Buat segmen khalayak daripada pengguna apl anda

Untuk memberikan paparan yang menyeluruh dan disatukan terhadap Khalayak anda dan menjadikan pengurusan khalayak serta pengoptimuman lebih ringkas, anda akan menemukan peningkatan yang berikut dalam Google Ads:

  • Pelaporan khalayak baharu
    Pelaporan terperinci tentang demografi khalayak, segmen dan pengecualian kini disatukan pada satu tempat. Klik ikon Kempen Campaigns Icon dan buka tab “Khalayak, kata kunci dan kandungan” dan klik Khalayak. Anda juga boleh mengurus Khalayak anda dengan mudah melalui halaman laporan ini. Ketahui lebih lanjut Perihal Pelaporan khalayak.
  • Istilah baharu
    Kami menggunakan istilah baharu pada laporan khalayak anda dan pada seluruh Google Ads. Contohnya, “jenis khalayak” (jenis ini termasuk khalayak tersuai, dalam pasaran dan perkaitan) kini dirujuk sebagai segmen khalayak dan “pemasaran semula” kini dirujuk sebagai “data anda”. Ketahui lebih lanjut tentang Kemaskinian istilah dan frasa Khalayak.

Apabila mengurus kempen yang menggunakan data anda untuk penyasaran khalayak, sebaik-baiknya anda boleh mengenal pasti dan mengiklankan kepada segmen khalayak tertentu. Dalam artikel ini, anda akan mengetahui cara membuat segmen data anda yang terdiri daripada pengguna apl berlainan. Klik untuk mengembangkan setiap bahagian di bawah.

Perlu diingat bahawa walapun anda membuat senarai, anda masih perlu memenuhi keperluan saiz untuk disiarkan dalam kempen Carian, Rangkaian Paparan Google, YouTube dan Discovery.

Nota: Anda boleh dengan mudah menyasarkan bakal pelanggan dengan kaedah dipermudah untuk membuat segmen data anda terdiri daripada pengguna apl. Perkara ini menambah pada perkara yang sudah tersedia dalam alat Pengurus khalayak anda.

Aliran yang diringkaskan ini membolehkan anda membuat segmen khalayak yang rumit dengan mudah dengan memaparkan semua tindakan apl yang tersedia dengan keupayaan untuk menggabungkan berbilang keadaan penyertaan dan pengecualian.

Semua pengguna kecuali pengguna yang telah melakukan tindakan tertentu

Untuk melihat sari kata dalam bahasa anda, hidupkan sari kata YouTube. Pilih ikon tetapan Imej ikon tetapan YouTube pada bahagian bawah pemain video, kemudian pilih "Sari Kata/SK" dan pilih bahasa anda.


Untuk kes penggunaan ini, anda akan menyertakan semua pengguna yang telah mengambil sebarang tindakan dan mengecualikan pengguna yang telah mengambil tindakan tertentu.

Nota: Arahan di bawah merupakan sebahagian daripada reka bentuk baharu untuk pengalaman pengguna Google Ads. Untuk menggunakan reka bentuk sebelumnya, klik ikon "Penampilan" dan pilih Gunakan reka bentuk sebelumnya. Jika anda masih menggunakan versi Google Ads yang sebelumnya, semak Peta rujukan pantas atau gunakan bar Carian pada bahagian atas panel navigasi Google Ads untuk menemukan halaman yang anda cari.
  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Alat Tools Icon.
  2. Klik menu lungsur Pustaka dikongsi dalam menu bahagian.
  3. Klik Pengurus khalayak.
  4. Klik butang tambah untuk menambahkan segmen khalayak.
  5. Pilih + Pengguna Apl dalam menu pilihan.
  6. Namakan segmen khalayak dalam medan “Nama segmen”.
  7. Pilih apl anda dalam menu lungsur "Apl".
  8. Pilih Sebarang Tindakan dan masukkan bilangan hari untuk menyertakan semua pengguna apl yang aktif dalam julat tersebut (lalai ialah 30 hari dan 540 hari ialah bilangan maksimum hari yang disokong).
  9. Klik Kecualikan Tindakan dan masukkan nama tindakan dan bilangan hari yang diperlukan.
  10. Ulang langkah sebelumnya untuk mengecualikan pengguna tambahan yang melakukan tindakan lain.
  11. Di bawah "Praisi pilihan", pilih antara mengisi terlebih dahulu senarai atau bermula dengan senarai kosong. Google Ads boleh mengisi terlebih dahulu senarai anda dengan pengguna yang telah berinteraksi dengan perniagaan anda dalam masa 30 hari sebelumnya.
  12. Tambahkan perihalan pilihan bagi segmen dalam medan segmen.
  13. Klik Buat segmen untuk menyimpan segmen data baharu ini.

