Cara Google Ads boleh bekerja untuk industri anda

Cara Google Ads boleh bekerja untuk industri anda [imej utama]

Google Ads menyediakan penyelesaian pengiklanan yang mantap untuk perniagaan dalam setiap industri dan jenis kempen yang berlainan membolehkan anda memaparkan iklan yang sepadan dengan cara pengguna menggunakan kandungan di pasaran anda. Penyasaran lanjutan membolehkan anda menjangkau pengguna yang berminat dengan perkara yang ditawarkan oleh perniagaan anda.

Artikel ini menggunakan nasihat daripada pengiklan teratas yang menggunakan Google Ads untuk menarik perhatian pelanggan dalam industri mereka. Perkara ini bukan panduan yang menyeluruh, tetapi tempat yang sesuai untuk mula memikirkan tentang strategi pengiklanan bagi perniagaan anda yang unik.

Runcit

Penempatan industri runcit [imej utama]

Jenis kempen untuk peruncit

 

Beli-belah: Pasarkan produk anda melalui iklan penyenaraian produk interaktif pada hasil Search dan tab Google Shopping.

  • Kempen Standard Shopping membantu anda mempromosikan inventori dalam talian dan setempat supaya anda memperoleh lebih banyak trafik dan prospek yang berkelayakan untuk laman web serta kedai setempat anda. Iklan Kempen beli-belah termasuk maklumat dan imej produk yang berkaitan terus dalam iklan anda.
  • Kempen Beli-belah Pintar menggunakan suapan produk dan aset anda yang sedia ada digabungkan dengan Google AI untuk memaksimumkan nilai penukaran dan memaparkan pelbagai iklan produk di tempat yang berlainan. Kempen ini menawarkan pengurusan kempen yang lebih ringkas dan sering kali prestasi yang lebih baik.
  • Kempen Prestasi Maksimum membolehkan anda mengakses semua saluran daripada satu kempen melalui pengoptimuman yang dipacu AI. Prestasi Maksimum membantu anda mendorong prestasi berdasarkan matlamat penukaran yang anda tentukan, untuk menjana lebih banyak penukaran dan nilai dengan mengoptimumkan prestasi dalam masa nyata serta merentas saluran menggunakan Pembidaan Pintar.

BUAT KEMPEN BELI-BELAH

Sebelum anda boleh membuat kempen beli-belah, anda perlu membuat Akaun Pedagang dan memuat naik data produk anda menggunakan suapan produk.

Cara menyediakan suapan produk Merchant Center

Suapan produk Merchant Center membolehkan anda memuat naik maklumat produk anda dan menukar maklumat tersebut menjadi iklan untuk kempen Beli-belah anda. Maklumat produk anda turut mempengaruhi penyasaran, supaya iklan anda dipaparkan kepada pengguna yang khususnya berminat dengan produk tersebut, betul-betul pada masa mereka mencari maklumat tersebut.

Petua: Semakin khusus maklumat produk ini, semakin berkesan iklan anda dalam memenuhi minat yang pelbagai dan juga khusus bagi bakal pelanggan serta pelanggan sedia ada.

BUAT SUAPAN PRODUK

Kewangan, hartanah dan perkhidmatan profesional yang lain

Finance, Real Estate & Other Professional Services industry vertical [hero image]

Jenis kempen untuk kewangan, hartanah dan perkhidmatan profesional

Contoh iklan teks Carian

Kempen carian memberikan tahap penyasaran yang sangat tinggi, kerana anda boleh menjangkau pengguna yang sedang mencari perkhidmatan anda secara aktif pada enjin carian dan laman web yang berkaitan.

Pendekatan ini sesuai dengan kekhususan tawaran antara perkhidmatan profesional.

BUAT KEMPEN CARIAN

Contoh iklan imej Paparan

Kempen paparan memaparkan iklan pada Google Display Network, supaya anda boleh menjangkau pengguna semasa mereka menyemak imbas laman web kegemaran mereka, menyemak akaun Gmail mereka, menggunakan peranti mudah alih dan apl mereka, atau menonton serta berkongsi video YouTube.

BUAT KEMPEN PAPARAN

Iklan tempatan | Iklan teks dan imej

Iklan Local Services ialah pilihan yang hebat jika anda menawarkan perkhidmatan berasaskan lokasi, termasuk perancangan kewangan, rundingan undang-undang, pembaikan rumah dan penyelenggaraan yang berkaitan, hartanah dan perkhidmatan acara.

Iklan ini dipaparkan di bahagian atas Google Search dan memberikan prospek langsung dalam bentuk panggilan telefon atau mesej. (Jenis iklan ini hanya tersedia di A.S.)

