Cara segmen data anda berfungsi

Untuk memberikan paparan yang menyeluruh dan disatukan terhadap Khalayak anda dan menjadikan pengurusan khalayak serta pengoptimuman lebih ringkas, anda akan menemukan peningkatan yang berikut dalam Google Ads:

  • Pelaporan khalayak baharu
    Pelaporan terperinci tentang demografi khalayak, segmen dan pengecualian kini disatukan pada satu tempat. Klik ikon Kempen Campaigns Icon dan buka tab “Khalayak, kata kunci dan kandungan” dan klik Khalayak. Anda juga boleh mengurus Khalayak anda dengan mudah melalui halaman laporan ini. Ketahui lebih lanjut Perihal Pelaporan khalayak.
  • Istilah baharu
    Kami menggunakan istilah baharu pada laporan khalayak anda dan pada seluruh Google Ads. Contohnya, “jenis khalayak” (jenis ini termasuk khalayak tersuai, dalam pasaran dan perkaitan) kini dirujuk sebagai segmen khalayak dan “pemasaran semula” kini dirujuk sebagai “data anda”. Ketahui lebih lanjut tentang Kemaskinian istilah dan frasa Khalayak.

Segmen data anda termasuk koleksi pelawat laman web atau pengguna apl yang dikumpulkan dengan coretan kod yang ditambahkan di laman atau apl anda. Apabila anda membuat segmen (atau segmen data), anda menetapkan peraturan untuk keadaan yang menyebabkan pelawat atau pengguna ditambahkan pada segmen. Anda juga menentukan tempoh keahlian bagi jangka masa yang anda mahu untuk pelawat atau pengguna berada dalam segmen anda. Anda perlu menambahkan segmen ini pada penyasaran kumpulan iklan kempen anda supaya anda boleh memaparkan iklan kepada pelawat atau pengguna yang berada dalam segmen anda.

Jika anda telah menyediakan teg Google untuk menjejak pelawat laman web, anda akan melihat tag tersebut terdiri daripada teg Google dan coretan peristiwa. Ketahui cara menyediakan penjejakan penukaran untuk laman web anda

Artikel ini mengandungi maklumat untuk membantu anda memahami cara segmen data anda berfungsi.

Sebelum anda bermula

Jika anda tidak biasa dengan cara menyasarkan semula pengguna yang sebelum ini berinteraksi dengan laman web atau apl mudah alih, anda perlu membaca tentang menyediakan data anda.

Nota: Google Ads tidak membenarkan pelaksanaan tag di halaman yang berkaitan dengan tawaran yang dibatasi dasar. Ketahui lebih lanjut tentang dasar Pengiklanan diperibadikan

Perihal pelawat laman web

Pelawat ditambahkan pada segmen data anda dalam masa beberapa saat selepas melawat halaman menggunakan sama ada teg Google atau dengan teg Google dan juga coretan peristiwa. Setiap kali seseorang melawat halaman di laman anda yang mengandungi coretan peristiwa, cap masa pelawat dikemas kini agar beliau kekal berada dalam segmen selama tempoh masa yang ditentukan oleh tempoh keahlian.

Jika pengguna melawat berbilang halaman di laman web anda yang mengandungi coretan peristiwa, mereka boleh ditambahkan pada berbilang segmen pelanggan. Apabila ini berlaku, semua iklan yang termasuk dalam kempen untuk segmen tersebut layak disiarkan. Iklan dengan kedudukan iklan yang tertinggi kemudiannya akan bersaing untuk peletakan dalam lelongan.

Pelawat atau pengguna

Apabila anda membuat segmen buat pertama kali, senarai itu tidak mengandungi pelawat atau pengguna. Setelah pengguna melawat laman web anda atau menggunakan apl mudah alih anda, mereka akan ditambahkan pada segmen itu berdasarkan peraturan yang anda tetapkan. Anda perlu memastikan anda telah menandai laman web anda atau mendayakan penjejakan data anda pada apl mudah alih anda supaya pelawat atau pengguna tersebut dapat ditambahkan pada segmen anda.

Peraturan

Peraturan adalah keadaan yang mesti dipenuhi agar pelawat atau pengguna dapat ditambahkan pada segmen data anda. Anda boleh menggunakan peraturan untuk membuat segmen data yang melebihi segmen lalai yang Google Ads buatkan untuk anda.

Contoh

Katakan sebuah syarikat penerbangan mahu menyiarkan iklan tentang tawaran penerbangan kepada pengguna yang telah melawat halaman produk pada laman web syarikat itu pada bulan yang lalu. Syarikat penerbangan itu membuat segmen "Tawaran penerbangan" bersama tempoh keahlian selama 30 hari dan peraturan untuk mengumpulkan semua pelawat ke halaman web yang mempunyai URL berakhir dengan "tawaran-penerbangan.html." Apabila pengguna melawat halaman tawaran penerbangan ini, mereka akan ditambahkan pada segmen "Tawaran penerbangan" yang syarikat penerbangan itu boleh sasarkan dengan kempen iklan tentang tawaran penerbangan.

Untuk mendapatkan arahan terperinci tentang peraturan, lihat Gunakan peraturan untuk menjangkau pelawat laman web anda.

Saiz segmen data anda

Keperluan untuk menyiarkan iklan anda berbeza-beza berdasarkan rangkaian sasaran. Ketepatan anggaran saiz segmen berbeza-beza bergantung pada tetapan segmen anda, tempoh masa sejak tag anda dipasang, tetapan kempen anda dan faktor lain.