Pengguna yang telah melakukan berbilang tindakan

Untuk melihat sari kata dalam bahasa anda, hidupkan sari kata YouTube. Pilih ikon tetapan Imej ikon tetapan YouTube pada bahagian bawah pemain video, kemudian pilih "Sari Kata/SK" dan pilih bahasa anda.


Untuk kes penggunaan ini, anda boleh menyertakan pengguna yang telah melakukan berbilang tindakan dengan menggabungkan setiap tindakan menggunakan fungsi DAN.

Nota: Arahan di bawah merupakan sebahagian daripada reka bentuk baharu untuk pengalaman pengguna Google Ads. Untuk menggunakan reka bentuk sebelumnya, klik ikon "Penampilan" dan pilih Gunakan reka bentuk sebelumnya. Jika anda masih menggunakan versi Google Ads yang sebelumnya, semak Peta rujukan pantas atau gunakan bar Carian pada bahagian atas panel navigasi Google Ads untuk menemukan halaman yang anda cari.
  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Alat Tools Icon.
  2. Klik menu lungsur Pustaka dikongsi dalam menu bahagian.
  3. Klik Pengurus khalayak.
  4. Klik butang tambah untuk menambahkan segmen khalayak.
  5. Pilih + Pengguna Apl dalam menu pilihan.
  6. Namakan nama segmen khalayak dalam medan 'Nama segmen'.
  7. Pilih apl anda dalam menu lungsur "Apl".
  8. Pilih nama tindakan dan masukkan bilangan hari yang diperlukan.
  9. Klik Tambah Tindakan (Dan) dan masukkan nama tindakan tambahan serta bilangan hari yang diperlukan.
  10. Ulang langkah sebelumnya untuk menyertakan pengguna yang melakukan tindakan tambahan.
  11. Di bawah "Praisi pilihan", pilih antara mengisi terlebih dahulu senarai atau bermula dengan senarai kosong. Google Ads boleh mengisi terlebih dahulu senarai anda dengan pengguna yang telah berinteraksi dengan perniagaan anda dalam masa 30 hari sebelumnya.
  12. Tambahkan perihalan pilihan bagi segmen dalam medan segmen.
  13. Klik Buat Segmen untuk menyimpan segmen data baharu ini.

Nota: Persediaan ini akan membuat segmen khalayak pengguna yang telah melakukan tindakan A dan juga tindakan B. Saiz segmen di sini cenderung menjadi kurang daripada senarai pengguna yang telah melakukan tindakan A ATAU tindakan B.

Pengguna yang melakukan satu tindakan tetapi bukan tindakan yang lain

Untuk melihat sari kata dalam bahasa anda, hidupkan sari kata YouTube. Pilih ikon tetapan Imej ikon tetapan YouTube pada bahagian bawah pemain video, kemudian pilih "Sari Kata/SK" dan pilih bahasa anda.


Untuk kes penggunaan ini, anda boleh menyertakan pengguna yang telah melakukan tindakan tertentu dan mengecualikan pengguna yang telah melakukan tindakan lain.

Nota: Arahan di bawah merupakan sebahagian daripada reka bentuk baharu untuk pengalaman pengguna Google Ads. Untuk menggunakan reka bentuk sebelumnya, klik ikon "Penampilan" dan pilih Gunakan reka bentuk sebelumnya. Jika anda masih menggunakan versi Google Ads yang sebelumnya, semak Peta rujukan pantas atau gunakan bar Carian pada bahagian atas panel navigasi Google Ads untuk menemukan halaman yang anda cari.
  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Alat Tools Icon.
  2. Klik menu lungsur Pustaka dikongsi dalam menu bahagian.
  3. Klik Pengurus khalayak.
  4. Klik butang tambah untuk menambahkan segmen khalayak.
  5. Pilih + Pengguna Apl dalam menu pilihan.
  6. Namakan nama segmen khalayak dalam medan 'Nama segmen'.
  7. Pilih apl anda dalam menu lungsur "Apl".
  8. Pilih nama tindakan untuk disertakan dan masukkan bilangan hari yang diperlukan (lalai ialah 30 hari dan 540 hari ialah bilangan maksimum hari yang disokong).
  9. Klik Kecualikan Tindakan dan masukkan nama tindakan dan bilangan hari yang diperlukan.
  10. Di bawah "Praisi pilihan", pilih antara mengisi terlebih dahulu senarai atau bermula dengan senarai kosong. Google Ads boleh mengisi terlebih dahulu senarai anda dengan pengguna yang telah berinteraksi dengan perniagaan anda dalam masa 30 hari sebelumnya.
  11. Tambahkan perihalan pilihan bagi segmen dalam medan segmen.
  12. Klik Buat Segmen untuk menyimpan segmen data baharu ini.

Pautan berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
2739133701064095215
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false