Panduan amalan terbaik: Penyediaan Kempen apl anda

Panduan rasmi kepada Kempen apl.
Best Practices logo

Anda telah membina apl mudah alih yang menakjubkan. Bagus!

Sekarang tibalah bahagian yang sukar: mencari pengguna yang sesuai untuk memasang—dan terus menggunakan—apl anda.

Panduan ini akan menunjukkan kepada anda cara menggunakan Kempen apl untuk mempromosikan apl anda merentas saluran terbesar kami seperti Google Search, Google Play, YouTube, Gmail dan Google Display Network.

Hanya kongsi matlamat anda dan Kempen apl menggunakan kuasa Google AI untuk membina, mengoptimumkan dan memadankan iklan anda dengan pengguna yang sesuai untuk perniagaan anda. Dengan teknologi AI kami, Kempen apl dapat menganalisis ratusan juta gabungan isyarat dan mencuba gabungan aset kreatif dan saluran yang berbeza untuk menyiarkan iklan yang paling berprestasi. 

Teruskan membaca untuk mengetahui amalan terbaik utama untuk menyediakan Kempen apl yang berjaya.

1. Tentukan matlamat anda untuk mengoptimumkan kempen anda

Kongsi matlamat anda—sama ada peningkatan pemasangan apl, mendorong tindakan dalam apl yang tertentu atau membolehkan pengguna melakukan prapendaftaran untuk apl anda sebelum apl itu dilancarkan. Kemudian, Kempen apl akan mengoptimumkan pembidaan kempen dan penyasaran anda untuk objektif tersebut. 

Beberapa contoh matlamat mungkin termasuk:

Membina pangkalan pengguna 

Buat Kempen apl dengan pengoptimuman untuk “Jumlah pemasangan” dan yang menyasarkan “Semua pengguna” untuk memperoleh sebanyak mungkin pemasangan bagi kos setiap pemasangan (CPI) sasaran.

  • Tetapkan CPI sasaran berdasarkan nilai purata pengguna baharu.
  • Biarkan Google Ads mengumpulkan data yang mencukupi tanpa kehabisan belanjawan, jadi tetapkan belanjawan kempen harian yang sekurang-kurangnya 50 kali CPI sasaran anda.

Cari pemasangan yang akan turut melakukan tindakan tertentu

Buat Kempen apl baharu yang memfokus pada “Jumlah pemasangan” tetapi menyasarkan “Pengguna yang berkemungkinan besar melakukan tindakan dalam apl” dan bukan “Semua pengguna”. Tetapkan CPI sasaran dalam kempen ini yang sekurang-kurangnya 20% lebih tinggi daripada kempen yang menyasarkan “Semua pengguna”. Membayar lebih untuk memperoleh pemasangan yang lebih berharga adalah berbaloi.

Mendapatkan penglibatan pengguna yang melengkapkan tindakan dalam apl 

Setelah anda menentukan tindakan dalam apl yang paling berharga untuk perniagaan anda, buat Kempen apl yang melakukan pengoptimuman untuk “Tindakan dalam apl”.

  • Berikan Google Ads data yang mencukupi untuk mengenal pasti pengguna baharu yang kemungkinan besar akan melengkapkan tindakan dalam apl. Pilih tindakan dalam apl yang dilengkapkan oleh sekurang-kurangnya 10 pengguna berlainan pada setiap hari dalam kempen.
  • Tetapkan CPA sasaran berdasarkan purata nilai pengguna yang melengkapkan tindakan tersebut.
  • Untuk membolehkan Google Ads mengumpulkan data yang mencukupi, tetapkan belanjawan kempen harian yang sekurang-kurangnya 10 kali CPA sasaran anda.

Mendorong pendaftaran prapendaftaran untuk apl anda sebelum apl dilancarkan 

Jenis kempen ini menggunakan strategi bidaan CPA Sasaran untuk membantu anda memastikan pengoptimuman dilakukan untuk sebanyak mungkin penukaran secara eksklusif untuk prapendaftaran. Apabila anda menetapkan bidaan, anda memberitahu Google Ads tentang jumlah purata yang mahu anda belanjakan setiap kali pengguna melakukan prapendaftaran untuk apl anda. Bidaan khusus ialah sasaran kos setiap prapendaftaran, yang ditetapkan secara automatik setelah pengguna pertama melakukan prapendaftaran untuk apl anda.

Ketahui cara menyediakan Kempen apl dengan cara yang berbeza bergantung pada matlamat anda.

2. Muat naik kreatif yang pelbagai untuk menjana iklan dengan prestasi paling baik

Berikan campuran aset teks serta video dan imej berkualiti tinggi yang pelbagai. Hal ini membolehkan Kempen apl menjana secara dinamik kreatif yang dioptimumkan untuk jangkauan dan prestasi terbaik merentas saluran yang berbeza. 

