Imej atau teks yang menunjukkan maklumat harga dan promosi, seperti 'potongan 10%', 'pulangan tunai $50', 'percuma untuk masa yang terhad sahaja' dan sebagainya.

  • Imej atau teks yang menunjukkan program Google Play, seperti 'Pilihan editor', 'Baharu' dan sebagainya.

Yang berikut ini ialah beberapa contoh teks, imej atau video yang tidak sesuai dalam penyenaraian anda:

  • Imejan atau video dengan kandungan tidak senonoh berunsur seks. Elakkan imejan tidak senonoh yang mengandungi payudara, punggung, alat kelamin, atau anatomi atau kandungan fetisy lain, sama ada dalam bentuk ilustrasi atau imej sebenar.
  • Menggunakan kata-kata cabul, kasar, atau bahasa lain yang tidak sesuai untuk khalayak umum dalam penyenaraian Gedung apl anda. 
  • Keganasan grafik yang digambarkan dengan jelas dalam ikon apl, imej promosi, atau video.
  • Gambaran penggunaan dadah secara haram. Kandungan EDSA (Pendidikan, Dokumentari, Saintifik atau Seni) juga mestilah sesuai untuk semua khalayak dalam penyenaraian gedung.

Yang berikut ialah beberapa amalan terbaik:

  • Serlahkan ciri hebat apl anda. Kongsi fakta menarik dan menyeronokkan tentang apl anda untuk membantu pengguna memahami faktor yang menjadikan apl anda istimewa.
  • Pastikan tajuk dan perihalan apl menggambarkan fungsian apl anda dengan tepat.
  • Elakkan penggunaan kata kunci atau rujukan yang berulang-ulang atau tidak berkaitan.
  • Pastikan huraian apl anda ringkas dan jelas. Huraian yang lebih ringkas cenderung menghasilkan pengalaman pengguna yang lebih baik terutamanya pada peranti dengan paparan yang lebih kecil. Perihalan yang terlalu panjang, terperinci, tidak diformatkan dengan betul, atau perihalan yang berulang-ulang boleh menyebabkan pelanggaran dasar ini.
  • Ingat bahawa penyenaraian anda haruslah sesuai untuk khalayak umum. Elakkan penggunaan teks, imej atau video yang tidak sesuai dalam penyenaraian anda dan patuhi garis panduan di atas.

Rating, Ulasan dan Pemasangan Pengguna

Pembangun tidak boleh cuba memanipulasi peletakan mana-mana apl pada Google Play. Manipulasi ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, menaikkan kiraan rating, ulasan atau pemasangan produk menggunakan cara yang tidak sah, seperti pemasangan, ulasan dan rating yang berunsur penipuan atau berinsentif, atau memberi pengguna insentif untuk memasang apl lain sebagai kefungsian utama apl.

Untuk memastikan Google Play kekal sebagai platform yang selamat dan dihormati, kami telah menghasilkan piawaian yang mentakrifkan dan melarang kandungan yang berbahaya atau tidak sesuai untuk pengguna kami.
  • Meminta pengguna memberikan rating untuk apl anda sambil menawarkan insentif:


        ① Pemberitahuan ini menawarkan diskaun kepada pengguna sebagai pertukaran untuk rating yang tinggi.
     
  • Menyerahkan rating berulang kali dengan menyamar sebagai pengguna untuk mempengaruhi peletakan apl pada Google Play.
     
  • Menyerahkan atau menggalakkan pengguna untuk menyerahkan ulasan yang mengandungi kandungan yang tidak sesuai, termasuk gabungan, kupon, kod permainan, alamat e-mel atau pautan kepada laman web atau apl lain:

        ② Ulasan ini menggalakkan pengguna untuk mempromosikan apl RescueRover dengan membuat tawaran kupon.

Rating dan ulasan merupakan penanda aras kualiti apl. Pengguna bergantung pada rating dan ulasan yang tulen dan berkaitan. Yang berikut ini ialah beberapa amalan terbaik apabila membalas ulasan pengguna:

  • Tumpukan balasan anda pada isu yang dibangkitkan dalam ulasan pengguna dan jangan minta rating yang lebih tinggi.
     
  • Sertakan rujukan kepada sumber yang berguna seperti alamat sokongan atau halaman Soalan Lazim.

Rating Kandungan

Rating kandungan di Google Play disediakan oleh  Gabungan Rating Umur Antarabangsa (IARC) dan direka untuk membantu pembangun menyampaikan rating kandungan yang berkaitan secara setempat kepada pengguna. Pihak berkuasa IARC rantau menyelenggarakan garis panduan yang digunakan untuk menentukan tahap kematangan kandungan dalam apl. Kami tidak membenarkan apl tanpa rating kandungan di Google Play.

Cara rating kandungan digunakan

Rating kandungan digunakan untuk memberitahu pengguna, terutamanya ibu bapa, tentang kandungan dalam apl yang mungkin tidak menyenangkan. Ciri ini juga menapis atau menyekat kandungan anda di wilayah tertentu atau kepada pengguna khusus sekiranya dikehendaki oleh undang-undang, dan menentukan kelayakan apl anda untuk program pembangun khas.

Cara rating kandungan ditentukan

Untuk menerima rating kandungan, anda mesti mengisi soal selidik rating pada Play Console yang mengemukakan soalan tentang sifat kandungan apl anda. Apl anda akan diberikan rating kandungan daripada beberapa pihak berkuasa rating berdasarkan jawapan anda dalam soal selidik tersebut. Kesilapan mentafsir kandungan apl anda boleh mengakibatkan pengalihan keluar atau penggantungan, oleh itu anda perlu memberikan jawapan yang tepat dalam soal selidik rating kandungan tersebut.

Untuk menghalang apl anda daripada disenaraikan sebagai "Tidak dinilai", anda mesti melengkapkan soal selidik rating kandungan untuk setiap apl baharu yang diserahkan kepada Play Console, serta untuk semua apl sedia ada yang aktif pada Google Play. Apl tanpa rating kandungan akan dialih keluar daripada Gedung Play.

Jika anda membuat perubahan pada kandungan atau ciri apl anda yang memberi kesan terhadap jawapan kepada soal selidik rating, anda mesti menyerahkan soal selidik rating kandungan yang baharu dalam Play Console.

Lawati Pusat Bantuan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pelbagai pihak berkuasa rating dan cara melengkapkan soal selidik rating kandungan.

Rayuan rating

Jika anda tidak bersetuju dengan rating yang telah diberikan oleh IARC kepada apl anda, anda boleh membuat rayuan terus kepada pihak berkuasa rating IARC dengan menggunakan pautan yang disediakan dalam e-mel perakuan anda.

News

Apl News ialah apl yang:

  • Mengisytiharkan diri sebagai apl "News" dalam Google Play Console atau
  • Menyenaraikan diri dalam kategori “Berita dan Majalah” pada Google Play Store dan memerihalkan diri sebagai “berita” dalam tajuk, ikon, nama pembangun atau perihalan apl.

Contoh apl dalam kategori “Berita dan Majalah” yang layak sebagai apl News:

  • Apl yang menerangkan diri sebagai “berita” dalam perihalan apl, termasuk, tetapi tidak terhad kepada:
    • Berita terkini
    • Surat khabar
    • Berita mutakhir
    • Berita tempatan
    • Berita harian
  • Apl dengan perkataan “News” dalam tajuk, ikon atau nama pembangun apl.

Walau bagaimanapun, jika apl mengandungi kandungan, terutamanya yang dijana oleh pengguna (mis., apl media sosial), apl tidak boleh dengan sendirinya diisytiharkan sebagai apl News dan tidak dianggap sebagai apl News.

Apl News yang menghendaki pengguna membeli keahlian mesti memberikan pratonton kandungan dalam apl kepada pengguna sebelum pembelian. 

Apl News mestilah:

  • Memberikan maklumat pemilikan tentang apl dan sumber artikel berita termasuk, tetapi tidak terhad kepada, penerbit asal atau pengarang setiap artikel. Dalam keadaan yang bukan kebiasaan untuk menyenaraikan pengarang individu untuk artikel, apl berita mestilah penerbit asal artikel. Sila ambil perhatian bahawa pautan kepada akaun media sosial bukanlah satu bentuk maklumat pengarang atau penerbit yang mencukupi. 
  • Mempunyai laman web khusus atau halaman dalam apl yang dilabelkan secara jelas mengandungi maklumat hubungan, mudah ditemukan (mis., dipautkan pada bahagian bawah halaman utama atau bar navigasi laman) dan memberikan maklumat hubungan yang sah untuk penerbit berita, termasuk sama ada alamat e-mel hubungan dan nombor telefon. Harap maklum bahawa pautan kepada akaun media sosial bukanlah satu bentuk maklumat hubungan penerbit yang mencukupi.

Apl News mestilah tidak:

  • Mengandungi ralat ejaan dan/atau tatabahasa yang ketara,
  • Mengandungi kandungan statik sahaja (mis. kandungan yang berusia lebih daripada tiga bulan), atau
  • Menjadikan pemasaran gabungan atau hasil iklan sebagai tujuan utama.  

