Tentukan strategi bida berdasarkan matlamat anda

Google Ads menawarkan beberapa strategi bida yang disesuaikan untuk jenis kempen yang berlainan. Bergantung pada rangkaian yang disasarkan oleh kempen anda dan sama ada anda mahu memberi tumpuan kepada mendapatkan klik, tera, penukaran atau paparan, anda boleh menentukan strategi yang terbaik bagi anda. Dalam artikel ini, kami akan menerangkan cara menggunakan matlamat pengiklanan anda untuk memilih strategi bida anda.

Sebelum anda bermula

Jika anda mencari arahan tentang cara mengubah strategi bida anda untuk kempen Carian yang sedia ada, baca Ubah cara anda membida.

Kepentingan Google Ads
Lelongan iklan: cara Google memutuskan iklan yang perlu dipaparkan dan tertib iklan tersebut

Pertimbangkan matlamat anda

Setiap strategi bida akan disesuaikan untuk jenis kempen dan matlamat pengiklanan yang berbeza. Untuk tujuan pembidaan, anda boleh mempertimbangkan lima jenis matlamat asas bersama-sama dengan tetapan kempen semasa anda.

  • Jika anda mahu pelanggan mengambil tindakan langsung di tapak anda dan anda sedang menggunakan penjejakan penukaran, maka adalah lebih baik anda memberi tumpuan pada penukaran. Pembidaan Pintar membolehkan anda berbuat demikian.
  • Jika anda ingin menjana trafik ke tapak web anda, penumpuan pada klik mungkin sesuai untuk anda. Pembidaan kos setiap klik (CPC) mungkin sesuai untuk kempen anda.
  • Jika anda mahu meningkatkan kesedaran jenama, tindakan memfokus pada tera mungkin strategi yang anda perlukan. Anda boleh menggunakan pembidaan kos setiap seribu tera boleh lihat (vCPM) untuk menonjolkan mesej anda kepada pelanggan.
  • Jika anda menyiarkan iklan video dan ingin meningkatkan tontonan atau interaksi dengan iklan, anda boleh menggunakan pembidaan kos setiap tontonan (CPV) atau kos setiap seribu teraan (CPM).
  • Jika anda menyiarkan iklan video dan matlamat anda adalah untuk meningkatkan pertimbangan produk atau jenama, anda boleh menggunakan kos setiap tontonan (CPV).

Fokus pada penukaran dengan Pembidaan Pintar

Jika anda mahu memfokus pada penukaran, pertimbangkan untuk menggunakan Pembidaan Pintar yang dapat mengambil alih tugas yang sukar semasa menetapkan bidaan. Pembidaan Pintar ialah kumpulan strategi bida automatik yang menggunakan Google AI untuk mengoptimumkan penukaran atau nilai penukaran dalam setiap lelongan—ciri ini dikenali sebagai “pembidaan masa lelongan”. Pembidaan Pintar juga mengambil kira pelbagai isyarat masa lelongan seperti peranti, lokasi, masa dalam sehari, bahasa dan sistem pengendalian untuk mendapatkan konteks unik bagi setiap carian.

Berikut ialah lima strategi Pembidaan Pintar yang boleh anda gunakan.

  • Kos setiap tindakan (CPA) sasaran: Jika anda ingin mengoptimumkan penukaran, anda boleh menggunakan CPA Sasaran untuk membantu anda meningkatkan penukaran sambil menyasarkan kos setiap tindakan (CPA) yang khusus. Ketahui lebih lanjut Perihal pembidaan CPA Sasaran.
  • Sasaran pulangan untuk perbelanjaan iklan (ROAS): Jika anda ingin mengoptimumkan nilai penukaran, anda boleh menggunakan Sasaran ROAS untuk membantu anda meningkatkan nilai penukaran sambil menyasarkan pulangan daripada perbelanjaan iklan (ROAS) yang tertentu. Ketahui lebih lanjut Perihal pembidaan Sasaran ROAS.
  • Maksimumkan Penukaran: Jika anda ingin mengoptimumkan untuk penukaran, tetapi hanya ingin membelanjakan keseluruhan belanjawan dan bukannya menyasarkan CPA tertentu, anda boleh menggunakan Maksimumkan Penukaran. Ketahui lebih lanjut Perihal pembidaan Maksimumkan Penukaran.
  • Maksimumkan Nilai Penukaran: Jika anda ingin mengoptimumkan nilai penukaran, tetapi hanya mahu membelanjakan keseluruhan belanjawan anda daripada menyasarkan ROAS tertentu, anda boleh menggunakan Maksimumkan Nilai Penukaran. Ketahui lebih lanjut Perihal Maksimumkan Nilai Penukaran.
  • Kos setiap klik dipertingkat (ECPC): Jika anda ingin melaraskan bida manual anda secara automatik untuk cuba memaksimumkan penukaran, anda boleh menggunakan ECPC. Anda boleh menggunakan ciri pilihan ini bersama pembidaan CPC Manual. Ketahui lebih lanjut Perihal ECPC.

