Perihal ramalan Perancang Kata Kunci

Untuk mengakses Perancang Kata Kunci:

  • Akaun anda mesti menggunakan Mod Pakar. Anda tidak akan dapat mengakses Perancang Kata Kunci jika akaun anda menggunakan Mod Pintar.
  • Anda mesti melengkapkan persediaan akaun anda dengan memasukkan maklumat pengebilan anda dan membuat kempen. Jika anda belum lagi bersedia untuk membelanjakan wang, anda boleh memilih untuk menjeda kempen anda.

Anda boleh menggunakan Perancang Kata Kunci untuk mendapatkan cerapan tentang kemungkinan prestasi kata kunci. Google mendapatkan data carian sejarah untuk membuat anggaran tentang hasil yang mungkin anda peroleh daripada set kata kunci berdasarkan perbelanjaan anda. Ramalan ini membolehkan anda menentukan cara menghimpunkan kata kunci anda dan menetapkan bida anda.

Artikel ini menunjukkan kepada anda perkara yang boleh anda pelajari daripada ramalan dan data carian sejarah anda, serta cara membetulkan isu penyelesaian masalah.

Ramalan

Ramalan tera anda mengambil kira bida, belanjawan, kemusiman dan kualiti iklan sejarah untuk menganggarkan prestasi masa depan. Apabila anda menggunakan Perancang Kata Kunci untuk mendapatkan ramalan bagi kata kunci, anda akan melihat ikhtisar ramalan tersebut pada graf dan ramalan yang lebih terperinci dalam jadual, serta maklumat tentang jenis bida yang mungkin membolehkan anda mencapai matlamat perniagaan anda.

Halaman "Ramalan" menunjukkan ramalan untuk rancangan anda, yang dipecahkan mengikut kata kunci teratas, lokasi dan peranti. Maklumat dipaparkan dalam papan pemuka yang jelas dan anda boleh menukar parameter pada setiap ramalan untuk mendapatkan cerapan terperinci tentang potensi kejayaan rancangan anda.

Di bahagian atas halaman "Ramalan", anda juga akan ditunjukkan bida lalai, yang boleh anda ubah dengan memilih titik yang berlainan pada graf atau dengan memasukkan bidaan dalam medan di bahagian teratas halaman. Perkara ini membolehkan anda melihat prestasi kata kunci anda dengan bida yang lebih tinggi atau lebih rendah. Bida lalai adalah berdasarkan:

  • Rancangan anda yang sebelumnya (jika ada);
  • Purata kos setiap klik (KSK) maksimum daripada kumpulan iklan KSK manual akaun anda, atau;
  • Purata CPC maksimum merentas semua kumpulan iklan pembidaan manual dengan mata wang yang sama.

Maksud ramalan kata kunci anda

  • Klik: Bilangan klik yang mungkin diterima oleh iklan anda setiap hari jika kata kunci mencetuskan iklan.
  • Kos: Purata amaun yang mungkin anda belanjakan setiap hari untuk kata kunci ini.
  • Tera: Kekerapan iklan anda mungkin dipaparkan dalam sehari. Tera dikira setiap kali iklan dipaparkan di halaman hasil carian.
  • Kadar klikan ("CTR"): Nisbah bilangan klik yang mungkin diterima oleh iklan anda dibahagikan dengan kekerapan iklan anda mungkin dipaparkan (yang dipanggil tera).
  • Purata kos setiap klik ("Prt. KSK"): Amaun purata yang mungkin anda bayar untuk klik. Amaun akhir yang dicaj pada anda untuk klik dilaraskan secara automatik dan ini dikenali sebagai kos setiap klik sebenar (KSK sebenar) anda, jadi anda hanya membayar satu sen lebih daripada jumlah minimum yang diperlukan untuk mengekalkan kedudukan iklan anda. Oleh itu, amaun yang dipaparkan mungkin lebih rendah daripada julat ramalan kos keseluruhan untuk semua kata kunci atau bida KSK yang telah ditetapkan untuk kumpulan iklan anda.

