Membantu pengguna mematuhi Lei Geral de Proteção de Dados (LGPD)

Google mempunyai sejarah panjang dalam mengambil pendekatan yang mengutamakan pengguna dalam segala aktiviti yang kami lakukan. Sebagai sebahagian daripada komitmen kami kepada pengguna, kami tidak sekali-kali menjual maklumat peribadi dan memberikan ketelusan serta kawalan kepada pengguna ke atas pengalaman iklan mereka melalui alat seperti Akaun Saya, Mengapa Iklan ini dan Redamkan Iklan ini. Kami turut melabur dalam inisiatif seperti Coalition for Better Ads, Inisiatif Berita Digital, Inisiatif Google News dan ads.txt untuk menyokong ekosistem iklan yang sihat dan lestari serta membolehkan anda, iaitu penerbit kami, berkembang. 

Lei Geral de Proteção de Dados (LGPD) ialah undang-undang privasi Brazil baharu yang akan berkuat kuasa pada 16 Ogos 2020. Undang-undang ini berkuat kuasa pada pemprosesan data peribadi, yang boleh termasuk pengecam dalam talian, bagi pengguna yang berada di Brazil. Kami komited untuk menyokong pengiklan, penerbit dan rakan kongsi lain semasa mereka berusaha mematuhi LGPD dan akan bekerjasama dengan mereka untuk memastikan peralihan ini berjalan lancar. 

LGPD berkongsi banyak konsep dengan Peraturan Perlindungan Data Umum (GDPR) Eropah dan produk kami telah menyediakan ciri yang boleh digunakan oleh pelanggan untuk menyokong usaha pematuhan LGPD mereka, termasuk keupayaan untuk menyiarkan iklan tidak diperibadikan kepada pengguna serta membuat pilihan lain tentang pemprosesan data berdasarkan lokasi geografi pengguna.

Artikel ini memberikan butiran tambahan tentang cara kami dapat membantu anda mematuhi LGPD.

Kemaskinian kontrak

Kami sudah menawarkan syarat perlindungan data untuk GDPR dan Akta Privasi Pengguna California. Syarat GDPR menunjukkan status Google sebagai sama ada pemproses atau pengawal. Kami akan mengemas kini syarat perlindungan data sedia ada tersebut untuk menambah syarat khusus LGPD tambahan, yang berkuat kuasa 16 Ogos 2020. Status Google di bawah LGPD sebagai sama ada pengawal atau pemproses adalah sama seperti di bawah GDPR. Syarat LGPD akan disepadukan dalam syarat perlindungan data sedia ada kami, jadi tiada tindakan diperlukan untuk menerima syarat LGPD tersebut jika syarat perlindungan data sedia ada sudah membentuk sebahagian daripada kontrak anda.

Perubahan teknologi iklan pihak ketiga

Untuk tera yang disiarkan melalui Pengurus Ikan Google, AdSense dan AdMob

Untuk membantu penerbit Pengurus Iklan, AdSense dan AdMob dengan pematuhan LGPD mereka, kami mempunyai senarai Penyedia Teknologi Iklan yang telah:

  • Berkongsi maklumat tertentu yang diperlukan oleh LGPD.
  • Memberikan pautan yang menerangkan penggunaan data mereka yang boleh dikongsi oleh penerbit dengan pengguna mereka.
  • Bersetuju untuk mematuhi dasar penggunaan data kami.

Setakat 13 Ogos 2020, siaran iklan dalam Pengurus Iklan, AdSense atau AdMob telah dihadkan kepada set penyedia teknologi iklan bersijil ini untuk apa-apa permintaan iklan yang mempunyai IP berdasarkan Brazil.

Perubahan ini bermakna kempen Google Ads dan Display & Video 360 hanya akan memaparkan tera iklan di Brazil jika Penyedia Teknologi Iklan yang digunakan oleh pengiklan tersebut disertakan dalam senarai Penyedia Teknologi Iklan kami untuk Brazil. Mana-mana penyedia yang bekerjasama dengan pengiklan boleh menghubungi Google untuk mendapatkan pensijilan untuk disertakan dalam senarai Penyedia Teknologi Iklan, jika belum lagi disertakan.

