Google memberikan versi terjemahan Pusat Bantuan kami sebagai kemudahan, walaupun terjemahan tersebut tidak bertujuan mengubah kandungan dasar kami. Versi bahasa Inggeris ialah bahasa rasmi yang kami gunakan untuk menguatkuasakan dasar kami. Untuk melihat artikel ini dalam bahasa lain, gunakan menu lungsur bahasa di bahagian bawah halaman.
Pengguna Display & Video 360 mesti mematuhi dasar Google Ads ini. Lawati pusat bantuan Display & Video 360 untuk mendapatkan pengehadan tambahan.
Kami mahu pengguna memperoleh maklumat yang mencukupi untuk membuat keputusan kewangan termaklum. Dasar kami direka bentuk untuk memberi pengguna maklumat untuk menimbang kos yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan kewangan serta melindungi pengguna daripada amalan yang memudaratkan atau berbentuk penipuan. Untuk tujuan dasar ini, kami menganggap produk dan perkhidmatan kewangan sebagai yang berkaitan dengan pengurusan dan pelaburan wang serta mata wang kripto, termasuk nasihat diperibadikan.
Apabila mempromosikan produk dan perkhidmatan kewangan, anda hendaklah mematuhi kawal selia negeri dan setempat untuk mana-mana wilayah atau negara yang disasarkan oleh iklan anda — sebagai contoh, sertakan pendedahan khusus yang dikehendaki oleh undang-undang tempatan. Rujuk senarai tidak lengkap keperluan khusus negara kami untuk mendapatkan maklumat lanjut, tetapi harap maklum bahawa pengiklan perlu juga membuat penyelidikan sendiri tentang peraturan tempatan bagi mana-mana lokasi yang menjadi sasaran iklan mereka.
Di bawah ini anda boleh mendapatkan keperluan dasar yang berkaitan dengan perkhidmatan kewangan, pinjaman peribadi, dan produk kewangan terhad yang tertentu. Sewaktu pengiklanan dalam talian dan ruang kawal selia terus berkembang, kami akan mengemas kini dasar ini dengan garis panduan tambahan khusus produk secara berterusan. Ketahui tentang akibatnya jika anda melanggar dasar kami.
Pendedahan produk dan perkhidmatan kewangan
Produk dan perkhidmatan kewangan boleh menjadi sangat kompleks dan kadangkala sukar difahami. Pendedahan meningkatkan ketelusan dan memberi pengguna maklumat yang bernilai untuk membuat keputusan termaklum.
Perkara berikut tidak dibenarkan:
Kegagalan memberikan maklumat hubungan yang sah untuk lokasi fizikal perniagaan yang dipromosikan
Kegagalan untuk mendedahkan yuran yang berkaitan
Nota: Pendedahan tidak boleh disiarkan sebagai teks tuding atau disediakan melalui pautan atau tab yang lain. Pendedahan tersebut mesti jelas dan dapat terus dilihat tanpa perlu mengklik atau menuding ke atas apa-apa objek.
Kegagalan menyertakan pautan kepada pentauliahan atau pengendorsan pihak ketiga apabila penggabungan dinyatakan atau tersirat, terutamanya apabila pautan tersebut berfungsi untuk meningkatkan reputasi tapak tersebut
Contoh (tidak menyeluruh): Pengesahan gabungan dengan kerajaan, penilaian pihak ketiga
Pinjaman peribadi
Dalam dasar ini, kami mentakrifkan pinjaman peribadi sebagai peminjaman wang daripada individu, organisasi atau entiti kepada pengguna individu secara tidak berulang dan bukan bagi tujuan pembiayaan pembelian aset tetap atau pendidikan. Pengguna pinjaman peribadi memerlukan maklumat tentang kualiti, ciri-ciri, yuran, risiko dan manfaat produk pinjaman untuk membuat keputusan termaklum sama ada untuk mengambil pinjaman.