Nota

Perlu diingat bahawa statistik sejarah seperti purata carian bulanan hanya dipaparkan untuk padanan tepat. Contohnya, katakan kata kunci anda ialah "coklat hitam". Jika anda ingin menyemak purata carian bulanan kata kunci, anda akan ditunjukkan statistik padanan tepat sama tidak kira sama ada anda menggunakan jenis padanan am, frasa atau tepat dengan "coklat hitam". Ramalan trafik seperti klik dan kos turut mengambil kira jenis padanan kata kunci. Sebagai contoh, jika anda mendapat ramalan untuk senarai kata kunci padanan am, apa-apa pertindihan antara kata kunci tersebut akan diambil kira.

Kata kunci disimpan

Apabila anda menggunakan Perancang Kata Kunci untuk mendapatkan metrik sejarah bagi kata kunci atau kempen, anda akan melihat statistik terperinci dalam jadual yang membolehkan anda memilih kata kunci untuk digunakan dalam kempen anda. Perlu diingat bahawa ramalan mengambil kira bida, belanjawan, kemusiman dan faktor lain, sementara metrik sejarah tidak berbuat demikian.

Maksud metrik sejarah anda

  • Purata carian bulanan ("Prt. carian bulanan"): Purata kekerapan pengguna telah mencari kata kunci dan varian hampir kata kunci tersebut berdasarkan tetapan julat bulan serta lokasi dan Rangkaian Carian yang anda pilih. Anda boleh menggunakan maklumat ini untuk melihat kepopularan kata kunci anda pada masa yang berlainan dalam setahun. Secara lalai, bilangan carian untuk istilah (tidak kira bahasa) dipuratakan sepanjang tempoh 12 bulan.
  • Persaingan: Bilangan pengiklan yang memaparkan iklan untuk setiap kata kunci berbanding semua kata kunci merentas Google. Harap maklum bahawa data ini adalah khusus kepada sasaran lokasi dan Rangkaian Carian yang telah anda pilih. Dalam lajur Persaingan, anda boleh melihat sama ada persaingan untuk kata kunci adalah rendah, sederhana atau tinggi.
  • Bida bahagian teratas halaman (julat rendah): Julat bida lebih rendah—anggaran 20 persentil—yang telah dibayar oleh pengiklan sebelum ini untuk bida bahagian teratas halaman kata kunci, berdasarkan lokasi dan tetapan Rangkaian Carian anda.
  • Bida bahagian teratas halaman (julat tinggi): Julat bida lebih tinggi—anggaran 80 persentil—yang telah dibayar oleh pengiklan sebelum ini untuk bida bahagian teratas halaman kata kunci, berdasarkan lokasi dan tetapan Rangkaian Carian anda.
  • Bahagian teraan organik (“Bahagian tera organik”): Peratus kekerapan penyenaraian daripada tapak web anda dipaparkan dalam carian web untuk kata kunci. Perkara ini dikira dengan membahagikan bilangan carian web yang memaparkan penyenaraian daripada tapak web anda dengan jumlah bilangan carian untuk idea kata kunci tersebut.
  • Bahagian teraan iklan: Bilangan tera yang telah anda terima dibahagikan dengan jumlah bilangan carian untuk lokasi dan rangkaian yang anda sasarkan, yang benar-benar sepadan dengan kata kunci dalam bulan kalendar yang lalu. Perlu diingat bahawa lajur bahagian teraan iklan dalam Perancang Kata Kunci adalah berbeza dengan lajur bahagian teraan dan bahagian teraan padanan tepat dalam pengurusan kempen, yang berdasarkan jumlah teraan yang layak anda terima untuk kata kunci. Dalam Perancang Kata Kunci, bahagian teraan iklan adalah berdasarkan jumlah carian untuk kata kunci tepat. Apabila anda melihat sengkang (-) dalam lajur bahagian teraan iklan, ini bermakna data tidak mencukupi untuk mengira angka ini.

