Cara melengkapkan pengesahan identiti

Google menyediakan versi terjemahan Pusat Bantuan kami, walaupun terjemahan tersebut tidak bertujuan untuk mengubah kandungan dasar kami. Versi bahasa Inggeris ialah bahasa rasmi yang kami gunakan untuk menguatkuasakan dasar kami. Untuk melihat artikel ini dalam bahasa lain, gunakan menu lungsur bahasa pada bahagian bawah halaman.

Pengesahan Identiti

Pengiklan yang dipilih untuk menjalani program pengesahan pengiklan akan menerima e-mel dan pemberitahuan dalam akaun yang mengandungi arahan untuk memulakan proses pengesahan. Setelah anda berjaya melengkapkan pengesahan, Google akan menjadikan maklumat tentang akaun Google Ads dan kempen iklan anda tersedia secara umum menerusi pendedahan iklan dan Pusat Ketelusan Iklan. Ketahui lebih lanjut tentang dasar ketelusan kami.

Google berhak mengesahkan identiti atau operasi perniagaan anda sekali lagi. Anda akan menerima pemberitahuan apabila pengesahan ini diperlukan. Contohnya, anda mungkin diminta mengesahkan semula identiti atau operasi perniagaan anda jika terdapat perubahan yang ketara dalam akaun Google Ads anda.

Sekiranya anda diberi tarikh akhir untuk melengkapkan pengesahan

Sekiranya anda diberi tarikh akhir untuk melengkapkan pengesahan, anda akan diberi tempoh 30 hari bermula dari hari anda menerima e-mel atau pemberitahuan dalam akaun untuk memulakan bahagian “Perihal perniagaan anda”. Selepas bahagian tersebut dilengkapkan, anda akan diberi langkah tambahan yang diperlukan untuk melengkapkan program pengesahan. Langkah seterusnya akan disesuaikan mengikut struktur akaun, persediaan pengebilan anda dan sama ada anda mengiklan bagi pihak organisasi atau individu. Anda juga mungkin dikehendaki mengesahkan operasi perniagaan anda.

Harap maklum bahawa setelah dimulakan, anda akan diberi masa 30 hari untuk melengkapkan pengesahan ini dan semua pengesahan lain yang diminta yang mungkin termasuk pengesahan operasi perniagaan anda, jika berkenaan. Kegagalan untuk melengkapkan program pengesahan selepas 30 hari akan mengakibatkan penjedaan akaun.

Sekiranya anda tidak diberi tarikh akhir untuk melengkapkan pengesahan

Anda perlu mengikut langkah yang sama seperti di atas untuk memulakan bahagian “Perihal perniagaan anda”. Selepas bahagian tersebut dilengkapkan, anda akan diberi langkah tambahan yang diperlukan untuk melengkapkan program pengesahan. Langkah seterusnya akan disesuaikan mengikut struktur akaun, persediaan pengebilan anda dan sama ada anda mengiklan bagi pihak organisasi atau individu. Anda juga mungkin dikehendaki mengesahkan operasi perniagaan anda.

Akaun anda tidak akan dijeda jika anda tidak memulakan pengesahan atau jika anda telah gagal memenuhi keperluan program pengesahan.

Nota:

  • Pengesahan identiti mesti dilengkapkan oleh pentadbir akaun Google Ads dan/atau profil pembayaran yang membayar untuk iklan. Butiran tentang pengguna yang boleh melengkapkan pengesahan disenaraikan di bawah untuk setiap jenis pelanggan.
  • Satu subset pengguna mungkin layak untuk menyerahkan pengesahan identiti mereka secara pukal dan sukarela. Jika anda layak, anda akan menerima pemberitahuan dalam akaun Google Ads semasa langkah pengesahan identiti.
  • Sebagai lapisan perlindungan tambahan bagi pengguna kami, Google mungkin meminta pengiklan melengkapkan pengesahan untuk mengakses beberapa ciri iklan untuk mengurangkan aktiviti yang tidak sah, komplot dan penyalahgunaan ciri tersebut.
Keperluan nama pengiklan

Nama pengiklan ialah nama sah atau nama dagang atau nama 'menjalankan perniagaan sebagai' (DBA) bagi pengiklan, seperti yang disahkan oleh Google melalui program pengesahan pengiklan.