Harap maklum bahawa apl News boleh menggunakan iklan dan bentuk pemasaran lain untuk mengewangkan selagi tujuan utama apl tidak menjual produk dan perkhidmatan atau menjana hasil pengiklanan.

Apl News yang mengagregatkan kandungan daripada sumber penerbitan yang berlainan mestilah telus tentang sumber penerbitan kandungan dalam apl dan setiap sumber mestilah memenuhi keperluan dasar News.

Sila rujuk artikel ini untuk cara yang terbaik bagi menyampaikan maklumat yang diperlukan. 


Spam dan Kefungsian Minimum

Sekurang-kurangnya, apl harus memberikan tahap kefungsian asas dan pengalaman pengguna yang baik kepada pengguna. Apl yang mengalami ranap sistem, menunjukkan gelagat lain yang tidak sejajar dengan pengalaman pengguna yang berfungsi atau yang hanya berfungsi untuk menghantar spam kepada pengguna atau Google Play bukanlah apl yang mengembangkan katalog dengan cara yang bermakna.

Spam

Kami tidak membenarkan apl yang mengirim spam kepada pengguna atau Google Play, seperti apl yang menghantar mesej tidak diingini kepada pengguna atau apl yang berulang atau berkualiti rendah.

Spam Mesej

Kami tidak membenarkan apl yang menghantar SMS, e-mel atau mesej lain bagi pihak pengguna tanpa memberi pengguna keupayaan untuk mengesahkan kandungan dan penerima yang ditujukan.
Untuk memastikan Google Play kekal sebagai platform yang selamat dan dihormati, kami telah menghasilkan piawaian yang mentakrifkan dan melarang kandungan yang berbahaya atau tidak sesuai untuk pengguna kami.
  • Apabila pengguna menekan butang ‘Kongsi’, apl menghantar mesej bagi pihak pengguna tanpa memberi pengguna keupayaan untuk mengesahkan kandungan dan penerima yang ditujukan:

Paparan Web dan Spam Gabungan

Kami tidak membenarkan apl yang tujuan utamanya adalah untuk memacu trafik gabungan ke tapak web atau menyediakan paparan web untuk sesebuah tapak web tanpa kebenaran daripada pemilik atau pentadbir tapak web tersebut.
Untuk memastikan Google Play kekal sebagai platform yang selamat dan dihormati, kami telah menghasilkan piawaian yang mentakrifkan dan melarang kandungan yang berbahaya atau tidak sesuai untuk pengguna kami.
  • Apl yang tujuan utamanya adalah untuk memacu trafik rujukan ke sesebuah tapak web untuk menerima kredit daripada pendaftaran pengguna atau pembelian di tapak web tersebut.
  • Apl yang tujuan utamanya adalah untuk menyediakan paparan web untuk sesebuah tapak web tanpa kebenaran:

         ① Apl ini dinamakan "Ted's Shopping Deals" dan hanya menyediakan paparan web Google Beli-belah.

Kandungan Berulang

Kami tidak membenarkan apl yang hanya memberikan pengalaman yang sama seperti apl lain yang sudah ada di Google Play. Apl harus memberikan nilai kepada pengguna melalui penciptaan kandungan atau perkhidmatan yang unik.
Untuk memastikan Google Play kekal sebagai platform yang selamat dan dihormati, kami telah menghasilkan piawaian yang mentakrifkan dan melarang kandungan yang berbahaya atau tidak sesuai untuk pengguna kami.
  • Menyalin kandungan daripada apl lain tanpa menambah sebarang kandungan atau nilai asal.
  • Menghasilkan beberapa apl dengan fungsi, kandungan dan pengalaman pengguna yang sangat serupa. Jika apl ini masing-masing mempunyai jumlah kandungan yang kecil, pembangun harus mempertimbangkan untuk menghasilkan satu apl yang mengumpulkan semua kandungan tersebut.

Kefungsian Minimum

Pastikan apl anda memberikan pengalaman pengguna yang stabil, menarik dan responsif.
Untuk memastikan Google Play kekal sebagai platform yang selamat dan dihormati, kami telah menghasilkan piawaian yang mentakrifkan dan melarang kandungan yang berbahaya atau tidak sesuai untuk pengguna kami.
  • Apl yang direka bentuk untuk tidak melakukan apa-apa atau tiada fungsi

Kefungsian yang Rosak

Kami tidak membenarkan apl yang mengalami ranap sistem, henti paksa, pembekuan atau fungsi tidak normal yang lain.
Untuk memastikan Google Play kekal sebagai platform yang selamat dan dihormati, kami telah menghasilkan piawaian yang mentakrifkan dan melarang kandungan yang berbahaya atau tidak sesuai untuk pengguna kami.
  • Apl yang tidak dapat dipasang
  • Apl yang dapat dipasang tetapi tidak dapat dimuatkan
  • Apl yang dapat dimuatkan tetapi tidak responsif

Program Lain

Selain pematuhan terhadap dasar kandungan yang ditetapkan di bahagian lain dalam Pusat Dasar ini, apl yang direka bentuk untuk pengalaman Android yang lain dan diedarkan melalui Google Play mungkin turut tertakluk pada keperluan dasar khusus program. Pastikan anda menyemak senarai di bawah untuk menentukan sama ada mana-mana dasar ini berkaitan dengan apl anda.

Apl Segera Android

Matlamat kami berkaitan Apl Segera Android adalah untuk menghasilkan pengalaman pengguna yang menarik dan lancar namun masih mematuhi piawaian privasi dan keselamatan yang tertinggi. Dasar kami direka untuk menyokong matlamat tersebut.

Pembangun yang memilih untuk mengedarkan Apl Segera Android melalui Google Play mesti mematuhi dasar berikut, di samping semua Dasar Program Pembangun Google Play yang lain.

Identiti

Untuk apl segera yang menyertakan fungsian log masuk, pembangun mesti menyepadukan Smart Lock untuk Kata Laluan.

Sokongan Pautan

Pembangun Apl Segera Android dikehendaki menyokong pautan apl lain dengan betul. Jika apl segera pembangun atau apl yang dipasang mengandungi pautan yang berpotensi untuk diselesaikan kepada apl segera, pembangun mesti menghantar pengguna ke apl segera itu dan bukannya menangkap pautan dalam Paparan Web.

Spesifikasi Teknikal

Pembangun mesti mematuhi spesifikasi dan syarat teknikal Apl Segera Android yang disediakan oleh Google, yang mungkin dipinda dari semasa ke semasa, termasuk yang tersenarai dalam dokumentasi awam kami.

Menawarkan Pemasangan Apl

Apl segera mungkin menawarkan apl yang boleh dipasang kepada pengguna, tetapi tawaran seperti ini tidak seharusnya menjadi tujuan utama apl segera itu. Apabila menawarkan pemasangan, pembangun mesti:

  • Menggunakan ikon "dapatkan apl" Reka Bentuk Bahan dan label "pasang" untuk butang pemasangan.
  • Tidak mempunyai lebih daripada 2-3 gesaan pemasangan tersirat dalam apl segera mereka.
  • Tidak menggunakan sepanduk atau teknik seolah-olah iklan yang lain untuk menyampaikan gesaan pemasangan kepada pengguna.

Butiran apl segera dan garis panduan UX tambahan boleh ditemukan dalam Amalan Terbaik untuk Pengalaman Pengguna.

Menukar Status Peranti

Apl segera tidak boleh membuat perubahan pada peranti pengguna yang berterusan lebih lama daripada sesi apl segera. Contohnya, apl segera tidak boleh menukar kertas dinding pengguna atau membuat widget skrin utama.

Keterlihatan Apl

Pembangun mesti memastikan bahawa apl segera dapat dilihat oleh pengguna supaya pengguna menyedari pada setiap masa bahawa apl segera tersebut sedang dijalankan pada peranti mereka.

Pengecam Peranti

Apl segera dilarang mengakses pengecam peranti yang (1) berterusan selepas apl segera dihentikan dan (2) tidak boleh ditetapkan semula oleh pengguna. Contoh termasuk, tetapi tidak terhad kepada:

  • Siri Binaan
  • Alamat Mac sebarang cip rangkaian
  • IMEI, IMSI

Apl segera mungkin mengakses nombor telefon jika diperoleh menggunakan kebenaran waktu jalan. Pembangun tidak boleh cuba membuat cap jari pengguna menggunakan pengecam ini atau sebarang cara lain.

Trafik rangkaian

Trafik rangkaian dari dalam apl segera mesti disulitkan menggunakan protokol TLS, seperti HTTPS.

Dasar Emoji Android

Dasar emoji kami direka bentuk untuk menggalakkan pengalaman pengguna yang merangkumi semua dan konsisten. Untuk melaksanakan itu, semua apl mesti menyokong versi terkini Emoji Unikod semasa menjalankan pada Android 12+. 

Apl yang menggunakan Emoji Android lalai tanpa pelaksanaan tersuai sudah menggunakan versi terkini Emoji Unikod semasa menjalankan Android 12+. 

