Pemautan Produk: Pautkan Ads Creative Studio dan Google Ads

Artikel ini memberi anda ikhtisar Ads Creative Studio dan cara memautkan ciri ini kepada akaun Google Ads anda.

Apakah Ads Creative Studio?

Ads Creative Studio ialah platform pengurusan kreatif yang direka bentuk untuk pasukan kreatif. Anda boleh menggunakan platform ini untuk membina iklan, mengurus aset kreatif dan projek video serta berkongsi perkara tersebut dengan pasukan media.

Jika anda bekerja dengan pasukan kreatif yang menggunakan Ads Creative Studio, anda boleh menyediakan pautan akaun supaya mereka boleh mengeksport aset dan video kreatif dengan mudah kepada akaun Google Ads anda.

Kebenaran

Untuk memautkan Google Ads dan Ads Creative Studio, anda memerlukan Google Account dengan akses pentadbiran kepada Google Ads.

Cara ciri ini berfungsi

Selepas anda menyediakan pautan akaun, pengguna akaun Ads Creative Studio boleh mengeksport aset dan video kepada akaun Google Ads anda. Anda boleh menggunakan aset dan video dalam kempen anda selepas itu.

Anda boleh membuat perubahan pada aset (contohnya, memangkas imej) dan video (contohnya, menambahkan suara latar) selepas aset dan video tersebut berada dalam Google Ads. Sebarang perubahan yang anda buat dalam Google Ads tidak akan mempengaruhi aset atau video asal dalam Ads Creative Studio.

Perlu diingat: Tindakan memautkan akaun tidak akan memberi pengguna akaun Ads Creative Studio akses untuk melihat atau mengedit akaun Google Ads anda. Selain itu, anda dan pengguna lain akaun Google Ads anda tidak akan dapat menambahkan, mengedit atau memadamkan aset atau video dalam Ads Creative Studio.

Pautkan akaun Ads Creative Studio

Anda perlu mempunyai akses pentadbiran kepada akaun Ads Creative Studio untuk meminta pautan akaun. Untuk bermula, kongsi ID pelanggan akaun Google Ads anda supaya mereka boleh memulakan permintaan. Selepas mereka menghantar permintaan pautan, ikut langkah di bawah untuk menerima permintaan pautan itu.

Nota: Arahan di bawah merupakan sebahagian daripada reka bentuk baharu untuk pengalaman pengguna Google Ads. Untuk menggunakan reka bentuk sebelumnya, klik ikon "Penampilan" dan pilih Gunakan reka bentuk sebelumnya. Jika anda masih menggunakan versi Google Ads yang sebelumnya, semak Peta rujukan pantas atau gunakan bar Carian pada bahagian atas panel navigasi Google Ads untuk menemukan halaman yang anda cari.

Luluskan permintaan pautan Ads Creative Studio

  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon PentadbirAdmin Icon.
  2. Klik Akaun terpaut.
  3. Dalam bahagian “Akaun dan produk terpaut anda”, cari Ads Creative Studio, kemudian klik Urus & pautkan.
  4. Di halaman yang dimuatkan, terdapat senarai akaun Ads Creative Studio yang telah dipautkan. Senarai ini kosong jika tiada yang dipautkan lagi. Klik Diterima untuk melihat permintaan yang belum diluluskan lagi.
  5. Cari nama akaun Ads Creative Studio yang mahu anda luluskan. Di bawah "Tindakan", klik Semak. Tetingkap akan dibuka dengan butiran akaun dan permintaan pautan.
  6. Untuk melengkapkan pautan, klik Luluskan.

Tolak permintaan pautan Ads Creative Studio

  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon PentadbirAdmin Icon.
  2. Klik Akaun terpaut.
  3. Dalam bahagian “Akaun dan produk terpaut anda”, cari Ads Creative Studio, kemudian klik Urus & pautkan.
  4. Di halaman yang dimuatkan, terdapat senarai akaun Ads Creative Studio yang telah dipautkan. Senarai ini kosong jika tiada yang dipautkan lagi. Klik Diterima untuk melihat permintaan yang belum diluluskan lagi.
  5. Cari nama akaun Ads Creative Studio yang mahu anda tolak. Di bawah "Tindakan", klik Semak. Tetingkap akan dibuka dengan butiran akaun dan permintaan pautan.
  6. Untuk menolak permintaan pautan, klik Tolak. Permintaan dialih keluar.

Jika anda kemudian memutuskan untuk memautkan akaun, pentadbir Ads Creative Studio boleh menghantar permintaan baharu.

Pautan berkaitan

Perihal Pemautan Produk

Produk Google

Google Partners

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
2339808377751137939
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false