Contoh (tidak menyeluruh): Pinjaman hari gaji, pinjaman hak milik, kedai pajak gadai
Tidak termasuk: Gadai janji, pinjaman kereta, pinjaman pelajar, sumber kredit pusingan (seperti kad kredit, sumber kredit peribadi)
Pengiklan untuk pinjaman peribadi mesti mendedahkan maklumat tambahan di tapak atau apl destinasi mereka secara jelas. Pendedahan meningkatkan ketelusan dan memberi pengguna maklumat yang bernilai untuk membuat keputusan termaklum.
Perkara berikut tidak dibenarkan:
Kegagalan menyatakan tempoh minimum dan maksimum untuk pembayaran balik
Kegagalan untuk menyediakan Kadar Peratus Tahunan (APR) maksimum, yang secara amnya termasuk kadar faedah serta yuran dan kos lain untuk setahun, atau kadar lain yang serupa dikira secara konsisten dengan undang-undang tempatan
Gagal mempamerkan contoh wakil untuk jumlah kos pinjaman, termasuk semua yuran yang berkaitan
Pinjaman peribadi yang memerlukan pembayaran balik sepenuhnya dalam masa 60 hari atau kurang dari tarikh pinjaman dikeluarkan. Dasar ini bersesuaian dengan pengiklan yang menawarkan pinjaman secara langsung, penjana utama dan pihak yang menghubungkan pengguna dengan pemberi pinjaman pihak ketiga.
Pinjaman peribadi APR tinggi
Kami mahu melindungi pengguna kami daripada produk kewangan yang mengelirukan atau berbahaya, seperti pinjaman peribadi berkos amat tinggi. Dalam keadaan tertentu, kami mempunyai sekatan khusus negara yang mencerminkan keadaan pasaran tempatan.
Amerika Syarikat
Produk Dibenarkan? Pinjaman peribadi dengan APR melebihi 36%
Tidak dibenarkan
Di Amerika Syarikat, kami tidak membenarkan iklan untuk pinjaman peribadi dengan Kadar Peratusan Tahunan (APR) sebanyak 36% atau lebih tinggi. Pengiklan untuk pinjaman peribadi di Amerika Syarikat perlu memaparkan maksimum APR maksimum, yang dikira selaras dengan Akta Kebenaran dalam Pinjaman (TILA).
Dasar ini bersesuaian dengan pengiklan yang membuat pinjaman secara langsung, penjana utama dan pihak yang menghubungkan pengguna dengan pemberi pinjaman pihak ketiga.
Petua
Peraturan TILA boleh didapati di 12 CFR Bahagian 1026. Penerangan dengan caj disertakan dan dikecualikan daripada pengiraan "Caj Kewangan" boleh didapati di Seksyen 1026.4. Pengiraan APR untuk "Kredit Terbuka" boleh didapati di Seksyen 1026.14. Pengiraan APR untuk "Kredit Tertutup" boleh didapati di Seksyen 1026.22.
Pengubahsuaian pinjaman
Untuk melindungi pengguna daripada amalan yang mengelirukan dan berbahaya, perkara berikut adalah tidak dibenarkan dalam iklan tapak dan apl yang berkaitan dengan gadai janji atau perampasan:
Menjamin pengubahsuaian pinjaman atau pencegahan perampasan
Mengenakan bayaran pendahuluan, melainkan perkhidmatan disediakan oleh firma undang-undang
Meminta pengguna memindahkan atau menyerahkan hak milik harta, atau menawarkan untuk membeli rumah pada harga di bawah pasaran
Meminta pengguna memintas pemberi pinjaman dan membuat bayaran terus kepada syarikat atau pihak ketiga yang lain
Menggalakkan pengguna untuk tidak menghubungi pemberi pinjaman, peguam, kaunselor kredit atau kaunselor perumahan mereka
Pilihan perduaan
Disebabkan risiko kerugian kewangan besar yang terlibat dalam perdagangan pilihan perduaan, perkara berikut adalah tidak dibenarkan:
Iklan untuk pilihan perduaan atau produk kewangan sinonim
Contoh (tidak menyeluruh): Iklan untuk pilihan digital, pilihan perduaan, digital 100, pilihan pulangan tetap, pilihan semua atau tidak
Produk kewangan spekulatif yang kompleks
Disebabkan kerumitan dan risiko yang wujud dalam perdagangan jenis produk kewangan yang berikut, kami hanya membenarkan produk ini diiklankan dalam keadaan terhad.
