Cari hotel melalui laman Google

Carian hotel pada Google membantu anda menemukan, membandingkan dan menempah penginapan untuk perjalanan anda. Anda boleh:

  • Mencari hotel yang sepadan dengan keperluan dan pilihan anda. Anda boleh menapis hotel mengikut parameter seperti harga, lokasi, rating pengguna dan kelas hotel.
  • Mempelajari tentang hotel dan kawasan sekitar melalui foto, ulasan pengguna, butiran kemudahan dan maklumat lokasi.
  • Membandingkan harga untuk penginapan anda atau menempah bilik dengan salah satu rakan kongsi tempahan kami.

Mulakan carian hotel anda pada Google

Terdapat 2 cara untuk anda memulakan carian hotel pada Google: 

  • Akses google.com/travel/hotels dan masukkan istilah carian serta tarikh perjalanan anda. Jika anda sekadar menerokai pilihan yang tersedia, anda juga boleh memilih hotel di destinasi popular.
  • Mulakan pada google.com. Cari “hotel di” bandar atau wilayah yang mahu anda lawati dan tambahkan keperluan, seperti “mesra haiwan peliharaan” atau “berdekatan pusat bandar”. Dalam hasil carian, anda mungkin menemukan unit carian hotel, biasanya senarai yang mengandungi 4 hotel dengan peta. Klik unit jika anda mahu meneruskan carian anda pada Google.

Cara Google menentukan kedudukan hotel

Penting: Hotel tidak membayar Google untuk dipaparkan dalam hasil carian hotel dan tidak boleh membayar untuk mempengaruhi kedudukan mereka. 

Selepas anda memasukkan istilah carian, anda akan menemukan senarai hasil carian hotel dan peta yang menunjukkan hasil carian yang sama. Pada peranti mudah alih, anda mungkin menemukan salah satu daripada maklumat tersebut. Hasil carian ini diisih mengikut kaitan secara lalai. Puluhan faktor dipertimbangkan dalam penetapan kedudukan mengikut kaitan, termasuk istilah carian anda dan pelbagai aspek hotel seperti:

  • Lokasi
  • Harga
  • Rating dan ulasan pengguna

Hasil carian anda mungkin diperibadikan berdasarkan aktiviti penyemakan imbas dan carian terbaharu anda pada Google. Jika anda log masuk ke Google Account anda, pemeribadian yang dibuat mungkin juga berdasarkan tempahan anda yang terdahulu. Hasil carian anda mungkin termasuk mesej untuk menunjukkan pemeribadian, contohnya “Anda mencari hotel ini baru-baru ini”. Untuk mengawal perkara yang anda temukan, ketahui cara anda boleh melaraskan:

Anda mungkin menemukan satu atau beberapa iklan berbayar pada bahagian atas hasil carian yang ditunjukkan oleh lencana “Iklan” dan nama pengiklan. Iklan ini dipilih dan disenaraikan mengikut lelongan yang mempertimbangkan bidaan dan kualiti iklan oleh Google. Iklan ini hanya dipaparkan apabila iklan dibuat berkaitan dengan pertanyaan carian anda dan tidak memberikan kesan kepada hasil carian. Ketahui lebih lanjut tentang iklan hotel.

Perincikan carian hotel anda

Setiap hasil carian hotel memberi anda gambaran tentang hotel tersebut. Anda boleh mendapatkan maklumat seperti purata rating pengguna, kemudahan utama dan harga terendah daripada rakan kongsi kami yang boleh ditempah untuk tarikh anda. Kami akan memberitahu anda jika harga adalah berbaloi berbanding dengan hotel serupa di kawasan itu dengan menunjukkan lencana "Tawaran" atau "Tawaran Hebat". Ketahui lebih lanjut tentang cara kami mengenal pasti tawaran

Anda juga boleh mengenal pasti hotel dengan amalan kelestarian yang memenuhi piawaian organisasi bertauliah dengan lencana hijau "diperakui eko". Ketahui lebih lanjut tentang Kelestarian di hotel.

Untuk membantu anda menemukan pilihan yang anda cari dengan tepat, anda boleh melaraskan hasil carian dengan penapis dan pilihan pengisihan pada bahagian atas halaman. Anda boleh: 

  • Melaraskan tarikh anda atau bilangan orang dalam kumpulan anda.
  • Mengisih hasil carian anda mengikut harga terendah atau rating pengguna tertinggi.
  • Menapis hasil carian anda mengikut parameter seperti harga, rating pengguna, kelas hotel dan kemudahan.
  • Menggunakan peta untuk mencari lokasi hotel atau melaraskan hasil carian anda berdasarkan lokasi tertentu.

Petua: Jika ada, anda juga boleh mencari sewaan percutian.

Ketahui lebih lanjut tentang hotel tertentu

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang hotel tertentu, klik mana-mana penyenaraian untuk mengakses “helaian maklumat” atau halaman butiran hotel. Jika ada, anda juga boleh mengklik Lihat harga untuk mendapatkan senarai harga bagi tarikh anda daripada rakan kongsi Google.