Untuk mengesahkan nama sah, nama sah itu perlu sepadan dengan nama sah pada mana-mana dokumen pendaftaran yang diserahkan semasa program pengesahan.

Untuk mengesahkan nama dagang atau DBA, nama dagang atau DBA perlu sepadan dan terdapat dalam dokumen pendaftaran sama yang diserahkan semasa program pengesahan berserta nama sah. Dokumen yang boleh diterima mengikut lokasi disenaraikan di sini*.

Untuk agensi, nama mestilah nama sah, nama dagang atau DBA bagi pengiklan yang anda wakili.

Nama pengiklan akan dipaparkan dalam pendedahan ‘Perihal pengiklan ini’. Ketahui lebih lanjut

Perkara yang berikut tidak dibenarkan:

tanda x merah Nama yang tidak tepat atau nama produk yang tidak sepadan dengan nama sah, nama dagang atau DBA pengiklan pada mana-mana dokumen pendaftaran yang diserahkan semasa program pengesahan

tanda x merah Penggunaan huruf besar, bahasa promosi atau domain, melainkan sebahagian daripada nama sah atau nama dagang atau DBA yang sah

tanda x merah Aksara khas seperti emoji, waktu buka, maklumat produk atau perkhidmatan, atau nombor telefon

Tanda dagangan tanda x merah

  • Sebagai alternatif, pengiklan diberi pilihan untuk mengesahkan dan menyiarkan aset perniagaan mereka seperti nama perniagaan dan logo perniagaan dalam iklan mereka melalui pengesahan jenama untuk maklumat perniagaan. Ketahui lebih lanjut tentang pengesahan jenama untuk maklumat perniagaan.
* Di Korea Selatan, pengesahan identiti dilakukan melalui pembawa mudah alih anda. Pastikan maklumat yang anda serahkan benar-benar sepadan dengan maklumat dalam rekod pembawa mudah alih anda.

Langkah-langkah mengesahkan identiti anda

Jawapan anda kepada soalan di bahagian “perihal perniagaan anda” pertama akan menentukan langkah pengesahan identiti tambahan yang perlu dilengkapkan. Langkah yang diperlukan akan dipaparkan di bawah "Status Anda" di halaman pengesahan pengiklan.

Pilih salah satu perkara yang berikut untuk mendapatkan arahan terperinci. Jika anda tidak pasti arahan yang berkenaan dengan anda, ketahui cara persediaan pembayaran anda.

Sahkan diri anda atau organisasi anda [Saya pengiklan, yang mewakili diri saya sendiri atau organisasi saya]

Akaun Google Ads saya disediakan dengan pembayaran automatik/manual

Cara melengkapkan pengesahan

  1. Pemberitahuan e-mel dan pemberitahuan dalam akaun yang anda terima akan memperincikan langkah yang perlu anda lengkapkan untuk mengesahkan identiti anda bagi setiap akaun Google Ads.
    Nota: Arahan di bawah merupakan sebahagian daripada reka bentuk baharu untuk pengalaman pengguna Google Ads. Untuk menggunakan reka bentuk sebelumnya, klik ikon "Penampilan" dan pilih Gunakan reka bentuk sebelumnya. Jika anda masih menggunakan versi Google Ads yang sebelumnya, semak Peta rujukan pantas atau gunakan bar Carian pada bahagian atas panel navigasi Google Ads untuk menemukan halaman yang anda cari.
  2. Langkah yang diperlukan akan dipaparkan dalam akaun Google Ads anda:
    1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon PengebilanIkon Pengebilan.
    2. Klik Pengesahan pengiklan.
  3. Pada peringkat ini dalam proses pengesahan, bahagian “Perihal perniagaan anda” sepatutnya telah dilengkapkan. Klik Bermula di sebelah “Sahkan organisasi anda” atau “Sahkan diri anda”.