Apl dengan pelaksanaan emoji tersuai termasuk yang disediakan oleh pustaka pihak ketiga, mesti menyokong sepenuhnya versi Unikod terkini semasa menjalankan Android 12+ dalam masa 4 bulan selepas Emoji Unikod baharu dikeluarkan.

Rujuk panduan ini untuk mempelajari cara menyokong emoji moden.


Keluarga

Google Play menawarkan platform beraneka kepada pembangun untuk mempamerkan kandungan berkualiti tinggi dan bersesuaian dengan umur untuk seisi keluarga. Sebelum menyerahkan apl ke program Direka Bentuk untuk Keluarga atau menyerahkan apl yang menyasarkan kanak-kanak ke Gedung Google Play, anda bertanggungjawab memastikan apl anda sesuai untuk kanak-kanak dan mematuhi semua undang-undang yang berkaitan.

Ketahui tentang proses keluarga dan semak senarai semak interaktif di Academy for App Success.

Dasar Keluarga Google Play

Penggunaan teknologi sebagai alat untuk memperkaya kehidupan keluarga terus berkembang, dan ibu bapa mencari kandungan yang selamat serta bermutu tinggi untuk dikongsi dengan anak mereka. Anda mungkin mereka bentuk apl anda khusus untuk kanak-kanak atau apl anda mungkin sekadar menarik perhatian mereka. Google Play mahu membantu anda memastikan apl anda selamat untuk semua pengguna, termasuk keluarga.

Perkataan "kanak-kanak" boleh membawa makna yang berbeza-beza mengikut tempat dan konteks. Anda perlu merujuk penasihat undang-undang untuk menentukan tanggungjawab dan/atau sekatan berasaskan umur mungkin dikenakan terhadap apl anda. Anda lebih memahami cara apl anda berfungsi, oleh itu kami bergantung pada anda untuk membantu kami memastikan apl dalam Google Play adalah selamat untuk keluarga.

Semua apl yang mematuhi dasar Keluarga Google Play boleh mengikut serta untuk dinilai bagi program Teacher Approved, tetapi kami tidak dapat menjamin bahawa apl anda akan disertakan dalam program Teacher Approved. 

Keperluan Play Console

Khalayak Sasaran dan Kandungan

Dalam bahagian Khalayak Sasaran dan Kandungan pada Google Play Console, anda mesti menyatakan khalayak sasaran untuk apl anda, sebelum menerbitkan apl itu, dengan memilih daripada senarai kumpulan umur yang disediakan. Tanpa mengira pilihan yang anda buat dalam Google Play Console, jika anda memilih untuk menyertakan imejan dan istilah dalam apl anda yang boleh dianggap sebagai menyasarkan kanak-kanak, penilaian Google Play tentang khalayak sasaran yang anda diisytiharkan mungkin terkesan. Google Play berhak untuk menjalankan semakannya sendiri terhadap maklumat apl yang anda berikan untuk menentukan sama ada khalayak sasaran yang anda nyatakan adalah tepat.

Anda hanya boleh memilih lebih daripada satu kumpulan umur untuk khalayak sasaran apl anda jika anda telah mereka bentuk apl anda untuk kumpulan umur yang dipilih dan memastikan bahawa apl anda sesuai untuk pengguna dalam kumpulan umur tersebut. Sebagai contoh, apl yang direka untuk bayi, kanak-kanak kecil dan kanak-kanak prasekolah hanya boleh memilih "Berumur 5 Tahun ke Bawah" sebagai sasaran kumpulan umur untuk apl tersebut. Jika apl anda direka untuk tahap persekolahan tertentu, pilih lingkungan umur yang paling sesuai mewakili tahap persekolahan tersebut. Anda hanya boleh memilih kumpulan umur yang termasuk kedua-dua orang dewasa dan kanak-kanak jika anda benar-benar telah mereka apl anda untuk semua peringkat umur.

Kemas kini untuk Bahagian Khalayak Sasaran dan Kandungan

Anda boleh mengemas kini maklumat apl anda dalam bahagian Khalayak Sasaran dan Kandungan dalam Google Play Console pada bila-bila masa. Kemaskinian apl diperlukan sebelum maklumat ini dipaparkan pada gedung Google Play. Walau bagaimanapun, sebarang perubahan yang anda buat dalam bahagian ini pada Google Play Console mungkin disemak untuk memastikan pematuhan dasar walaupun sebelum kemaskinian apl diserahkan.

Kami sangat mengesyorkan agar anda memberitahu pengguna yang sedia ada tentang perubahan kumpulan umur sasaran apl anda atau anda mula menggunakan iklan atau pembelian dalam apl, sama ada dengan menggunakan bahagian "Perkara yang Baharu" di halaman penyenaraian gedung apl anda atau melalui pemberitahuan dalam apl.

Salah Nyataan dalam Play Console

Salah nyataan sebarang maklumat tentang apl anda dalam Play Console, termasuk dalam bahagian Khalayak Sasaran dan Kandungan, mungkin mengakibatkan pengalihan keluar atau penggantungan apl anda. Oleh itu, anda perlu memberikan maklumat yang tepat.

Keperluan Dasar Keluarga

Jika salah satu khalayak sasaran apl anda ialah kanak-kanak, anda mesti mematuhi keperluan yang berikut. Kegagalan untuk memenuhi keperluan ini mungkin menyebabkan alih keluar atau penggantungan apl.