A representation of the multiple ad types used in Performance Max campaigns.

Kempen Prestasi Maksimum membolehkan anda mengakses semua inventori Google Ads dengan mudah daripada satu kempen merentas YouTube, Display, Search, Discover, Gmail dan Maps.

Dengan bantuan Google AI dan Pembidaan Pintar, anda dibantu untuk memaksimumkan prestasi dan menyampaikan hasil terhadap matlamat yang paling penting bagi anda merentas rangkaian penuh saluran, inventori dan format Google.

BUAT KEMPEN PRESTASI MAKSIMUM

Penyasaran

Audience targeting [icon] Penyasaran khalayak memaparkan iklan anda kepada segmen tertentu, contohnya, pengguna yang sesuai dengan kategori “Perbankan & Kewangan”, “Pelabur”, “Rumah & Laman”, “Kecantikan & Kesejahteraan”, “Gaya Hidup & Hobi”.

Business data feeds [icon]

Gunakan suapan data perniagaan dengan Kempen paparan untuk membuat iklan pemasaran semula dinamik— yang termasuk produk atau perkhidmatan yang telah dilihat oleh pengguna di laman web atau apl anda—yang disesuaikan bagi perkaitan yang paling tinggi.

Contohnya, jika anda dalam perniagaan hartanah, anda boleh membuat suapan menggunakan templat data perniagaan Hartanah untuk memaparkan iklan bersama foto dan harga hartanah.

Media & Hiburan

Media vertical [hero image]

Jenis kempen untuk media dan hiburan

Contoh iklan video

Kempen video membolehkan anda memaparkan iklan video secara individu atau pada kandungan video strim lain di YouTube dan merentas Google Display Network.

Kempen ini merupakan pilihan yang hebat untuk syarikat media dan hiburan kerana dibina menggunakan iklan video terdorong interaksi yang dipaparkan merentas laman web serta apl YouTube dan Rakan kongsi video Google.

BUAT KEMPEN VIDEO

Iklan apl | iklan berbilang format autocipta

Kempen apl memudahkan anda mempromosikan apl anda merentas Google Search, Google Play, YouTube, Discover pada Google Search dan Google Display Network.

Anda tidak perlu mereka bentuk iklan individu. Dengan memberikan beberapa baris teks, bidaan dan beberapa aset, iklan yang direka bentuk dipaparkan merentas beberapa rangkaian dalam pelbagai format.

Kempen apl sangat sesuai untuk syarikat permainan dan jenis perniagaan lain yang mahu mempromosikan permainan video mereka dan apl lain, dengan matlamat untuk mendorong pemasangan, aktiviti dalam apl atau prapendaftaran.

BUAT KEMPEN APL

A representation of the multiple ad types used in Performance Max campaigns.

Kempen Prestasi Maksimum membolehkan anda mengakses semua inventori Google Ads dengan mudah daripada satu kempen merentas YouTube, Display, Search, Discover, Gmail dan Maps.

Dengan bantuan Google AI dan Pembidaan Pintar, anda dibantu untuk memaksimumkan prestasi dan menyampaikan hasil terhadap matlamat yang paling penting bagi anda merentas rangkaian penuh saluran, inventori dan format Google.

BUAT KEMPEN PRESTASI MAKSIMUM

Penyasaran

Audience targeting [icon]

Gunakan penyasaran khalayak untuk memaparkan iklan anda kepada khalayak tertentu, contohnya, pengguna yang sesuai dengan kategori “Peminat Permainan Aksi”, “Media & Hiburan”, “Pemain”, “Berita & Politik”, “Peminat Kucing” dan “Peminat Anjing”.

Melalui iklan video, anda boleh menggunakan penyasaran am, contohnya kempen pembidaan Kos setiap seribu teraan (CPM) dan TrueView untuk Jangkauan serta Iklan kepala berita YouTube untuk memperoleh sebanyak mungkin paparan dan membina kesedaran berkenaan dengan rancangan, filem perdana yang akan datang, dsb.

Untuk menarik lebih ramai khalayak bitara, gunakan penyasaran khalayak seperti yang dinyatakan dalam perenggan di atas atau penyasaran kandungan.

Business data feeds [icon]

Gunakan suapan data perniagaan dengan Kempen paparan untuk membuat iklan pemasaran semula dinamik—yang termasuk produk atau perkhidmatan yang telah dilihat oleh pengguna di laman web atau apl anda—yang disesuaikan bagi perkaitan yang paling tinggi.

