Perihal aset

Aset ialah bahagian kandungan yang membentuk iklan anda dengan maklumat perniagaan yang berguna—yang memberikan pengguna lebih sebab untuk memilih perniagaan anda. Aset termasuk tajuk, perihalan, pautan kepada bahagian khussu laman web anda, butang panggilan, maklumat lokasi dan banyak lagi yang bersama-sama membentuk format iklan yang dipaparkan kepada pengguna.

Artikel ini meliputi perkara yang dilakukan setiap aset dan cara memilih aset yang tepat untuk anda.

Cara ciri ini berfungsi

Untuk memaksimumkan prestasi iklan carian responsif anda, Google Ads memilih aset tambahan untuk dipaparkan sebagai balasan kepada setiap carian pada Google. Atas sebab tersebut, sebaik-baiknya anda perlu menggunakan semua aset yang berkaitan dengan matlamat perniagaan anda.

Dengan menambahkan lebih banyak kandungan pada iklan anda, aset seperti pautan laman dan imej memberikan iklan anda lebih keterlihatan dan keunggulan di halaman hasil carian. Ini bermakna anda lebih cenderung untuk mendapat lebih nilai daripada iklan anda. Aset sering kali meningkatkan jumlah klik anda dan boleh memberi pengguna cara tambahan yang interaktif untuk menjangkau anda seperti dengan peta atau panggilan.

Banyak jenis aset memerlukan sedikit persediaan, yang merupakan aset manual. Sesetengah aset ditambahkan secara automatik apabila Google Ads meramalkan aset tersebut akan meningkatkan prestasi anda, yang merupakan aset automatik dan tidak memerlukan sebarang persediaan. Ketahui lebih lanjut Tentang aset automatik tahap akaun.

Kos

Tiada kos untuk menambahkan aset tambahan kepada kempen anda. Klik sebarang aset dalam iklan akhir pada tajuk, pautan laman, imej dan banyak lagi akan dicaj seperti biasa. (Pengecualian ialah klik pada penilaian penjual tidak dicaj.) Jadi, anda dicaj satu klik apabila seseorang menghubungi anda daripada ikon panggilan pada akhir anda atau apabila seseorang memuat turun apl anda dengan mengklik pada apl yang dipaparkan pada iklan akhir anda. Google Ads tidak mengecaj lebih daripada dua klik bagi setiap tera untuk setiap iklan dan aset iklan.

Kos setiap klik sebenar

Tiada kos untuk menambah aset pada kempen, tetapi anda akan dicaj seperti biasa untuk klik pada iklan anda, serta untuk interaksi tertentu yang disediakan oleh aset. Sebagai contoh, apabila seseorang mengklik pada butang muat turun (aset apl), pada butang panggilan (aset panggilan), pada ikon arah (aset lokasi) dan sebagainya. Klik pada ulasan dan rating penjual dikecualikan: kami tidak mengecaj anda untuk klik ini. Google Ads tidak mengecaj lebih daripada dua klik (untuk setiap tera) pada setiap iklan dan aset iklan.

Amaun maksimum yang akan anda bayar ialah amaun minimum yang dikehendaki untuk mengatasi ambang Kedudukan Iklan dan menewaskan Kedudukan Iklan pesaing betul-betul di bawah anda (jika ada).

Sama seperti iklan yang berada di kedudukan lebih tinggi biasanya mempunyai CPC sebenar yang lebih tinggi (disebabkan persaingan dan juga ambang Kedudukan Iklan yang lebih tinggi), iklan dengan lebih banyak aset juga mempunyai CPC sebenar yang lebih tinggi disebabkan keunggulan yang dipertingkatkan. Walau bagaimanapun, harap maklum bahawa kos tambahan daripada menambahkan lebih banyak aset pada iklan anda sering kali adalah lebih rendah daripada kos tambahan meningkat satu kedudukan pada halaman hasil carian. Ini bermakna, anda selalunya boleh memperoleh lebih banyak klik pada kos yang lebih rendah dengan menggunakan aset iklan tambahan berbanding meningkatkan kedudukan anda.

Tajuk dan perihalan

Tajuk dan perihalan memerlukan aset yang mesti menarik, memfokuskan pada manfaat pengguna dan unik. Lebih banyak tajuk dan perihalan yang anda masukkan, semakin tinggi peluang Google Ads untuk menyiarkan iklan yang lebih sepadan dengan pertanyaan carian bakal pelanggan, yang dapat meningkatkan prestasi iklan anda.