Jika anda mempromosikan organisasi:

  • "Jenis akaun" anda dalam profil pembayaran Google Ads anda hendaklah jenis "Organisasi" sebelum menyerahkan maklumat anda.
Anda boleh menyemak “Jenis akaun” anda dalam profil pembayaran Google Ads anda melalui halaman “Tetapan” untuk “Pengebilan” di bawah bahagian "Butiran pembayar". Jika “Jenis akaun” anda ialah “Individu” tetapi anda perlu melakukan pengesahan sebagai organisasi, hubungi kami sebelum memulakan proses pengesahan.
  • Pentadbir akaun Google Ads atau pentadbir profil pembayaran yang membayar untuk iklan perlu melengkapkan borang ini. Ketahui lebih lanjut tentang pengguna pembayaran.
  • Anda akan diminta supaya menyerahkan dokumen pendaftaran yang menyertakan nama sah dan lokasi organisasi anda. Dokumen yang diterima mengikut lokasi disenaraikan di sini. Anda juga perlu menyerahkan nombor pendaftaran organisasi dan dokumen untuk mengesahkan diri anda*.
  • Nama dan lokasi pada profil pembayaran mesti sepadan dengan nama dan lokasi anda pada mana-mana dokumen yang anda serahkan. Jika nama tidak sepadan, pastikan pentadbir akaun Google Ads atau pentadbir pembayaran mengedit nama profil pembayaran dengan mengklik ikon pensel di sebelah nama organisasi anda. Jika pentadbir tidak mempunyai akses edit, anda perlu menghubungi kami untuk meminta kemaskinian nama organisasi.
  • Anda mungkin digesa supaya memberikan nombor D-U-N-S anda untuk mengesahkan identiti sah anda. Jika anda tiada nombor D-U-N-S, anda boleh memohon nombor tersebut di sini atau memilih untuk menyerahkan nama dan alamat organisasi anda.
  • Kami akan mencari maklumat organisasi anda yang didaftarkan dengan Dun & Bradstreet menggunakan nombor D-U-N-S anda dan memadankan nombor tersebut dengan maklumat yang telah anda berikan untuk pengesahan. Jika kami tiada padanan, pastikan anda menyemak sama ada maklumat yang diberikan itu tepat dan serahkan semula maklumat anda hingga 3 kali. Anda mungkin masih diminta menyerahkan dokumen identiti yang disenaraikan di atas untuk melengkapkan proses pengesahan.
  • Jika anda mengesahkan identiti organisasi anda sebagai sebahagian daripada proses rayuan penggantungan akaun, anda mungkin digesa supaya menyerahkan nombor D-U-N-S anda untuk melengkapkan pengesahan. Jika kami tidak menemukan padanan selepas 3 percubaan, anda tidak akan dibenarkan untuk membuat rayuan bagi penggantungan akaun anda.

Jika anda mempromosikan diri anda sebagai individu:

  • "Jenis akaun" dalam profil pembayaran Google Ads anda hendaklah jenis "Individu" sebelum menyerahkan maklumat anda.
Anda boleh menyemak “Jenis akaun” anda dalam profil pembayaran Google Ads anda melalui halaman “Tetapan” untuk “Pengebilan” di bawah bahagian "Butiran pembayar". Jika “Jenis akaun” anda tersilap dipaparkan sebagai "organisasi”, hubungi kami sebelum memulakan proses pengesahan.
  • Anda mesti menyerahkan dokumen yang diperlukan untuk mengesahkan identiti anda. Dokumen yang boleh diterima mengikut lokasi disenaraikan di sini*.
  • Nama dan lokasi pada profil pembayaran mestilah padanan tepat bagi nama dan lokasi anda pada mana-mana dokumen yang anda serahkan*. Jika nama tidak sepadan, pastikan anda mengedit nama profil pembayaran anda dengan mengklik ikon pensel di sebelah nama anda. Jika anda tiada akses edit, anda perlu menghubungi kami untuk meminta kemaskinian nama.
  • Anda mungkin digesa supaya memberikan nombor telefon anda untuk mengesahkan identiti anda. Jika kami tidak menemukan padanan selepas 5 percubaan, anda mungkin masih diminta supaya memberikan dokumen untuk mengesahkan identiti anda.
  • Jika anda mengesahkan identiti anda sebagai sebahagian daripada proses rayuan penggantungan akaun, anda mungkin digesa supaya menyerahkan Nombor Keselamatan Sosial atau nombor telefon anda untuk melengkapkan pengesahan. Nombor Keselamatan Sosial atau nombor telefon anda akan dipadamkan dan tidak akan disimpan selepas anda melengkapkan proses pengesahan. Jika kami tidak menemukan padanan selepas 3 percubaan, anda tidak akan dibenarkan untuk membuat rayuan bagi penggantungan akaun anda.

