Sediakan kempen anda untuk mencapai kejayaan

Terdapat beberapa cara untuk meningkatkan prestasi kempen pengiklanan yang baru dibuat. Artikel ini menawarkan petua untuk memastikan bahawa anda telah memilih tetapan yang betul bagi kempen yang berjaya.

Optimumkan kempen anda semasa anda membuat kempen tersebut

Sambil anda membuat kempen, anda mungkin menerima pemberitahuan berdasarkan pilihan tetapan anda. Pemberitahuan ini mungkin memaklumi anda tentang isu yang boleh menyebabkan pengurangan prestasi atau yang mungkin cukup ketara untuk menghalang anda daripada menerbitkan kempen anda.

Menu navigasi pembinaan kempen yang dipaparkan semasa anda membina kempen anda memberikan gambaran holistik terhadap kemajuan pembinaan anda dan akan menarik perhatian kepada pemberitahuan yang mungkin ingin anda tangani. Beralih antara langkah dalam menu navigasi untuk menyemak dan menyelesaikan masalah yang mungkin berlaku berkenaan penyasaran, pembidaan, belanjawan atau tetapan kempen anda yang lain dengan mudah. Ketahui cara Menyediakan kempen anda untuk mencapai kejayaan.

1. Sediakan penjejakan penukaran di tapak web anda

Penjejakan penukaran boleh memberi anda cerapan untuk mengoptimumkan prestasi kempen anda. Penukaran akan menunjukkan kepada anda perkara yang berlaku apabila pelanggan berinteraksi dengan iklan anda – sama ada mereka membeli produk, mendaftar untuk surat berita anda, menghubungi perniagaan anda atau memuat turun apl anda.

Apabila pelanggan melengkapkan tindakan yang telah anda takrifkan sebagai berharga, tindakan tersebut dikira sebagai penukaran. Untuk mendayakan penjejakan penukaran:

  1. Sediakan tindakan penukaran untuk akaun anda.
  2. Salin coretan kod yang dipanggil "teg".
  3. Tampalkan tag tersebut di laman web anda.

Ketahui cara menyediakan penjejakan penukaran untuk laman web anda

2. Gunakan strategi Pembidaan Pintar, seperti Maksimumkan penukaran

Pembidaan automatik menggunakan Google AI untuk mengoptimumkan bidaan yang betul bagi setiap lelongan iklan. Majoriti pengiklan menggunakan sesuatu jenis pembidaan automatik kerana strategi bidaan ini dapat meningkatkan prestasi, sambil menjimatkan masa daripada melaraskan bidaan secara manual.

Pembidaan Pintar ialah subset strategi bida automatik yang mengoptimumkan penukaran atau nilai penukaran. Untuk mengakses Pembidaan Pintar, anda perlu terlebih dahulu menyediakan penjejakan penukaran. Tanpa penjejakan penukaran, anda masih boleh menggunakan pembidaan automatik dengan Maksimumkan klik. Setelah menyediakan penjejakan penukaran di laman web anda, edit tetapan kempen anda untuk menggunakan strategi pembidaan berdasarkan penukaran.

Kami mengesyorkan agar anda menggunakan Maksimumkan penukaran kerana ciri ini mengoptimumkan perkara yang bernilai untuk perniagaan anda, sambil mengurangkan masa yang perlu anda luangkan untuk penyelenggaraan kempen harian.

Ketahui cara mengubah strategi bidaan anda

3. Kembangkan penyasaran anda

Penyasaran iklan anda ke bandar yang kecil atau beberapa kata kunci sahaja dapat menghalang kempen anda daripada menyiarkan iklan kepada pelanggan. Sebagai alternatif, penyasaran ke kawasan yang terlalu besar mungkin membawa trafik yang tidak berkaitan ke tapak web anda. Berikut ialah cara mengelakkan isu yang lazim berlaku ini.

Sasarkan lokasi yang pelanggan anda berada, bukan sahaja tempat perniagaan anda berada

Katakan anda menjalankan tapak web e-dagang. Anda perlu menyasarkan semua lokasi yang anda sediakan penghantaran, bukan sahaja lokasi fizikal perniagaan anda. Tidak kira sehebat mana iklan anda, iklan anda mungkin tidak akan menunjukkan prestasi yang baik jika iklan tersebut tidak dipaparkan di tempat yang betul. Perlu diingat, anda boleh melaraskan tetapan penyasaran lokasi anda pada bila-bila masa.

