Perihal penukaran dengan data troli

Penukaran dengan data troli merupakan sambungan bagi penjejakan penukaran pada laman web anda. Anda boleh memberikan butiran produk yang terjual untuk setiap transaksi menggunakan penukaran dengan data troli. Anda boleh memahami prestasi iklan anda dengan lebih baik dan mendorong pengoptimuman selanjutnya dengan memberikan maklumat tambahan ini. Anda boleh membuka kunci jualan lanjutan, pelaporan keuntungan dan cerapan untuk akaun dan kempen Google Ads anda, seperti bilangan pesanan, purata saiz troli, hasil dan keuntungan kasar. Kini pelaporan lanjutan berdasarkan penukaran dengan data troli disokong untuk kempen Prestasi Maksimum, Iklan beli-belah dan Carian yang dipautkan dengan akaun Google Merchant Center.

Manfaat utama

Klik pada iklan mungkin menyebabkan penjualan produk secara berbeza daripada yang sebenarnya ditampilkan. Pelaksanaan penukaran dengan data troli membolehkan anda melihat item yang dibeli selepas iklan anda menerima klik dan item anda yang paling laris disebabkan pengiklanan. Pelaksanaan ini juga membolehkan anda menganalisis corak jual silang dan mengenal pasti produk yang dijual dengan banyak atau produk dengan nilai pesanan yang lebih tinggi. Pengiklan yang melaporkan penukaran dengan data troli mendapat:

  • Kiraan hasil dan keuntungan yang dijana dengan jelas melalui kempen Google Ads yang disokong
  • Pelaporan terperinci bagi item yang terjual, saiz troli dan purata nilai pesanan
  • Pelaporan terperinci tentang produk jual silang (Iklan beli-belah sahaja)

Keperluan

Jika anda sudah menggunakan penjejakan penukaran Google Ads (GACT) atau penjejakan penukaran SA360, anda boleh terus menambahkan data troli pada tag penukaran anda yang sedia ada. Jika anda belum menggunakan penjejakan penukaran, anda perlu menyediakan penjejakan penukaran dahulu. Sebagai alternatif, jika anda sudah menyediakan penukaran Google Analytics 4, anda boleh mengimport penukaran Google Analytics 4 kepada Google Ads untuk melihat metrik penukaran dengan data troli.

Pelaporan dan cerapan berdasarkan produk yang terjual merangkumi semua penukaran yang memenuhi keperluan di bawah:

  • Penukaran ialah penukaran pembelian boleh dibida.
  • Penukaran menggunakan tag Google atau Google Tag Manager.
  • Penukaran SA360 dan Google Analytics 4 yang diimport kepada akaun Google Ads.

Untuk membuka kunci pelaporan keuntungan, anda perlu memberikan nilai untuk atribut cost_of_goods_sold (COGS) dalam bahagian “Harga & ketersediaan” dalam spesifikasi data untuk suapan produk Merchant Center anda. Ketahui lebih lanjut tentang Kos barangan (COGS) [cost_of_goods_sold].

Nota: Hanya jualan item daripada ID Google Merchant Center yang dipautkan kepada akaun Google Ads akan diproses untuk menjana laporan dan cerapan ini.

Ketahui cara Menyediakan dan menguji pelaporan penukaran dengan data troli.

Buka kunci metrik pelaporan tambahan

Apabila anda menyerahkan data troli untuk penukaran pembelian anda, Google Ads menggunakan data tersebut untuk menjana metrik tambahan dan laporan tentang jualan dan produk anda yang terjual. Selain itu, Google Ads menggabungkan hasil daripada item yang terjual dengan data kos barangan yang dijual (COGS) masing-masing yang anda berikan dalam suapan Merchant Center anda dan menggunakannya untuk menjana metrik tambahan berdasarkan keuntungan kasar.