Jika anda menggunakan produk pengiklanan Google, kami menggalakkan agar anda membuat pautan kepada Cara Google menggunakan maklumat daripada tapak atau apl yang menggunakan perkhidmatan kami (mis. daripada dasar privasi anda), yang menerangkan cara Google mengurus data dalam produk iklan kami. Berbuat demikian akan memberi pengguna maklumat tentang penggunaan data peribadi mereka oleh Google dan membantu dengan pematuhan terhadap kewajipan ketelusan anda.

Kawalan pengumpulan, pemadaman dan pengekalan data

Selain syarat LGPD yang dikemas kini, kami merancang untuk menawarkan kawalan produk untuk membantu pelanggan kami mematuhi LGPD mereka. Anda boleh merujuk maklumat di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ciri produk yang berkaitan untuk membantu anda mematuhi LGPD. Jika anda percaya perniagaan anda mungkin berada dalam skop LGPD, kami syorkan agar anda bekerjasama dengan penasihat undang-undang anda untuk menilai sama ada apa-apa perubahan diperlukan.

Senarai khalayak dalam Google Ads

Khalayak Padanan Pelanggan: Kami tidak mengekalkan fail data yang dimuat naik oleh pengiklan melebihi tempoh masa yang diperlukan untuk membuat khalayak Padanan Pelanggan dan memastikan pematuhan terhadap dasar kami (lihat Cara Google menggunakan data Padanan Pelanggan). Setelah proses tersebut dilengkapkan, kami akan memadamkan fail data yang dimuat naik dalam antara muka pengguna atau API. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara mengemas kini atau menggantikan khalayak Padanan Pelanggan sedia ada, lihat Kemas kini senarai pelanggan anda.

Pemasaran semula dengan menggunakan teg Google Ads atau Floodlight: Pengiklan mengawal pengguna yang ditambahkan dan tidak ditambahkan pada senarai pemasaran semula, serta tempoh masa pengguna berada dalam senarai. Jika anda menggunakan teg Google Ads atau Floodlight (dalam Google Marketing Platform) untuk pemasaran semula, terdapat banyak cara anda boleh memastikan bahawa teg tidak aktif bagi pengguna yang telah menyatakan bahawa mereka tidak mahu menerima iklan diperibadikan. Kami mengesyorkan agar anda berunding dengan juruweb anda tentang kemungkinan penyelesaian, termasuk Pengurus Google Tag atau teg tapak global. Jika anda menggunakan teg Google Analitis untuk pemasaran semula Google Ads, ketahui lebih lanjut di bahagian data Google Analitis di bawah.

Data Google Analitis

Google Analitis telah lama menyediakan ciri dan dasar untuk membolehkan anda melindungi data anda. Khususnya, ciri berikut mungkin berguna semasa anda menilai kesan LGPD untuk situasi unik dan pelaksanaan Analitis syarikat anda.

  • Pengekalan data: Gunakan kawalan Pengekalan Data untuk mengurus tempoh masa pengguna dan data peristiwa anda disimpan dalam pelayan kami.
  • Pengguna: API Pemadaman Pengguna membolehkan anda mengurus pemadaman data yang berkaitan dengan pengecam pengguna individu (mis. pelawat tapak) daripada sifat Google Analitis dan/atau Analitis 360 anda.
  • Sifat dan akaun: Pelanggan Google Analitis juga boleh memadamkan data untuk sifat dan/atau memadamkan data untuk akaun mereka.
  • Pemasaran semula: Pengiklan mengawal pengguna yang ditambahkan dan tidak ditambahkan pada senarai pemasaran semula. Jika anda menggunakan Google Analitis, anda dapat memastikan bahawa ciri pengiklanan dilumpuhkan bagi pengguna yang menyatakan bahawa mereka tidak mahu menerima iklan diperibadikan. Untuk melumpuhkan ciri pengiklanan bagi pengguna tersebut, termasuk ciri pemasaran semula dan pelaporan pengiklanan, lihat Lumpuhkan ciri pengiklanan dalam panduan Ciri Paparan.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
7116661268751695552
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false