Ketahui cara menggunakan penyasaran lokasi

Tambahkan sebanyak mungkin kata kunci yang berkaitan

Pengiklan yang bijak melaburkan masa dan usaha untuk membina senarai kata kunci yang baik. Cuba bayangkan segala-galanya yang mungkin dicari oleh pelanggan anda apabila anda memilih kata kunci anda:

  1. Tuliskan kategori utama perniagaan anda.
  2. Untuk setiap kategori, tulis semua istilah atau frasa yang mungkin digunakan oleh pelanggan anda untuk memerihalkan produk atau perkhidmatan anda.
  3. Masukkan istilah tersebut ke dalam Perancang Kata Kunci untuk mendapatkan lebih banyak idea kata kunci dan melihat anggaran bilangan pengguna yang sebenarnya mencari kata kunci tersebut.
  4. Katakan anda menjual kasut lelaki. Anda boleh bermula dengan kategori asas "kasut sukan lelaki". Dalam kategori tersebut, anda boleh menambahkan istilah berkaitan seperti "kasut sniker lelaki" dan "kasut tenis lelaki". Anda boleh mengembangkan lagi senarai anda dengan memasukkan nama jenama dan produk anda, seperti "kasut sniker lelaki Acme".

Ketahui cara menambah kata kunci

4. Sebarkan kata kunci anda kepada lebih daripada satu kumpulan iklan

Kumpulan iklan menyertakan iklan yang akan dipaparkan kepada pengguna yang mencari istilah tertentu. Satu kempen boleh mempunyai beberapa kumpulan iklan, masing-masing dengan iklan dan kata kunci sendiri. Kandungan iklan hendaklah berkaitan langsung dengan kata kunci dalam kumpulan iklan anda.

Katakan anda menjalankan perniagaan kedai basikal dalam talian. Anda mungkin ingin mempunyai kumpulan iklan yang berasingan untuk basikal kanak-kanak, basikal lumba, basikal gunung, basikal jalan raya, topi keledar dan kunci basikal. Kumpulan iklan untuk basikal kanak-kanak sepatutnya mempunyai kata kunci yang berkaitan dengan produk ini dan salah satu kata kunci anda hendaklah berada dalam teks tajuk iklan anda.

Untuk memecahkan kumpulan iklan yang lebih besar kepada kumpulan yang lebih kecil serta lebih khusus, ketahui cara menyalin kumpulan iklan dan mengedit kata kunci di dalam kumpulan tersebut.

5. Tulis iklan yang berkaitan secara langsung dengan perkara yang ingin dibeli oleh pelanggan anda

Iklan teks anda perlu menyebut dengan tepat perkara yang ingin dibeli oleh pelanggan anda. Berikut ialah senario yang ideal:

Seseorang mencari "penghantaran bunga 24 jam mawar". Mereka kemudian melihat iklan dengan tajuk "Pesan mawar dengan cepat - penghantaran bunga 24 jam". Mereka mengklik iklan itu dan pergi terus ke laman bunga berkenaan, lalu mereka melengkapkan pesanan mereka.

Ketahui cara menulis iklan teks yang berjaya

Petua untuk menulis iklan yang berkaitan

  1. Pastikan anda jelas tentang perkara yang anda promosikan: Sertakan sekurang-kurangnya satu kata kunci anda dalam tajuk iklan anda. Jika anda telah menyertakan "kamera digital" sebagai kata kunci, tajuk iklan anda mungkin "Beli Kamera Digital". (Ingat bahawa mana-mana penggunaan tanda dagangan dalam teks iklan hendaklah mematuhi dasar tanda dagangan Google Ads.)
  2. Pastikan jawapan berkaitan: Pastikan anda memberikan jawapan atau penyelesaian kepada pelanggan anda. Sebagai contoh, jika mereka mencari penyelesaian berdekatan mereka, maka lokasi anda ialah maklumat yang paling berguna dan harus ditambahkan pada tajuk.
  3. Padankan iklan anda dengan tajuk: Lihat halaman yang anda pautkan daripada iklan anda (laman penambat) dan pastikan promosi atau produk dalam iklan anda disertakan di situ. Pengguna mungkin meninggalkan laman web anda jika mereka tidak menemukan perkara yang mereka harapkan.
  4. Pastikan iklan anda mengikut garis panduan editorial: Untuk memastikan semua iklan berkualiti tinggi, setiap iklan hendaklah memenuhi standard profesional dan editorial yang tinggi. Ini bermakna, contohnya, tiada ruang tambahan, HURUF BESAR YaNG PeLiK, tanda seru! atau URL yang tidak jelas. Ketahui lebih lanjut tentang keperluan iklan teks