  1. Kandungan apl: Kandungan apl anda yang boleh diakses oleh kanak-kanak mestilah sesuai untuk kanak-kanak. Jika apl anda mengandungi kandungan yang tidak sesuai secara global tetapi kandungan itu dianggap sesuai untuk pengguna kanak-kanak di rantau tertentu, apl tersebut mungkin tersedia di rantau itu (rantau terhad) tetapi tidak akan tersedia di rantau lain.
  2. Fungsi apl: Apl anda tidak boleh hanya memberikan paparan web bagi laman web atau memiliki tujuan utama untuk mendorong trafik gabungan kepada laman web, tanpa kebenaran daripada pemilik atau pentadbir laman web tersebut.
  3. Jawapan Play Console: Anda mestilah menjawab pertanyaan berkaitan apl anda dalam Play Console dengan tepat dan mengemaskinikan jawapan itu untuk mencerminkan sebarang perubahan pada apl anda dengan tepat. Jawapan ini termasuk tetapi tidak terhad kepada, memberikan jawapan yang tepat tentang apl anda dalam bahagian Khalayak Sasaran dan Kandungan, bahagian Keselamatan data dan Soal Selidik Rating Kandungan IARC.
  4. Amalan data:Anda mestilah mendedahkan pengumpulan sebarang maklumat peribadi dan sensitif daripada kanak-kanak pada apl anda, termasuk melalui API dan SDK yang dipanggil atau digunakan pada apl anda. Maklumat sensitif daripada kanak-kanak termasuk tetapi tidak terhad kepada, maklumat pengesahan, data penderia mikrofon dan kamera, data peranti, ID Android dan data penggunaan iklan. Anda juga perlu memastikan apl anda mematuhi amalan data di bawah:
    • Apl yang hanya menyasarkan kanak-kanak tidak boleh menghantar pengecam pengiklanan Android (AAID), Nombor Siri SIM, Nombor Siri Binaan, BSSID, MAC, SSID, IMEI dan/atau IMSI.
      • Apl yang hanya menyasarkan kanak-kanak tidak seharusnya meminta kebenaran AD_ID apabila menyasarkan API Android 33 ke atas.
    • Apl yang menyasarkan kanak-kanak dan juga khalayak yang lebih berumur tidak boleh menghantar AAID, Nombor Siri SIM, Nombor Siri Binaan, BSSID, MAC, SSID, IMEI dan/atau IMSI daripada kanak-kanak atau pengguna yang tidak diketahui umurnya.
    • Nombor telefon peranti tidak boleh diminta daripada TelephonyManager API Android.
    • Apl yang hanya menyasarkan kanak-kanak tidak boleh meminta kebenaran lokasi atau mengumpulkan, menggunakan dan menghantar lokasi tepat.
    • Apl mestilah menggunakan Pengurus Peranti Rakan (CDM) apabila meminta Bluetooth, melainkan apl anda hanya menyasarkan versi Sistem Pengendalian (OS) peranti yang tidak serasi dengan CDM.
  5. API dan SDK: Anda perlu memastikan bahawa apl anda melaksanakan mana-mana API dan SDK dengan betul.
    • Apl yang hanya menyasarkan kanak-kanak tidak boleh mengandungi sebarang API atau SDK yang tidak diluluskan untuk digunakan dalam perkhidmatan yang ditujukan terutamanya kepada kanak-kanak.
      • Sebagai contoh, Perkhidmatan API yang menggunakan teknologi OAuth untuk pengesahan dan keizinan tetapi syarat perkhidmatan menyatakan bahawa perkhidmatan tersebut tidak diluluskan untuk digunakan dalam perkhidmatan yang ditujukan kepada kanak-kanak.
    • Apl yang menyasarkan kanak-kanak dan khalayak yang lebih berusia tidak boleh melaksanakan API atau SDK yang tidak diluluskan untuk digunakan dalam perkhidmatan yang ditujukan kepada kanak-kanak melainkan apl tersebut digunakan di sebalik saringan umur neutral atau dilaksanakan dengan cara yang tidak menyebabkan pengumpulan data daripada kanak-kanak. Apl yang menyasarkan kanak-kanak dan khalayak yang lebih berusia tidak boleh menghendaki pengguna mengakses kandungan apl melalui API atau SDK yang tidak diluluskan untuk digunakan dalam perkhidmatan yang ditujukan kepada kanak-kanak.
  6. Realiti Terimbuh (AR): Jika apl anda menggunakan Realiti Terimbuh, anda mestilah menyertakan amaran keselamatan sebaik sahaja melancarkan bahagian AR. Amaran itu harus mengandungi perkara yang berikut:
    • Mesej yang sesuai tentang kepentingan pengawasan ibu bapa.
    • Peringatan agar berhati-hati terhadap bahaya fizikal di dunia sebenar (contohnya, berhati-hati dan awasi persekitaran anda).
    • Apl anda tidak boleh mensyaratkan penggunaan peranti yang telah dimaklumkan tidak sesuai untuk digunakan oleh kanak-kanak (contohnya, Daydream, Oculus).
  7. Apl & Ciri Sosial: Jika apl anda membolehkan pengguna berkongsi atau bertukar-tukar maklumat, anda mestilah mendedahkan ciri ini dengan tepat dalam soal selidik rating kandungan pada Play Console.
    • Apl Sosial: Apl sosial ialah apl dengan fokus utama untuk membolehkan pengguna berkongsi kandungan bentuk bebas atau berkomunikasi dengan sekumpulan besar pengguna lain. Semua apl sosial yang menyertakan kanak-kanak dalam khalayak sasaran mestilah memberikan peringatan dalam apl agar pengguna memastikan keselamatan dalam talian dan menyedari risiko interaksi dalam talian dalam dunia nyata sebelum membenarkan pengguna kanak-kanak bertukar-tukar media atau maklumat bentuk bebas. Anda juga mestilah menghendaki tindakan orang dewasa sebelum membenarkan pengguna kanak-kanak bertukar-tukar maklumat peribadi.
    • Ciri Sosial: Ciri sosial ialah apa-apa fungsi apl tambahan yang membolehkan pengguna berkongsi kandungan bentuk bebas atau berkomunikasi dengan sekumpulan besar pengguna lain. Mana-mana apl yang menyertakan kanak-kanak dalam khalayak sasaran dan mempunyai ciri sosial, mesti memberikan peringatan dalam apl agar pengguna memastikan keselamatan dalam talian dan menyedari risiko interaksi dalam talian dalam dunia nyata sebelum membenarkan pengguna kanak-kanak bertukar-tukar media atau maklumat bentuk bebas. Anda juga mestilah menyediakan kaedah untuk membolehkan orang dewasa mengurus ciri sosial bagi pihak pengguna kanak-kanak, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, mendayakan/melumpuhkan ciri sosial atau memilih tahap fungsi yang berbeza-beza. Akhir sekali, anda mestilah menghendaki tindakan orang dewasa sebelum mendayakan ciri yang membolehkan kanak-kanak bertukar-tukar maklumat peribadi.
    • Tindakan orang dewasa bermaksud mekanisme untuk mengesahkan bahawa pengguna bukanlah kanak-kanak dan tidak menggalakkan kanak-kanak memalsukan umur mereka untuk mendapatkan akses kepada bahagian apl anda yang direka bentuk untuk orang dewasa (iaitu PIN, kata laluan, tarikh lahir, pengesahan e-mel, ID foto, kad kredit atau SSN orang dewasa).
    • Apl sosial dengan fokus utama untuk bersembang dengan pengguna lain yang tidak dikenali mestilah tidak menyasarkan kanak-kanak. Contoh termasuk: apl gaya rolet sembang, apl cari jodoh, bilik sembang terbuka yang memfokuskan kanak-kanak, dll.
  8. Pematuhan undang-undang: Anda perlu memastikan bahawa apl anda, termasuk sebarang API atau SDK yang dipanggil atau digunakan oleh apl anda, mematuhi Akta Privasi dan Perlindungan Dalam Talian Kanak-kanak A.S. (COPPA), Peraturan Perlindungan Data Umum (GDPR) E.U. dan sebarang undang-undang atau peraturan lain yang bersesuaian.
Untuk memastikan Google Play kekal sebagai platform yang selamat dan dihormati, kami telah menghasilkan piawaian yang mentakrifkan dan melarang kandungan yang berbahaya atau tidak sesuai untuk pengguna kami.
  • Apl yang mempromosikan permainan untuk kanak-kanak dalam penyenaraian gedung tetapi kandungan apl itu hanya sesuai untuk orang dewasa.
  • Apl yang melaksanakan API dengan syarat perkhidmatan yang melarang penggunaannya dalam apl yang ditujukan kepada kanak-kanak.
  • Apl yang menyanjung penggunaan alkohol, tembakau atau bahan terkawal.
  • Apl yang mengandungi perjudian sebenar atau simulasi.
  • Apl yang mengandungi keganasan, adegan berdarah atau kandungan mengejutkan tidak sesuai untuk kanak-kanak.
  • Apl yang menyediakan perkhidmatan dating atau menawarkan nasihat seks atau perkahwinan.
  • Apl dengan pautan ke laman web yang menyiarkan kandungan yang melanggar dasar Program Pembangun Google Play.
  • Apl yang memaparkan iklan matang (contohnya kandungan ganas, kandungan seks, kandungan perjudian) kepada kanak-kanak. 

Iklan dan Pengewangan

Jika anda mengewangkan apl yang menyasarkan kanak-kanak pada Play, penting bagi apl anda untuk mengikuti Keperluan Dasar Iklan Keluarga dan Pengewangan yang berikut.

Dasar di bawah dikenakan pada semua pengewangan dan pengiklanan dalam apl anda, termasuk iklan, promosi silang (untuk apl anda dan apl pihak ketiga), tawaran untuk pembelian dalam apl, atau apa-apa kandungan komersial lain (seperti peletakan produk berbayar). Semua pengewangan dan pengiklanan dalam apl ini mesti mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang terpakai (termasuk apa-apa garis panduan kawal selia kendiri atau garis panduan industri yang berkaitan).

Google Play berhak untuk menolak, mengalih keluar atau menggantung apl atas alasan taktik komersial yang terlalu agresif.

Keperluan iklan

 Jika apl anda memaparkan iklan kepada kanak-kanak atau pengguna yang tidak diketahui umurnya, anda mesti:

  • Menggunakan hanya SDK iklan dengan pensijilan kendiri Keluarga Google Play untuk memaparkan iklan kepada pengguna itu;
  • Memastikan iklan yang dipaparkan kepada pengguna tersebut tidak melibatkan pengiklanan berasaskan minat (pengiklanan yang disasarkan kepada pengguna individu yang mempunyai ciri tertentu berdasarkan tingkah laku penyemakan imbas dalam talian mereka) atau pemasaran semula (pengiklanan yang disasarkan kepada pengguna individu berdasarkan interaksi terdahulu dengan apl atau laman web); 
  • Memastikan iklan yang dipaparkan kepada pengguna tersebut menyampaikan kandungan yang sesuai untuk kanak-kanak;
  • Memastikan iklan yang dipaparkan kepada pengguna tersebut mematuhi keperluan format iklan Keluarga; dan
  • Memastikan pematuhan terhadap semua peraturan perundangan yang terpakai dan standard industri yang berkaitan dengan pengiklanan kepada kanak-kanak.

Keperluan format iklan

Pengewangan dan pengiklanan dalam apl anda mestilah tidak mengandungi kandungan yang menipu atau direka bentuk dengan cara yang akan menyebabkan klik yang tidak disengajakan daripada pengguna kanak-kanak.

