Google memberikan versi terjemahan Pusat Bantuan kami sebagai kemudahan, walaupun terjemahan tersebut tidak bertujuan mengubah kandungan dasar kami. Versi bahasa Inggeris ialah bahasa rasmi yang kami gunakan untuk menguatkuasakan dasar kami. Untuk melihat artikel ini dalam bahasa lain, gunakan menu lungsur bahasa di bahagian bawah halaman.
Pengguna Display & Video 360 mesti mematuhi dasar Google Ads ini. Lawati pusat bantuan Display & Video 360 untuk mendapatkan pengehadan tambahan.
Berikut ialah beberapa contoh perkara yang harus dielakkan dalam iklan anda. Pelanggaran berulang terhadap dasar kami boleh menyebabkan penggantungan akaun.
Ketahui tentang akibatnya jika anda melanggar dasar kami.
Pengumpanan dana
Tindakan mengumpan dana atau derma hanya dibenarkan bagi pihak ahli politik, parti politik atau badan kebajikan yang dikecualikan cukai serta hanya apabila status pengecualian cukai, nombor kebajikan atau pengecualian cukai dinyatakan dengan jelas pada destinasi iklan tersebut.
Penyelesai masalah: Pengumpanan dana
Semak iklan dan destinasi iklan tersebut untuk melihat tempat maklumat penting tentang status pengecualian cukai anda mungkin tiada.
Jika iklan atau halaman pendaratan anda meminta derma yang dikecualikan cukai, sila nyatakan status pengecualian cukai anda dengan jelas di halaman pendaratan atau halaman derma anda, termasuk nombor kebajikan anda. Contohnya, di Amerika Syarikat, status 501(c)(3) atau 501(c)(4) ialah penunjuk status pengecualian cukai yang diperlukan.
Betulkan destinasi iklan. Tambahkan sebarang maklumat yang diperlukan. Jika anda tidak dapat membetulkan destinasi iklan, kemas kini iklan dengan destinasi baharu yang mematuhi dasar ini.
- Edit iklan. Tambahkan sebarang maklumat yang diperlukan. Jika iklan anda mematuhi dasar tetapi anda telah membuat perubahan pada destinasi iklan, buat pengeditan dalam iklan dan simpan iklan tersebut. Tindakan ini akan menyerahkan semula iklan dan destinasi iklan tersebut untuk semakan. Kebanyakan iklan disemak dalam tempoh 1 hari perniagaan, namun sesetengah semakan boleh mengambil masa yang lebih lama jika iklan tersebut memerlukan semakan yang lebih terperinci.
Perisian komputer percuma
Iklan untuk perisian desktop percuma mesti menyertakan nama perisian khusus yang diiklankan dan membawa kepada sumber pengedaran dalam talian yang berwibawa bagi perisian tersebut.
Contoh (tidak menyeluruh): Fail boleh laku (seperti .exe, .dmg, fail zip, sambungan, pemalam, alat tambah, aplikasi komputer) yang boleh dijalankan pada komputer meja, komputer riba atau komputer notebook dan tidak memerlukan maklumat pembayaran untuk dimuat turun; percubaan percuma; perisian percuma; perisian kongsi; perisian freemium; demonstrasi yang menawarkan kandungan yang boleh dimuat turun
Nota: Sumber pengedaran dalam talian yang berwibawa tidak boleh mempunyai sejarah atau reputasi pelanggaran dasar.
Penyelesai masalah: Perisian Desktop Percuma
- Jika anda penerbit perisian tertentu yang ingin anda iklankan, daftarkan tapak anda sebagai sumber pengedaran dalam talian yang berwibawa. Jika kami menentukan bahawa tapak anda ialah sumber pengedaran dalam talian yang berwibawa, kami boleh meluluskan iklan anda yang tidak diluluskan.
- Ubah destinasi iklan tersebut. Jika tapak lain telah didaftarkan sebagai sumber pengedaran dalam talian yang berwibawa untuk perisian anda, edit iklan anda supaya URL akhir menghala ke destinasi yang diluluskan.
Setelah mengedit dan menyimpan iklan anda, iklan tersebut akan dihantar untuk disemak. Kebanyakan iklan disemak dalam tempoh 1 hari perniagaan, namun sesetengah semakan boleh mengambil masa yang lebih lama jika iklan tersebut memerlukan semakan yang lebih terperinci.
Jika anda tidak dapat membetulkan pelanggaran ini atau memilih untuk tidak berbuat demikian, alih keluar iklan anda untuk membantu anda menghalang akaun anda daripada digantung pada masa depan disebabkan pelanggaran dasar berulang. Ketahui lebih lanjut tentang akaun yang digantung.
