Pastikan perniagaan anda ditemui di lebih banyak tempat melalui iklan Discovery

27 Mei 2020

Cara pengguna membeli-belah dan menemui jenama baharu telah berubah: suapan diperibadikan seperti berita, video dan sosial kini memainkan peranan yang penting dalam membantu pengguna mendapatkan inspirasi sepanjang perjalanan pengguna mereka. Bahkan, 85% pengguna berkata mereka mengambil tindakan dalam masa 24 jam selepas menemui produk, seperti membandingkan harga atau membuat pembelian.1 

Pada tahun lalu, kami telah memperkenalkan kempen Discovery untuk membantu anda menjangkau pengguna tersebut pada detik mereka bersedia untuk mempelajari tentang produk dan perkhidmatan baharu. Setakat bulan April, iklan Discovery tersedia secara umum kepada semua pengiklan di seluruh dunia.


Contoh iklan Discovery di YouTube, Discover dan Gmail

Dorong tindakan daripada khalayak yang kerap berinteraksi

Kempen Discovery membantu anda menjangkau sehingga 2.9 bilion pengguna semasa mereka menyemak imbas suapan di YouTube, menyemak tab Promosi dan Sosial pada Gmail dan menatal menerusi Discover untuk membaca topik kegemaran mereka. Dengan menggandingkan jangkauan yang luas ini dengan pembelajaran mesin Google dan pemahaman unik niat, jenama mendapati lebih mudah untuk berhubung dengan pelanggan baharu yang layak secara besar-besaran.

Brillen.de, sebuah pengeluar cermin mata dari Eropah mencari cara untuk meningkatkan janji temu pemeriksaan mata daripada pelawat tapak web yang terdahulu pada lewat tahun 2019. Selepas melakukan pemasaran semula kepada pelawat yang berinteraksi ini dan menggunakan peluasan khalayak, jenama tersebut menyaksikan peningkatan sebanyak 20% dalam kos setiap tuntunan dan kadar penukaran sehingga 300% lebih tinggi untuk melengkapi hasil Paparan mereka.

Dennis Wruck, Pengarah Pemasaran di syarikat induk, SuperVista AG berkata, "Kami mendapati agak mudah untuk menskalakan jangkauan media sosial kami kepada khalayak baharu menggunakan iklan Discovery—iklan kami mendorong prestasi yang hebat bersama-sama Carian dan Paparan."

Amalan Terbaik: Gunakan Pembidaan Pintar untuk mengoptimumkan prestasi iklan Discovery anda. Contohnya, jika matlamat anda adalah untuk mendorong lebih banyak penukaran, anda boleh menggunakan strategi Maksimumkan penukaran. Anda juga boleh menggunakan CPA Sasaran yang disyorkan berdasarkan prestasi akaun anda untuk mencapai matlamat pemasaran anda. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengoptimuman iklan Discovery, lihat senarai semak amalan terbaik kami.

Ilhamkan pengguna melalui kanvas baharu

Melalui kempen Discovery, anda boleh mempamerkan produk atau perkhidmatan anda menggunakan iklan yang kaya, tulen dan berkaitan. Berhubung dengan pengguna dan ilhamkan mereka agar mengambil tindakan menggunakan sama ada satu imej atau karusel imej–yang boleh membantu anda menceritakan kisah unik jenama anda semasa pengguna meleret menerusi setiap kad.


Contoh iklan Discovery menggunakan karusel berbilang imej

Mudah sahaja untuk bermula: Jika anda sudah menjalankan kempen media untuk sosial atau video, anda boleh mengolah semula imej dan pemesejan anda yang berkualiti tertinggi. Setelah iklan anda disiarkan, pembelajaran mesin Google kemudian akan mencari gabungan terbaik aset dan memaparkan aset tersebut secara asli merentas setiap produk Google.

Amalan terbaik Amalan Terbaik:  Muat naik pelbagai imej peleraian tinggi dalam saiz imej yang kami syorkan: 1200x628 dan 1200x1200. Ketahui lebih lanjut tentang garis panduan kreatif kami di Pusat Bantuan Google Ads.

Buka kunci cerapan tentang pelanggan anda

Kempen Discovery juga boleh membantu anda mengetahui lebih lanjut tentang pelanggan anda dan perkara yang mereka minati. Contohnya, katakan anda pemilik perniagaan jualan kenderaan yang menjalankan promosi istimewa Musim Panas. Dengan menggunakan laporan peringkat aset, anda mungkin mendapati imej SUV berwarna biru daripada jenama anda yang dilihat dari sisi berprestasi lebih baik daripada SUV sama yang berwarna merah dilihat dari depan. Anda kemudian boleh menggunakan cerapan ini untuk menyertakan lebih banyak imej berprestasi tertinggi SUV berwarna biru anda di seluruh kempen pemasaran anda yang lain.


Pelaporan peringkat aset untuk iklan Discovery

Selain itu, laporan peringkat khalayak membantu anda memahami pelanggan yang berkemungkinan besar berinteraksi dengan iklan anda, serta pelanggan yang berkemungkinan besar mengambil tindakan atau membuat pembelian. Contohnya, jenama pengubahsuaian rumah yang menggunakan khalayak dalam pasaran “Hartanah” dan “Rumah & Taman” mungkin mengalih keluar khalayak "Hartanah" jika mereka memperoleh lebih banyak penukaran daripada pengguna yang membeli-belah untuk kelengkapan rumah serta taman.

Untuk mendapatkan bantuan lanjut membuat kempen Discovery anda, lawati Pusat Bantuan Google Ads. Pastikan anda menyemak senarai semak amalan terbaik penuh dan memuat turun panduan kreatif kami untuk mendapatkan petua lanjut tentang memaksimumkan prestasi anda.

Disiarkan oleh Jerry Dischler, Naib Presiden, Platform Iklan & Produk Google
 

 

 

1. Google / Ipsos Connect, Kajian Penemuan Pengguna, A.S., Disember 2018, n daripada 2,001 pengguna AS yang berusia 18-54 tahun yang ke dalam talian sekurang-kurangnya sekali sebulan.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Achieve your advertising goals today!

Attend our Performance Max Masterclass, a livestream workshop session bringing together industry and Google ads PMax experts.

Register now

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
4548753200685721947
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false