Pada tab “Ikhtisar” dalam helaian maklumat, anda boleh menemukan maklumat hubungan hotel, pautan ke laman web hotel dan arah memandu. Anda juga boleh menemukan gambar tentang lokasi hotel, ulasan pengguna, foto dan kemudahan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, akses tab yang berkaitan pada bahagian atas halaman atau klik pautan yang disediakan. Anda juga boleh menemukan pautan untuk menempah bilik hotel melalui rakan kongsi hotel, agensi pelancongan dalam talian dan rakan kongsi carian meta Google.

Harga hotel

Harga hotel disediakan oleh rakan kongsi Google seperti pemilik hotel, agensi pelancongan dalam talian, enjin carian meta dan penyedia perjalanan lain. Ketahui lebih lanjut tentang cara rakan kongsi berkongsi harga dengan Google.

Rakan kongsi kami bersetuju untuk menerima Dasar Ketepatan Harga kami. Dasar ini memerlukan harga yang dihantar oleh rakan kongsi kepada Google disertakan dengan cukai dan yuran serta mestilah sepadan dengan jumlah harga yang anda bayar pada halaman tempahan mereka. Untuk membantu kami memastikan harga yang dipaparkan oleh rakan kongsi pada Google ialah harga yang anda bayar, kami sentiasa menyemak harga untuk mengetahui ketepatan harga. Walau bagaimanapun, harga hotel boleh berubah dengan cepat, jika anda memilih untuk menempah dengan salah satu rakan kongsi kami, semak kos akhir bilik anda dengan teliti.

Kadangkala rakan kongsi kami menawarkan harga yang berbeza-beza berdasarkan faktor yang berikut:

  • Jenis peranti anda, contohnya, mudah alih atau komputer
  • Sama ada anda log masuk ke Google Account anda atau tidak
  • Sama ada anda sebahagian daripada senarai khalayak

Tanda (*) dipaparkan di sebelah harga “tersuai”.

Kadangkala, anda mungkin melihat harga purata dipaparkan. Google mengira harga purata setiap malam bagi setiap hartanah dengan mencari kadar median dalam 90 hari ketersediaan yang seterusnya.

Tukar mata wang yang dipaparkan bagi harga hotel

Untuk menemukan pemilih mata wang, tatal ke bahagian bawah senarai hasil carian. Mata wang terpilih mungkin tidak tersedia pada semua laman rakan kongsi.

Pautan tempahan hotel

Di bawah tarikh perjalanan anda, anda mungkin menemukan pautan tempahan daripada rakan kongsi hotel kami yang berkaitan dengan carian anda. Pautan diberikan berdasarkan istilah carian semasa anda dan mungkin berdasarkan perkara seperti sama ada anda log masuk ke Google Account atau tidak.

Rakan kongsi hotel boleh membuat pautan tempahan tanpa caj atau dengan bayaran. Pautan berbayar sentiasa memaparkan lencana "Iklan". Google menggunakan pelbagai faktor untuk menentukan kedudukan pautan tempahan percuma, termasuk pilihan pengguna, pengalaman halaman pendaratan dan ketepatan sejarah harga yang diberikan kepada Google. Ketahui lebih lanjut tentang pautan tempahan percuma hotel.

Pautan tempahan berbayar atau iklan hotel sentiasa dilabelkan secara jelas dengan lencana “Iklan” dan disenaraikan sebagai “Pilihan yang ditampilkan”. Google menentukan kedudukan iklan ini mengikut lelongan iklan berdasarkan gabungan bidaan dan kualiti iklan. Perkara ini mempertimbangkan faktor seperti kaitan, ketepatan harga dan pengalaman laman rujukan/penambat. Google mungkin diberi pampasan jika anda mengklik iklan hotel atau dalam sesetengah keadaan, jika anda melengkapkan tempahan. Ketahui lebih lanjut tentang iklan hotel.

Jika anda mengklik pautan tempahan, anda akan mengakses laman web rakan kongsi untuk melengkapkan tempahan anda. Pertanyaan berkenaan dengan khidmat pelanggan yang termasuk permintaan untuk perubahan, pembatalan atau bayaran balik hendaklah ditujukan kepada rakan kongsi tempahan.