Perkhidmatan setempat
Iklan untuk perkhidmatan tukang kunci dihadkan di Amerika Syarikat dan Kanada. Iklan untuk perkhidmatan pembaikan pintu garaj dihadkan di Amerika Syarikat dan Kanada. Untuk membuat pengiklanan, anda perlu memohon pengesahan lanjutan. Ketahui lebih lanjut tentang pengesahan lanjutan.
Iklan untuk perkhidmatan tukang kunci dihadkan di Jerman, Sweden, Belgium dan Belanda. Iklan tidak dapat disiarkan.
Iklan untuk perkhidmatan setempat masih dapat disiarkan di luar kawasan larangan, walaupun perniagaan belum melengkapkan pengesahan.
Makluman pengguna
Untuk kawasan perniagaan yang biasa menerima nasihat pengguna, Google mungkin mengehadkan cara iklan tentang produk dan perkhidmatan tersebut disiarkan.
Contoh (tidak menyeluruh): Lelongan peni (Google Ads hanya akan memaparkan iklan lelongan peni jika frasa "lelongan peni" atau istilah yang serupa disertakan dalam pertanyaan pengguna. Di Rangkaian Paparan Google, iklan ini akan dipaparkan hanya di tapak yang berkaitan dengan lelongan.)
Apakah itu nasihat pengguna?
Nasihat pengguna ialah makluman yang menyediakan maklumat berkenaan risiko dan faedah produk dan perkhidmatan tertentu. Makluman ini biasanya diedarkan oleh organisasi yang membantu melindungi pengguna. Contoh organisasi yang mengeluarkan makluman pengguna ialah Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (AS), Agensi Hal Ehwal Pengguna (Jepun) dan agensi serantau lain yang membantu anda melindungi kepentingan pengguna. Organisasi makluman pengguna mungkin agensi kerajaan, namun organisasi tersebut mungkin juga dijalankan oleh kumpulan sokongan pengguna pihak ketiga.
Bagaimanakah nasihat pengguna mempengaruhi iklan?
Jika makluman pengguna dikeluarkan tentang produk tertentu di sebuah negara, Google boleh mengubah cara iklan tentang produk tersebut disiarkan secara global. Ini membolehkan pengguna untuk masih melihat iklan yang berkaitan dengan produk sebegini apabila mencari produk tersebut secara khusus, namun melindungi pengguna lain yang mungkin tidak sedar akan kebimbangan pengguna tentang produk yang serupa.
Dokumen dan perkhidmatan rasmi kerajaan
Perkara berikut tidak dibenarkan:
Promosi untuk dokumen dan/atau perkhidmatan yang memudahkan pemerolehan, pembaharuan, penggantian atau pencarian dokumen atau maklumat rasmi yang tersedia terus daripada kerajaan atau penyedia yang diwakilkan oleh kerajaan.
Contoh (tidak menyeluruh): Pasport dan bentuk ID nasional yang lain; bukti penduduk tetap; bukti status/pendaftaran imigresen; lesen memandu; dokumen pendaftaran kenderaan; dokumen perjalanan seperti visa dan Keizinan Perjalanan Elektronik (ETA); kad keselamatan sosial; lesen pemburuan atau memancing; lesen atau pendaftaran senapang; dan dokumen atau maklumat yang diperoleh daripada daftar rasmi seperti sijil lahir, sijil kahwin dan rekod tentera
Promosi untuk bantuan memohon atau membayar bagi perkhidmatan rasmi yang tersedia secara terus melalui kerajaan atau penyedia yang diwakilkan oleh kerajaan.
Contoh (tidak menyeluruh): Bantuan memohon janji temu atau faedah kerajaan; bantuan memohon perubahan alamat secara rasmi, perubahan nama secara rasmi, wang yang tidak dituntut, atau penahanan mel; dan bantuan untuk membayar yuran pengangkutan, seperti tol jambatan atau caj kesesakan
Perkhidmatan yang tidak dihadkan oleh dasar ini
Perkhidmatan profesional berikut tidak dihadkan oleh dasar ini: Perkhidmatan persediaan cukai, perkhidmatan undang-undang, perniagaan ke perniagaan (B2B) / perkhidmatan perusahaan, peguam imigresen atau perunding imigresen yang memfokus pada perundingan dan bukan sekadar membantu dengan mendapatkan dokumen perjalanan atau perkhidmatan rasmi tertentu.