Laporan penukaran troli memberitahu anda tentang item yang dibeli pelanggan selepas berinteraksi dengan iklan anda. Contohnya, sekiranya anda mengiklankan kasut. Daripada laporan prestasi biasa anda, anda mengetahui bahawa penukaran pembelian telah diatributkan kepada pengiklanan kasut ini. Walau bagaimanapun, anda tidak mengetahui sama ada pelanggan membeli kasut sama yang anda iklankan atau jika mereka membeli produk lain. Laporan penukaran troli memberi anda maklumat ini supaya anda mengetahui pilihan item yang dibeli pelanggan.

Sebagai ringkasan, dengan melaporkan data troli anda, anda boleh membuka kunci laporan dan cerapan prestasi lanjutan untuk membantu anda agar lebih memahami prestasi jualan sebenar anda, seperti:

  • Cara dimensi pembidaan yang berlainan (contohnya, peranti atau lokasi geografi) mempengaruhi saiz troli dan purata nilai pesanan
  • Sama ada pengguna membeli item selain daripada produk yang ditampilkan dalam iklan yang mereka klik
  • Sama ada pengguna membeli item yang ditampilkan dalam iklan yang mereka klik atau tidak
  • Pilihan entiti pembidaan (kempen, kumpulan iklan, kumpulan produk atau penyenaraian) yang mendorong jualan produk
  • Entiti pembidaan yang memberikan keuntungan kasar yang tertinggi

Melalui data yang lebih banyak, anda dapat mengoptimumkan selanjutnya kempen anda dan membuat keputusan perniagaan yang lebih termaklum. Contohnya, berdasarkan cerapan pelaporan troli anda, anda boleh memilih untuk membida dengan lebih agresif pada produk yang mendorong pembelian lebih banyak.

Metrik utama tersedia dengan pelaporan data troli

Metrik pelaporan tersedia dalam jadual statistik anda pada peringkat Kempen, Kumpulan Iklan dan Produk. Metrik yang menggunakan data troli boleh ditemukan dalam kumpulan lajur “Penukaran“.

Metrik jualan yang diatributkan

Metrik jualan yang diatributkan mengukur kesan produk tertentu sebagai penjana prospek. Metrik ini menyatakan sama ada iklan yang menampilkan produk menghasilkan jualan untuk produk itu sendiri dan/atau mendorong jualan produk lain. Metrik ini dikira untuk semua pesanan yang diatributkan kepada klik pada iklan bagi produk tertentu. Anda boleh menemukan metrik ini dalam halaman Produk, halaman Kumpulan iklan, halaman Kempen dan Editor Laporan. Metrik ini merangkumi perkara yang berikut:

Metrik Perihalan
Pesanan

Pesanan ialah jumlah bilangan penukaran pembelian yang anda terima yang diatributkan kepada iklan anda.

Cara nilai ini dikira: Anda melaporkan penukaran dengan data troli untuk pembelian yang telah selesai pada laman web anda. Jika penukaran diatributkan kepada interaksi yang sebelumnya dengan iklan anda (klik untuk teks atau Iklan beli-belah, tontonan untuk iklan video dll.), penukaran tersebut dikira sebagai pesanan.

Contoh: Pengguna mengklik Iklan beli-belah yang mengiklankan topi, kemudian membeli topi yang sama serta sehelai baju dalam satu pesanan pada laman web anda. Walaupun mereka membeli 2 produk, pembelian ini akan dikira sebagai 1 pesanan.

Hasil

Hasil ialah jumlah keseluruhan yang anda peroleh daripada pesanan yang diatributkan kepada iklan anda.

Cara nilai ini dikira: Anda melaporkan penukaran dengan data troli untuk pembelian yang telah selesai pada laman web anda. Hasil ialah jumlah nilai semua pesanan yang anda terima yang diatributkan kepada iklan anda, tolak sebarang diskaun.

Contoh: Pengguna mengklik Iklan beli-belah  yang mengiklankan topi, kemudian membeli topi yang sama serta sehelai baju dalam satu pesanan pada laman web anda. Topi itu berharga $10 dan baju itu berharga $20. Seluruh pesanan mendapat diskaun $5. Hasil daripada pesanan ini ialah $25 = ($10 + $20) - $5.

Kos barangan yang dijual
(COGS)

Kos barangan yang dijual (COGS) ialah jumlah kos produk yang telah anda jual dalam pesanan yang diatributkan kepada iklan anda.