Contohnya, jika anda menjalankan syarikat media, anda boleh membuat Suapan tersuai yang memaparkan iklan diperibadikan kepada pengguna yang berkemungkinan besar berminat dengan rancangan anda.

Pendidikan

Education vertical [hero image]

Jenis iklan yang mungkin berguna

Contoh iklan video

Jujukan video: Melalui iklan jujukan iklan video dalam Kempen video, anda boleh memaparkan satu siri video untuk menceritakan tentang institusi pendidikan atau perkhidmatan anda.

Anda juga boleh mempertimbangkan untuk membuat saluran YouTube menggunakan beberapa kandungan pendidikan. Saluran ini boleh digandingkan dengan kandungan iklan yang mendorong bakal pelanggan dan pelanggan sedia ada ke saluran ini untuk interaksi selanjutnya dengan jenama anda.

BUAT KEMPEN JUJUKAN VIDEO

Contoh iklan teks Carian

Iklan Carian Dinamik: Melalui Iklan Carian Dinamik, anda boleh memaparkan sebilangan kursus anda dalam iklan yang ringkas dan mudah digunakan oleh pengguna yang membuat carian di platform Google serta menggunakan frasa carian yang berkaitan dengan tajuk dan frasa yang kerap digunakan di laman web anda.

BUAT IKLAN CARIAN DINAMIK

A representation of the multiple ad types used in Performance Max campaigns.

Kempen Prestasi Maksimum membolehkan anda mengakses semua inventori Google Ads dengan mudah daripada satu kempen merentas YouTube, Display, Search, Discover, Gmail dan Maps.

Dengan bantuan Google AI dan Pembidaan Pintar, anda dibantu untuk memaksimumkan prestasi dan menyampaikan hasil terhadap matlamat yang paling penting bagi anda merentas rangkaian penuh saluran, inventori dan format Google.

BUAT KEMPEN PRESTASI MAKSIMUM

Penyasaran

Audience targeting [icon] Gunakan penyasaran khalayak untuk memaparkan iklan anda kepada khalayak tertentu, contohnya, khalayak yang sesuai dengan kategori “Pendidikan”, “Teknologi & Pendidikan”, “Sekolah Rendah & Menengah”, “Pendidikan Perniagaan”, “Pendidikan Menengah Atas”, “Pendidikan Awal Kanak-kanak”, "Pendidikan Seni & Reka Bentuk" dan "Pendidikan & Latihan Kosmetik".

Business data feeds [icon]

Gunakan suapan data perniagaan dengan Kempen paparan untuk membuat iklan pemasaran semula dinamik—yang termasuk produk atau perkhidmatan yang telah dilihat oleh pengguna di laman web atau apl anda—yang disesuaikan bagi perkaitan yang paling tinggi.

Contohnya, jika anda dalam bidang pendidikan, anda boleh menggunakan templat data perniagaan Pendidikan untuk membuat suapan yang membantu anda memaparkan iklan yang disesuaikan kepada pengguna yang berkemungkinan besar berminat dengan rancangan anda.

Penjagaan Kesihatan & Sains Hayat

Healthcare & Life Sciences vertical [hero image]

Jenis kempen untuk penjagaan kesihatan & sains hayat

Iklan tempatan | Iklan teks dan imej

Kempen setempat direka bentuk untuk membawa perniagaan ke lokasi fizikal anda—sama ada pejabat khusus perubatan atau pergigian, pejabat insurans kesihatan atau jenis perniagaan penjagaan kesihatan yang lain.

BUAT KEMPEN SETEMPAT

A representation of the multiple ad types used in Performance Max campaigns.

Kempen Prestasi Maksimum membolehkan anda mengakses semua inventori Google Ads dengan mudah daripada satu kempen merentas YouTube, Display, Search, Discover, Gmail dan Maps.

Dengan bantuan Google AI dan Pembidaan Pintar, anda dibantu untuk memaksimumkan prestasi dan menyampaikan hasil terhadap matlamat yang paling penting bagi anda merentas rangkaian penuh saluran, inventori dan format Google.

BUAT KEMPEN PRESTASI MAKSIMUM

Penyasaran

Audience targeting [icon] Gunakan penyasaran khalayak untuk memaparkan iklan anda kepada khalayak tertentu, contohnya, pengguna yang sesuai dengan kategori “Insurans Kesihatan” dan “Pelan Insurans Kesihatan”.

Business data feeds [icon]

Gunakan suapan data perniagaan dengan Kempen paparan untuk membuat iklan pemasaran semula dinamik—yang termasuk produk atau perkhidmatan yang telah dilihat oleh pengguna di laman web atau apl anda—yang disesuaikan bagi perkaitan yang paling tinggi.