Jika anda pihak kerajaan atau penyedia yang diwakilkan, pengehadan pengiklanan ini tidak berkaitan dengan anda. Penyedia yang diwakilkan ditakrifkan sebagai syarikat yang telah diberi amanah secara rasmi atau ditugaskan oleh penyedia asal (Kerajaan) untuk memberikan produk atau perkhidmatan tertentu bagi pihak mereka, yang sama ada dilaksanakan seperti biasa atau telah dilakukan oleh Kerajaan sendiri sebelum ini. Penyedia yang diwakilkan tidak termasuk entiti yang merupakan penyedia atau penjual semula yang disahkan. Jika anda pihak kerajaan atau penyedia yang diwakilkan dan anda percaya bahawa dasar ini telah digunakan kepada anda secara tidak wajar, sila hubungi kami di sini.
Perkhidmatan direktori, pemajuan dan rakaman panggilan
Perkara berikut tidak dibenarkan:
Promosi untuk perkhidmatan direktori, pemajuan dan rakaman panggilan.
Contoh (tidak menyeluruh): Perkhidmatan direktori panggilan, pemajuan panggilan dan rakaman panggilan. Perkhidmatan ini biasanya melibatkan panggilan ke nombor telefon untuk mendapatkan nombor telefon lain (atau maklumat perniagaan seperti alamat) atau untuk disambungkan ke perkhidmatan lain.
Jualan tiket acara

Jualan tiket acara dihadkan kepada penyedia utama yang layak di Perancis dan wilayah Perancis.
Perkhidmatan bon jaminan
Perkara berikut tidak dibenarkan:
Pengiklanan perkhidmatan bon jaminan, yang bertindak sebagai jaminan untuk mendapatkan jamin bagi defendan.
Contoh (tidak menyeluruh): Ejen bon jaminan komersial, perkhidmatan pembiayaan bon jaminan, pemburu upahan, penjamin jaminan bon, perkhidmatan jaminan imigresen, perkhidmatan jaminan penahanan
Sokongan teknikal pengguna pihak ketiga
Sokongan teknikal untuk produk dan perkhidmatan dalam talian teknologi pengguna oleh penyedia pihak ketiga
Contoh (tidak menyeluruh): Sokongan teknikal untuk penyelesaian masalah, keselamatan, penghapusan virus, kesambungan internet, akaun dalam talian (misalnya, penetapan semula kata laluan atau sokongan log masuk), sokongan dan pembaikan perkakasan, atau pemasangan perisianNota: Kami membenarkan pengiklanan untuk penjualan teknologi pengguna dengan halaman pendaratan yang mungkin mengandungi ciri navigasi yang berkaitan dengan sokongan teknikal.
Iklan Makanan dan Minuman Tinggi Lemak, Gula dan Garam
Kami menyokong pengiklanan makanan dan minuman secara bertanggungjawab. Iklan dan tapak destinasi HFSS F&B dibenarkan jika iklan serta tapak tersebut mematuhi dasar di bawah dan tidak menyasarkan pengguna bawah umur. Maklumat yang dinyatakan dalam dasar ini tidak bertujuan untuk menjadi nasihat undang-undang dan kami mengharapkan semua pengiklan mematuhi undang-undang tempatan untuk mana-mana wilayah yang disasarkan iklan mereka, termasuk keperluan tempatan yang mungkin berbeza daripada dasar HFSS F&B ini.
Pengiklan dikehendaki mengisytiharkan sendiri bahawa mereka menggunakan akaun untuk menjalankan kempen HFSS F&B dan semua kreatif dalam akaun tersebut akan tertakluk kepada pengehadan dasar HFSS F&B. Untuk melakukan pengisytiharan sendiri, gunakan borang di sini.
Kami menganggap iklan mempromosikan jualan produk HFSS apabila satu atau beberapa item makanan, minuman atau hidangan HFSS dipromosikan pada kreatif iklan (teks, imejan, audio dan/atau video) atau tapak destinasi.
Berikut ialah beberapa contoh produk F&B (tidak menyeluruh) yang dianggap HFSS, melainkan kreatif iklan atau tapak destinasi mengandungi maklumat pemakanan yang menyatakan bahawa produk tersebut dalam lingkungan ambang yang dibenarkan untuk FSS dan saiz/kalori hidangan atau selepas rayuan yang berjaya oleh pengiklan tersebut. Untuk mendapatkan ambang pemakanan yang lengkap bagi produk HFSS F&B, sila lihat jadual di bawah.