6. Sertakan sekurang-kurangnya 3 iklan dalam setiap kumpulan iklan

Sebaik-baiknya anda perlu mempunyai lebih daripada satu iklan supaya Google Ads dapat memaparkan iklan yang berkemungkinan berprestasi terbaik untuk setiap pencarian. Satu tajuk dalam setiap iklan hendaklah menyebutkan sekurang-kurangnya salah satu kata kunci anda. Untuk tajuk dan perihalan yang lain, setiap iklan boleh menyerlahkan aspek tawaran anda yang berbeza.

Pertimbangkan untuk menyertakan teks tentang topik ini

  1. Produk atau perkhidmatan: Apakah yang ditawarkan oleh perniagaan anda? Contohnya:
    • Jambak Bunga Penanam Tempatan
    • Kenderaan Terpakai Disahkan
    • Rancangan Pengehosan Web
    • Kami Terima Kebanyakan Insurans
  2. Manfaat: Bagaimanakah produk atau perkhidmatan anda membantu pengguna? Contohnya:
    • Siar Mudah Ke Berbilang Laman
    • Hidangan Mudah dalam 30 Minit
    • Tidak Perlu Memasak
    • Dua Lokasi yang Mudah
  3. Jenama: Apakah frasa yang menggunakan jenama anda? Contohnya:
    • [Nama Jenama]
    • [Jenama.com]
    • Harga Terbaik daripada [Jenama]
    • Tapak [Jenama] rasmi
  4. Seruan tindak: Apakah yang anda mahu pelanggan anda lakukan? Contohnya:
    • Tempah Hotel Anda di Las Vegas
    • Jadualkan Pandu Uji Hari Ini
    • Bandingkan Lebih 100 Tawaran Hebat
    • Daftar untuk Pemeriksaan Percuma Hari Ini
  5. Inventori dan pilihan: Apakah kategori, opsyen dan pilihan yang anda tawarkan? Contohnya:
    • Beratus-ratus Opsyen untuk Dipilih
    • Gaya Musim Sejuk Terkini
    • Bekalan lebih 50,000 Produk
    • 50 Gaya dalam 50 Warna Terang
  6. Harga dan yuran: Apakah harga, cukai atau yuran anda? Contohnya:
    • Tempah Harga Serendah $[number]
    • Tiada Yuran Pembatalan
    • APR Pengenalan 0% untuk 18 Bulan
    • Yuran Pengurusan yang Sangat Rendah 0.05%
  7. Promosi dan diskaun: Apakah jenis tawaran yang anda sediakan? Contohnya:
    • Diskaun Hingga 33% Utk Pesanan
    • Tawaran Hujung Minggu Tersedia Sekarang
    • Peroleh Mata Kesetiaan Berganda
    • Peroleh Bonus Pendaftaran $100

7. Pastikan anda menggunakan sekurang-kurangnya 4 aset

Kebanyakan pengiklan menggunakan aset dan sambungan ini penting untuk membuat iklan Carian. Jika anda pernah membuat carian di Google dan melihat iklan dengan butang panggilan, pautan tambahan, alamat atau maklumat tambahan lain, maka anda telah melihat aset.

Aset menjadikan iklan anda lebih besar dan lebih mantap, yang memberi pengguna lebih banyak sebab untuk mengambil tindakan terus daripada iklan anda. Aset boleh ditambahkan secara percuma dan lazimnya meningkatkan kadar klikan serta kualiti iklan anda. Aset ini hanya dipaparkan apabila ia diramalkan dapat memberi anda hasil yang lebih baik, seperti klik ke laman web anda.

Untuk memperoleh paling banyak nilai daripada kempen Carian anda, pastikan anda menambahkan sekurang-kurangnya 4 jenis aset yang berbeza pada akaun atau kempen anda.

Ketahui cara meningkatkan iklan anda menggunakan aset

Pautan berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Achieve your advertising goals today!

Attend our Performance Max Masterclass, a livestream workshop session bringing together industry and Google ads PMax experts.

Register now

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
18189594225478485574
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false