An animation demonstrating how to access performance charts in Keyword Planner.

Perkara yang perlu diingat berhubung metrik sejarah anda

  • Statistik volum carian anda akan dibulatkan. Ini bermakna bahawa apabila anda mendapat idea kata kunci untuk berbilang lokasi, jumlah carian mungkin tidak bersamaan dengan jumlah yang anda jangkakan.
  • Trafik web dipengaruhi oleh kemusiman, peristiwa semasa dan beberapa faktor yang lain. Oleh yang demikian, jumlah carian pada kata kunci anda sentiasa berubah-ubah.
  • Ramalan kata kunci membolehkan anda menentukan prestasi anggaran anda. Ramalan tera anda mengambil kira bida, belanjawan, kemusiman dan kualiti iklan sejarah tetapi statistik volum carian anda tidak berbuat demikian. Selain itu, bilangan carian anda ditentukan untuk padanan kata kunci tepat sahaja sementara tera anggaran anda adalah berdasarkan jenis padanan yang anda pilih.
  • Statistik julat bida membolehkan anda memutuskan kata kunci yang hendak digunakan untuk kempen. Statistik julat bida atau "bida bahagian teratas atas halaman (julat rendah)" dan "bida bahagian teratas atas halaman (julat tinggi)", juga membolehkan anda memilih bida yang berkesan untuk kata kunci anda. Statistik julat bida mengambil kira bida yang menyebabkan iklan dipaparkan antara iklan di bahagian teratas halaman pertama hasil carian.
  • Statistik julat bida memaparkan maklumat bida dari 30 hari lalu. Anda mungkin tidak melihat statistik julat bida untuk kata kunci yang mempunyai maklumat bida sejarah yang terhad. Memandangkan pemaparan iklan di bahagian teratas halaman pertama hasil carian adalah berdasarkan gabungan bida, skor kualiti dan faktor lain, anda boleh menggunakan metrik ini untuk melaraskan bida anda berkaitan dengan skor kualiti kata kunci anda.

Betulkan isu dengan ramalan trafik

Dalam sesetengah keadaan, ramalan trafik yang anda lihat dalam Perancang Kata Kunci mungkin kelihatan lebih rendah daripada jangkaan atau berlainan daripada trafik sebenar yang diterima oleh iklan anda. Selain itu, anda mungkin tidak melihat ramalan trafik sama sekali.

Baca di bawah untuk mengetahui sebab anda tidak melihat ramalan trafik dalam Perancang Kata Kunci dan perkara yang boleh anda lakukan untuk membetulkan masalah tersebut.

Ramalan rendah

Apabila anda menggunakan Perancang Kata Kunci, anda akan melihat anggaran bilangan klik dan tera yang anda terima setiap hari. Biasanya dengan meningkatkan bida kos setiap klik (KSK), anda boleh meningkatkan hasil anda. Walau bagaimanapun, anda mungkin mendapati bahawa meningkatkan bida KSK anda tidak banyak mempengaruhi ramalan trafik anda. Situasi ini mungkin berlaku atas sebab berikut:
  • Prestasi iklan sejarah: Dalam pengiraan anggaran, Perancang Kata Kunci mengambil kira sampel prestasi iklan sejarah untuk iklan anda dan iklan lain yang menggunakan kata kunci yang serupa. Jika kadar klikan (CTR) keseluruhan untuk sampel ini sentiasa rendah, anda akan melihat ramalan klik yang lebih rendah dalam ramalan anda. Cuba tingkatkan CTR anda, ini mungkin meningkatkan ramalan anda pada masa hadapan.
  • Analisis carian: Untuk menyediakan ramalan trafik yang tepat, corak kata kunci dan carian akan dipantau. Apa-apa ramalan rendah yang anda peroleh mungkin disebabkan oleh pengguna jarang mencari kata kunci atau frasa kata kunci tertentu anda. Dalam keadaan ini, tambahkan lebih banyak kata kunci atau gabungan kata kunci. Untuk berbuat demikian, klik Idea kata kunci dalam menu halaman di sebelah kiri.
  • Dasar Rangkaian Google: Tapak yang bersekutu dengan Google untuk memaparkan iklan (rakan kongsi carian) mempunyai dasar yang berlainan untuk jenis iklan yang boleh dipaparkan di halaman atau produk mereka. Contohnya, sesetengah rakan kongsi carian hanya menerima iklan yang tidak mempunyai pengehadan kandungan seks. Perancang Kata Kunci mengambil kira variasi dasar ini dalam kalangan rakan kongsi carian dan memaparkan ramalan dengan sewajarnya. Walaupun pengiklanan di Rangkaian Carian boleh meningkatkan pendedahan anda kepada bakal pelanggan, trafik ramalan yang anda lihat mungkin tidak selalunya mencerminkan hal ini.