Anda boleh menyertakan hingga 10 aset teks, 20 imej dan 20 aset video bagi setiap kumpulan iklan (dan 20 aset boleh main HTML5 untuk pemasar permainan mudah alih). Berikut ialah beberapa amalan terbaik kreatif yang perlu diingat: 

  • Teks: Tulis beberapa frasa kendiri dengan panjang teks yang berbeza-beza memandangkan peletakan iklan yang berbeza memiliki had teks yang berbeza. Pastikan frasa tertumpu pada faktor pelaris unik dan mengandungi teks perbualan dengan seruan tindak yang jelas.
  • Imej: Aset imej perlu menggunakan bingkai iklan penuh dengan ruang kosong yang terhad serta memiliki ketumpatan piksel yang tinggi dan tindanan teks yang minimum. Elakkan daripada menindih logo dan seruan tindak.
  • Video: Tambahkan beberapa video yang menarik dengan panjang yang pelbagai antara 10 hingga 30 saat. Sertakan beberapa video dengan nisbah bidang yang berlainan, seperti potret, landskap dan segi empat sama untuk melayakkan video untuk disiarkan pada lebih banyak saluran iklan dan mengambil kira pelbagai cara pengguna memegang peranti mereka.

Gunakan penunjuk Kekuatan iklan kami untuk menilai sama ada aset Kempen apl anda memiliki kepelbagaian yang mencukupi untuk mendorong prestasi yang terbaik. Selain itu, pastikan anda memantau prestasi aset anda dengan kerap berdasarkan rating dalam laporan aset anda dan menggantikan aset yang berprestasi rendah dengan aset yang baharu. 

Ketahui cara membuat aset kreatif yang lebih baik untuk Kempen apl.

3. Sediakan pautan dalam untuk pengalaman pengguna web kepada apl yang lebih lancar

Pengguna menghargai jenama yang menawarkan pengalaman web kepada apl yang lancar untuk membantu mereka berinteraksi dengan lebih mudah dan sebagai balasan, jenama menyaksikan prestasi kempen yang lebih baik. Bagi pengguna yang sudah memasang apl anda, anda boleh memberikan pengalaman yang dioptimumkan ini dengan melaksanakan pautan dalam. 

Pautan dalam membawa pengguna daripada iklan web mudah alih terus kepada kandungan dalam apl yang berkaitan supaya mereka boleh mengambil tindakan dengan lebih mudah, seperti melengkapkan pembelian atau mendaftar dalam program kesetiaan. Secara purata, pengiklan yang telah melaksanakan pautan dalam melihat lebih 2X peningkatan dalam kadar penukaran.1 

Penetapan ini memerlukan pelaksanaan teknikal. Untuk memudahkan aliran kerja ini, anda boleh menggunakan Sambung Web kepada Apl, destinasi sehenti yang menyediakan langkah berpandu untuk membantu pasukan pemasaran dan pembangun menyediakan pautan dalam serta penjejakan penukaran dan proses pembidaan dengan lebih mudah untuk memastikan anda memanfaatkan nilai penuh kempen anda. 

4. Gunakan penyelesaian yang mengutamakan privasi untuk pengukuran kempen yang lebih baik

Jangkaan pengguna dari segi privasi terus berkembang dan peralihan standard platform telah menjadikan pengukuran lebih kompleks. Untuk beradaptasi dengan perubahan ini dan mendorong hasil yang berpanjangan, pelaksanaan amalan terbaik pengukuran dan penyelesaian yang mengutamakan privasi seperti yang berikut adalah penting : 

  • Sediakan penjejakan penukaran untuk mengukur dengan lebih baik keberkesanan Kempen apl anda dalam mendorong pemasangan apl dan tindakan dalam apl yang penting bagi perniagaan anda.
  • Gunakan Google Analytics 4 untuk mendapatkan akses kepada keupayaan pengukuran yang berkuasa membantu anda memahami penglibatan merentas laman web dan apl anda serta mengoptimumkan prestasi kempen anda. Jika anda sudah menggunakan Rakan Kongsi Atribusi Apl yang diluluskan oleh Google untuk penjejakan penukaran, anda boleh menggunakan Google Analytics 4 sebagai pelengkap penyelesaian ukuran.
  • Memahami peranan yang dimainkan oleh pemodelan penukaran Google dalam menyediakan pengukuran yang komprehensif bagi prestasi Kempen apl anda.
  • Untuk Kempen apl iOS anda, buat penilaian sama ada menyediakan apl anda dalam rangka kerja pengukuran SKAdNetwork adalah tindakan yang munasabah. Selain itu, pertimbangkan untuk melaksanakan gesaan ATT dan ukuran penukaran pada peranti untuk meningkatkan penukaran anda yang diperhatikan. Ketahui lebih lanjut tentang amalan terbaik pengukuran untuk Kempen apl iOS anda.

Nota

Jika anda peruncit, pastikan anda melihat panduan amalan terbaik untuk peruncit kami untuk mengetahui cara anda boleh mendorong kesetiaan pengguna dan meningkatkan keuntungan menggunakan Kempen apl.

 

 

1. Data Google, Divisyen Global, Feb. 2022.

 

Mail iconMahu petua dan kemaskinan lanjutan Google Ads dihantar terus kepada peti masuk anda? Daftar untuk mendapatkan surat berita Amalan Terbaik.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Achieve your advertising goals today!

Attend our Performance Max Masterclass, a livestream workshop session bringing together industry and Google ads PMax experts.

Register now

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
5168104879600534177
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false