Google akan menyemak permohonan anda dan menghantar pemberitahuan e-mel kepada anda tentang status pengesahan identiti pengiklan anda dalam masa 5—7 hari perniagaan sekiranya anda diberi tarikh akhir dan dalam masa 30 hari perniagaan sekiranya anda tidak diberi tarikh akhir. Anda boleh menyemak status pengesahan anda dalam  Pengebilan Ikon Pengebilan → Pengesahan pengiklan dalam akaun Google Ads anda. Jika anda pengguna akaun pengurus, anda boleh menyemak halaman Pengesahan pengiklan untuk melihat status semua akaun anda.

* Di Korea Selatan, pengesahan identiti dilakukan melalui pembawa mudah alih anda. Pastikan maklumat yang anda serahkan benar-benar sepadan dengan maklumat dalam rekod pembawa mudah alih anda.
Akaun Google Ads saya disediakan dengan penginvoisan bulanan

Sebelum anda bermula

Memandangkan maklumat anda telah disahkan semasa proses pembuatan sumber kredit, anda tidak perlu menyerahkan apa-apa maklumat atau dokumentasi tambahan.

Pemberitahuan e-mel dan pemberitahuan dalam akaun yang anda terima akan memperincikan langkah-langkah yang diperlukan untuk meluluskan penggunaan nama sah dan lokasi anda bagi setiap akaun Google Ads. Maklumat ini ialah nama dan lokasi yang disenaraikan pada profil pembayaran anda. Jika maklumat profil pembayaran anda tidak terkini, sila hubungi kami sebelum memulakan pengesahan.

Jika anda bukan pentadbir pada akaun Google Ads, anda mesti menghubungi pentadbir untuk memulakan pengesahan. Ketahui lebih lanjut tentang tahap akses akaun di sini.

Cara melengkapkan pengesahan

  1. Selepas melengkapkan bahagian “perihal perniagaan anda” pada halaman “Pengesahan pengiklan” dalam Akaun Google Ads anda, klik “Bermula” di sebelah “Sahkan organisasi anda”.
  2. Tindakan ini akan membuka halaman baharu untuk mengesahkan nama dan lokasi organisasi anda.
  3. Jika anda layak mengesahkan berbilang akaun secara pukal, anda akan diberi pilihan tersebut.
  4. Klik Sahkan.

Anda akan menerima e-mel pengesahan bahawa identiti anda telah disahkan. Nama dan lokasi pada profil pembayaran anda akan dipaparkan dalam pendedahan pada mana-mana iklan yang anda siarkan. Ketahui lebih lanjut tentang ketelusan dan pendedahan iklan

Saya mempunyai akaun Google Ad Grants

Penting

  • Jika anda mempunyai berbilang akaun Google Ad Grants, anda perlu melengkapkan langkah-langkah yang ditetapkan di bawah untuk setiap akaun.
  • Anda hanya perlu melengkapkan pengesahan pengiklan untuk akaun yang disenaraikan dalam e-mel pemberitahuan yang meminta anda memulakan proses pengesahan.
  • Jika anda bukan pentadbir pada akaun Google Ads, anda mesti menghubungi pentadbir untuk memulakan pengesahan. Ketahui caranya.