Setelah anda memasukkan tajuk dan perihalan, Google Ads memasang teks menjadi berbilang gabungan iklan melalui cara yang mengelakkan kelewahan. Anda boleh menyediakan sehingga 15 tajuk dan 4 perihalan bagi satu iklan carian responsif.

Dalam mana-mana iklan tertentu, minimum satu tajuk dan satu perihalan akan dipilih untuk dipaparkan dalam gabungan serta tertib yang berlainan. Sebahagian daripada teks iklan anda mungkin dipaparkan dalam huruf tebal secara automatik apabila teks tersebut sepadan atau hampir sepadan dengan pertanyaan carian pengguna. Dari semasa ke semasa, Google Ads akan menguji gabungan iklan yang paling berpotensi dan mengetahui gabungan yang paling berkaitan untuk pertanyaan yang berlainan.

Iklan carian responsif akan memaparkan satu, dua atau tiga tajuk berdasarkan pada perkara yang diramalkan akan berprestasi baik untuk pertanyaan carian unik setiap pengguna. Teks aset tajuk mungkin dipaparkan pada permulaan perihalan apabila teks aset tajuk tersebut diramalkan akan berprestasi baik. Jika anda mempunyai aset yang disematkan pada kedudukan tajuk 1, kedudukan tajuk 2 atau kedudukan perihalan 1, aset tersebut akan terus dipaparkan dalam kedudukan yang ditetapkan apabila iklan anda disiarkan. Ketahui lebih lanjut Perihal iklan carian responsif.

Nota: Tidak seperti aset yang lain, tajuk dan perihalan tidak boleh digunakan pada peringkat akaun atau kempen berlainan. Ketahui lebih lanjut tentang Mengoptimumkan tajuk dan perihalan anda.

Cara memilih aset tambahan untuk digunakan

Ingat amalan terbaik ini semasa anda memilih dan menyediakan aset:

  • Penggunaan setiap aset yang berkaitan dengan aset perniagaan anda boleh ditambahkan secara percuma dan aset tersebut hanya dipaparkan jika diramalkan akan meningkatkan prestasi iklan anda.
  • Pertimbangkan untuk menambah 4 jenis aset atau lebih. Sebagai contoh, anda boleh menambah pautan laman, serlahan ciri, imej dan satu aset tambahan pilihan anda.
  • Jika sesuai untuk perniagaan anda, buat aset pada peringkat akaun yang lebih tinggi (sebagai contoh, pada peringkat akaun atau kempen, apabila tersedia).
  • Jenis aset baca sahaja tidak dipaparkan dan dikira tetapi mungkin masih akan disiarkan.

Pilih aset berdasarkan matlamat anda

Pilih aset tambahan anda berdasarkan matlamat pengiklanan utama anda. Berikut ialah matlamat pengiklan biasa dan aset yang boleh menyokong matlamat tersebut:

Matlamat: Galakkan pelanggan untuk membeli daripada lokasi perniagaan anda

Jika anda mahu menghalakan pengguna ke lokasi fizikal anda (seperti kedai atau restoran), berikut ialah aset yang boleh dipertimbangkan:

Aset lokasi

Galakkan pengguna untuk melawat perniagaan anda dengan menunjukkan lokasi anda, butang panggilan dan pautan kepada halaman butiran perniagaan anda—yang boleh mengandungi waktu perniagaan, foto perniagaan dan arah ke perniagaan anda. Jika anda mahu pelanggan melawat lokasi perniagaan anda tetapi menghubungi talian pusat (bukan nombor lokasi tertentu), gunakan aset panggilan dengan aset lokasi anda. Ketahui lebih lanjut Perihal aset lokasi.

Matlamat: Galakkan pelanggan menghubungi anda

Jika anda mahu pengguna menghubungi anda atau menghantar pertanyaan mesej teks, gunakan aset panggilan:

Aset panggilan

Galakkan pengguna menghubungi perniagaan anda dengan menambahkan nombor telefon atau butang panggilan pada iklan anda. Ketahui lebih lanjut Tentang aset panggilan.

Matlamat: Galakkan pelanggan untuk membuat penukaran di tapak web anda

Jika anda mahu menghalakan pengguna ke laman web anda, gunakan aset berikut:

Aset pautan laman

Pautkan pengguna terus kepada halaman tertentu dalam laman web anda (seperti “waktu perniagaan” dan “pesan sekarang”). Ketahui lebih lanjut tentang Membuat dan mengedit aset pautan laman.

Aset serlahan ciri

Tambahkan teks tambahan pada iklan anda, seperti "penghantaran percuma" atau "sokongan pelanggan 24/7".