Produk kewangan spekulatif kompleks yang berikut hanya boleh diiklankan jika pengiklan ialah penyedia atau pengagregat berlesen, produk dan iklan mematuhi undang-undang tempatan dan standard industri serta akaun diperakui oleh Google.
Jika anda memenuhi keperluan, mohon untuk mendapatkan pensijilan. Jika anda ingin menyasarkan iklan kepada lebih daripada sebuah negara, serahkan permohonan yang berasingan untuk setiap negara atau kumpulan negara.
Kontrak untuk Perbezaan (CFD), pertaruhan sebaran kewangan, pasaran seketika pertukaran asing dan bentuk produk spekulatif yang berkaitan
Iklan untuk produk kewangan spekulatif kompleks dibenarkan di negara berikut:
Australia Austria Brazil Bulgaria Kanada Croatia Cyprus Czechia Denmark Estonia Finland Jerman Greece Hong Kong Hungary |
Iceland Indonesia Ireland Israel Itali Jepun Latvia Lithuania Luxembourg Malta Malaysia Belanda New Zealand Norway Poland |
Portugal Romania Rusia Singapura Slovakia Slovenia Afrika Selatan Sepanyol Sweden Switzerland Taiwan Turki Emiriah Arab Bersatu United Kingdom Amerika Syarikat |
Perkara berikut tidak dibenarkan:
Destinasi iklan yang menyediakan isyarat untuk perdagangan produk kewangan ramalan kompleks
Contoh (tidak menyeluruh): Isyarat, petua perdagangan atau maklumat perdagangan spekulatif; tapak ahli gabungan yang mengandungi kandungan berkaitan atau ulasan broker
Perkhidmatan pembaikan kredit
Kami mahu pengguna membuat keputusan termaklum tentang perkhidmatan yang ditawarkan untuk membantu mereka menangani kredit yang buruk. Untuk melindungi pengguna daripada amalan berbahaya, perkara berikut tidak dibenarkan:
Iklan untuk perkhidmatan pembaikan kredit
Dasar ini berkenaan dengan pengiklan yang menawarkan perkhidmatan pembaikan kredit secara langsung, penjana perintis dan pihak yang menghubungkan pengguna dengan perkhidmatan pembaikan kredit pihak ketiga.
Perkhidmatan hutang
Kami mahu pengguna membuat keputusan termaklum tentang perkhidmatan yang ditawarkan untuk membantu mereka menangani hutang yang terlalu banyak. Untuk melindungi pengguna daripada amalan penipuan dan berbahaya, kami hanya membenarkan pengiklanan bagi perkhidmatan hutang yang berikut di negara terpilih dan hanya jika (1) perkhidmatan dan iklan mematuhi undang-undang tempatan serta standard industri, dan (2) akaun tersebut diperakui oleh Google:
Iklan untuk perkhidmatan pelunasan hutang yang menawarkan perundingan dengan pemberi hutang bagi pembayaran sekali gus yang dikurangkan yang akan dianggap sebagai pembayaran penuh
Iklan untuk perkhidmatan pengurusan hutang yang menawarkan perundingan dengan pemberi hutang bagi pembayaran berkala, kadar faedah dan/atau yuran yang dikurangkan
Dasar ini berkenaan dengan pengiklan yang menawarkan perkhidmatan hutang ini secara langsung, penjana perintis dan pihak yang menghubungkan pengguna dengan perkhidmatan hutang pihak ketiga.
Jika anda memenuhi keperluan, mohon untuk mendapatkan pensijilan. Jika anda ingin menlaksanakan pengiklanan di lebih daripada satu negara, serahkan permohonan yang berasingan untuk setiap negara.
Negara yang diluluskan
Australia
Brazil
Kanada
Jerman
Jepun
Afrika Selatan
Korea Selatan
Sepanyol
United Kingdom
Amerika Syarikat
Mata wang kripto
Perkara berikut dibenarkan:Perniagaan yang tidak berkaitan dengan pembelian, pemegangan atau pertukaran mata wang kripto, tertakluk pada dasar Google Ads yang lain.
