Pemautan Produk: Pautkan saluran YouTube atau video dan akaun Google Ads

Tindakan memautkan saluran YouTube kepada akaun Google Ads membolehkan akaun Google Ads yang terpaut untuk menyiarkan iklan berdasarkan interaksi dengan video saluran anda. Akaun Google Ads yang dipautkan boleh diberikan kebenaran untuk mengakses metrik paparan organik iklan video, memaparkan iklan kepada pengguna yang melawat dan berinteraksi dengan saluran anda dan mendapatkan cerapan tentang cara pengguna berinteraksi dengan saluran anda selepas menonton iklan anda.

Pemautan video YouTube yang dihoskan oleh saluran YouTube orang lain kepada akaun Google Ads membolehkan Google Ads yang dipautkan melihat cerapan prestasi video, seperti kiraan paparan organik. Gunakan ciri ini apabila anda bekerjasama dengan pencipta YouTube dan memautkan video daripada saluran mereka.

Nota: Ciri untuk memautkan akaun Google Ads kepada video YouTube sedang dilancarkan dan mungkin tidak tersedia kepada semua akaun Google Ads.

Artikel ini menunjukkan cara memautkan dan menyahpautkan akaun Google Ads anda kepada saluran YouTube atau video YouTube.

Nota: Baru-baru ini YouTube mengeluarkan ciri yang membolehkan saluran YouTube mengawal sama ada akaun Google Ads boleh menggunakan video yang dihoskan pada saluran tersebut sebagai iklan atau tidak. Akaun Google Ads yang dipautkan boleh menyiarkan iklan menggunakan video daripada saluran jika saluran tersebut mendayakan kawalan ini.

Sebelum anda bermula

Untuk memautkan saluran YouTube atau video kepada akaun Google Ads anda, akaun Google Ads anda perlu mempunyai akses pentadbiran, jika tidak anda tidak akan dapat memautkan saluran YouTube atau video tersebut. Dalam Google Ads, anda boleh menyemak tahap akses anda atau menyemak pengguna yang mempunyai akses pentadbiran kepada akaun anda daripada halaman "Akses akaun". Ketahui lebih lanjut Tentang tahap akses dalam akaun Google Ads anda.

Selain itu, jika anda membuat pautan kepada saluran YouTube atau video YouTube yang diuruskan oleh orang lain, anda disyorkan untuk berinteraksi dengan pemilik saluran tersebut sebelum menghantar permintaan pautan untuk memastikan permintaan tersebut diterima.


Manfaat

Apabila anda memautkan akaun Google Ads anda kepada saluran YouTube atau video YouTube, anda boleh memanfaatkan ciri berikut.

Pautkan saluran YouTube kepada akaun Google Ads

Apabila anda memautkan saluran YouTube kepada akaun Google Ads, pemilik saluran YouTube boleh memilih untuk menyediakan ciri berikut dalam akaun Google Ads terpaut anda:

  • Kiraan paparan: Lihat metrik organik (tidak dibayar) untuk video anda.

  • Segmen data: Buat segmen data (sebelum ini dikenali sebagai "senarai pemasaran semula") berdasarkan interaksi lama penonton pada saluran terpaut.
  • Penglibatan: Daripada saluran terpaut, lihat metrik tindakan terperoleh daripada iklan video dan gunakan penglibatan (sebagai contoh, langganan) pada saluran sebagai tindakan penukaran pada Google Ads.

Anda boleh memautkan hingga 10,000 saluran YouTube kepada satu akaun Google Ads dan memautkan hingga 300 akaun Google Ads kepada satu saluran YouTube.

Harap maklum bahawa:

  • Pemautan akaun tidak memberi pemilik saluran YouTube kawalan ke atas akaun Google Ads. Selain itu, pemautan akaun tidak membolehkan pengiklan menambah, memadamkan atau mengubah suai video daripada saluran YouTube terpaut. Kini anda boleh mengehadkan kandungan pada saluran YouTube anda untuk hanya digunakan dalam akaun Google Ads yang dipautkan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ciri ini, semak bahagian di bawah.
  • Jika akaun Google Ads anda di bawah naungan akaun pengurus, pemautan saluran YouTube anda boleh membenarkan akaun pengurus Google Ads mengakses metrik saluran YouTube anda. Jika anda telah mendayakan perkongsian segmen data dalam akaun Google Ads anda, akaun pengurus boleh berkongsi segmen data dengan akaun terurus lain.
  • Jika iklan diperibadikan dimatikan dalam saluran YouTube, laporan dan segmen data tindakan terperoleh tidak akan tersedia untuk video yang dihoskan pada saluran YouTube.