Trafik yang diperoleh iklan anda adalah berbeza berbanding ramalan Perancang Kata Kunci

Perancang Kata Kunci menggunakan maklumat daripada sistem iklan dinamik untuk mengunjurkan hasil yang mungkin di Google dan rakan kongsi carian bagi kata kunci tersebut. Berikut ialah beberapa sebab ramalan trafik anda mungkin berbeza daripada hasil sebenar anda:
  • Anda membuat akaun Google Ads baru-baru ini: Jika anda pengiklan baharu, ramalan anda didasarkan pada data purata sejarah untuk semua pengiklan kerana belum ada data yang mencukupi tentang perniagaan khusus anda. Anda akan melihat purata kasar untuk panduan anda sehingga lebih banyak data tersedia tentang prestasi iklan anda.
  • Iklan anda disiarkan di Rangkaian Paparan: Ramalan anda adalah untuk Rangkaian Carian dan tidak merangkumi ramalan bagi bilangan klik yang mungkin diterima oleh iklan anda di Rangkaian Paparan, termasuk peletakan yang anda pilih. Anda boleh menjangkakan lebih banyak trafik daripada yang diramalkan jika iklan anda disiarkan di Rangkaian Paparan juga.
  • Anda menyasarkan kawasan geografi yang kecil: Anda mungkin memperoleh ramalan yang kurang tepat jika anda menyasarkan lokasi geografi yang kecil. Perkara ini cuma disebabkan data yang kurang untuk dijadikan asas ramalan.
  • Anda mempunyai kata kunci yang sama atau hampir serupa dalam kempen yang berlainan: Tidak kira bilangan iklan yang telah anda siarkan menggunakan satu kata kunci, hanya satu iklan akan dipaparkan kepada anda di setiap halaman hasil carian. Ini bermakna jika anda mempunyai kata kunci yang sama atau serupa dalam kumpulan iklan atau kempen yang berbeza, kata kunci anda akan bersaing antara satu sama lain. Walaupun Perancang Kata Kunci cuba mengambil kira persaingan antara kata kunci yang serupa dan sama yang dipaparkan merentas kumpulan iklan dalam kempen yang sama, ramalan untuk kata kunci ini mungkin kurang tepat. Perancang Kata Kunci tidak melihat kata kunci merentas kempen, jadi persaingan merentas kempen tidak akan diambil kira dalam ramalan anda.
  • Rancangan atau senarai kata kunci anda mengandungi kata kunci yang serupa dengan kata kunci yang digunakan untuk menyediakan ramalan trafik: Jika anda menganggarkan klik untuk 2 atau beberapa kata kunci yang serupa, Perancang Kata Kunci cuba meramalkan cara trafik akan dibahagikan antara istilah yang bertindih. Oleh itu, ramalan anda akan menjadi kurang tepat.
  • Data selama seminggu penuh dipuratakan untuk menyediakan ramalan harian: Ramalan dibuat berdasarkan data seminggu dan dipuratakan untuk menyediakan ramalan harian. Trafik harian akan berbeza-beza, jadi pertimbangkan purata untuk seminggu dan bukannya ramalan sehari.

Pautan berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
4945418306445396871
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false