Beri tumpuan pada klik dengan pembidaan CPC

Jika anda menumpukan pada mendapatkan klik untuk menjana trafik ke tapak web anda, terdapat dua strategi bida kos setiap klik yang boleh dipertimbangkan:

  • Maksimumkan Klik: Ciri ini merupakan strategi bida automatik. Maksimumkan Klik ialah cara yang paling mudah untuk membida klik. Anda hanya perlu menetapkan purata belanjawan harian dan sistem Google Ads akan mengurus bida anda secara automatik untuk menghasilkan sebanyak mungkin klik dalam lingkungan belanjawan anda. Ketahui lebih lanjut Perihal pembidaan Maksimumkan Klik.

  • Pembidaan CPC Manual: Ini membolehkan anda mengurus bida CPC maksimum anda sendiri. Anda boleh menetapkan bida yang berbeza bagi setiap kumpulan iklan dalam kempen atau kata kunci atau peletakan individu anda. Jika anda mendapati kata kunci atau peletakan tertentu lebih menguntungkan, anda boleh menggunakan pembidaan manual untuk memperuntukkan lebih belanjawan pengiklanan anda pada kata kunci atau peletakan tersebut. Ketahui lebih lanjut Perihal pembidaan CPC Manual.
Maklumat lanjut tentang Maksimumkan Klik

Maksimumkan Klik boleh menjadi pilihan yang baik untuk anda jika perkara berikut menerangkan keadaan kempen anda:

  • Anda mempunyai belanjawan pengiklanan yang ingin anda capai secara konsisten.
  • Anda tidak mahu menghabiskan masa untuk memantau dan mengemas kini bidaan CPC individu dan anda sanggup membenarkan sistem Google Ads mengemas kini bidaan CPC secara automatik.
  • Anda berminat terutamanya untuk meningkatkan trafik tapak web.
  • Anda baharu menggunakan Google Ads atau tidak berapa tahu tentang amaun untuk dibida bagi kata kunci atau peletakan tertentu.

Maksimumkan Klik bukan pilihan yang baik untuk anda jika matlamat pengiklanan anda termasuk mengekalkan Kedudukan Iklan atau kos setiap penukaran tertentu. Adalah mustahil untuk menetapkan bidaan CPC individu dengan Maksimumkan Klik tetapi anda boleh menetapkan bidaan CPC maksimum untuk keseluruhan kempen anda.

Contoh

Anda mempunyai tapak web yang menjual pelbagai bekalan seni dan matlamat utama anda ialah membawa lebih ramai pelanggan ke tapak anda. Anda mempunyai amaun ditetapkan yang ingin anda belanjakan untuk pengiklanan setiap bulan dan tidak ada produk tertentu yang anda mahu serlahkan lebih daripada yang lain. Maksimumkan Klik membolehkan anda menentukan amaun keseluruhan belanjawan anda, kemudian kami akan mencarikan anda pelanggan yang paling ramai berdasarkan amaun tersebut.

Maklumat lanjut tentang pembidaan CPC Manual

Dengan Pembidaan CPC manual, anda boleh memperhalus bidaan CPC maksimum anda untuk membantu anda mengemudi kos dan jumlah klik pada iklan anda. Pembidaan CPC manual boleh menjadi pilihan yang bagus untuk anda jika kempen anda kena dengan butiran ini:

  • Anda mahu mengemudi bidaan CPC maksimum untuk kumpulan iklan, kata kunci atau peletakan individu.
  • Anda berminat terutamanya dalam meningkatkan trafik ke tapak web, tidak semestinya kesedaran jenama.
  • Anda tidak perlu mencapai belanjawan sasaran setiap bulan. (Jika anda perlu mencapai belanjawan sasaran, Maksimumkan Klik mungkin pilihan yang lebih baik.)
  • Kempen anda menyasarkan Rangkaian Carian, Rangkaian Paparan atau kedua-duanya.

Jika anda tidak pasti kata kunci atau peletakan yang paling menguntungkan atau jika anda tidak mempunyai masa untuk mengurus bida manual, Maksimumkan Klik mungkin lebih sesuai bagi anda.