Cara kos itu dikira: Anda boleh menambahkan nilai kos barangan yang dijual pada setiap produk dalam Merchant Center. Jika anda melaporkan penukaran dengan data troli, produk yang anda jual dipadankan dengan nilai kos barangan yang dijual dan nilai ini boleh digunakan untuk mengira untung kasar yang diperoleh untuk setiap pesanan.

Contoh: Pengguna mengklik Iklan beli-belah yang mengiklankan topi, kemudian membeli topi yang sama serta sehelai baju. Kos barangan yang dijual bagi topi itu bernilai $3, kos barangan yang dijual bagi baju itu bernilai $5. Kos barangan yang dijual untuk pesanan ini ialah $8 = $3 + $5.

Untung kasar

Untung kasar ialah keuntungan yang anda peroleh daripada pesanan yang diatributkan kepada iklan anda, tolak kos barangan yang dijual (COGS).

Cara untung kasar dikira: Untung kasar ialah hasil yang anda peroleh daripada jualan yang diatributkan kepada iklan anda, tolak kos barangan yang dijual. Pengiraan untung kasar hanya melibatkan produk yang memiliki nilai kos barangan yang dijual pada Merchant Center.

Contoh: Pengguna mengklik Iklan beli-belah yang mengiklankan topi, kemudian membeli topi yang sama serta sehelai baju dalam satu pesanan daripada laman web anda. Topi itu berharga $10 dan baju itu berharga $20. Topi mengandungi nilai kos barangan yang dijual sebanyak $3 tetapi baju tidak mengandungi nilai kos barangan yang dijual. Untung kasar untuk pesanan ini hanya akan mengambil kira topi, iaitu $7 = $10 - $3.

Margin untung kasar

Margin untung kasar ialah peratusan untung kasar yang anda peroleh daripada pesanan yang diatributkan kepada iklan anda, selepas menolak kos barangan yang dijual (COGS).

Cara nilai ini dikira: Anda melaporkan penukaran dengan data troli untuk pembelian yang telah selesai pada laman web anda. Margin untung kasar ialah keuntungan kasar yang anda peroleh dibahagikan dengan jumlah hasil anda dan didarabkan dengan 100%. Pengiraan margin untung kasar hanya merangkumi produk yang mengandungi nilai kos barangan yang dijual dalam Merchant Center. 

Contoh: Pengguna membeli topi dan baju dalam satu pesanan pada laman web anda. Topi itu berharga $10 dan kos barangan yang dijual bernilai $3. Baju berharga $20 tetapi tiada nilai kos barangan yang dijual. Margin untung kasar untuk pesanan ini hanya akan mengambil kira topi tersebut kerana topi itu memiliki nilai kos barangan yang dijual, iaitu 70% = ($10 - $3)/$10 x 100%. 

Purata nilai pesanan

Purata nilai pesanan ialah purata hasil yang anda peroleh bagi setiap pesanan yang diatributkan kepada iklan anda.

Cara nilai ini dikira: Anda melaporkan penukaran dengan data troli untuk pembelian yang telah selesai pada laman web anda. Purata nilai pesanan ialah jumlah hasil daripada pesanan anda yang dibahagikan dengan jumlah bilangan pesanan.

Contoh: Anda menerima 3 pesanan yang memberikan hasil sebanyak $10, $15 dan $20. Purata nilai pesanan ialah $15 = ($10 + $15 + $20)/3.

Purata saiz troli

Purata saiz troli ialah purata bilangan produk dalam setiap pesanan yang diatributkan kepada iklan anda.

Cara nilai ini dikira: Anda melaporkan penukaran dengan data troli untuk pembelian yang telah selesai pada laman web anda. Purata saiz troli ialah jumlah bilangan produk yang dijual dibahagikan dengan jumlah bilangan pesanan yang anda terima.

Contoh: Anda menerima 2 pesanan, pesanan pertama mengandungi 3 produk dan pesanan kedua mengandungi 2 produk. Purata saiz troli ialah 2.5 produk = (3+2)/2. 