Berikut ialah beberapa contoh HFSS F&B:
- Minuman bergula (soda, air, jus, kopi, teh atau minuman sukan dengan gula tambahan atau pemanis berkalori yang lain) minuman tenaga
- Donat, kek, biskut manis, pastri, croissant, kudapan kedai roti yang manis
- Buah-buahan tin dalam sirap, buah-buahan kering yang mengandungi gula tambahan
- Sapuan kacang coklat, campuran kacang kembara atau bar kacang mengandungi coklat atau kandi, kacang bersalut kandi atau madu
- Susu kocak
- Sosej/hot dog babi dan lembu, salami, prosciutto, bakon, daging goreng, ikan goreng
- Piza, hidangan hamburger dengan kentang goreng, makanan goreng (seperti jalapeno popper)
- Kandi, coklat, gula-gula, konfeksi gula, kudapan lekit, ais krim, gula-gula marshmallow
- Mentega, garam, pemanis berkalori (mis. sirap maple, agave, madu, gula), minyak kelapa
Contoh iklan di luar skop dasar ini:
- Iklan atau tapak destinasi yang hanya menyertakan teks, imejan, audio dan/atau video, dll untuk makanan, minuman dan hidangan yang bukan HFSS. Contoh bukan HFSS F&B termasuk (tidak menyeluruh): 100% jus; air botol biasa; air berkarbonat dan air berperisa tanpa tambahan gula atau pemanis; minuman yang HANYA mengandungi air dan 100% jus (mis. jus terlarut); kopi dan teh tidak manis; susu biasa rendah lemak atau tanpa lemak; bijirin tanpa ramuan tambahan; buah-buahan dan sayur-sayuran biasa segar atau beku; kacang dan lentil kering; buah-buahan tin dalam air atau 100% jus; kacang dan benih biasa; kacang dan buah-buahan kering tanpa garam atau gula tambahan; yogurt biasa rendah lemak atau tanpa lemak tanpa gula tambahan; ikan, ayam itik, telur atau daging biasa (tanpa garam, lemak, gula tambahan); tepung biasa; soda penaik; serbuk penaik; minyak zaitun; minyak kanola
- Iklan atau tapak destinasi syarikat makanan atau minuman yang tidak mengandungi teks, imejan, audio dan/atau video, dll untuk apa-apa makanan dan minuman HFSS, seperti:
- Logo jenama atau nama syarikat yang digambarkan dalam tajaan atau keadaan kebajikan, mis. “Ditaja atau dibawa untuk anda oleh [nama syarikat]”
- Tapak web pelokasi restoran
- Tapak web ulasan restoran
- Perkhidmatan penghantaran restoran
- Iklan atau tapak destinasi yang menampilkan satu atau beberapa produk HFSS F&B, untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan yang tidak berkaitan dengan F&B, seperti:
- Treler untuk rancangan membuat kek
- Iklan pelancongan
- Iklan untuk bekalan pembersihan dapur
- Iklan atau tapak destinasi yang menampilkan satu atau beberapa produk HFSS F&B, untuk mempromosikan mesej PSA tentang diet dan pemakanan sihat
Kesan dasar
Kemaskinian dasar ini akan digunakan pada semua iklan HFSS F&B yang disiarkan di UK dan EU di Rangkaian Paparan Google serta YouTube. Iklan dalam akaun yang diisytiharkan sendiri sebagai HFSS F&B dan telah menerima label HFSS hanya akan disiarkan kepada pengguna yang mempunyai usia diisytiharkan dalam lingkungan 18 tahun dan ke atas.
Perkara yang berlaku jika anda melanggar dasar kami
- Jika kami mendapati anda menyiarkan iklan untuk produk HFSS F&B (atau produk yang mempunyai status HFSS yang tidak boleh disahkan disebabkan ketiadaan maklumat pemakanan) di luar akaun HFSS F&B yang diisytiharkan sendiri, anda akan menerima pemberitahuan bahawa iklan tersebut telah dihadkan daripada disiarkan kepada pengguna bawah umur di UK dan EU seperti yang diterangkan di atas. Jika anda ingin membuat rayuan terhadap keputusan tersebut, anda mesti membuat perubahan atau menyerahkan maklumat pemakanan kepada kami untuk menyokong kedudukan anda.
- Iklan dan sambungan yang melanggar dasar ini mungkin tidak diluluskan. Iklan yang tidak diluluskan akan dihadkan sehingga pelanggaran dasar tersebut dibetulkan dan iklan diluluskan.
Cara membetulkan pelanggaran
- Jika anda telah menerima notis bahawa satu atau beberapa iklan anda telah melanggar dasar HFSS F&B, sila lawati halaman bantuan dan pastikan semua produk yang anda iklankan menerusi iklan serta laman destinasi anda mematuhi garis panduan nutrien.
