Perihal penyasaran peletakan

Untuk membantu anda menjangkau lebih ramai bakal pelanggan, kini iklan anda akan dipaparkan pada kandungan yang sepadan dengan mana-mana topik, peletakan atau kata kunci Paparan/Video/Carian yang anda sasarkan. Sebagai contoh, jika anda menyasarkan “basikal” sebagai topik dan “berbasikal” sebagai kata kunci Paparan/Video/Carian, iklan anda akan dipaparkan pada kandungan yang sepadan dengan mana-mana perkara tersebut.

Anda juga akan mendapati bahawa penyasaran kontekstual diringkaskan menjadi satu halaman dalam Google Ads, supaya anda boleh mengurus semua jenis penyasaran kandungan (Topik, Peletakan, kata kunci Paparan/Video dan Pengecualian) dalam satu paparan. Halaman baharu boleh ditemukan dalam bahagian “Kandungan” di bawah Kempen Campaigns Icon pada menu navigasi sebelah kiri.

Untuk kempen video yang mendorong penukaran sahaja: Untuk membantu anda mencari lebih banyak peluang penukaran, anda tidak lagi akan dapat menambah penyasaran kandungan pada kempen penukaran video baharu dan sedia ada dalam masa beberapa bulan akan datang. Mulai awal tahun 2023, semua tetapan penyasaran kandungan sedia ada akan dialih keluar secara automatik daripada kempen video yang mendorong penukaran. Untuk mengalih keluar penyasaran kandungan secara manual daripada kempen penukaran sedia ada, pergi ke tetapan kumpulan iklan anda. Ketahui lebih lanjut tentang mengoptimumkan kempen anda untuk penukaran

Peletakan ialah lokasi yang iklan anda boleh dipaparkan pada YouTube atau Google Display Network. Peletakan boleh jadi laman web atau halaman tertentu pada laman, apl mudah alih, kandungan video, bahkan unit iklan individu. Google memaparkan laman dan apl mudah alih yang diisi mengikut kebergunaan inventori kepada anda. Pengisihan ini adalah berdasarkan gabungan kata kunci yang anda masukkan dalam bar carian dan trafik lama yang telah dilihat oleh Google di laman. Melalui penyasaran peletakan, anda boleh menambahkan peletakan pada kumpulan iklan dalam kempen Video dan Paparan anda.

Faedah

  • Paparkan iklan anda pada peletakan khusus yang anda pilih: Anda boleh memilih sendiri peletakan untuk menyiarkan iklan anda di YouTube dan Display Network menggunakan penyasaran peletakan. Contohnya, jika anda menjual pakej perjalanan dan mahu iklan anda dipaparkan di laman web tertentu atau halaman khusus tentang perjalanan, tambahkan laman web atau halaman tersebut sebagai peletakan.
  • Paparkan iklan anda di peletakan yang pelanggan anda luangkan masa: Jika anda tahu bahawa pelanggan anda melawati laman web tertentu, pertimbangkan untuk menambah laman web tersebut sebagai peletakan.
  • Kawal amaun trafik daripada peletakan dengan menetapkan bida peletakan individu: Jika anda mendapati pengiklanan di laman tertentu berfungsi dengan baik dan anda ingin meningkatkan pendedahan anda di laman web tersebut, anda boleh meningkatkan bidaan anda untuk laman itu sahaja. Anda juga boleh mengurangkan bida anda untuk peletakan lain yang tidak memberikan banyak penukaran.

Cara ciri ini berfungsi

  • Peletakan hendaklah menjadi sebahagian daripada YouTube atau Display Network untuk membolehkan iklan anda dipaparkan pada platform tersebut.
  • Jika laman web khusus yang anda sasarkan mengandungi apl yang sama, iklan anda juga boleh dipaparkan pada laman web tersebut.
  • Sama seperti semua iklan dalam Google Ads, anda akan bersaing dengan pengiklan lain untuk memaparkan iklan anda pada peletakan yang dipilih.
  • Jika anda memilih laman atau video popular pada YouTube atau Display Network, anda mungkin memerlukan bidaan yang lebih tinggi untuk memperoleh tera. Anda boleh melaraskan bidaan anda pada bila-bila masa.
  • Anda boleh menggunakan berbilang kaedah penyasaran kandungan dan iklan anda akan menyasarkan sebarang kandungan yang dipilih dalam kumpulan iklan anda untuk membantu anda menjangkau khalayak yang lebih luas.
  • Anda boleh menambahkan peletakan pada bahagian "Kandungan" semasa membuat kempen baharu atau mengedit peletakan sedia ada menerusi tab "Kandungan" pada menu halaman sebelah kiri Google Ads.

Kad maklumat

Kad maklumat ialah ciri bantuan yang membantu anda dengan penyasaran kontekstual semasa anda membuat kempen. Ciri ini tersedia semasa anda memilih topik untuk disasarkan, barisan video dan peletakan.

  • Untuk topik yang mahu disasarkan, kad maklumat memberi anda cerapan tentang tera, kriteria untuk lokasi dan pelbagai lagi.
  • Untuk barisan dan peletakan video, kad maklumat memberi anda cerapan tentang khalayak teratas dan kategori YouTube teratas.

Untuk mengakses kad maklumat untuk topik tertentu, tuding kursor pada topik atau pilihan tertentu yang anda mahukan maklumat lanjut.

Pautan berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
11111114434022991361
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false