Selain itu, sesetengah metrik tersedia dalam kedua-dua varian sebagai prospek (jualan produk yang diiklankan) dan jual silang (jualan menerusi pengiklanan produk yang berbeza):

Metrik Perihalan
Hasil prospek

Hasil prospek ialah jumlah keseluruhan yang anda peroleh daripada produk yang terjual menerusi pengiklanan produk yang sama.


Cara nilai ini dikira: Anda melaporkan penukaran dengan data troli untuk pembelian yang telah selesai pada laman web anda. Jika iklan yang menerima interaksi sebelum pembelian tersebut mengandungi produk yang berkaitan (Iklan Beli-belah), maka produk ini dianggap sebagai produk yang diiklankan. Sebarang produk yang disertakan dalam pesanan yang dibuat oleh pelanggan ialah produk yang terjual. Jika produk yang diiklankan dan terjual sepadan, maka jumlah nilai yang anda peroleh daripada jualan produk ini ditunjukkan sebagai hasil prospek.


Contoh: Pengguna mengklik Iklan beli-belah yang mengiklankan topi, kemudian membeli topi yang sama serta sehelai baju. Topi itu berharga $10 dan baju itu berharga $20. Hasil prospek bagi pesanan ini ialah $10. 

Hasil jual silang

Hasil jual silang ialah jumlah keseluruhan yang anda peroleh daripada produk yang terjual menerusi pengiklanan produk yang berbeza.


Cara nilai ini dikira: Anda melaporkan penukaran dengan data troli untuk pembelian yang telah selesai pada laman web anda. Jika iklan yang menerima interaksi sebelum pembelian tersebut mengandungi produk yang berkaitan (Iklan Beli-belah), maka produk ini dianggap sebagai produk yang diiklankan. Sebarang produk yang disertakan dalam pesanan yang dibuat oleh pelanggan ialah produk yang terjual. Jika produk ini tidak sepadan, maka ini dianggap sebagai jual silang. Hasil jual silang ialah nilai keseluruhan yang anda peroleh daripada jual silang yang diatributkan kepada iklan anda.


Contoh: Pengguna mengklik Iklan beli-belah yang mengiklankan topi, kemudian membeli topi yang sama serta sehelai baju. Topi itu berharga $10 dan baju itu berharga $20. Hasil jual silang bagi pesanan ini ialah $20.

Keuntungan kasar prospek

Keuntungan kasar prospek ialah keuntungan yang anda peroleh daripada produk yang terjual menerusi pengiklanan produk yang sama, tolak kos barangan yang dijual (COGS).


Cara nilai ini dikira: Anda melaporkan penukaran dengan data troli untuk pembelian yang telah selesai pada laman web anda. Jika iklan yang menerima interaksi sebelum pembelian tersebut mengandungi produk yang berkaitan (Iklan Beli-belah), maka produk ini dianggap sebagai produk yang diiklankan. Sebarang produk yang disertakan dalam pesanan yang dibuat oleh pelanggan ialah produk yang terjual. Jika produk yang diiklankan dan terjual sepadan, maka hasil yang anda peroleh daripada jualan ini, tolak kos barangan yang dijual, ialah keuntungan kasar prospek anda.


Contoh: Pengguna mengklik Iklan beli-belah yang mengiklankan topi, kemudian membeli topi yang sama serta sehelai baju. Topi itu berharga $10 dan kos barangan yang dijual bernilai $3. Keuntungan kasar prospek bagi pesanan ini ialah $7 = $10 - $3.

Untung kasar jual silang

Untung kasar jual silang ialah keuntungan yang anda peroleh daripada produk yang terjual menerusi pengiklanan produk yang berbeza, tolak kos barangan yang dijual (COGS).


Cara nilai ini dikira: Anda melaporkan penukaran dengan data troli untuk pembelian yang telah selesai pada laman web anda. Jika iklan yang menerima interaksi sebelum pembelian tersebut mengandungi produk yang berkaitan (Iklan Beli-belah), maka produk ini dianggap sebagai produk yang diiklankan. Sebarang produk yang disertakan dalam pembelian ialah produk yang terjual. Jika produk ini tidak sepadan, maka ini dianggap sebagai jual silang. Untung kasar jual silang ialah hasil yang anda peroleh daripada jual silang yang diatributkan kepada iklan anda, tolak kos barangan yang dijual.


