Buat dan urus kempen daripada akaun pengurus anda

Daripada halaman Kempen pada akaun pengurus, anda boleh membuat kempen untuk akaun yang anda urus, serta bagi pelanggan akaun oleh sub-pengurus anda. Daripada halaman yang sama, anda juga boleh mengubah belanjawan, status dan nama kempen dengan pantas atau mara terus ke kempen untuk membuat perubahan. 

Perlu diingat

Untuk akaun yang besar terutamanya, halaman Kempen mungkin tidak dapat memaparkan data kempen pada paparan lalai yang menunjukkan semua akaun. Keadaan ini turut berlaku pada akaun yang pemilihan data masih terlalu banyak selepas ditapis. Jika keadaan ini berlaku, anda akan diminta menapis pemilihan anda kepada kumpulan akaun yang lebih kecil.

Sebelum anda bermula

Artikel ini menerangkan cara membuat dan mengurus kempen daripada akaun pengurus anda. Untuk mendapatkan latar belakang lanjut, anda boleh bermula dengan membaca tentang ciri ini dalam Perihal akaun pengurus.

Arahan

Nota: Arahan di bawah merupakan sebahagian daripada reka bentuk baharu untuk pengalaman pengguna Google Ads. Untuk menggunakan reka bentuk sebelumnya, klik ikon "Penampilan" dan pilih Gunakan reka bentuk sebelumnya. Jika anda masih menggunakan versi Google Ads yang sebelumnya, semak Peta rujukan pantas atau gunakan bar Carian pada bahagian atas panel navigasi Google Ads untuk menemukan halaman yang anda cari.

Buat kempen baharu

  1. Log masuk ke akaun pengurus Google Ads anda.
  2. Klik menu lungsur Kempen dalam menu bahagian.
  3. Klik Kempen.
  4. Klik butang tambah .
  5. Pilih akaun yang mahu anda gunakan untuk membuat kempen ini. Anda boleh mencari akaun mengikut nama akaun menggunakan medan teks atau menatal ke bawah untuk mencari akaun yang dikehendaki.
  6. Pilih jenis kempen yang mahu dibuat.
  7. Teruskan untuk membuat kempen seperti yang anda lakukan dalam akaun Google Ads individu.

Ubah kempen sedia ada

Untuk mengubah kempen sedia ada, mula-mula log masuk ke akaun pengurus Google Ads dan daripada menu halaman di sebelah kiri, klik Kempen. Jika anda mempunyai lebih daripada 500 akaun, anda perlu menapis paparan anda dengan memilih akaun yang mengandungi kempen yang mahu anda ubah. Kemudian anda boleh melakukan perkara yang berikut:

Ubah status kempen anda kepada “Didayakan", "Dijeda" atau "Dialih keluar":

  1. Tandai kotak bersebelahan kempen yang mahu diubah.

  2. Klik Edit dan pilih status yang dikehendaki untuk kempen tersebut. Status baharu anda akan disimpan secara automatik.

Ubah belanjawan harian kempen anda:

  1. Tandai kotak bersebelahan kempen yang mahu diubah.
  2. Klik Edit dan pilih Ubah belanjawan. Ketahui lebih lanjut tentang menetapkan belanjawan kempen.
  3. Selepas membuat perubahan, anda boleh mengklik Pratonton untuk melihat perubahan anda sebelum menggunakan perubahan tersebut.
  4. Klik Gunakan untuk menyimpan perubahan anda.

Ubah nama kempen anda:

  1. Klik ikon pensel dalam lajur "Kempen" untuk kempen yang mahu diubah.
  2. Selepas membuat perubahan anda, klik Simpan.

Langkau kepada kempen dan buat perubahan lain:

  1. Dalam lajur "Kempen", klik nama kempen yang mahu anda ubah.
  2. Buat perubahan pada kempen seperti yang anda lakukan dalam akaun Google Ads individu.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
13354679002218925798
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false