Jika satu-satunya khalayak sasaran apl anda ialah kanak-kanak, perkara yang berikut dilarang. Jika khalayak sasaran apl anda ialah kanak-kanak dan khalayak yang lebih berumur, perkara yang berikut dilarang apabila menyiarkan iklan kepada kanak-kanak atau pengguna yang tidak diketahui umurnya:

  • Pengewangan dan pengiklanan yang mengganggu, termasuk pengewangan dan pengiklanan yang dipaparkan pada keseluruhan skrin atau mengganggu penggunaan biasa dan tidak memberikan cara yang jelas untuk mengetepikan iklan tersebut (sebagai contoh, Iklan dinding).
  • Pengewangan dan pengiklanan yang mengganggu penggunaan apl biasa atau permainan yang sedang berlangsung, termasuk iklan ganjaran atau iklan ikut serta, yang tidak boleh ditutup selepas 5 saat.
  • Pengewangan dan pengiklanan yang tidak mengganggu penggunaan apl biasa atau permainan yang sedang berlangsung boleh dipaparkan selama lebih daripada 5 saat (sebagai contoh, kandungan video dengan iklan bersepadu).
  • Pengewangan dan pengiklanan celahan yang dipaparkan dengan serta-merta sebaik sahaja apl dilancarkan.
  • Berbilang peletakan iklan pada satu halaman (sebagai contoh, iklan sepanduk yang memaparkan beberapa tawaran dalam satu peletakan atau memaparkan lebih daripada satu iklan sepanduk atau video adalah tidak dibenarkan).
  • Pengewangan dan pengiklanan yang tidak dapat dibezakan dengan jelas daripada kandungan apl anda, seperti dinding tawaran dan pengalaman iklan skrin penuh yang lain.
  • Penggunaan taktik yang mengejutkan atau yang memanipulasi emosi untuk menggalakkan paparan iklan atau pembelian dalam apl.
  • Iklan mengelirukan yang memaksa pengguna mengklik lalu menggunakan butang ketepikan untuk mencetuskan iklan yang lain, atau iklan tiba-tiba dipaparkan pada bahagian apl yang biasa diketik oleh pengguna untuk menggunakan fungsi lain.
  • Tidak membezakan penggunaan syiling permainan maya dengan wang sebenar untuk membuat pembelian dalam apl.
Untuk memastikan Google Play kekal sebagai platform yang selamat dan dihormati, kami telah menghasilkan piawaian yang mentakrifkan dan melarang kandungan yang berbahaya atau tidak sesuai untuk pengguna kami.
  • Pengewangan dan pengiklanan yang bergerak menjauhi jari pengguna apabila pengguna cuba menutupnya
  • Pengewangan dan pengiklanan yang tidak memberi pengguna cara untuk keluar daripada tawaran selepas lima (5) saat seperti yang digambarkan dalam contoh di bawah:

     
  • Pengewangan dan pengiklanan yang menggunakan sebahagian besar atau keseluruhan skrin peranti tanpa memberi pengguna cara yang jelas untuk mengetepikan iklan itu, seperti yang digambarkan dalam contoh di bawah:

  • Iklan sepanduk yang memaparkan beberapa tawaran, seperti yang digambarkan dalam contoh di bawah:
  • Pengewangan dan pengiklanan yang boleh disalah anggap sebagai kandungan apl oleh pengguna, seperti yang digambarkan dalam contoh di bawah:
  • Butang, iklan, atau pengewangan lain yang mempromosikan penyenaraian gedung Google Play anda yang lain tetapi tidak dapat dibezakan daripada kandungan apl, seperti yang digambarkan dalam contoh di bawah:

Yang berikut ialah beberapa contoh kandungan iklan yang tidak sesuai yang tidak boleh dipaparkan kepada kanak-kanak.

  • Kandungan Media yang Tidak Sesuai: Iklan untuk rancangan TV, filem, album muzik, atau mana-mana saluran media lain yang tidak sesuai untuk kanak-kanak.
  • Permainan Video & Perisian Boleh Dimuat Turun yang Tidak Sesuai: Iklan untuk perisian yang boleh dimuat turun dan permainan video elektronik yang tidak sesuai untuk kanak-kanak.
  • Bahan Terkawal atau Berbahaya: Iklan untuk alkohol, tembakau, bahan terkawal atau sebarang bahan berbahaya yang lain.
  • Judi: Iklan untuk perjudian simulasi, pertandingan atau promosi cabutan bertuah, walaupun boleh masuk secara percuma.
  • Kandungan Dewasa dan Tidak Senonoh Berunsur Seks: Iklan yang mengandungi kandungan yang tidak senonoh berunsur seks dan kandungan matang.
  • Dating atau Hubungan: Iklan untuk tapak dating atau hubungan dewasa.
  • Kandungan Ganas: Iklan yang mengandungi kandungan ganas dan grafik yang tidak sesuai untuk kanak-kanak.

SDK Iklan

Jika anda menyiarkan iklan dalam apl anda dan khalayak sasaran anda hanya merangkumi kanak-kanak, maka anda mesti menggunakan versi SDK iklan dengan pensijilan kendiri Keluarga sahaja. Jika khalayak sasaran apl anda merangkumi kanak-kanak dan juga pengguna yang lebih berumur, anda mesti melaksanakan langkah penyaringan umur, seperti saringan umur neutral, dan memastikan iklan yang disiarkan kepada kanak-kanak berasal secara eksklusif daripada versi SDK iklan dengan pensijilan kendiri Google Play. 

Sila rujuk halaman dasar Program SDK Iklan dengan Pensijilan Kendiri Keluarga untuk mendapatkan butiran lanjut tentang keperluan ini dan rujuk di sini untuk melihat senarai semasa versi SDK iklan dengan Pensijilan Kendiri Keluarga.

Jika anda menggunakan AdMob, rujuk Pusat Bantuan AdMob untuk mendapatkan butiran lanjut tentang produk tersebut.

Anda bertanggungjawab untuk memastikan apl anda memenuhi semua keperluan berkaitan iklan, pembelian dalam apl, dan kandungan komersil. Hubungi penyedia SDK iklan anda untuk mengetahui lebih lanjut tentang dasar kandungan dan amalan pengiklanan mereka.


Dasar SDK Iklan dengan Pensijilan Kendiri Keluarga

Google Play komited dalam membina pengalaman yang selamat untuk kanak-kanak dan keluarga. Bahagian penting dalam perkara ini ialah memastikan kanak-kanak hanya melihat iklan yang sesuai dengan umur mereka dan data mereka dikendalikan dengan sewajarnya. Untuk mencapai matlamat ini, kami memerlukan SDK iklan dan platform pengantaraan untuk membuat pensijilan kendiri bahawa iklan adalah sesuai untuk kanak-kanak dan mematuhi Dasar Program Pembangun Google Play dan Dasar Keluarga Google Play, termasuk Keperluan Program SDK Iklan dengan Pensijilan Kendiri Keluarga.

Program SDK Iklan dengan Pensijilan Kendiri Keluarga Google Play ialah satu cara penting untuk pembangun mengenal pasti SDK iklan atau platform pengantaraan yang mempunyai pensijilan kendiri yang menunjukkan SDK iklan atau platform pengantaraan ini sesuai untuk digunakan dalam apl yang direka bentuk khusus untuk kanak-kanak. 

Salah nyataan sebarang maklumat tentang SDK anda, termasuk dalam permohonan borang minat anda, mungkin mengakibatkan pengalihan keluar atau penggantungan SDK anda daripada Program SDK Iklan dengan Pensijilan Kendiri Keluarga. Oleh itu, anda perlu memberikan maklumat yang tepat.

Keperluan dasar

Jika SDK atau platform pengantaraan anda digunakan oleh apl yang merupakan sebahagian daripada Program Keluarga Google Play, anda perlu mematuhi semua Dasar Pembangun Google Play, termasuk keperluan yang berikut. Kegagalan untuk memenuhi mana-mana keperluan dasar boleh mengakibatkan pengalihan keluar atau penggantungan daripada Program SDK Iklan dengan Pensijilan Kendiri Keluarga.

Anda bertanggungjawab untuk memastikan SDK atau platform pengantaraan anda mematuhi dasar. Oleh itu, sila pastikan anda menyemak Dasar Program Pembangun Google Play, Dasar Keluarga Google Play, dan Keperluan Program SDK Iklan dengan Pensijilan Kendiri Keluarga.