Contoh: Pengguna mengklik Iklan beli-belah yang mengiklankan topi, kemudian membeli topi yang sama serta sehelai baju. Baju itu berharga $20 dan kos barangan yang dijual bernilai $5. Untung kasar jual silang bagi pesanan ini ialah $15 = $20 - $5.

Unit prospek yang terjual

Unit prospek yang terjual ialah jumlah bilangan produk yang terjual menerusi pengiklanan produk yang sama.

Cara nilai ini dikira: Anda melaporkan penukaran dengan data troli untuk pembelian yang telah selesai pada laman web anda. Jika iklan yang menerima interaksi sebelum pembelian tersebut mengandungi produk yang berkaitan (Iklan Beli-belah), maka produk ini dianggap sebagai produk yang diiklankan. Sebarang produk yang disertakan dalam pesanan yang dibuat oleh pelanggan ialah produk yang terjual. Jika produk yang diiklankan dan terjual sepadan, maka jumlah bilangan produk yang terjual ini ditunjukkan sebagai unit prospek yang terjual.


Contoh: Pengguna mengklik Iklan beli-belah yang mengiklankan topi, kemudian membeli topi yang sama, sehelai baju serta sehelai jaket. Unit prospek yang terjual dalam pesanan ini ialah 1.

Unit jual silang yang terjual

Unit jual silang yang terjual ialah jumlah bilangan produk yang terjual menerusi pengiklanan produk yang berbeza.

Cara nilai ini dikira: Anda melaporkan penukaran dengan data troli untuk pembelian yang telah selesai pada laman web anda. Jika iklan yang menerima interaksi sebelum pembelian tersebut mengandungi produk yang berkaitan (Iklan Beli-belah), maka produk ini dianggap sebagai produk yang diiklankan. Sebarang produk yang disertakan dalam pesanan yang dibuat oleh pelanggan ialah produk yang terjual. Jika produk ini tidak sepadan, maka ini dianggap sebagai jual silang. Unit jual silang yang terjual ialah jumlah bilangan produk yang terjual silang daripada semua pesanan yang diatributkan kepada iklan anda.


Contoh: Pengguna mengklik Iklan beli-belah yang mengiklankan topi, kemudian membeli topi yang sama, sehelai baju serta sehelai jaket. Unit jual silang yang terjual dalam pesanan ini ialah 2.

Kos barangan yang dijual prospek

Kos barangan yang dijual prospek (COGS) ialah kos keseluruhan bagi produk yang terjual menerusi pengiklanan produk yang sama.


Cara nilai ini dikira: Anda melaporkan penukaran dengan data troli untuk pembelian yang telah selesai pada laman web anda. Jika iklan yang menerima interaksi mengandungi produk yang dikaitkan (Iklan Beli-belah), maka produk ini dianggap sebagai produk yang diiklankan. Sebarang produk yang disertakan dalam pesanan yang dibuat oleh pelanggan ialah produk yang terjual. Jika produk yang diiklankan dan terjual sepadan, maka kos barangan ini dikira sebagai kos barangan yang dijual prospek.


Contoh: Pengguna mengklik Iklan beli-belah yang mengiklankan topi, kemudian membeli topi yang sama serta sehelai baju. Kos barangan yang dijual bagi topi itu bernilai $3, kos barangan yang dijual bagi baju itu bernilai $5. Kos barangan yang dijual prospek bagi pesanan ini ialah $3.

Kos barangan yang dijual silang

Kos barangan yang dijual silang (COGS) ialah kos keseluruhan produk yang terjual menerusi pengiklanan produk yang berbeza.