Cara melengkapkan pengesahan

  1. Selepas melengkapkan bahagian “perihal perniagaan anda” pada halaman "Pengesahan pengiklan" dalam akaun Google Ads anda, klik “Bermula” di sebelah “Sahkan organisasi anda”.
  2. Anda akan diubah hala kepada borang untuk menyerahkan maklumat yang diminta bagi pihak organisasi yang anda wakili.
  3. Nama yang diserahkan sebagai nama pengiklan mestilah penerima yang anda wakili.
  4. Lokasi yang dipilih hendaklah tempat pendaftaran penerima yang anda wakili dan sepadan dengan dokumen yang anda serahkan.
  5. Dokumen pendaftaran yang diserahkan mesti mencatatkan nama dan lokasi pengiklan yang anda wakili. Dokumen yang boleh diterima mengikut lokasi disenaraikan di sini.
  6. Google akan menyemak permohonan anda dan menghantar pemberitahuan e-mel kepada anda tentang status pengesahan anda dalam masa 5-7 hari perniagaan sekiranya anda diberi tarikh akhir dan dalam masa 30 hari perniagaan sekiranya anda tidak diberi tarikh akhir. Anda boleh menyemak status pengesahan dalam Pengebilan Ikon Pengebilan → Pengesahan pengiklan dalam akaun Google Ads anda.
Sahkan agensi anda [Saya agensi atau pihak ketiga yang mengiklan bagi pihak organisasi atau individu]

Sebelum anda bermula

Sahkan bahawa “Jenis akaun” dalam profil pembayaran Google Ads anda ditetapkan sebagai “Organisasi” sebelum menyerahkan maklumat anda.

Anda boleh menyemak “Jenis akaun” anda dalam profil pembayaran Google Ads anda melalui halaman “Tetapan” untuk “Pengebilan” di bawah bahagian "Butiran pembayar". Jika “Jenis akaun” anda ialah “Individu”, hubungi kami sebelum memulakan proses pengesahan.

Cara melengkapkan pengesahan

  1. Selepas melengkapkan bahagian “Perihal perniagaan anda” pada halaman “Pengesahan pengiklan” dalam Akaun Google Ads anda, klik Bermula bersebelahan “Sahkan agensi anda”.
    • Jika agensi menggunakan akaun Google Ads yang dibilkan mengikut penginvoisan bulanan, penjejak akan dikemaskinikan kepada Selesai dan langkah lain tidak diperlukan.
    • Jika agensi mempunyai akaun Google Ads yang tidak dibilkan mengikut penginvoisan bulanan, mereka akan dibawa ke halaman baharu untuk langkah seterusnya.
  2. Tindakan ini akan membuka halaman baharu yang meminta anda mengesahkan identiti agensi anda. Jika anda bukan pentadbir Google Ads, anda mesti menghubungi pentadbir akaun untuk memulakan pengesahan. Ketahui caranya.
  3. Pentadbir Google Ads atau pentadbir pada profil pembayaran mesti memuat naik dokumen pendaftaran untuk agensi anda dan dokumen untuk mengesahkan identiti anda*. Dokumen yang boleh diterima mengikut lokasi disenaraikan di sini. Nama sah dan lokasi pada profil pembayaran mesti sepadan dengan nama sah dan lokasi pada mana-mana dokumen yang anda serahkan. Jika nama tidak sepadan, pastikan pentadbir akaun atau pentadbir pembayaran mengedit nama profil pembayaran dengan mengklik ikon pensel di sebelah nama organisasi untuk membuat perubahan. Jika pentadbir tiada akses edit, anda perlu menghubungi kami untuk meminta kemaskinian nama organisasi.
  4. Klik Serah.

Nota: Semua maklumat yang dikumpulkan akan dikendalikan selaras dengan dasar privasi dan keselamatan kami seperti yang diterangkan dalam Pusat Keselamatan Google.

* Di Korea Selatan, pengesahan identiti dilakukan melalui pembawa mudah alih anda. Pastikan maklumat yang anda serahkan benar-benar sepadan dengan maklumat dalam rekod pembawa mudah alih anda.

Sahkan agensi anda [Saya merupakan agensi atau pihak ketiga yang mengiklan bagi pihak organisasi atau individu]

Penting

  • Sekiranya anda membuat pembayaran secara automatik atau manual bagi akaun Google Ads untuk berbilang organisasi atau individu, anda perlu melengkapkan langkah ini secara berasingan bagi setiap akaun yang dikenal pasti.