  • Rangkaian Paparan Google mesti mempunyai sekurang-kurangnya 100 pelawat atau pengguna aktif sepanjang 30 hari lalu.
  • Rangkaian Carian Google mesti mempunyai sekurang-kurangnya 1,000 pelawat atau pengguna aktif sepanjang 30 hari lalu.
  • YouTube mesti mempunyai sekurang-kurangnya 1,000 pelawat atau pengguna aktif sepanjang 30 hari lalu.
  • Iklan Discovery mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 1,000 pelawat atau pengguna aktif sepanjang 30 hari yang lalu.

"Pengguna aktif" (atau "Pengguna" sahaja) ialah bilangan orang yang berinteraksi dengan laman atau apl anda.

Jika anda menghadapi masalah mengurus segmen data anda:

Nota: Hanya pengguna yang log masuk ke Gmail akan ditambahkan pada segmen data Gmail.

Status segmen

Apabila anda membuat segmen data anda menggunakan pengguna yang pernah melawat laman web anda dan menggunakan apl, anda dapat memutuskan sama ada senarai tersebut "Tertutup" atau "Terbuka". Anda boleh mengubah status ini pada bila-bila masa — status tersebut tidak akan mempengaruhi coretan peristiwa atau tetapan segmen anda. Walau bagaimanapun, jika anda menetapkan segmen kepada "Tertutup" dan tempoh keahlian adalah terlalu pendek, segmen tersebut mungkin akan menjadi terlalu kecil untuk digunakan dalam penyasaran.

  • Tertutup: Perkara ini bermakna bahawa segmen anda tidak akan terus berkembang dan menambah lebih banyak pengguna atau pelawat. Penyasaran anda juga masih akan berfungsi — tetapi saiz khalayak yang anda sasarkan tidak akan meningkat.
  • Terbuka: Status ini bermakna bahawa segmen anda sedang berkembang. Google Ads akan terus menambahkan lebih banyak pelawat atau pengguna pada segmen anda. Perlu diingati, jika anda tidak menggunakan segmen tersebut dalam kempen atau penyasaran kumpulan iklan anda selama 540 hari, Google Ads akan menutup senarai tersebut secara automatik. Namun begitu, anda boleh membuka semula segmen pada bila-bila masa dan senarai tersebut akan mula menambah semula pengguna.

Tempoh keahlian

Anda boleh menetapkan tempoh keahlian bagi jangka masa untuk pelawat atau pengguna berada dalam segmen anda. Pelawat atau pengguna akan dialih keluar daripada segmen anda apabila keahlian mereka telah tamat tempoh, melainkan mereka menggunakan laman web atau apl anda semula (dalam keadaan ini, tempoh keahlian itu akan dimulakan kembali mengikut jangka masa yang telah anda tetapkan). Anda bertanggungjawab mematuhi mana-mana batasan tempoh di bawah undang-undang yang berkenaan.

Rangkaian Tempoh lalai Tempoh maksimum
Rangkaian Paparan 30 hari 540 hari
Carian Google 30 hari 540 hari
  • Jika anda menetapkan tempoh yang melebihi tempoh maksimum, pelawat atau pengguna akan dialih keluar daripada segmen data apabila mencapai tempoh maksimum.
  • Jika anda mengubah tempoh keahlian segmen, saiz semgne yang anda lihat dalam akaun Google Ads anda mungkin tidak tepat buat sementara waktu.
  • Jika anda mengubah tempoh keahlian selepas segmen telah mengumpulkan pelawat atau pengguna, tempoh yang baharu itu digunakan pada semua pelawat atau pengguna semasa dan yang akan datang dalam segmen tersebut. Sebagai contoh, jika tempoh anda ialah 60 hari dan anda memendekkan tempoh tersebut kepada 30 hari, sesiapa yang menyertai segmen tersebut 31 - 60 hari yang lalu akan dialih keluar. Sebaliknya, jika tempoh anda ialah 30 hari dan anda melanjutkan tempoh tersebut kepada 60 hari, sesiapa sahaja yang berada dalam segmen akan kekal dalam segmen sehingga 60 hari.

Anda hendaklah memilih tempoh yang berkaitan dengan jangka masa yang anda jangkakan iklan anda masih berkaitan dengan pelawat. Secara amnya, tempoh keahlian hendaklah serupa dengan tempoh kitaran jualan anda.

Segmen tidak aktif

Jika segmen (atau segmen data) anda tidak digunakan dalam penyasaran anda selama 540 hari, senarai tersebut akan ditetapkan kepada status "Tertutup" secara automatik. Segmen ini tidak akan menambahkan lebih banyak pelawat atau pengguna, tetapi senarai tersebut masih akan dapat dilihat dalam jadual Khalayak anda. Anda boleh membuka semula segmen data anda pada bila-bila masa dan pengguna akan ditambahkan semula pada segmen tersebut.

Contoh

Jika anda menjual tiket wayang, anda mungkin perlu menetapkan tempoh keahlian selama beberapa hari. Walau bagaimanapun, jika anda menjual kereta, anda mungkin perlu memilih tempoh keahlian selama beberapa bulan kerana biasanya orang mengambil masa yang agak lama sebelum membuat keputusan untuk membeli kereta.

Begitu juga jika anda menjual hadiah Hari Valentine. Anda boleh memilih tempoh keahlian selama setahun dan ditambahkan dengan beberapa hari lagi supaya anda boleh menjangkau pelanggan dalam segmen anda bagi Hari Valentine pada tahun berikutnya.

Pautan berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
14441417092717570642
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false