Contohnya, jika anda dalam bidang penjagaan kesihatan atau sains hayat, anda boleh menggunakan templat data perniagaan Pendidikan untuk membuat suapan yang membantu anda memaparkan iklan yang disesuaikan kepada pengguna yang berkemungkinan besar berminat dengan perkhidmatan atau produk anda.

Perjalanan, Penginapan & Makanan

Travel, Lodging & Dining vertical [hero image]

Hotel ads example

Kempen hotel membuat iklan dinamik yang dipaparkan ketika pengembara mencari hotel pada platform Google Search, Google Maps atau Google Assistant.

Iklan ini dipaparkan dalam modul tempahan hotel, yang boleh termasuk foto dan butiran, seperti harga, kemudahan dan pautan untuk tempahan hotel.

BUAT KEMPEN HOTEL

Contoh iklan imej Paparan

Kempen paparan memaparkan iklan pada Google Display Network, supaya anda boleh menjangkau pengguna semasa mereka menyemak imbas laman web kegemaran mereka, menyemak akaun Gmail mereka, menggunakan peranti mudah alih dan apl mereka, atau menonton serta berkongsi video YouTube.

Untuk mengelakkan persaingan ketat semasa mempromosikan perkhidmatan atau produk berkaitan, gunakan Display Network untuk menerbitkan sepanduk di berjuta-juta laman web di seluruh dunia yang penyasaran khusus bagi pengguna yang berminat dengan bandar atau kawasan tertentu.

BUAT KEMPEN PAPARAN

Iklan Discovery | contoh iklan karusel berbilang imej

Kempen Penjana Permintaan menggunakan khalayak Google dan isyarat pelanggan untuk memaparkan iklan diperibadikan yang sangat visual kepada pengguna yang bersedia untuk berinteraksi dengan jenama anda.

Format iklan bergantung pada Google AI untuk membina dan mempamerkan aset anda dengan kemas merentas peranti, semasa pengguna menyemak imbas kandungan kegemaran dan pengalaman berasaskan suapan mereka.

BUAT KEMPEN PENJANA PERMINTAAN

Contoh iklan video

Kempen video membolehkan anda memaparkan iklan video secara individu atau pada kandungan video strim lain di YouTube dan merentas Google Display Network.

Iklan video ialah pilihan yang amat baik untuk pengiklanan perjalanan dan penginapan yang disasarkan pada mempamerkan tempat dan tarikan indah, manfaat serta kemudahan dengan lebih terperinci dan tarikan visual.

BUAT KEMPEN VIDEO

A representation of the multiple ad types used in Performance Max campaigns.

Kempen Prestasi Maksimum membolehkan anda mengakses semua inventori Google Ads dengan mudah daripada satu kempen merentas YouTube, Display, Search, Discover, Gmail dan Maps.

Dengan bantuan Google AI dan Pembidaan Pintar, anda dibantu untuk memaksimumkan prestasi dan menyampaikan hasil terhadap matlamat yang paling penting bagi anda merentas rangkaian penuh saluran, inventori dan format Google.

BUAT KEMPEN PRESTASI MAKSIMUM

Penyasaran

Audience targeting [icon] Gunakan penyasaran khalayak untuk memaparkan iklan anda kepada khalayak tertentu, contohnya, khalayak yang sesuai dengan kategori “Perjalanan”, “Percutian Keluarga”, “Peminat Sukan Air”, “Perjalanan Udara” dan "Hotel & Penginapan".

Business data feeds [icon]

Gunakan suapan data perniagaan dengan Kempen paparan untuk membuat iklan pemasaran semula dinamik—yang termasuk produk atau perkhidmatan yang telah dilihat oleh pengguna di laman web atau apl anda—yang disesuaikan bagi perkaitan yang paling tinggi.

Contohnya, jika anda mengiklankan Penerbangan, Hotel dan Sewaan atau Perjalanan anda boleh menggunakan templat data perniagaan tersebut untuk membuat suapan yang membantu anda memaparkan iklan yang disesuaikan kepada pengguna yang berkemungkinan besar berminat dengan perkhidmatan atau produk anda.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Dapatkan keputusan perniagaan yang lebih baik menggunakan Google Analytics.

Anda boleh menyiarkan kempen Google Ads yang lebih baik menggunakan Google Analytics. Gunakan Google Analytics untuk mendorong lebih banyak tindakan yang penting bagi perniagaan anda.

Gunakan Google Analytics secara percuma

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
13857503445988506567
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false