Pautkan video YouTube kepada akaun Google Ads

Pautkan video yang dibuat oleh pencipta YouTube untuk meneroka cara pengguna berinteraksi dengan kandungan yang telah anda iklankan atau kandungan yang menyebut jenama anda secara organik. Apabila anda memuatkan video YouTube kepada akaun Google Ads, pemilik saluran YouTube tersebut akan menyediakan ciri berikut dalam akaun Google Ads terpaut anda:

  • Kiraan tontonan: Lihat metrik organik (tidak berbayar) untuk video tersebut

Harap maklum bahawa:

  • Pemautan akaun tidak memberi pemilik saluran YouTube kawalan ke atas akaun Google Ads. Selain itu, pemautan akaun tidak membenarkan pengiklan memadamkan atau mengubah suai video yang dipautkan pada saluran YouTube tersebut. Kini anda boleh mengehadkan kandungan pada saluran YouTube anda untuk hanya digunakan dalam akaun Google Ads yang dipautkan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ciri ini, semak bahagian di bawah.

  • Pemautan video YouTube tidak bermaksud bahawa video tersebut eksklusif kepada akaun Google Ads yang dipautkan. Video YouTube boleh dipautkan kepada berbilang akaun Google Ads, termasuk akaun yang dimiliki oleh pengiklan lain.

Hanya benarkan akaun Google Ads yang dipautkan untuk menggunakan video sebagai iklan

Tetapan ini tersedia untuk saluran dalam YouTube Partner Program. Dengan ciri ini, anda dapat menghalang akaun Google Ads yang telah dinyahpautkan daripada menggunakan video saluran sebagai iklan.

Anda boleh mengakses ciri ini dalam Studio di bawah Tetapan > Saluran > Tetapan lanjutan.

Untuk menyiarkan iklan menggunakan kandungan saluran anda, pastikan saluran atau video tertentu anda dipautkan pada akaun Google Ads.

  • Amaran: Apabila kawalan iklan video didayakan, iklan yang disiarkan daripada akaun Google Ads yang dinyahpautkan akan berhenti disiarkan.

Arahan

Pautkan atau nyahpautkan akaun Google Ads dalam YouTube (Pendekatan disyorkan)

Pautkan akaun Google Ads kepada saluran YouTube

  1. Log masuk ke YouTube Studio anda.
  2. Klik Tetapan, kemudian klik Saluran.
  3. Klik tab tetapan Lanjutan.
  4. Klik Pautkan Akaun.
  5. Masukkan nama untuk pautan, ID pelanggan Google Ads dan pilih kebenaran yang akan anda berikan.
  6. Klik Selesai.
  7. Klik Simpan.
  8. Selepas pemilik akaun Google Ads meluluskan permintaan anda, saluran YouTube anda dipautkan kepada akaun Google Ads tersebut.

Nyahpautkan akaun Google Ads daripada saluran YouTube

  1. Log masuk ke YouTube Studio anda.
  2. Klik Tetapan, kemudian klik Saluran.
  3. Klik tab tetapan Lanjutan.
  4. Klik Nyahpaut bersebelahan dengan akaun yang anda mahu nyahpautkan.
  5. Klik Nyahpautkan dalam tetingkap.
  6. Klik Simpan.
Nota: Pemautan video YouTube kepada akaun Google Ads belum boleh dimulakan daripada YouTube Studio lagi.

Nota: Arahan di bawah merupakan sebahagian daripada reka bentuk baharu untuk pengalaman pengguna Google Ads. Untuk menggunakan reka bentuk sebelumnya, klik ikon "Penampilan" dan pilih Gunakan reka bentuk sebelumnya. Jika anda masih menggunakan versi Google Ads yang sebelumnya, semak Peta rujukan pantas atau gunakan bar Carian pada bahagian atas panel navigasi Google Ads untuk menemukan halaman yang anda cari.

Pautkan atau nyahpautkan saluran YouTube dalam Google Ads

Untuk memautkan saluran YouTube kepada akaun Google Ads anda, akaun Google Ads anda perlu memiliki akses pentadbiran. Jika akaun Google Ads anda tidak mempunyai akses pentadbiran, anda tidak akan dapat memautkan saluran YouTube. Dalam Google Ads, anda boleh menyemak tahap akses anda atau melihat pengguna yang mempunyai akses pentadbiran kepada akaun anda daripada halaman "Akses akaun". Ketahui lebih lanjut Tentang tahap akses dalam akaun Google Ads anda.

