Mengemaskinikan matlamat penukaran anda

Matlamat penukaran membantu anda menyusun tindakan penukaran anda supaya anda boleh melakukan pengoptimuman untuk mencapai objektif pengiklanan anda dengan lebih mudah. Ketahui lebih lanjut Tentang matlamat penukaran.

Matlamat penukaran juga digunakan untuk pengoptimuman dan pembidaan kempen, yang merupakan dua alatan utama yang mendorong prestasi kempen. Memandangkan perubahan yang dibuat pada matlamat penukaran boleh memberikan kesan yang ketara kepada kempen anda, kami telah meningkatkan pengalaman pengurusan matlamat penukaran dalam Google Ads untuk:

  1. Menyediakan lebih banyak cerapan tentang hubungan antara matlamat penukaran dengan kempen
  2. Memaklumi anda tentang kemungkinan kesan daripada pengalihan keluar atau pengkategorian semula tindakan penukaran anda
  3. Memudahkan anda mengurus matlamat penukaran dan kempen anda untuk mencapai prestasi yang terbaik

Amalan Terbaik

Berikut ialah amalan terbaik matlamat penukaran asas untuk memanfaatkan prestasi kempen dalam Google Ads:

  • Tentukan kategori tindakan penukaran anda: Jika boleh, tindakan penukaran anda hendaklah dihimpunkan mengikut matlamat penukaran standard, seperti “Pembelian” atau “Kenalan” dan matlamat standard ini hendaklah digunakan untuk mengoptimumkan kempen anda. Penjajaran ini membolehkan kami mengoptimumkan pengalaman Iklan dan prestasi kempen anda untuk mendorong hasil. Anda tidak perlu mengkategorikan tindakan penukaran di bawah matlamat penukaran yang tidak memiliki makna semantik, seperti "Lain-lain" atau "Paparan Halaman", jika wujud matlamat yang berpadanan dengan perihalan tindakan penukaran anda.
  • Menyertakan sekurang-kurangnya satu tindakan penukaran utama: Setiap matlamat penukaran perlu memiliki sekurang-kurangnya satu tindakan penukaran utama yang dihimpunkan dalam matlamat tersebut. Hal ini memastikan kempen yang menggunakan pembidaan automatik boleh dioptimumkan terhadap tindakan yang mendorong nilai kepada perniagaan anda. Tindakan penukaran utama akan dipaparkan dalam lajur “Penukaran” dalam laporan anda.
  • Tambahkan matlamat anda pada semua kempen yang berkaitan: Untuk membolehkan kempen dioptimumkan terhadap matlamat penukaran yang tertentu, kempen itu perlu disertakan dalam matlamat kempen tersebut. Semua matlamat penukaran yang menggunakan tetapan “lalai akaun” akan digunakan secara automatik dalam kempen yang menggunakan tetapan lalai akaun tersebut. Walau bagaimanapun, jika anda menjalankan kempen yang menggunakan matlamat khusus kempen atau matlamat penukaran yang tidak mengikut tetapan lalai akaun, anda perlu menambahkan matlamat secara manual daripada tetapan kempen atau melalui pengeditan pukal, yang dinyatakan dalam arahan di bawah.
Nota: Pengubahan matlamat penukaran anda boleh menjejaskan kempen anda. Sebagai contoh, menambah atau mengalih keluar tindakan penukaran, mengubah tetapan matlamat penukaran anda atau mengubah tetapan matlamat kempen anda boleh mempengaruhi pengoptimuman dan pelaporan kempen anda.

Arahan

Anda boleh mengurus matlamat penukaran anda daripada halaman Penukaran.

Nota: Arahan di bawah merupakan sebahagian daripada reka bentuk baharu untuk pengalaman pengguna Google Ads. Untuk menggunakan reka bentuk sebelumnya, klik ikon "Penampilan" dan pilih Gunakan reka bentuk sebelumnya. Jika anda masih menggunakan versi Google Ads yang sebelumnya, semak Peta rujukan pantas atau gunakan bar Carian pada bahagian atas panel navigasi Google Ads untuk menemukan halaman yang anda cari.
  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Matlamat Goals Icon.
  2. Klik lungsur Penukarandalam menu bahagian dan klik Ringkasan.
  3. Matlamat standard dan tindakan penukaran yang dihimpunkan bagi matlamat tersebut dipaparkan secara automatik. Matlamat ini dibuat berdasarkan tindakan penukaran anda.