Aset coretan berstruktur

Paparkan maklumat yang dianggap paling berharga oleh bakal pelanggan dengan memilih pengepala (seperti produk atau kategori perkhidmatan) yang ditentukan terlebih dahulu dan item penyenaraian. Ketahui lebih lanjut Tentang aset coretan berstruktur.

Aset harga

Paparkan kategori perkhidmatan atau produk anda berserta harga supaya pengguna boleh menyemak imbas produk anda terus daripada iklan anda. Ketahui lebih lanjut Tentang aset harga.

Matlamat: Galakkan pengguna memuat turun apl anda

Jika anda mahu menggalakkan pengguna memuat turun apl anda, gunakan aset apl:

Aset apl

Galakkan pengguna memuat turun apl anda. Tersedia di seluruh dunia untuk peranti mudah alih Android dan iOS, termasuk tablet. Ketahui lebih lanjut Tentang aset apl.

Matlamat: Galakkan pengguna menyerahkan maklumat mereka

Jika anda menggalakkan pengguna menyerahkan maklumat hubungan mereka (seperti alamat e-mel, nombor telefon dan butiran lain) sebagai respons kepada produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan, gunakan aset borang prospek.

Aset borang prospek

Galakkan pengguna mendaftar daripada iklan anda. Tersedia di seluruh dunia untuk peranti mudah alih dan tablet. Ketahui lebih lanjut Perihal aset borang prospek.

Cara mengalih keluar aset

Nota: Arahan di bawah merupakan sebahagian daripada reka bentuk baharu untuk pengalaman pengguna Google Ads. Untuk menggunakan reka bentuk sebelumnya, klik ikon "Penampilan" dan pilih Gunakan reka bentuk sebelumnya. Jika anda masih menggunakan versi Google Ads yang sebelumnya, semak Peta rujukan pantas atau gunakan bar Carian pada bahagian atas panel navigasi Google Ads untuk menemukan halaman yang anda cari.

Aset menambahkan maklumat tentang perniagaan anda pada iklan anda dan biasanya meningkatkan prestasi iklan anda. Jika anda ingin mengalih keluar aset, ikut arahan di bawah.

  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Kempen Campaigns Icon.
  2. Klik menu lungsur Aset dalam menu bahagian.
  3. Klik Aset.
  4. Pilih Perkaitan daripada menu lungsur “Paparan jadual”.
  5. Tandai kotak di sebelah kiri aset dan klik Edit dalam bar berwarna biru.
  6. Pilih Alih keluar daripada menu lungsur.

Tindakan mengalih keluar aset daripada satu kempen tidak akan mengalih keluar aset daripada kempen lain.

Cara mematikan aset automatik tahap akaun

Nota: Arahan di bawah merupakan sebahagian daripada reka bentuk baharu untuk pengalaman pengguna Google Ads. Untuk menggunakan reka bentuk sebelumnya, klik ikon "Penampilan" dan pilih Gunakan reka bentuk sebelumnya. Jika anda masih menggunakan versi Google Ads yang sebelumnya, semak Peta rujukan pantas atau gunakan bar Carian pada bahagian atas panel navigasi Google Ads untuk menemukan halaman yang anda cari.

Untuk mematikan aset automatik tahap akaun, ikut langkah ini:

  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Kempen Campaigns Icon.
  2. Klik menu lungsur Aset dalam menu bahagian.
  3. Klik Aset.
  4. Pilih Perkaitan daripada menu lungsur “Paparan jadual”.
  5. Klik menu tiga titik di sebelah kanan, kemudian pilih Aset automatik tahap akaun.
  6. Klik menu tiga titik di sebelah kanan sekali lagi, kemudian pilih Pilihan lanjutan.
  7. Pilih Matikan aset automatik tertentu dan pilih aset untuk dimatikan.
  8. Pilih sebab anda mematikan aset dan tambahkan komen tambahan.
  9. Klik Matikan.

Maklumat yang khusus hanya pada aset yang bukan tajuk atau perihalan

Maklumat di bawah hanya digunakan pada aset yang bukan tajuk atau perihalan.

Cara menjadualkan aset anda

Untuk aset yang disokong, anda boleh menjadualkan aset and ahanya untuk dipaparkan pada masa tertentu dalam hari atau sepanjang tempoh masa tertentu. Sebagai contoh, anda boleh menjadualkan aset panggilan agar dipaparkan pada waktu perniagaan anda dapat menjawab panggilan sahaja.

