Sediakan percubaan tersuai

Anda boleh membuat percubaan tersuai daripada kempen asal anda dan membandingkan prestasi percubaan anda dengan kempen asal anda dari semasa ke semasa. Percubaan mengongsikan trafik (dan belanjawan) kempen asal anda dan membolehkan anda menguji perubahan pada kempen agar anda dapat membuat keputusan yang lebih termaklum tentang jenis taktik yang memberi anda pulangan pelaburan yang lebih baik.

Artikel ini menerangkan cara menyediakan percubaan tersuai. Anda juga boleh Menyediakan variasi iklan dan Menyediakan percubaan video. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, baca perihal halaman Percubaan.

Perkara untuk diketahui tentang percubaan tersuai

  • Percubaan tersuai hanya tersedia untuk kempen Carian, Paparan, Video dan Iklan Hotel. Anda tidak akan dapat membuat percubaan tersuai untuk kempen Apl atau Beli-belah.

    Sebelum anda cuba membuat percubaan tersuai, pastikan jenis iklan ditamatkan yang berikut telah dialih keluar daripada kempen asas:

    • Iklan Teks
    • Iklan Teks Dikembangkan

    Jenis iklan yang ditamatkan tidak boleh dibuat dalam percubaan.

  • Percubaan aset apl tersedia untuk kempen Apl. Ketahui lebih lanjut tentang cara Membuat percubaan aset Apl yang baharu.
  • Anda boleh menjadualkan hingga 5 percubaan bagi setiap kempen, namun anda hanya boleh menjalankan percubaan satu persatu.
  • Proses semakan iklan percubaan anda dan masa untuk iklan mula disiarkan mungkin mengambil masa sedikit, bergantung pada saiz kempen asal anda. Anda mungkin perlu menjadualkan percubaan anda agar bermula pada masa depan untuk mengelakkan percubaan anda bermula sebelum iklan anda disemak.
  • Anda boleh menentukan peratusan belanjawan kempen asal anda yang ingin anda peruntukkan pada percubaan anda. Untuk kempen Carian, anda juga boleh memisahkan percubaan anda mengikut pembahagian berdasarkan kuki atau pembahagian berdasarkan carian. Percubaan ini boleh membantu anda melihat versi kempen yang berprestasi lebih baik. Setelah itu, anda boleh memutuskan sama ada anda mahu pengguna melihat hanya percubaan atau kempen asal anda, atau menunjukkan kedua-dua jenis kempen secara rawak kepada pengguna.
  • Dalam kempen Paparan, kami sentiasa menggunakan pembahagian kuki untuk memastikan pengguna hanya melihat percubaan atau kempen asal anda.
  • Sambil percubaan anda berjalan, anda boleh memantau prestasi percubaan tersebut.
Nota untuk kempen Iklan Hotel: 
  • Strategi bidaan komisen setiap penginapan tidak disokong pada masa ini.
  • Apabila menggunakan bida lalai kumpulan iklan, pastikan anda mengemas kini nilai bidaan untuk setiap kumpulan hotel.

Sentiasa ingat

Jika anda membuat perubahan pada kempen asal anda, perubahan tersebut tidak akan dapat dilihat pada percubaan anda. Pentafsiran keputusan boleh menjadi lebih sukar sekiranya anda membuat perubahan pada sama ada kempen asal atau percubaan ketika percubaan anda sedang berjalan.

Jika anda memilih pilihan pembahagian berasaskan kuki dan anda menggunakan senarai khalayak, anda seharusnya mempunyai sekurang-kurangnya 10,000 pengguna dalam senarai untuk menjalankan percubaan tersuai. Jika anda mempunyai kurang daripada bilangan pengguna tersebut, keputusan anda mungkin kurang tepat.