Pautkan saluran YouTube kepada akaun Google Ads

  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Alatan Tools Icon.
  2. Klik Pengurus data.
  3. Klik Sambungkan Produk.
  4. Cari "YouTube".
  5. Untuk menambahkan saluran
    • Saluran Pertama: Klik Tambahkan saluran.
    • Saluran Tambahan: Klik butang tambah
    • Pilih “Pautkan saluran”
  6. Dalam dialog "Pautkan saluran YouTube", cari saluran atau masukkan URL saluran tersebut dan klik Seterusnya.
    Jika saluran YouTube itu milik anda dan menggunakan bukti kelayakan e-mel yang sama seperti akaun Google Ads, log masuk ke saluran YouTube dalam tab yang berasingan untuk dikenal pasti sebagai pemilik.
  7. Lakukan salah satu daripada perkara yang berikut:
    1. Jika anda dikenal pasti sebagai pemilik saluran berdasarkan e-mel yang digunakan, anda akan diminta untuk menambahkan nama pautan dan menentukan data saluran YouTube yang boleh dikongsi dengan akaun Google Ads tersebut.
      An image showing product linking between a YouTube channel and a Google Ads account.
      1. Klik Seterusnya untuk meneruskan kepada skrin ringkasan.
      2. Klik Pautkan untuk memautkan saluran YouTube dengan akaun Google Ads. Pautan akan diwujudkan secara automatik.
      3. Anda akan melihat skrin pengesahan. Klik Selesai untuk menutup dialog tersebut dan kembali kepada halaman ikhtisar.
    2. Jika saluran YouTube bukan milik anda, anda akan diminta untuk memberikan alamat e-mel pemilik saluran tersebut:
      1. Masukkan alamat e-mel pemilik saluran.
      2. Klik Seterusnya untuk menyemak ringkasan permintaan pautan.
      3. Klik Pautkan untuk menghantar permintaan pautan. Selepas pemilik saluran YouTube meluluskan permintaan anda, saluran tersebut akan dipautkan kepada akaun Google Ads anda.

Nyahpautkan saluran YouTube daripada akaun Google Ads

  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Alatan Tools Icon.
  2. Klik Pengurus data.
  3. Cari "YouTube", kemudian klik Urus dan pautkan.
  4. Dalam bahagian “Dipautkan”, cari saluran dan klik Nyahpautkan dalam lajur “Tindakan”.

Batalkan permintaan pautan yang anda hantar

  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Alatan Tools Icon.
  2. Klik Pengurus data.
  3. Cari "YouTube", kemudian klik Urus dan pautkan.
  4. Dalam bahagian “Dihantar”, cari saluran dalam lajur "Tindakan", kemudian klik Batalkan permintaan.

Terima permintaan pautan yang anda terima

  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Alatan Tools Icon.
  2. Klik Pengurus data.
  3. Cari "YouTube", kemudian klik Urus dan pautkan.
  4. Dalam bahagian “Diterima”, cari saluran dalam lajur "Tindakan", kemudian klik Lihat permintaan.
  5. Untuk meluluskan pautan, klik Luluskan.
    1. Untuk menolak pautan ini, klik Tolak.

Pautkan atau nyahpautkan video YouTube dalam Google Ads

Untuk memautkan video YouTube kepada akaun Google Ads anda disyorkan untuk menghubungi pemilik saluran YouTube tersebut sebelum menghantar permintaan pautan. Ciri ini perlu digunakan jika saluran YouTube yang mengehoskan video tersebut milik orang lain. Baca lagi tentang perbezaan antara pemautan kepada saluran YouTube dengan kepada video YouTube di bawah Bahagian manfaat.

Pautkan video YouTube kepada akaun Google Ads

  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Alatan Tools Icon.
  2. Klik Pengurus data.
  3. Cari "YouTube".
  4. Untuk menambahkan video
    1. Klik butang tambah .
    2. Pilih “Pautkan video”.
  5. Dalam dialog "Pautkan video YouTube", cari video atau masukkan URL video.
  6. Berikan e-mel pemilik saluran. Permintaan pautan akan dihantar ke alamat e-mel yang ditentukan dalam medan ini.
  7. Klik Serah untuk menghantar permintaan pautan. Apabila telah diserahkan, skrin ringkasan akan dipaparkan. Klik Selesai untuk kembali kepada halaman “Akaun terpaut”.
  8. Sehingga diterima, permintaan pautan akan dipaparkan di bawah “Dihantar”.
Nota: Pemilik saluran YouTube akan menerima pemberitahuan e-mel dengan permintaan pemautan dengan permintaan untuk memautkan video kepada akaun Google Ads. E-mel tersebut dihantar daripada ‘Google Ads’ sebagai penghantar. Untuk menerima permintaan pautan, pemilik saluran YouTube akan:
  1. Klik ‘Semak permintaan’ dalam pemberitahuan e-mel
  2. Anda akan diubah hala kepada YouTube Studio
  3. Klik ‘Pautkan’ untuk menerima permintaan untuk memautkan tersebut

Nyahpautkan video YouTube daripada akaun Google Ads

  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Alatan Tools Icon.
  2. Klik Pengurus data.
  3. Cari YouTube, kemudian klik Urus dan pautkan.
  4. Cari video dan klik Nyahpaut dalam lajur “Tindakan”.

Batalkan permintaan pautan yang anda hantar

  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Alatan Tools Icon.
  2. Klik Pengurus data.
  3. Cari YouTube, kemudian klik Urus dan pautkan.
  4. Dalam bahagian "Dihantar", cari video, kemudian klik Permintaan penarikan diri.

Nota: Pemautan video YouTube kepada akaun Google Ads belum boleh dimulakan daripada YouTube Studio lagi.


Pautan berkaitan

Pautan berkaitan YouTube dan Iklan Video

Perihal Pemautan Produk

Produk Google

Google Partners

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
2669114407820522313
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false