Gunakan Google Assistant pada TV anda dengan Chromecast

Semak imbas YouTube dan dapatkan kemaskinian tentang cuaca, sukan, kewangan dan pelbagai lagi pada TV menggunakan perintah suara Google Assistant dan Chromecast anda.

Nota: Jika Kesejahteraan Digital didayakan, ciri ini mungkin dihadkan atau disekat oleh Waktu Gendala, Penapis atau Jangan Ganggu.

Ketahui lebih lanjut tentang Kesejahteraan Digital

Perkara yang anda perlukan

  • Chromecast atau Chromecast Ultra yang menjalankan Cast versi 1.32+. Ketahui cara menyemak versi perisian tegar anda.
  • Google Home, Google Nest Mini (Generasi ke-2), Google Home Mini (Generasi pertama), Google Home Max, Google Nest Audio, Google Nest Hub, Google Nest Hub Max atau Chromecast with Google TV.

Peranti yang tidak disokong 

  • Chromecast (generasi pertama)
  • TV Chromecast Built-In

Langkah 1. Sediakan pembesar suara atau paparan anda dan peranti Chromecast

  1. Sediakan peranti Chromecast anda.
  2. Sediakan pembesar suara atau paparan anda.

Penting: Pastikan peranti mudah alih atau tablet anda dipaut kepada akaun yang sama dengan Chromecast, pembesar suara atau paparan anda.

Langkah 2. Hubungkan pembesar suara atau paparan anda dan peranti Chromecast

  1. Buka apl Google Home Google Home app.
  2. Pada bahagian atas sebelah kanan, ketik akaun anda.
  3. Sahkan bahawa Akaun Google yang ditunjukkan ialah akaun yang dipaut kepada pembesar suara atau paparan anda. Untuk menukar akaun, ketik akaun lain atau Tambahkan akaun lain.
  4. Tatal kepada "Peranti Setempat" dan cari peranti anda. Ketik Paut Akaun. Ikut arahan dalam apl untuk menyelesaikan pemautan.

Langkah 3. Tetapkan TV pilihan anda

Anda disyorkan supaya memilih TV yang akan sentiasa memainkan video anda. Jadi, anda tidak perlu menyertakan nama TV itu dalam perintah suara anda.

Pembesar suara dan Chromecast

  1. Buka apl Google Home Google Home app.
  2. Ketik jubin peranti anda.
  3. Pada bahagian atas sebelah kanan, ketik Tetapan Settings icon kemudian Audio, kemudian:
    1. Untuk memilih TV atau pembesar suara yang ingin digunakan apabila anda memainkan muzik, ketik Pembesar suara muzik lalai.
    2. Untuk memilih TV pilihan anda, ketik TV lalai.

Untuk menetapkan semula peranti pilihan anda, ketik Pembesar suara lalai atau TV lalai kemudian Tetapkan semula.

Paparan

  1. Buka apl Google Home Google Home app.
  2. Ketik jubin peranti anda.
  3. Pada bahagian atas sebelah kanan, ketik Tetapan , kemudian:
    1. Untuk memilih TV atau pembesar suara yang ingin digunakan apabila anda memainkan muzik, ketik Audio kemudian Pembesar suara muzik lalai, kemudian pilih TV atau pembesar suara yang ingin digunakan apabila anda memainkan muzik.
    2. Untuk memilih TV pilihan anda, ketik Paparan kemudian TV lalai, kemudian pilih TV pilihan anda.

Untuk menetapkan semula peranti pilihan anda, ketik Pembesar suara lalai atau TV lalai kemudian Tetapkan semula.

Cara menggunakan Google Assistant pada TV anda

Semak imbas kandungan YouTube

Anda boleh meminta Assistant memaparkan kandungan tertentu dan cuaca pada TV anda. Cuma klik cadangan dan pilih kegemaran anda.

Anda boleh mencari dan menyemak imbas video YouTube yang tidak diperibadikan berdasarkan permintaan anda.

Untuk melakukan ini: Sebut "Ok Google", kemudian:
Cari atau semak imbas video YouTube pada TV anda

"Tunjukkan saya <genre atau pencipta video>" Contoh: "Tunjukkan saya video Trevor Noah"

Petua: Anda mesti menyebut "Tunjukkan saya" sebelum permintaan anda.

Untuk memainkan permintaan itu, sebut "Ok Google, mainkan <tajuk>"

Tonton video yang sohor kini di YouTube pada TV anda “Tunjukkan video di YouTube”
“Tunjukkan video yang sohor kini di YouTube”

Nota: Anda hanya boleh mencari atau menyemak imbas video YouTube. Anda tidak boleh mencari atau menyemak imbas video daripada penyedia lain, seperti Netflix atau HBO.