Tawaran hotel

Untuk membantu pencarian hotel anda, kami menyerlahkan harga yang bernilai baik dengan lencana “Tawaran” atau “Tawaran Hebat” bersebelahan nama hotel. Terdapat 2 jenis tawaran:

  • Harga hotel ditetapkan kepada harga yang lebih rendah berbanding harga biasa atau lebih rendah daripada harga hotel serupa yang berdekatan. 
    • Untuk menentukan sama ada harga hotel tersebut bernilai baik atau tidak, Google menentukan “nisbah harga” untuk hotel yang serupa di kawasan itu. Kami membandingkan purata harga sepanjang tahun yang lalu untuk hotel tersebut dengan purata harga semasa. Perbandingan ini membantu untuk mengambil kira kemusiman, acara utama atau hari cuti. 
    • Kami kemudian melakukan pengiraan yang sama untuk hotel tertentu dan membandingkan nisbah harga hotel tertentu dengan hotel serupa yang berdekatan. Jika nisbah hotel tertentu sekurang-kurangnya 15% lebih rendah daripada hotel setara, kami melabelkan harga ini sebagai “Tawaran”. Jika harga adalah sekurang-kurangnya 25% lebih rendah, kami melabelkan harga tersebut sebagai “Tawaran Hebat”. 
  • Hotel rakan kongsi yang menawarkan diskaun jelas berbanding harga pasaran semasa untuk hotel tersebut. Jumlah penjimatan ditunjukkan sebagai peratusan.
Kelas hotel

Untuk membantu anda membandingkan pilihan penginapan, Google memaparkan rating kelas rasmi yang diberikan kepada hotel oleh pihak berkuasa tempatan jika tersedia atau memberikan rating kelas kepada hotel. Setiap hotel menerima rating antara satu hingga lima bintang. 

Apabila kami tiada rating rasmi, Google akan mengumpulkan data daripada pelbagai sumber. Sumber ini merangkumi rakan kongsi pihak ketiga, penyelidikan langsung, maklum balas pengusaha hotel dan inferens pembelajaran mesin yang meneliti dan menilai atribut hotel, seperti harga, lokasi, saiz bilik dan kemudahan. Hotel 2 bintang mungkin menawarkan bilik yang sederhana dan harga ekonomi, manakala hotel 4 bintang mungkin menampilkan hiasan mewah, perkhidmatan tetamu yang berdedikasi dan kemudahan mewah. 

Jika hotel tidak menunjukkan rating kelas, hotel itu mungkin tiada rating rasmi daripada pihak berkuasa yang berkaitan atau Google mungkin belum menilai rating lagi. Untuk memberikan maklum balas tentang kelas hotel, hubungi kami.

Ulasan pengguna

Google mengumpulkan ulasan hotel daripada pengguna yang log masuk ke Google Search dan Maps. Kami menggunakan sistem automatik untuk mengalih keluar spam dan bahasa tidak sesuai. Kami boleh mengalih keluar sebarang ulasan yang kami dapati palsu atau tidak mengikut dasar ulasan Google. Selepas ulasan diterbitkan, hanya pengarang yang boleh mengubah atau mengemaskinikan ulasan itu. Ulasan boleh dipaparkan selagi Google memaparkan penginapan yang diulas.

Kami juga melesenkan ulasan daripada penyedia ulasan pihak ketiga yang dipercayai. Google tidak melakukan apa-apa penapisan tambahan untuk spam atau bahasa tidak sesuai selain yang dilakukan oleh pembekal dan kami juga tidak mengesahkan ulasan tersebut.

Kebanyakan hotel memaparkan ringkasan ulasan yang menunjukkan kepada anda purata rating daripada 5 bintang yang telah diberikan oleh pengguna Google kepada hotel tersebut. Ringkasan ini tidak termasuk ulasan pihak ketiga, walaupun ulasan pihak ketiga tersedia untuk hotel. Kami juga mungkin memaparkan ringkasan untuk topik tertentu seperti bilik, perkhidmatan, lokasi dan rating mengikut jenis pengembara. TrustYou, sebuah syarikat pihak ketiga, menyediakan ringkasan tersebut.

Kemudahan hotel

Untuk membantu dengan carian hotel anda, Google menunjukkan perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan di setiap hotel seperti Wi-Fi atau kolam renang. Maklumat ini dapat membantu anda membandingkan pilihan penginapan dan memperincikan carian anda.

Google mengumpulkan maklumat kemudahan hotel daripada pelbagai sumber. Sumber ini termasuk pengusaha hotel dan laman web mereka, rakan kongsi pihak ketiga, penyelidikan langsung dan maklum balas daripada pengguna.

Jika anda mendapati kemudahan yang tidak tepat, ⁠hubungi kami.

Ciri kelestarian

Google mungkin memaparkan maklumat tentang amalan kelestarian hotel dan pensijilan eko, jika berkenaan. Ketahui lebih lanjut tentang Kelestarian di hotel.

Bilik hotel

Untuk membantu dengan carian hotel anda, Google mungkin menunjukkan maklumat tentang bilik di setiap hotel seperti penghunian maksimum atau jenis katil. Maklumat ini dapat membantu anda membandingkan pilihan penginapan dan memperincikan carian anda.

Google mengumpulkan maklumat bilik hotel daripada pelbagai sumber. Sumber ini termasuk pengusaha hotel dan laman web mereka, rakan kongsi pihak ketiga, penyelidikan langsung dan maklum balas daripada pengguna.

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
1788815418164329559
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
254
false
false