Keperluan sambungan mesej

Sambungan mesej membolehkan pelanggan anda menghubungi anda melalui mesej teks mudah alih sebagai respons kepada iklan. Sambungan mesej, termasuk teks mesej yang sediakan oleh pengiklan, tertakluk kepada dasar Google Ads standard. Untuk memastikan pelanggan anda memperoleh pengalaman yang terbaik semasa berinteraksi bersama anda melalui mesej teks, kami juga mempunyai keperluan tambahan seperti di bawah.

Keperluan nombor telefon

Perkara berikut tidak dibenarkan:

Not allowed Nombor telefon yang tidak tepat, tidak aktif, tidak berkaitan atau yang tidak disambungkan kepada syarikat yang diiklankan

Not allowed Nombor telefon yang bukan nombor telefon tempatan atau domestik bagi negara yang disasarkan

Contoh: Menggunakan nombor telefon Amerika Syarikat untuk membalas teks bagi iklan yang menyasarkan Kenya

Not allowed Nombor premium iaitu nombor yang meminta pengguna membayar caj tambahan untuk melengkapkan teks

Ketahui cara membetulkan iklan atau sambungan yang tidak diluluskan. Jika anda tidak dapat membetulkan nombor telefon, gunakan nombor telefon lain yang memenuhi keperluan dasar.

Respons yang tidak boleh diterima

Perkara berikut tidak dibenarkan:

Not allowed Masa respons yang lambat atau tidak munasabah terhadap mesej yang diterima daripada pengguna

Contoh: Gagal membalas mesej pengguna, mengambil tempoh masa yang tidak munasabah untuk memberi balasan kepada pengguna

Not allowed Mesej yang tidak berkaitan atau tidak diingini dihantar kepada pengguna yang memberi respons kepada iklan

Contoh: Penghantaran teks tentang produk atau perkhidmatan yang tidak berkaitan dengan iklan asal, penghantaran teks berulang tanpa respons

Ketahui cara membetulkan iklan atau sambungan yang tidak diluluskan. Semak kandungan dan kekerapan respons, kemudian ubah suai sistem dalaman anda atau arahkan pasukan agar menambah baik respons kepada pertanyaan pengguna.

Pengumpulan data dalam sambungan mesej

Perkara berikut tidak dibenarkan:

Not allowed Pengumpulan maklumat kewangan

Not allowed Pengumpulan maklumat pengenalan yang dikeluarkan oleh kerajaan

Dasar yang berkaitan dan penolakan yang biasa berlaku

Dasar Google Ads berikut sangat berkaitan dengan sambungan mesej dan sering dikaitkan dengan penolakan. Ketahui tentang akibatnya jika anda melanggar dasar kami.

Menyalahgunakan maklumat peribadi

Menggunakan maklumat peribadi dengan cara yang tidak dipersetujui oleh pengguna adalah tidak dibenarkan sama sekali. Lihat Dasar pengumpulan dan penggunaan data untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang data yang boleh anda kumpulkan dan cara mengendalikan maklumat peribadi.

Perisian hasad atau tidak diingini

Google tidak membenarkan pengiklanan tapak yang dijangkiti perisian hasad atau penjualan perisian hasad. Lihat Dasar penyalahgunaan rangkaian untuk mendapatkan maklumat lanjut. Dasar ini meliputi perisian hasad yang mungkin terdapat dalam sambungan mesej teks. Dalam sesetengah keadaan, anda mungkin tidak sedar bahawa terdapat perisian hasad dalam pilihan teks anda. Untuk melindungi keselamatan pengguna, kami menghentikan sambungan mesej teks yang mengandungi perisian hasad.

Kandungan tidak sesuai

Google menghargai kepelbagaian dan sikap hormat menghormati. Atas sebab ini, kami tidak membenarkan kandungan yang menyinggung perasaan pengguna atau yang tidak sesuai. Lihat dasar tentang Kandungan tidak sesuai untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Ulangan

Untuk memastikan penampilan yang profesional dalam iklan, kami tidak membenarkan ulangan perkataan atau frasa yang berlebihan atau bersifat gimik. Lihat Dasar editorial untuk mendapatkan maklumat lanjut. Dasar ini juga digunakan terhadap kandungan mesej teks.

Tanda dagangan

Google boleh mengalih keluar iklan atau sambungan disebabkan oleh aduan pemilik tanda dagangan. Pengiklan bertanggungjawab ke atas penggunaan tanda dagangan yang betul dalam teks iklan, aset dan maklumat perniagaan mereka. Lihat dasar Tanda Dagangan untuk mendapatkan maklumat lanjut. Sila ambil maklum bahawa dasar ini juga digunakan terhadap mesej teks yang anda hantar.
Adakah perkara ini membantu?
Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?