Dapatkan respons visual bagi soalan anda

Anda boleh mendapatkan respons visual bagi soalan tentang cuaca, kewangan, sukan, terjemahan dan pengiraan pada TV walaupun TV itu dimatikan.

Ciri ini hanya berfungsi dengan TV yang menyokong HDMI-CEC. Pastikan CEC didayakan dalam tetapan TV anda sebelum cuba menggunakan ciri ini. Semasa TV anda dimatikan, anda mesti menyebut "tunjukkan" apabila menggunakan Assistant untuk memaparkan respons anda pada TV.

Cuaca

Untuk melakukan ini: Sebut "Ok Google", kemudian:
Minta cuaca semasa

"Apakah ramalan cuaca hari ini?"

"Tunjukkan cuaca pada TV saya"

Nota: Perintah ini akan memberikan maklumat
cuaca bagi alamat rumah anda.

Minta cuaca semasa di lokasi tertentu

"Bagaimanakah keadaan cuaca di London?"

"Tunjukkan keadaan cuaca di London pada TV saya"

Minta ramalan cuaca untuk:
  • esok
  • hari tertentu
  • xx hari yang seterusnya (pilih antara 1-5 hari)

"Bagaimanakah keadaan cuaca untuk esok?"

"Tunjukkan ramalan cuaca untuk esok pada TV saya" 

"Bagaimanakah keadaan cuaca pada hari Sabtu?"

"Tunjukkan ramalan cuaca pada hari Sabtu pada TV saya"

"Bagaimanakah keadaan cuaca untuk 3 hari yang seterusnya?"

"Tunjukkan ramalan cuaca untuk 3 hari yang seterusnya pada TV saya"

Minta ramalan cuaca di lokasi tertentu untuk:

  • esok
  • hari tertentu
  • xx hari yang seterusnya (pilih antara 1-5 hari)

"Bagaimanakah keadaan cuaca di London esok?"

"Tunjukkan ramalan cuaca di London esok pada TV saya"

"Bagaimanakah keadaan cuaca di London pada hari Sabtu?"

"Tunjukkan ramalan cuaca di London pada hari Sabtu pada TV saya"

"Bagaimanakah keadaan cuaca di London untuk 3 hari yang seterusnya?"

"Tunjukkan ramalan cuaca di London untuk 3 hari yang seterusnya pada TV saya"

Kewangan

Untuk melakukan ini: Sebut "Ok Google", kemudian:
Tanya tentang harga saham individu

"Apakah harga saham Google?"

"Tunjukkan harga saham Google pada TV saya"

Tanya tentang indeks saham

"Bagaimanakah prestasi S&P 500?"

"Tunjukkan S&P 500 pada TV saya"

Sukan

Untuk melakukan ini: Sebut "Ok Google", kemudian:
Minta skor perlawanan

"Berapakah markah perlawanan [nama pasukan]?"

"Tunjukkan markah perlawanan [nama pasukan] pada TV saya"

Minta perlawanan seterusnya pasukan

"Bilakah [nama pasukan] akan bermain selepas ini?"

"Tunjukkan tarikh [nama pasukan] akan bermain selepas ini pada TV saya"

Minta maklumat tentang
kedudukan pasukan dalam liga

"Apakah rekod [nama pasukan]?"

"Tunjukkan rekod [nama pasukan] pada TV saya"

Terjemahan

Untuk melakukan ini: Sebut "Ok Google", kemudian:
Tanya cara menyebut perkataan tertentu
dalam bahasa lain.

"Bagaimanakah hendak menyebut 'tomato' dalam bahasa Jepun?"

"Tunjukkan cara menyebut 'tomato' dalam bahasa Jepun pada TV saya"

Tanya cara menyebut ungkapan tertentu
dalam bahasa lain.

"Bagaimanakah hendak berkata "selamat petang" dalam bahasa Jepun?"

"Tunjukkan cara berkata "selamat petang" dalam bahasa Jepun pada TV saya"

Takrif

Untuk melakukan ini: Sebut "Ok Google", kemudian:
Minta takrif perkataan

"Apakah takrif 'konveksi'?"

"Tunjukkan takrif 'konveksi' pada TV saya"

Pengiraan

Untuk melakukan ini: Sebut "Ok Google", kemudian:
Minta pengiraan

"Berapakah 15% daripada 92?"

"Tunjukkan 60% daripada 247 pada TV saya"

Minta penukaran unit

"Berapa sudu besar dalam secawan?"

"Tunjukkan bilangan sudu besar dalam secawan pada TV saya"

"Berapa kaki dalam sebatu?"

"Tunjukkan jumlah kaki dalam sebatu pada TV saya"

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
17051406760045743368
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
85561
false
false