Edit Matlamat Penukaran anda

  • Edit Matlamat: Membolehkan anda untuk memilih sama ada matlamat tersebut tergolong dalam matlamat lalai akaun atau tidak serta memilih tindakan penukaran utama dan kedua. Sebagai amalan terbaik, setiap matlamat penukaran perlu mengandungi sekurang-kurangnya satu tindakan penukaran utama.
  • Tuding pada tindakan Penukaran: Dua pilihan akan dipaparkan bersebelahan dengan nama tindakan penukaran:
    • Gear Tools and setting menu icon [Gear]: Membolehkan anda membuat perubahan umum pada tindakan penukaran.
    • ikon 3 titik : Membolehkan anda mengalihkan tindakan penukaran kepada matlamat lain atau alih keluar tindakan penukaran tersebut.

Alihkan Tindakan Penukaran anda kepada Matlamat Penukaran yang berbeza

Jika tindakan penukaran anda ditentukan kepada kategori yang salah atau dihimpunkan di bawah matlamat penukaran tanpa makna semantik, seperti “Paparan Halaman” atau “Lain-lain”, anda perlu mengalihkan tindakan penukaran anda kepada matlamat penukaran yang lebih berkaitan. Sebagai amalan terbaik, tindakan penukaran anda hendaklah dihimpunkan di bawah matlamat penukaran standard yang memiliki makna semantik, seperti “Pembelian” atau “Pendaftaran”, yang membantu anda mendapatkan peluang peningkatan dan pengoptimuman pembidaan.

Nota: Pengalihan tindakan penukaran kepada matlamat penukaran yang berbeza boleh mempengaruhi pengoptimuman dan prestasi kempen anda. Pengalaman baharu di bawah memperkenalkan cerapan dan garis panduan tambahan untuk membantu anda mengurus matlamat dan kempen anda, serta mengurangkan sebarang kesan yang tidak dikehendaki.
  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Matlamat Goals Icon.
  2. Klik lungsur Penukaran dalam menu bahagian.
  3. Klik Ringkasan.
  4. Tuding tindakan penukaran yang mahu anda ubah.
  5. Klik ikon 3 titik dan pilih Ubah kepada matlamat penukaran lain.
  6. Dalam menu lungsur yang kelihatan, klik matlamat penukaran yang mahu anda ubah.
  7. Dalam panel peluncur yang kelihatan, semak perubahan anda:
    1. Lokasi pengalihan tindakan penukaran
    2. Cara pengalihan itu akan memberikan kesan pada matlamat penukaran anda
    3. Jika dan cara pengalihan itu akan memberikan kesan pada jumlah penukaran dan nilai matlamat penukaran anda
    4. Jika dan cara pengalihan itu akan memberikan kesan pada tetapan matlamat kempen anda
  8. Untuk menyemak cara perubahan ini memberikan kesan pada tetapan matlamat dan prestasi kempen anda, klik Semak kempen. Kami mengesyorkan agar anda melakukan langkah ini dan klik muat turun CSV untuk menyimpan rekod kempen yang terkesan.
  9. Untuk menerima perubahan, klik Simpan.

Jika satu atau beberapa matlamat penukaran anda tidak mengikut amalan terbaik matlamat penukaran lagi, kami mengesyorkan anda mengambil tindakan untuk membetulkan matlamat penukaran tersebut berikutan perubahan ini.

Alih keluar tindakan penukaran anda yang tidak aktif

Jika tindakan penukaran anda tidak aktif atau tidak bermakna untuk perniagaan anda lagi, anda perlu mengalih keluar tindakan penukaran tersebut daripada jadual penukaran anda untuk mengelakkan selerak yang tidak perlu. Penukaran yang dialih keluar tidak akan dipaparkan dalam jadual penukaran secara lalai lagi tetapi akan diarkibkan dan anda boleh mendayakan semula penukaran tersebut pada bila-bila masa.