Cara nilai ini dikira: Anda melaporkan penukaran dengan data troli untuk pembelian yang telah selesai pada laman web anda. Jika iklan yang menerima interaksi sebelum pembelian tersebut mengandungi produk yang berkaitan (Iklan Beli-belah), maka produk ini dianggap sebagai produk yang diiklankan. Sebarang produk yang disertakan dalam pesanan yang dibuat oleh pelanggan ialah produk yang terjual. Jika produk ini tidak sepadan, maka ini dianggap sebagai jual silang. Kos barangan yang dijual silang ialah kos keseluruhan produk terjual yang tidak diiklankan.


Contoh: Pengguna mengklik Iklan beli-belah yang mengiklankan topi, kemudian membeli topi yang sama serta sehelai baju. Kos barangan yang dijual bagi topi itu bernilai $3, kos barangan yang dijual bagi baju itu bernilai $5. Kos barangan yang dijual silang bagi pesanan ini ialah $5. 

Metrik jualan sebenar

Metrik jualan sebenar mengukur produk sebenar yang dijual dalam pesanan. Metrik ini membantu anda memahami item yang dibeli oleh pengguna apabila mereka mengklik iklan. Anda boleh melihat metrik ini dalam Editor Laporan. Selain semua metrik di atas, metrik berikut juga tersedia:

  • Keuntungan kasar: Jumlah keuntungan daripada produk. Metrik ini hanya tersedia jika anda memberikan cost_of_goods_sold (COGS). Ketahui lebih lanjut tentang Kos barangan (COGS) [cost_of_goods_sold].
  • Hasil: Jumlah hasil daripada produk.
  • Unit dijual: Jumlah kiraan jualan produk yang terhasil daripada pengiklanan anda.

Untuk menjimatkan masa anda, CwCD menawarkan beberapa laporan dipratentukan yang boleh menjawab pertanyaan tertentu tentang data troli.

Nota:
Jika anda telah mengimport penukaran Google Analytics 4, mungkin terdapat perbezaan antara nilai metrik ini dalam akaun Analytics anda dengan metrik penukaran dengan data troli dalam akaun Google Ads anda. Perbezaan ini tidak semestinya bermakna pelaksanaan penjejakan anda salah; perbezaan mungkin terhasil daripada penggunaan kaedah penjejakan yang berlainan.
 
Apabila anda mengeksport data penyempurnaan matlamat dan transaksi e-dagang Analytics kepada Google Ads, Google Ads melakukan pengiraan yang berbeza menggunakan data tersebut berbanding dengan Analytics. Oleh yang demikian, terdapat perbezaan dalam nilai yang terhasil daripada pengiraan antara 2 produk ini walaupun pada dasarnya data yang digunakan adalah sama. Ketahui lebih lanjut tentang Membandingkan metrik penukaran Analytics dengan Google Ads.
 

Penukaran dengan data troli untuk iklan Carian

Iklan Carian tidak dikaitkan dengan produk tertentu, oleh itu anda tidak akan menemukan metrik jualan yang diatributkan kepada iklan Carian. Walau bagaimanapun, metrik jualan sebenar akan tersedia untuk mana-mana produk yang terjual menerusi sebarang klik pada iklan Carian anda. Produk yang terjual dikenal pasti menggunakan suapan Merchant Center yang dipautkan kepada akaun Google Ads yang menjalankan iklan Carian. Anda boleh memautkan suapan Merchant Center kepada akaun Google Ads walaupun akaun tersebut tidak menjalankan iklan Beli-belah atau Prestasi Maksimum.

Sokongan penukaran merentas peranti

Untuk memberikan pelaporan metrik yang lebih lengkap yang menggunakan data troli, Google akan mengambil kira penukaran merentas peranti. Kami menggunakan model berdasarkan data teragregat dan awanama daripada pengguna yang sebelum ini telah log masuk ke perkhidmatan Google. Model ini menggunakan penukaran merentas peranti yang tidak dapat diperhatikan oleh Google secara langsung untuk metrik yang menggunakan data troli. Pendekatan ini membolehkan kami memberikan pelaporan tentang gelagat merentas peranti yang menggabungkan penukaran yang diperhatikan dan dimodelkan, tanpa menjejaskan privasi pengguna.

Pautan berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
5406307333820429116
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false