Arahan

Nota: Arahan di bawah merupakan sebahagian daripada reka bentuk baharu untuk pengalaman pengguna Google Ads. Untuk menggunakan reka bentuk sebelumnya, klik ikon "Penampilan" dan pilih Gunakan reka bentuk sebelumnya. Jika anda masih menggunakan versi Google Ads yang sebelumnya, semak Peta rujukan pantas atau gunakan bar Carian pada bahagian atas panel navigasi Google Ads untuk menemukan halaman yang anda cari.
  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Kempen Campaigns Icon.
  2. Klik menu lungsur Aset dalam menu bahagian.
  3. Klik Aset.
  4. Pilih Perkaitan daripada menu lungsur “Paparan jadual”. Anda kini akan melihat jadual dengan semua aset anda.
  5. Pilih jenis aset daripada senarai di atas bar alat jadual.
  6. Klik ikon pensel Ikon pensel / ikon edit di tepi aset yang ingin anda jadualkan dan pilih Edit.
  7. Klik menu lungsur Pilihan lanjutan.
  8. Tetapkan tarikh mula dan tamat untuk memaparkan aset anda sepanjang tempoh masa itu sahaja.
  9. Di bawah "Jadual aset", pilih hari dan masa yang anda mahu aset anda dipaparkan. Klik Tambah Jadual untuk menjadualkan hari dan masa tambahan.
  10. Klik Simpan.

Faktor yang menentukan masa aset dipaparkan

Google Ads memaparkan aset anda berdasarkan beberapa faktor, seperti:
  • Kedudukan Iklan anda yang menggabungkan bida, kualiti iklan dan halaman pendaratan anda, ambang Kedudukan Iklan, konteks carian pengguna dan kesan yang dijangka daripada aset dan format iklan yang lain. Google Ads memerlukan Kedudukan Iklan minimum (dengan mengambil kira aset anda) sebelum memaparkan aset tambahan dengan iklan anda. Anda mungkin perlu meningkatkan bida anda atau kualiti iklan anda (atau kedua-duanya) agar aset tambahan anda dapat dipaparkan.
  • Kedudukan iklan anda pada halaman hasil carian Google. Terdapat jumlah ruang yang terhad di bahagian atas hasil carian Google untuk aset iklan dan iklan di kedudukan yang lebih tinggi mendapat peluang pertama untuk memaparkan lebih banyak aset. Iklan pada kedudukan yang lebih rendah biasanya akan mempunyai kurang aset ditambahkan berbanding iklan pada kedudukan yang lebih tinggi. Selain itu, sistem Google Ads secara amnya tidak akan membenarkan iklan di kedudukan yang lebih rendah untuk memperoleh lebih banyak klik tambahan daripada aset berbanding klik tambahan yang diperoleh apabila beralih ke kedudukan yang lebih tinggi. Untuk memaparkan iklan pada kedudukan yang lebih tinggi, secara amnya anda perlu meningkatkan kualiti iklan, bida anda atau kedua-duanya. Ketahui lebih lanjut Tentang Kedudukan Iklan.
  • Aset lain yang telah anda dayakan. Dalam setiap lelongan, kami biasanya memaparkan gabungan aset dan format anda yang layak dengan prestasi tertinggi dan paling berguna. Anda tidak akan mendapat gabungan aset yang memberikan lebih banyak kadar klikan (CTR) jangkaan berbanding jangkaan CTR kedudukan iklan yang lebih tinggi.

Cara menjadikan aset lebih berkemungkinan dipaparkan

Kadangkala aset yang ingin anda gunakan tidak dipaparkan bersama iklan anda. Perkara tidak bermakna terdapat sesuatu yang tidak kena. (Contohnya, jika anda menambahkan pautan laman dan imej pada iklan anda, terdapat beberapa sebab salah satu aset tersebut mungkin dipaparkan untuk sesetengah carian dan bukan yang lain.)

Pastikan aset anda dikaitkan dengan kumpulan iklan, kempen atau akaun yang aktif.

Aset mungkin diluluskan atau tidak diluluskan, sama seperti iklan dan kata kunci. Aset yang tidak diluluskan tidak dipaparkan dan perlu diedit dan diserahkan untuk semakan semula.

Walaupun diluluskan, penambahan aset tidak menjamin bahawa aset itu akan dipaparkan bersama iklan anda pada setiap masa. Aset dipaparkan bersama-sama iklan anda apabila:

  • Aset (atau gabungan aset) diramalkan dapat meningkatkan prestasi iklan anda.
  • Kedudukan iklan dan Kedudukan Iklan anda cukup tinggi untuk dipaparkan aset.

Pautan berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
3475922937653070939
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false