Contoh

Walaupun tapak web anda menjual rangkaian bekalan seni yang besar, anda paling berminat untuk menjual berus cat. Dengan pembidaan CPC Manual, meskipun kumpulan iklan anda mengandungi 15 kata kunci, anda boleh memilih untuk menetapkan bida yang lebih tinggi bagi kata kunci "berus cat" sahaja yang akan digunakan setiap kali kata kunci tersebut mencetus iklan anda.

Fokus pada keterlihatan

Jika anda ingin menumpukan pada keterlihatan, anda boleh mencuba salah satu strategi bida berikut untuk memaksimumkan keterlihatan.

  • Bahagian Teraan Sasaran menetapkan bida secara automatik dengan matlamat untuk memaparkan iklan anda di bahagian teratas halaman mutlak, di bahagian teratas halaman atau di mana-mana sahaja di halaman hasil carian Google. Ketahui lebih lanjut Perihal Bahagian Teraan Sasaran.
  • CPM: Melalui strategi bida ini, anda akan membayar berdasarkan bilangan teraan (kekerapan iklan anda dipaparkan) yang anda terima di YouTube atau Google Display Network.
  • tCPM: Strategi pembidaan yang membolehkan anda menetapkan purata untuk amaun yang sanggup anda bayar bagi setiap seribu teraan. Perkara ini mengoptimumkan bida untuk memaksimumkan jangkauan unik kempen anda. Melalui tCPM, anda boleh memastikan purata CPM kempen anda lebih rendah atau sama dengan sasaran yang anda tetapkan (walaupun kos tera tersebut mungkin berbeza-beza).
  • vCPM: Ciri ini ialah strategi pembidaan manual yang boleh anda gunakan jika iklan anda direka untuk meningkatkan kesedaran, tetapi tidak semestinya menjana klik atau trafik. Strategi ini membolehkan anda menetapkan amaun tertinggi yang ingin anda bayar untuk setiap 1,000 tera iklan boleh lihat pada Google Display Network. Ketahui lebih lanjut Perihal pembidaan vCPM.
Maklumat lanjut tentang pembidaan vCPM

Berikut ialah beberapa keadaan yang kami syorkan untuk pembidaan vCPM manual:

  • Iklan anda direka bentuk untuk meningkatkan kesedaran tetapi tidak semestinya menjana klik atau trafik.
  • Anda lebih gemar metrik industri tradisional untuk kempen vCPM.
  • Anda menyasarkan peletakan tertentu, bukan kata kunci sahaja. (Apabila digabungkan dengan penyasaran peletakan, pembidaan untuk tera boleh membantu anda memastikan iklan anda dipaparkan kepada khalayak tertentu yang akan berminat dengan iklan anda.)
  • Anda berminat terutamanya dalam meningkatkan kesedaran jenama. Iklan imej dan format multimedia lain sering kali paling berguna untuk tujuan tersebut dan format iklan ini berfungsi pada Rangkaian Paparan.
  • Mesej anda ada dalam iklan itu sendiri, jadi anda tidak perlu orang mengklik lalu ke tapak anda. Ini mungkin berguna untuk acara (seperti tayangan perdana televisyen) atau pengiklanan politik.

Pembidaan vCPM manual mungkin bukan untuk anda jika matlamat kempen anda ialah respons langsung daripada pelanggan seperti membeli produk atau mengisi borang.

Contoh

Anda akan mengadakan konsert percuma di Paris dan inginkan sebanyak mungkin pencinta muzik untuk hadir. Anda sedang menyiarkan kempen dengan iklan imej yang bersemangat yang berkongsi tarikh, masa dan lokasi acara--segala-galanya yang perlu diketahui oleh peminat muzik untuk menghadiri konsert tersebut. Sebaik sahaja pengguna melihat iklan anda, mereka akan tahu keseluruhan mesej anda. Pembidaan KST terlihat boleh membantu anda menonjolkan iklan tersebut kepada seramai orang yang mungkin.

Fokuskan pada tontonan atau interaksi (untuk iklan video sahaja)


Jika anda menyiarkan iklan video, anda boleh menggunakan pembidaan CPV. Melalui pembidaan CPV, anda akan membayar untuk tontonan video dan interaksi video yang lain, seperti klik pada tindanan seruan tindak (CTA), kad dan sepanduk pasangan. Anda cuma perlu memasukkan harga tertinggi yang ingin anda bayar bagi setiap tontonan sambil menyediakan kempen video TrueView anda. Ketahui lebih lanjut Perihal pembidaan CPV.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
2120125833178146972
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false