  1. Kandungan iklan: Kandungan iklan anda yang boleh diakses oleh kanak-kanak mestilah sesuai untuk kanak-kanak.
    • Anda mestilah (i) mentakrifkan kandungan iklan dan gelagat yang menjelikkan dan (ii) melarang kandungan dan gelagat ini dalam syarat atau dasar anda. Takrifan harus mematuhi Dasar Program Pembangun Google Play.
    • Anda juga mesti membuat kaedah untuk menetapkan rating bagi kreatif iklan anda mengikut kumpulan umur yang sesuai. Kumpulan umur yang sesuai mesti termasuk sekurang-kurangnya kumpulan untuk Semua Orang dan Matang. Kaedah rating mestilah sejajar dengan kaedah yang diberikan oleh Google kepada SDK apabila pembangun telah mengisi borang minat.
    • Anda mestilah memastikan bahawa apabila pembidaan masa nyata digunakan untuk menyiarkan iklan kepada kanak-kanak, bahan kreatif tersebut telah disemak dan mematuhi keperluan di atas.
    • Selain itu, anda mestilah menyediakan mekanisme untuk mengenal pasti secara visual bahan kreatif yang datang daripada inventori anda (sebagai contoh membuat tera air pada bahan kreatif iklan dengan logo visual syarikat anda atau kefungsian yang serupa).
  2. Format iklan: Anda mestilah memastikan bahawa semua iklan yang dipaparkan kepada pengguna kanak-kanak mematuhi keperluan format iklan Keluarga, dan anda mestilah membenarkan pembangun memilih format iklan yang mematuhi Dasar Keluarga Google Play.
    • Iklan tidak boleh mengandungi kandungan yang mengelirukan atau direka bentuk dengan cara yang akan menyebabkan klik yang tidak disengajakan daripada pengguna kanak-kanak. Iklan mengelirukan yang memaksa pengguna mengklik lalu menggunakan butang ketepikan untuk mencetuskan iklan yang lain, atau iklan tiba-tiba dipaparkan pada bahagian apl yang biasa diketik oleh pengguna untuk menggunakan fungsi lain adalah tidak dibenarkan.
    • Pengiklanan mengganggu, termasuk pengiklanan yang menggunakan keseluruhan skrin, atau mengganggu penggunaan biasa dan tidak menyediakan cara yang jelas untuk mengetepikan iklan (contohnya, Iklan dinding), tidak dibenarkan.
    • Pengiklanan yang mengganggu penggunaan apl biasa atau permainan yang sedang berlangsung, termasuk iklan ganjaran atau iklan ikut serta, mestilah boleh ditutup selepas 5 saat.
    • Peletakan beberapa iklan pada satu halaman adalah tidak dibenarkan. Contohnya, iklan sepanduk yang memaparkan beberapa tawaran dalam satu peletakan atau memaparkan lebih daripada satu iklan sepanduk atau video adalah tidak dibenarkan.
    • Iklan mestilah dapat dibezakan dengan jelas daripada kandungan apl. Dinding tawaran dan pengalaman iklan skrin penuh yang tidak dapat dikenal pasti dengan jelas sebagai pengiklanan oleh pengguna kanak-kanak adalah tidak dibenarkan.
    • Iklan tidak boleh menggunakan taktik yang mengejutkan atau yang memanipulasi emosi untuk menggalakkan paparan iklan.
  3. IBA/Pemasaran semula: Anda mestilah memastikan bahawa iklan yang dipaparkan kepada pengguna kanak-kanak tidak melibatkan pengiklanan berdasarkan minat (pengiklanan yang disasarkan kepada pengguna individu yang mempunyai ciri tertentu berdasarkan tingkah laku penyemakan imbas dalam talian mereka) atau pemasaran semula (pengiklanan yang disasarkan kepada pengguna individu berdasarkan interaksi terdahulu dengan apl atau laman web).
  4. Amalan data: Anda sebagai penyedia SDK mestilah bersikap telus tentang cara pengendalian data pengguna (sebagai contoh, maklumat yang dikumpulkan daripada atau tentang pengguna, termasuk maklumat peranti). Ketelusan ini bermakna mendedahkan akses, pengumpulan, penggunaan, dan perkongsian data oleh SDK anda, dan mengehadkan penggunaan data tersebut kepada tujuan yang didedahkan. Keperluan Google Play ini merupakan tambahan kepada mana-mana keperluan yang ditetapkan oleh undang-undang privasi dan perlindungan data yang terpakai. Anda mesti mendedahkan pengumpulan sebarang maklumat peribadi dan sensitif daripada kanak-kanak termasuk, tetapi tidak terhad kepada, maklumat pengesahan, data penderia mikrofon dan kamera, data peranti, ID Android dan data penggunaan iklan.
    • Anda mestilah membenarkan pembangun meminta pengendalian khusus kanak-kanak untuk penyiaran iklan, sama ada bagi setiap permintaan atau bagi setiap apl. Pengendalian sedemikian mestilah mematuhi undang-undang dan peraturan yang bersesuaian, seperti Akta Privasi dan Perlindungan Dalam Talian Kanak-kanak (COPPA) AS dan Peraturan Perlindungan Data Umum (GDPR) EU.
      • Google Play menghendaki SDK iklan melumpuhkan iklan diperibadikan, pengiklanan berdasarkan minat, dan pemasaran semula sebagai sebahagian daripada pengendalian khusus kanak-kanak.
    • Anda mesti memastikan apabila pembidaan masa nyata digunakan untuk menyiarkan iklan kepada kanak-kanak, penunjuk privasi disebar secara meluas kepada pembida.
    • Anda tidak boleh menghantar AAID, Nombor Siri SIM, Nombor Siri Binaan, BSSID, MAC, SSID, IMEI, dan/atau IMSI daripada kanak-kanak atau pengguna yang tidak diketahui umurnya.
  5. Platform Pengantaraan: Apabila menyiarkan iklan kepada kanak-kanak, anda mestilah:
    • Hanya menggunakan SDK Iklan dengan Pensijilan Kendiri Keluarga atau melaksanakan perlindungan yang diperlukan untuk memastikan semua iklan yang disiarkan daripada pengantaraan mematuhi keperluan ini; dan
    • Menyampaikan maklumat yang diperlukan ke platform pengantaraan untuk menyatakan rating kandungan iklan dan sebarang pengendalian khusus kanak-kanak yang berkenaan.
  6. Pensijilan Kendiri dan Pematuhan: Anda mestilah memberikan maklumat yang mencukupi kepada Google, seperti maklumat yang dinyatakan dalam borang minat, untuk mengesahkan pematuhan dasar oleh SDK iklan dengan semua keperluan pensijilan kendiri termasuk, tetapi tidak terhad kepada:
    • Menyediakan Syarat Perkhidmatan, Dasar Privasi, dan Panduan Penyepaduan Penerbit bagi SDK atau Platform Pengantaraan anda dalam versi bahasa Inggeris
    • Menyerahkan apl ujian sampel yang menggunakan versi SDK iklan terbaharu yang mematuhi dasar. Apl ujian sampel hendaklah merupakan APK Android yang siap dibina dan boleh dilaksanakan serta menggunakan semua ciri SDK itu. Keperluan apl ujian:
      • Mestilah diserahkan sebagai APK Android yang siap dibina dan boleh dilaksanakan yang direka bentuk untuk dijalankan pada faktor bentuk telefon.
      • Mestilah menggunakan versi SDK iklan keluaran terbaharu, atau yang akan dikeluarkan tidak lama lagi yang mematuhi dasar Google Play.
      • Mestilah menggunakan semua ciri SDK iklan anda termasuk memanggil SDK iklan anda untuk mendapatkan dan memaparkan iklan.
      • Mestilah boleh mengakses sepenuhnya semua inventori iklan langsung/yang sedang disiarkan pada rangkaian menerusi kreatif yang diminta melalui apl ujian.
      • Tidak boleh dihadkan oleh geolokasi.
      • Jika inventori anda adalah untuk khalayak campuran, apl ujian anda mesti berupaya membezakan antara permintaan untuk kreatif iklan daripada inventori penuh dengan inventori yang sesuai untuk kanak-kanak atau semua kumpulan umur.
      • Tidak boleh dihadkan kepada iklan tertentu dalam inventori melainkan iklan itu dikawal oleh saringan umur neutral.
  7. Anda mestilah bertindak balas terhadap sebarang permintaan maklumat yang selanjutnya dengan secepat mungkin dan membuat pensijilan kendiri bahawa semua keluaran versi baharu mematuhi Dasar Program Pembangun Google Play yang terbaharu, termasuk Keperluan Dasar Keluarga.
  8. Pematuhan undang-undang: SDK Iklan dengan Pensijilan Kendiri Keluarga mestilah menyokong penyiaran iklan yang mematuhi semua statut dan peraturan yang berkaitan dengan kanak-kanak yang boleh dikenakan kepada penerbit SDK iklan tersebut.
    • Anda mestilah memastikan SDK anda atau platform pengantaraan mematuhi Akta Privasi dan Perlindungan Dalam Talian Kanak-kanak (COPPA) A.S., Peraturan Perlindungan Data Umum (GDPR) E.U., dan sebarang undang-undang atau peraturan lain yang bersesuaian.

      Nota: Perkataan "kanak-kanak" boleh membawa maksud yang berbeza-beza mengikut tempat dan konteks. Anda perlu merujuk penasihat undang-undang untuk menentukan tanggungjawab dan/atau sekatan berasaskan umur yang mungkin dikenakan terhadap apl anda. Anda lebih memahami cara apl anda berfungsi, oleh itu kami bergantung pada anda untuk membantu kami memastikan apl pada Google Play selamat untuk keluarga.

Sila rujuk halaman Program SDK Iklan dengan Pensijilan Kendiri Keluarga untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang keperluan Program.


Penguatkuasaan

Mengelakkan pelanggaran dasar adalah lebih baik berbanding mengurus pelanggaran, tetapi apabila pelanggaran berlaku, kami komited dalam memastikan pembangun memahami cara mereka boleh mengubah apl mereka supaya mematuhi dasar. Sila beritahu kami jika anda melihat sebarang pelanggaran atau mempunyai sebarang soalan tentang mengurus pelanggaran.

Liputan Dasar

Dasar kami dikenakan pada mana-mana kandungan yang dipaparkan atau dipaut oleh apl anda termasuk sebarang iklan yang disiarkan kepada pengguna dan sebarang kandungan yang dijana pengguna yang dihoskan atau yang dipaut. Selain itu, dasar ini dikenakan pada sebarang kandungan daripada akaun pembangun yang dipaparkan secara terbuka di Google Play termasuk nama pembangun anda dan halaman pendaratan tapak web pembangun anda yang disenaraikan.

Kami tidak membenarkan apl yang membolehkan pengguna memasang apl lain pada peranti mereka. Apl yang memberikan akses kepada apl lain, permainan atau perisian tanpa pemasangan, termasuk ciri dan pengalaman yang disediakan oleh pihak ketiga, mesti memastikan semua kandungan yang diberikan akses tersebut mematuhi semua dasar Google Play dan mungkin juga tertakluk pada semakan dasar tambahan.