Nota: Pengalihan keluar tindakan penukaran boleh mempengaruhi pengoptimuman dan prestasi kempen anda. Pengalaman baharu di bawah memperkenalkan cerapan dan garis panduan tambahan untuk membantu anda mengurus matlamat dan kempen anda, serta mengurangkan sebarang kesan yang tidak dikehendaki.
  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Matlamat Goals Icon.
  2. Klik lungsur Penukaran dalam menu bahagian.
  3. Klik Ringkasan. Anda ada dua cara mengalih keluar tindakan penukaran menggunakan ikon 3 titik atau kotak pilihan di hadapan nama tindakan penukaran:
    1. Ikon 3 titik
      1. Tuding tindakan penukaran yang mahu anda ubah.
      2. Klik ikon 3 titik dan pilih Alih keluar tindakan penukaran.
      3. Dalam panel peluncur yang kelihatan, semak perubahan anda:
        • Tindakan penukaran yang sedang dialih keluar
        • Cara pengalihan keluar akan memberikan kesan pada matlamat penukaran anda
        • Jika dan cara pengalihan keluar itu akan memberikan kesan pada jumlah penukaran dan nilai matlamat penukaran anda
        • Jika dan cara pengalihan itu akan memberikan kesan pada tetapan matlamat kempen anda
      4. Untuk menyemak cara perubahan ini memberikan kesan pada tetapan matlamat dan prestasi kempen anda, klik Semak kempen. Kami mengesyorkan anda melakukan langkah ini dan memuat turun fail CSV bagi kempen yang terkesan.
      5. Untuk menerima perubahan, klik Simpan.
    2. Kotak Pilihan
      1. Klik kotak di hadapan nama tindakan penukaran.
      2. Bar pilihan berwarna biru akan kelihatan pada bahagian atas jadual.
      3. Klik Alih keluar. Kami akan mengarkibkan atau mengalih keluar tindakan penukaran anda. Jika satu atau beberapa matlamat penukaran anda tidak mengikut amalan terbaik matlamat penukaran lagi, kami mengesyorkan anda mengambil tindakan untuk membetulkan matlamat penukaran tersebut berikutan perubahan ini.

Kemas kinikan matlamat penukaran kempen anda secara pukal

Sebagai amalan terbaik, anda perlu memastikan bahawa kempen anda dioptimumkan untuk semua matlamat penukaran yang berkaitan. Pengeditan pukal membolehkan anda mengedit berbilang matlamat penukaran kempen pada masa yang sama, yang berguna terutamanya untuk kempen yang menggunakan matlamat khusus kempen.

Nota: Tindakan mengubah matlamat penukaran kempen anda boleh mempengaruhi pengoptimuman dan pelaporan kempen anda. Kami mengesyorkan anda menyemak perubahan anda dengan teliti sebelum anda menggunakan perubahan tersebut secara pukal.
  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Kempen Campaigns Icon.
  2. Klik menu lungsur Kempen dalam menu bahagian.
  3. Klik Kempen.
  4. Pilih kempen yang mahu dikemaskinikan.
  5. Klik Edit dalam bar pilihan berwarna biru.
  6. Dalam menu timbul yang dibuka, pilih Kemas kinikan matlamat penukaran. Buat pilihan yang mahu anda gunakan pada kempen anda:
    • Ubah Tetapan matlamat: Hal ini membolehkan anda mengubah tetapan pengoptimuman kempen anda untuk sama ada:
      • Menggunakan tetapan matlamat lalai akaun yang membolehkan kempen anda akan menggunakan semua matlamat lalai akaun
      • Menggunakan matlamat khusus kempen yang membolehkan anda memilih matlamat yang dikehendaki
    • Menambahkan matlamat: Hal ini membolehkan anda menambahkan matlamat penukaran tambahan dalam kempen yang menggunakan tetapan matlamat khusus kempen.
    • Mengalih keluar matlamat: Hal ini membolehkan anda mengalih keluar matlamat dalam kempen yang menggunakan tetapan matlamat khusus kempen.
  7. Klik Pratonton untuk melihat kesan perubahan anda.
  8. Klik Gunakan untuk melaksanakan perubahan tersebut.

Pautan berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Achieve your advertising goals today!

Attend our Performance Max Masterclass, a livestream workshop session bringing together industry and Google ads PMax experts.

Register now

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
6452367972002182975
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false