Cara melengkapkan pengesahan

Langkah agensi

  1. Selepas melengkapkan bahagian “perihal perniagaan anda” pada halaman “Pengesahan pengiklan” dalam Akaun Google Ads anda, anda akan melihat “Sahkan pelanggan anda”.
  2. Kemudian, anda akan diberi pilihan untuk mengundang pelanggan untuk mengesahkan identiti mereka atau meminta agensi mengesahkan pelanggan bagi pihak mereka.
    • Jika anda mahu mengundang pelanggan untuk mengesahkan identiti mereka, klik Salin pautan di sebelah "Hantar pengesahan kepada pelanggan anda. Sila minta mereka mengikut arahan yang diberikan untuk melengkapkan pengesahan.
    • Jika anda telah memilih untuk mengesahkan pelanggan bagi pihak mereka, anda akan diubah hala kepada halaman kendiri untuk memulakan langkah pengesahan pelanggan. Anda perlu membuat profil pembayaran baharu untuk pelanggan tersebut dan mungkin diminta memberikan dokumentasi. Dokumen yang boleh diterima mengikut lokasi disenaraikan di sini. Ikut arahan yang diberikan untuk melengkapkan pengesahan.

Langkah pelanggan

Untuk memulakan pengesahan pelanggan, agensi mestilah menghantar arahan melalui e-mel dahulu (lihat bahagian di atas).

  1. Pelanggan tersebut akan digesa untuk memilih profil pembayaran sedia ada mereka dengan Google untuk digunakan bagi pengesahan pengiklanan perniagaan mereka atau membuat profil pembayaran baharu.
  2. Profil pembayaran yang akan dipaparkan untuk pilihan mereka dalam langkah ini ialah sebarang profil yang pada masa ini dikaitkan dengan alamat e-mel mereka. Jika mereka mahu menggunakan semula profil pembayaran sedia ada yang tidak dipaparkan dalam senarai, mereka mestilah berkongsi pautan untuk memulakan pengesahan dengan pentadbir profil pembayaran. Jika mereka tidak mempunyai profil yang sedia ada, mereka mestilah membuat profil.
    • Nama perniagaan untuk profil yang mereka pilih akan digunakan dalam pendedahan iklan bagi iklan mereka dan Pusat Ketelusan Iklan.
    • Tanpa mengira sama ada mereka memilih profil sedia ada atau membuat profil baharu, pengebilan akaun Google Ads mereka tidak akan berubah dan mereka tidak akan diberi akses kepada akaun Google Ads mereka jika mereka belum memiliki akses.
  3. Melainkan pelanggan memilih profil sedia ada yang telah disahkan sebelum ini, mereka perlu mengesahkan profil pembayaran mereka yang baharu atau sedia ada dengan memuat naik dokumen yang membuktikan identiti syarikat mereka. Lihat di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut.
  4. Setelah pelanggan anda berjaya mengesahkan profil pembayaran, anda akan dimaklumi melalui e-mel. Anda boleh melihat status pada halaman Pengesahan pengiklan.

Nota:

  • Nama yang diserahkan sebagai nama perniagaan pengiklan mestilah pengiklan yang diwakili oleh agensi, bukan nama agensi anda, dan mestilah benar-benar sepadan dengan dokumen undang-undang mereka yang diserahkan menerusi borang. Nama ini akan dipaparkan dalam pendedahan pada mana-mana iklan yang disiarkan daripada akaun Google Ads.
  • Dokumen pendaftaran yang diserahkan mesti mencatatkan nama dan lokasi pengiklan yang anda wakili. Dokumen yang boleh diterima mengikut lokasi disenaraikan di sini.

Google akan menyemak permohonan anda dan menghantar pemberitahuan e-mel kepada anda tentang status pengesahan pelanggan anda dalam masa 5—7 hari perniagaan sekiranya anda diberi tarikh akhir dan dalam masa 30 hari perniagaan sekiranya anda tidak diberi tarikh akhir.

Ingat

Iklan yang disiarkan oleh pengiklan yang melengkapkan pengesahan identiti akan memaparkan nama (atau nama organisasi yang anda wakili) dan lokasi yang diberikan semasa proses pengesahan dalam pendedahan yang dijana secara automatik oleh Google. Ketahui lebih lanjut tentang ketelusan dan pendedahan pengiklan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
6979587014940037131
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false