Arahan

Sediakan percubaan tersuai

Nota: Arahan di bawah merupakan sebahagian daripada reka bentuk baharu untuk pengalaman pengguna Google Ads. Untuk menggunakan reka bentuk sebelumnya, klik ikon "Penampilan" dan pilih Gunakan reka bentuk sebelumnya. Jika anda masih menggunakan versi Google Ads yang sebelumnya, semak Peta rujukan pantas atau gunakan bar Carian pada bahagian atas panel navigasi Google Ads untuk menemukan halaman yang anda cari.
  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Kempen Campaigns Icon.
  2. Klik menu lungsur Kempen dalam menu bahagian.
  3. Klik Percubaan.
  4. Klik butang tambah pada bahagian atas “Semua jadual Percubaan” dan pilih Percubaan tersuai.
  5. Pilih Percubaan tersuai(lakukan percubaan dengan berbilang pengoptimuman kempen untuk sebarang kempen) dan klik Teruskan.
  6. Di bahagian "Sediakan percubaan", masukkan nama dan perihalan percubaan anda (pilihan). Percubaan anda tidak perlu berkongsi nama yang sama dengan kempen anda dan percubaan lain.
    1. Pilih kempen asal yang ingin anda uji dalam percubaan anda. Kami akan memaparkan kempen yang and apilih dan membuat percubaan secara automatik.
    2. Label kempen ujian anda dengan awalan untuk membezakan kempen tersebut daripada kempen asal. Kami akan menambahkan awalan pada semua kempen ujian anda. Contohnya, “Kempen 2 (Cuti_ujian)”.
    3. Klik Teruskan untuk menyelesaikan persediaan percubaan. Halaman seterusnya membolehkan anda membuat perubahan dan menjadualkan percubaan.
  7. Untuk membuat perubahan pada percubaan, pilih sehingga 2 matlamat untuk mengukur metrik kejayaan anda. Contohnya, pilih “Klik” dan “Tingkatkan” untuk matlamat pertama.
    Nota: Metrik kejayaan ini akan ditekankan dalam laporan kempen, walau bagaimanapun, anda masih akan melihat semua metrik lain semasa metrik tersebut dilaporkan seperti biasa.
    1. Di bahagian "Selisih eksperimen", pilih trafik dan belanjawan yang ingin anda gunakan untuk memisahkan percubaan anda. Kami syorkan agar anda menggunakan 50% untuk menyediakan perbandingan terbaik antara kempen asal dan percubaan.
    2. Pilih pilihan “Lanjutan” yang ingin anda gunakan dalam percubaan:
      • Berdasarkan kuki (disyorkan) menetapkan pengguna secara rawak pada sama ada kempen percubaan atau asal anda dan memastikan pengguna tertentu hanya melihat sama ada kempen asal atau percubaan.
      • Berdasarkan carian menetapkan pengguna secara rawak pada sama ada percubaan atau kempen asal anda setiap kali carian berlaku. Jika pengguna menjalankan berbilang carian, pengguna yang sama boleh melihat percubaan dan juga kempen asal anda. Pilihan ini mungkin memperoleh keputusan dengan keertian statistik lebih cepat daripada pembahagian berasaskan kuki.
  8. Di bahagian “Jadualkan percubaan”, pilih mula dan tempoh dalam "Tarikh percubaan". Program ini akan menentukan tarikh tamat.
  9. Klik Simpan untuk melengkapkan pembuatan percubaan. Percubaan anda kini lengkap dan sedia untuk dijalankan.
Nota: Selepas anda menyediakan dan menjadualkan percubaan tersuai, anda boleh memantau percubaan tersuai anda.

Betulkan masalah yang berlaku semasa membuat percubaan

Dalam keadaan tertentu, anda mungkin menghadapi ralat apabila cuba membuat percubaan. Berikut ialah beberapa sebab ralat ini boleh berlaku, bersama-sama dengan langkah yang boleh diambil untuk membetulkan ralat ini.

Tindakan yang boleh anda ambil apabila anda sudah bersedia untuk menamatkan percubaan anda

Jika anda berpuas hati dengan keputusan percubaan, anda boleh menggunakan percubaan anda pada kempen asal atau menukar percubaan anda kepada kempen baharu.

  • Jika anda menggunakan percubaan anda pada kempen asal anda, perubahan yang anda uji dalam percubaan anda akan digunakan pada kempen asal anda.
  • Selepas menukarkan percubaan anda kepada kempen baharu, pastikan anda menyemak kempen yang terhasil untuk memastikan semua perubahan digunakan dengan betul.

Dalam kedua-dua keadaan, data prestasi percubaan anda akan dikekalkan. Ketahui lebih lanjut tentang cara menggunakan percubaan anda

Jika anda memilih untuk menamatkan percubaan, anda boleh melakukannya dengan mengubah tarikh tamat agar percubaan anda dihentikan pada penghujung hari. Anda juga boleh mengklik Edit di penjuru kanan sebelah atas halaman dan memilih Tamatkan sekarang. Ketahui lebih lanjut tentang membuat perubahan pada percubaan anda

Nota: Kreatif dalam kempen yang berada dalam status "persediaan" atau "pembuatan" tidak akan melalui proses semakan. Sebagai hasil, status kreatif akan berada “Dalam Semakan” sehingga draf digunakan pada kempen asal.

Pautan berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
7939166721833547391
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false