Istilah ditakrifkan yang digunakan dalam dasar ini mempunyai makna yang sama seperti dalam Perjanjian Pengedaran Pembangun (DDA). Selain mematuhi dasar ini dan DDA, kandungan apl anda mesti dinilai mengikut Garis Panduan Rating Kandungan kami.

Kami tidak membenarkan apl atau kandungan apl yang menjejaskan kepercayaan pengguna dalam ekosistem Google Play. Dalam menilai sama ada hendak menyertakan atau mengalih keluar apl daripada Google Play, kami mempertimbangkan beberapa faktor termasuk, tetapi tidak terhad kepada, corak gelagat berbahaya atau risiko penyalahgunaan yang tinggi. Kami mengenal pasti risiko penyalahgunaan, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, perkara seperti aduan khusus apl dan pembangun, pelaporan berita, sejarah pelanggaran sebelumnya, maklum balas pengguna dan penggunaan jenama, watak serta aset lain yang popular.

Cara Google Play Protect berfungsi

Google Play Protect menyemak apl apabila anda memasang apl itu. Ciri ini juga mengimbas peranti anda secara berkala. Jika apl berkemungkinan bahaya ditemui, ciri ini mungkin:

  • Menghantar pemberitahuan kepada anda. Untuk mengalih keluar apl tersebut, ketik pemberitahuan, kemudian ketik Nyahpasang.
  • Melumpuhkan apl sehingga anda menyahpasangnya.
  • Mengalih keluar apl secara automatik. Dalam kebanyakan keadaan, jika apl berbahaya telah dikesan, anda akan menerima pemberitahuan yang menyatakan bahawa apl itu telah dialih keluar.

Cara perlindungan perisian hasad berfungsi

Untuk melindungi anda daripada perisian hasad pihak ketiga, URL berhasad dan isu keselamatan yang lain, Google mungkin menerima maklumat tentang:

  • Sambungan rangkaian peranti anda 
  • URL berkemungkinan bahaya 
  • Sistem pengendalian dan apl yang dipasang pada peranti anda melalui Google Play atau sumber lain.

Anda mungkin menerima amaran daripada Google tentang apl atau URL yang mungkin tidak selamat. Apl atau URL ini mungkin dialih keluar atau disekat daripada pemasangan oleh Google jika diketahui akan membahayakan peranti, data atau pengguna.

Anda boleh memilih untuk melumpuhkan sesetengah perlindungan ini dalam tetapan peranti anda. Akan tetapi, Google mungkin akan terus menerima maklumat tentang apl yang dipasang melalui Google Play, dan apl yang dipasang pada peranti anda daripada sumber lain mungkin terus disemak untuk mengesan isu keselamatan tanpa menghantar maklumat kepada Google.

Cara makluman Privasi berfungsi

Google Play Protect akan memaklumi anda jika apl dialih keluar daripada Gedung Google Play kerana apl tersebut mungkin mengakses maklumat peribadi anda dan anda akan mempunyai pilihan untuk menyahpasang apl tersebut. 


Proses Penguatkuasaan

Apabila menyemak kandungan atau akaun untuk menentukan sama ada kandungan atau akaun tersebut menyalahi undang-undang atau melanggar dasar kami, kami mempertimbangkan pelbagai maklumat ketika membuat keputusan, termasuk metadata apl (contohnya, tajuk apl, perihalan), pengalaman dalam apl, maklumat akaun (contohnya, sejarah pelanggaran dasar terdahulu) dan maklumat lain yang disediakan melalui mekanisme pelaporan (jika bersesuaian) dan semakan atas inisiatif sendiri.

Jika apl atau akaun pembangun anda melanggar mana-mana dasar kami, kami akan mengambil tindakan yang sewajarnya seperti yang digariskan di bawah. Di samping itu, kami akan memberi anda maklumat yang berkaitan tentang tindakan yang telah kami ambil melalui e-mel berserta arahan tentang cara membuat rayuan jika anda berpendapat bahawa tindakan yang kami ambil itu merupakan suatu kesilapan.

Sila ambil perhatian bahawa notis pengalihan keluar atau pentadbiran mungkin tidak menunjukkan setiap satu pelanggaran dasar yang terkandung dalam akaun anda, apl atau katalog apl yang lebih umum. Pembangun bertanggungjawab untuk menangani sebarang masalah dasar dan melaksanakan usaha wajar tambahan untuk memastikan apl atau akaun mereka yang selebihnya mematuhi dasar sepenuhnya. Kegagalan untuk menangani pelanggaran dasar dalam akaun anda dan semua apl anda boleh mengakibatkan tindakan penguatkuasaan tambahan.

Pelanggaran dasar ini atau Perjanjian Pengedaran Pembangun (DDA) yang berulang atau serius (seperti perisian hasad, penipuan, dan apl yang boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna atau peranti) akan mengakibatkan penamatan akaun individu atau akaun Pembangun Google Play yang berkaitan.

Tindakan Penguatkuasaan 

Tindakan penguatkuasaan yang berlainan dapat memberikan kesan kepada apl anda dengan cara yang berbeza. Kami menggunakan gabungan penilaian manusia dan mesin untuk menyemak apl dan kandungan apl bagi mengesan dan menilai kandungan yang melanggar dasar kami serta berbahaya kepada pengguna dan keseluruhan ekosistem Google Play. Penggunaan model automatik membantu kami mengesan lebih banyak pelanggaran dan menilai masalah yang mungkin berlaku dengan lebih pantas, seterusnya membantu kami memastikan Google Play selamat untuk semua orang. Kandungan yang melanggar dasar akan sama ada dialih keluar oleh model automatik kami atau jika penentuan yang lebih jelas diperlukan, akan dibenderakan untuk semakan lanjut oleh pengendali dan penganalisis terlatih yang melaksanakan penilaian kandungan, contohnya pemahaman yang lebih lanjut diperlukan untuk konteks kandungan tersebut. Hasil semakan manual ini kemudiannya digunakan untuk membantu kami membina data latihan untuk meningkatkan lagi model pembelajaran mesin kami.

Bahagian yang berikut menerangkan pelbagai tindakan yang mungkin diambil oleh Google Play dan kesannya terhadap apl dan/atau akaun Pembangun Google Play anda.

Melainkan dinyatakan sebaliknya dalam komunikasi penguatkuasaan, tindakan ini berkuat kuasa di semua wilayah. Contohnya, jika apl anda digantung, apl itu tidak akan tersedia di semua wilayah. Di samping itu, melainkan dinyatakan sebaliknya, tindakan ini akan kekal berkuat kuasa melainkan anda mengemukakan rayuan terhadap tindakan ini dan rayuan itu dibenarkan.

Penolakan

  • Apl atau kemaskinian apl baharu yang diserahkan untuk semakan tidak akan disediakan di Google Play. 
  • Jika kemaskinian apl sedia ada ditolak, versi yang diterbitkan sebelum kemaskinian itu akan tetap tersedia di Google Play.
  • Penolakan tidak menjejaskan akses anda kepada pemasangan pengguna, statistik, dan rating yang sedia ada bagi apl yang ditolak itu. 
  • Penolakan tidak menjejaskan kedudukan akaun Pembangun Google Play anda.

Nota: Jangan cuba menyerahkan semula apl yang telah ditolak sehinggalah anda menyelesaikan semua pelanggaran dasar.

Pengalihan keluar

  • Apl itu, bersama dengan sebarang versi apl itu yang sebelumnya, akan dialih keluar daripada Google Play dan tidak akan tersedia lagi untuk dimuat turun oleh pengguna.
  • Oleh sebab apl dialih keluar, pengguna tidak akan dapat melihat penyenaraian gedung bagi apl tersebut. Maklumat ini akan dipulihkan sebaik sahaja anda menyerahkan kemaskinian yang mematuhi dasar untuk apl yang dialih keluar itu.
  • Pengguna mungkin tidak dapat membuat sebarang pembelian dalam apl, atau menggunakan sebarang ciri pengebilan dalam apl yang terdapat dalam apl itu sehinggalah versi yang mematuhi dasar diluluskan oleh Google Play.
  • Pengalihan keluar tidak menjejaskan kedudukan akaun Pembangun Google Play anda dengan serta-merta, tetapi pengalihan keluar yang berulang kali boleh mengakibatkan akaun digantung.

Nota: Jangan cuba terbitkan semula apl yang telah dialih keluar sehingga anda menyelesaikan semua pelanggaran dasar.