Contoh: Perniagaan yang menerima pembayaran dalam mata wang kripto, perkakasan perlombongan mata wang kripto, perkhidmatan cukai dan undang-undang, perkhidmatan sekuriti, platform yang bergantung pada blok rantai untuk operasi dan tidak memasarkan atau menjual mata wang kripto atau token, bahan pendidikan.
Produk dan perkhidmatan mata wang kripto yang berikut hanya boleh diiklankan jika pengiklan ialah penyedia berlesen, produk dan iklan mematuhi undang-undang tempatan serta standard industri, dan akaun diperakui oleh Google.
Bursa dan Dompet Mata Wang Kripto
Jika anda memenuhi keperluan, mohon untuk mendapatkan pensijilan. Jika anda ingin menyasarkan iklan kepada lebih daripada sebuah negara, serahkan permohonan yang berasingan untuk setiap negara.
Negara yang diluluskanIklan untuk bursa mata wang kripto dibenarkan di negara berikut:
Kanada Iklan untuk bursa dan dompet mata wang kripto dibenarkan di negara berikut:
Israel, Jepun, Amerika Syarikat
Perkara berikut tidak dibenarkan:Iklan untuk tawaran syiling awal, protokol perdagangan DeFi, atau juga mempromosikan pembelian, jualan atau perdagangan mata wang kripto atau produk yang berkaitan
Contoh (tidak menyeluruh): Prajualan atau tawaran awam ICO, pinjaman mata wang kripto, tawaran DEX awal, kelompok kecairan token, dompet perisian yang tidak dihoskan, DApps yang tidak dikawal selia
Destinasi iklan yang mengagregat atau membandingkan pengeluar mata wang kripto atau produk yang berkaitan
Contoh (tidak menyeluruh): Isyarat perdagangan mata wang kripto, nasihat pelaburan mata wang kripto; laman pengagregat atau ahli gabungan yang mengandungi kandungan berkaitan atau ulasan broker
Pengiklanan perkhidmatan kewangan di United Kingdom
Untuk memaparkan sebarang jenis iklan perkhidmatan kewangan di UK - termasuk memaparkan iklan kepada pengguna di UK yang sedang mencari perkhidmatan kewangan - pengiklan perlu disahkan oleh Google. Sebagai sebahagian daripada proses pengesahan, pengiklan mesti membuktikan bahawa mereka disahkan oleh Pihak Berkuasa Tatakelakuan Kewangan UK atau layak untuk salah satu pengecualian yang diterangkan di halaman pengesahan Perkhidmatan Kewangan UK. Harap maklum bahawa keperluan ini meliputi perkhidmatan kewangan yang dikawal selia oleh dan tidak dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Tatakelakuan Kewangan UK.
Pengiklan boleh memulakan pengesahan atau Google mungkin memerlukan pengiklan melengkapkan proses pengesahan tersebut. Pengiklan yang gagal melengkapkan langkah 2 daripada pengesahan dalam tempoh masa yang ditentukan akan menyebabkan akaun mereka dijeda. Ketahui lebih lanjut tentang pengesahan Perkhidmatan Kewangan UK.
Iklan yang berkaitan dengan kategori berikut tidak dianggap sebagai perkhidmatan kewangan untuk tujuan dasar ini, tetapi masih perlu mematuhi semua dasar Google Ads yang lain:
- Produk dalam skop dasar Perkhidmatan hutang kami
- Produk dalam skop dasar Produk kewangan spekulatif kompleks: kontrak untuk perbezaan, pasaran seketika pertukaran asing, pertaruhan spread kewangan*
- Perjudian (lihat dasar Perjudian dan Permainan kami)
- Produk dalam skop dasar Mata wang kripto, Pembaikan kredit dan Pilihan binari kami
*Iklan untuk kategori ini boleh menyasarkan pengguna di UK yang mencari perkhidmatan kewangan selagi mereka memenuhi dasar Produk kewangan spekulatif kompleks kami dan melengkapkan pengesahan, jika diminta oleh Google.