- Jika anda ingin mengiklankan produk yang mengandungi HFSS, Google menghendaki anda mengisytiharkan sendiri bahawa produk tersebut termasuk dalam skop HFSS F&B.
- Jika anda hanya inginkan subset iklan anda dihadkan, anda perlu membuat akaun berasingan dan mengisytiharkan sendiri akaun tersebut untuk HFSS F&B.
- Jika anda percaya iklan anda telah dilabelkan secara salah sebagai HFSS F&B, sila serahkan rayuan bersama maklumat pemakanan untuk mengesahkan bahawa iklan tersebut di luar skop HFSS F&B.
Sila semak dasar ini untuk menentukan sama ada mana-mana iklan anda dirangkumi skop dasar ini dan jika ya, isytiharkan sendiri iklan tersebut di sini.
Perlukan bantuan?
- Jika anda mempunyai soalan tentang dasar kami, beritahu kami: Hubungi Sokongan Google Ads
Tahap nutrien yang digunakan adalah mengikut setiap 100 gram dan setiap hidangan untuk penggunaan di seluruh dunia selain menggambarkan saiz hidangan berlabel umum serta tahap kalori untuk makanan dan komponen makanan. Jika saiz hidangan makanan dan minuman anda yang diiklankan tidak menyamai saiz hidangan yang disenaraikan (LSS), sila nilaikan produk anda menggunakan kriteria setiap 100 gram.
Makanan dan Minuman |
SETIAP |
Lemak tepu (g) |
Natrium (mg) |
Jumlah gula (g) |
Gula tambahan (g) |
Kalori |
---|---|---|---|---|---|---|
Minuman |
||||||
Semua minuman kecuali susu |
LSS (anggaran 8 oz) |
T/B |
105 mg |
T/B |
0 |
T/B |
100 g |
T/B |
46 mg |
0 |
|||
Bijirin/roti |
||||||
Roti, produk roti, mi, nasi, bijirin, penkek |
LSS (anggaran 100g) |
2 |
360 |
10 |
T/B |
T/B |
100 g |
2 |
360 |
10 |
|||
Bijirin sarapan |
LSS (anggaran 30g) |
1.5 |
250 |
6.75 |
T/B |
T/B |
100 g |
5 |
625 |
22.5 |
|||
Buah-buahan, sayuran & kekacang |
||||||
Buah-buahan, sayuran & kekacang diproses |
LSS (anggaran 90g) |
2 |
350 |
T/B |
0 |
T/B |
100 g |
2.2 |
390 |
0 |
|||
Kacang & bijian |
||||||
Kacang & bijian |
LSS (anggaran 30g) |
3.5 |
130 |
4 |
T/B |
T/B |
100 g |
12 |
430 |
13 |
|||
Tenusu |
||||||
Susu & alternatif susu |
LSS (anggaran 8 oz/245 g) |
5 |
200 |
22 |
T/B |
T/B |
100 g |
3 |
82 |
9 |
|||
Keju & produk keju |
LSS (anggaran 30 g) |
3 |
228 |
T/B |
T/B |
T/B |
100 g |
10 |
760 |
||||
Yogurt & produk jenis yogurt |
LSS (anggaran 170 g) |
5 |
136 |
19 |
T/B |
T/B |
100 g |
3 |
80 |
11.5 |
|||
Daging, ikan, telur, ayam itik & pengganti daging |
||||||
Daging, ayam itik, ikan, telur yang diproses dan produk alternatif |
LSS (anggaran 50g) |
2 |
335 |
T/B |
T/B |
T/B |
100 g |
4 |
670 |
||||
Makanan & komponen makanan |
||||||
Hidangan & pembuka selera sedia masak |
<315 kalori (anggaran 140 gram) |
5 |
545 |
14 |
T/B |
315 |
100 g |
4 |
390 |
10 |
225 |
||
Makanan lengkap |
<510 kalori (anggaran 300 g) |
6.6 |
660 |
18 |
T/B |
510 |
100 g |
2.2 |
220 |
6 |
200 |
||
Snek & kudapan |
||||||
Snek & kudapan |
<150 kalori (anggaran 30g) |
1.5 |
120 |
6.75 |
T/B |
150 |
100 g |
5 |
400 |
22.5 |
500 |
||
Sos, perasa dan ramuan masakan |
||||||
Sos, perasa dan ramuan masakan |
LSS (anggaran 30g) |
2 |
135 |
1.5 |
T/B |
T/B |
100 g |
6.6 |
450 |
4.9 |
|||