Penggantungan

  • Apl itu, bersama dengan sebarang versi apl itu yang sebelumnya, akan dialih keluar daripada Google Play dan tidak akan tersedia lagi untuk dimuat turun oleh pengguna.
  • Penggantungan boleh berlaku ekoran pelanggaran dasar yang serius atau yang berbilang, serta penolakan atau pengalihan keluar apl yang berulang.
  • Oleh sebab apl itu digantung, pengguna tidak akan dapat melihat penyenaraian gedung bagi apl tersebut. Maklumat ini akan dipulihkan sebaik sahaja anda menyerahkan kemaskinian yang mematuhi dasar.
  • Anda tidak boleh menggunakan APK atau app bundle bagi apl yang telah digantung.
  • Pengguna mungkin tidak akan dapat membuat sebarang pembelian dalam apl, atau menggunakan sebarang ciri pengebilan dalam apl yang terdapat dalam apl itu sehingga versi yang mematuhi dasar diluluskan oleh Google Play.
  • Penggantungan dianggap bantahan terhadap kedudukan yang baik bagi akaun Pembangun Google Play anda. Beberapa bantahan pada akaun boleh mengakibatkan penamatan akaun Pembangun Google Play individu dan yang berkaitan.

Nota: Jangan cuba terbitkan semula apl yang telah digantung melainkan Google Play telah menjelaskan bahawa anda boleh berbuat demikian.

Keterlihatan Terhad

  • Kebolehtemuan apl anda dalam Google Play adalah terhad. Apl anda akan terus tersedia dalam Google Play dan dapat diakses oleh pengguna yang mempunyai pautan langsung kepada penyenaraian gedung apl itu. 
  • Jika apl anda diletakkan dalam keadaan Keterlihatan Terhad, hal itu tidak menjejaskan kedudukan akaun Pembangun Google Play anda. 
  • Jika apl anda diletakkan dalam keadaan Keterlihatan Terhad, hal itu tidak menjejaskan keupayaan pengguna untuk melihat penyenaraian gedung sedia ada bagi apl itu.

Kawasan Terhad

  • Apl anda hanya boleh dimuat turun oleh pengguna melalui Google Play di kawasan tertentu.
  • Pengguna dari kawasan lain tidak akan dapat mencari apl tersebut pada Gedung Play.
  • Pengguna yang sebelum ini memasang apl tersebut boleh terus menggunakan apl tersebut pada peranti mereka tetapi tidak akan menerima kemaskinian lagi.
  • Pengehadan kawasan tidak mempengaruhi kedudukan akaun Pembangun Google Play anda.

Keadaan Terhad Akaun

  • Apabila akaun pembangun anda berada dalam keadaan terhad, semua apl dalam katalog anda akan dialih keluar daripada Google Play dan anda tidak boleh menerbitkan apl baharu atau menerbitkan semula apl sedia ada. Anda masih boleh mengakses Play Console.
  • Oleh sebab semua apl dialih keluar, pengguna tidak akan dapat melihat penyenaraian gedung bagi apl anda dan profil pembangun anda.
  • Pengguna sedia ada anda tidak akan dapat membuat sebarang pembelian dalam apl atau menggunakan sebarang ciri pengebilan dalam apl bagi apl anda.
  • Anda masih boleh menggunakan Play Console untuk memberikan maklumat lanjut kepada Google Play dan meminda maklumat akaun anda.
  • Anda akan dapat menerbitkan semula apl anda setelah anda membetulkan semua pelanggaran dasar.

Penamatan Akaun

  • Apabila akaun pembangun anda ditamatkan, semua apl dalam katalog anda akan dialih keluar daripada Google Play dan anda tidak akan dapat menerbitkan apl baharu lagi. Hal ini juga bermakna bahawa mana-mana akaun pembangun Google Play yang berkaitan juga akan digantung secara kekal.
  • Berbilang penggantungan atau penggantungan atas sebab pelanggaran dasar yang serius juga boleh mengakibatkan akaun Play Console anda ditamatkan.
  • Oleh sebab apl dalam akaun yang ditamatkan akan dialih keluar, pengguna tidak akan dapat melihat penyenaraian gedung bagi apl anda dan profil pembangun anda.
  • Pengguna semasa anda tidak akan dapat membuat sebarang pembelian dalam apl atau menggunakan sebarang ciri pengebilan dalam apl bagi apl anda.

Nota: Sebarang akaun baharu yang cuba anda buka juga akan ditamatkan (tanpa bayaran balik bagi yuran pendaftaran pembangun). Oleh itu, anda diharap agar tidak cuba mendaftar untuk akaun Play Console baharu jika salah satu akaun anda yang lain telah ditamatkan.

Akaun Dorman

Akaun dorman ialah akaun pembangun yang tidak aktif atau ditinggalkan. Akaun dorman bukan dalam kedudukan yang baik seperti syarat dalam Perjanjian Pengedaran Pembangun.

Akaun Pembangun Google Play bertujuan untuk pembangun aktif yang menerbitkan dan mengekalkan apl secara aktif. Untuk mengelakkan penyalahgunaan, kami menutup akaun yang dorman atau tidak digunakan atau sebaliknya sentiasa terlibat dengan ketara (contohnya, untuk menerbitkan dan mengemaskinikan apl, mengakses statistik atau mengurus penyenaraian gedung).

Penutupan akaun dorman akan memadamkan akaun anda dan sebarang data yang berkaitan dengan akaun ini. Yuran pendaftaran anda tidak boleh dibayar balik dan akan dibatalkan. Sebelum kami menutup akaun dorman anda, kami akan memberitahu anda melalui maklumat hubungan yang anda berikan untuk akaun tersebut. 

Penutupan akaun dorman tidak akan mengehadkan keupayaan anda untuk membuat akaun baharu pada masa akan datang jika anda memutuskan untuk menerbitkan apl pada Google Play. Anda tidak akan dapat mengaktifkan semula akaun anda dan sebarang apl atau data sebelumnya tidak akan tersedia pada akaun baharu.  


Mengurus dan Melaporkan Pelanggaran Dasar

Membuat Rayuan terhadap Tindakan Penguatkuasaan

Kami akan mengembalikan apl jika terdapat kesilapan, dan mendapati bahawa apl anda tidak melanggar Dasar Program Google Play dan Perjanjian Pengedaran Pembangun. Jika anda telah menyemak dasar kami dengan teliti dan berpendapat bahawa keputusan kami mungkin suatu kesilapan, sila ikut arahan yang diberikan kepada anda dalam pemberitahuan e-mel penguatkuasaan atau klik di sini untuk merayu terhadap keputusan kami. 

Sumber Tambahan

Jika anda memerlukan maklumat lanjut tentang tindakan penguatkuasaan atau tentang rating/ulasan daripada pengguna, anda boleh merujuk beberapa sumber di bawah atau menghubungi kami melalui . Walau bagaimanapun, kami tidak dapat menawarkan nasihat guaman kepada anda. Sila rujuk penasihat undang-undang anda jika anda memerlukan nasihat guaman.


Keperluan Play Console

Google Play mahu memberikan pengalaman apl yang selamat dan hebat untuk pengguna kami dan peluang yang terbaik untuk membolehkan semua pembangun kami berjaya. Kami berusaha untuk memastikan bahawa proses menyediakan apl anda kepada pengguna berjalan lancar dengan sebaik mungkin.

Untuk membantu anda mengelak daripada melakukan pelanggaran yang biasa berlaku, pastikan anda melakukan perkara yang berikut semasa menyerahkan maklumat melalui Play Console dan mana-mana profil yang dipautkan kepada akaun pembangun Play Console anda.

Sebelum menyerahkan apl, anda mestilah:

  • Memberikan maklumat akaun pembangun anda dengan tepat termasuk butiran yang berikut:
    • Nama dan alamat yang sah
    • Nombor D-U-N-S, jika mendaftar sebagai organisasi
    • Alamat e-mel dan nombor telefon hubungan
    • Alamat e-mel dan nombor telefon pembangun yang dipaparkan pada Google Play jika berkenaan
    • Kaedah pembayaran jika berkenaan
    • Profil pembayaran Google yang dipautkan kepada akaun pembangun anda
  • Jika mendaftar sebagai organisasi, pastikan maklumat akaun pembangun anda adalah terkini dan konsisten dengan butiran yang disimpan pada profil Dun & Bradstreet anda
  • Memberikan semua maklumat dan metadata apl dengan tepat
  • Memuat naik dasar privasi apl anda dan mengisi keperluan bahagian Keselamatan data anda
  • Menyediakan akaun demo yang aktif, maklumat log masuk dan semua sumber lain yang diperlukan untuk membolehkan Google Play menyemak apl anda (secara khususnya bukti kelayakan log masuk, kod QR dll.)

Seperti biasa, anda perlu memastikan bahawa apl anda memberikan pengalaman pengguna yang stabil, menarik dan responsif; membuat semakan dua kali untuk memastikan bahawa semua perkara pada apl anda, termasuk rangkaian iklan, perkhidmatan analitis dan SDK pihak ketiga, mematuhi Dasar Program Pembangun Google Play; dan jika khalayak sasaran apl anda merangkumi kanak-kanak, pastikan anda mematuhi Dasar keluarga kami.

Ingat, anda bertanggungjawab untuk menyemak Perjanjian Pengedaran Pembangun dan semua Dasar Program Pembangun untuk memastikan apl anda mematuhi perjanjian dan dasar tersebut sepenuhnya.


Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?

Perlukan bantuan lanjut?

Cuba langkah seterusnya ini:

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
4086866480945305894
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
92637
false
false