Buat dan urus kempen daripada akaun pengurus anda

Daripada halaman Kempen pada akaun pengurus, anda boleh membuat kempen untuk akaun yang anda urus, serta bagi pelanggan akaun oleh sub-pengurus anda. Daripada halaman yang sama, anda juga boleh mengubah belanjawan, status dan nama kempen dengan pantas atau mara terus ke kempen untuk membuat perubahan. 

Perlu diingat

Untuk akaun yang besar terutamanya, halaman Kempen mungkin tidak dapat memaparkan data kempen pada paparan lalai yang menunjukkan semua akaun. Keadaan ini turut berlaku pada akaun yang pemilihan data masih terlalu banyak selepas ditapis. Jika keadaan ini berlaku, anda akan diminta menapis pemilihan anda kepada kumpulan akaun yang lebih kecil.

Sebelum anda bermula

Artikel ini menerangkan cara membuat dan mengurus kempen daripada akaun pengurus anda. Untuk mendapatkan latar belakang lanjut, anda boleh bermula dengan membaca tentang ciri ini dalam Perihal akaun pengurus.

Arahan

Buat kempen baharu

  1. Log masuk ke akaun pengurus Google Ads anda.
  2. Daripada menu halaman di sebelah kiri, klik Kempen.
  3. Klik butang tambah .
  4. Pilih akaun yang ingin anda gunakan untuk membuat kempen ini. Anda boleh mencari akaun mengikut nama akaun menggunakan medan teks atau menatal ke bawah untuk mencari akaun yang dikehendaki. 
  5. Pilih jenis kempen yang ingin dibuat.
  6. Teruskan untuk membuat kempen seperti yang anda lakukan dalam akaun Google Ads individu.

Ubah kempen sedia ada 

Untuk mengubah kempen sedia ada, log masuk ke akaun pengurus Google Ads terlebih dahulu dan daripada menu halaman di sebelah kiri, klik Kempen. Jika anda mempunyai lebih daripada 500 akaun, anda perlu menapis paparan anda dengan memilih akaun yang mengandungi kempen yang ingin anda ubah. Anda kemudian boleh melakukan perkara berikut:

Ubah status kempen anda kepada “Didayakan", "Dijeda" atau "Dialih keluar":

  1. Tandai kotak bersebelahan dengan kempen yang ingin anda buat perubahan.

  2. Klik Edit dan pilih status yang dikehendaki untuk kempen tersebut. Status baharu anda akan disimpan secara automatik.

Ubah belanjawan harian kempen anda:

  1. Tandai kotak bersebelahan dengan kempen yang ingin anda buat perubahan.
  2. Klik Edit dan pilih Ubah belanjawan. Ketahui lebih lanjut tentang menetapkan belanjawan kempen.
  3. Setelah anda membuat perubahan, anda boleh mengklik Pratonton untuk melihat perubahan anda sebelum menggunakan perubahan tersebut.
  4. Klik Gunakan untuk menyimpan perubahan anda.

Ubah nama kempen anda:

  1. Klik ikon pensel dalam lajur "Kempen" bagi kempen yang hendak diubah.
  2. Setelah membuat perubahan anda, klik Simpan.

Lompat ke kempen dan buat perubahan lain:

  1. Dalam lajur Kempen, klik nama kempen yang ingin anda buat perubahan.
  2. Buat perubahan pada kempen seperti yang anda lakukan dalam akaun Google Ads individu.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
7814955232592114000
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false