Menyalahgunakan rangkaian iklan

Google memberikan versi terjemahan Pusat Bantuan kami sebagai kemudahan, walaupun terjemahan tersebut tidak bertujuan mengubah kandungan dasar kami. Versi bahasa Inggeris ialah bahasa rasmi yang kami gunakan untuk menguatkuasakan dasar kami. Untuk melihat artikel ini dalam bahasa lain, gunakan menu lungsur bahasa di bahagian bawah halaman.

Pengguna Display & Video 360 mesti mematuhi dasar Google Ads ini. Lawati pusat bantuan Display & Video 360 untuk mendapatkan pengehadan tambahan.

Kami mahu iklan yang disiarkan di seluruh Rangkaian Google agar berguna, pelbagai, berkaitan dan selamat untuk pengguna. Kami tidak membenarkan pengiklan menyiarkan iklan, kandungan atau destinasi yang cuba menipu atau memintas proses semakan iklan kami.

Berikut ialah beberapa contoh perkara yang perlu dielakkan dalam iklan anda. Ketahui tentang akibatnya jika anda melanggar dasar kami.

Perisian hasad atau tidak diingini

Keperluan ini digunakan pada iklan anda dan apa-apa perisian yang dihoskan atau dipautkan di tapak atau apl anda, tidak kira sama ada perisian tersebut dipromosikan melalui rangkaian pengiklanan Google. Perkara berikut tidak dibenarkan:

Perisian berniat jahat atau "perisian hasad" yang mungkin menjejaskan atau mendapatkan akses yang tidak dibenarkan kepada komputer, peranti atau rangkaian

Contoh (tidak menyeluruh): Virus komputer, perisian tebusan, cecacing, kuda trojan, rootkit, pengelog kekunci, pendail, perisian pengintip, perisian keselamatan berniat jahat dan atur cara atau apl berniat jahat yang lain

Penyelesai masalah: Perisian berniat jahat
  1. Semak status tapak anda dalam Konsol Carian Google. Jika anda belum pernah menggunakan Konsol Carian, masukkan URL tapak web anda dan klik "Tambah produk" untuk melihat status tapak tersebut. Anda mungkin perlu mengesahkan bahawa anda memiliki tapak tersebut.

    Jika Konsol Carian tidak melaporkan apa-apa masalah, tapak anda mungkin masih mempunyai isu keselamatan yang dikesan oleh Google Ads. Rujuk dengan juruweb atau penyedia pengehosan web anda untuk menyiasat lebih lanjut. Ketahui lebih lanjut tentang cara kami mengenal pasti perisian hasad atau tidak diingini.

  2. Alih keluar mana-mana perisian hasad atau tidak diingini.

    Google menyediakan sumber dan panduan untuk membolehkan anda membetulkan tapak anda melalui Bantuan untuk Tapak Web Digodam. Jika anda tidak dapat membetulkan destinasi iklan, kemas kini iklan dengan destinasi baharu yang mematuhi dasar ini.

  3. Edit iklan.

    Pengeditan iklan akan menyerahkan semula iklan tersebut dan destinasi iklan tersebut untuk semakan. Kebanyakan iklan disemak dalam tempoh satu hari perniagaan, namun sesetengah semakan boleh mengambil masa yang lebih lama jika iklan tersebut memerlukan semakan yang lebih terperinci.

 

Iklan atau destinasi yang melanggar dasar Perisian Tidak Diingini Google

Contoh (tidak menyeluruh): Kegagalan menunjukkan ketelusan tentang kefungsian yang disediakan oleh perisian atau kesan penuh pemasangan perisian, gagal menyertakan Syarat Perkhidmatan atau Perjanjian Lesen Pengguna Akhir, menggabungkan perisian atau aplikasi tanpa pengetahuan pengguna, membuat perubahan sistem tanpa kebenaran pengguna, menyukarkan pengguna untuk melumpuhkan atau menyahpasang perisian, gagal menggunakan API Google yang boleh didapati secara terbuka dengan betul apabila berinteraksi dengan perkhidmatan atau produk Google

Penyelesai masalah: Perisian yang tidak diingini
  1. Semak iklan dan destinasi anda untuk memastikan iklan dan destinasi tersebut mematuhi Dasar Perisian Tidak Diingini Google.

  2. Edit iklan dan / atau destinasi.

    Pengeditan iklan akan menyerahkan semula iklan tersebut dan destinasi iklan tersebut untuk semakan. Kebanyakan iklan disemak dalam tempoh satu hari perniagaan, namun sesetengah semakan boleh mengambil masa yang lebih lama jika iklan tersebut memerlukan semakan yang lebih terperinci.

 
Pelanggaran dasar ini tidak akan membawa kepada penggantungan akaun serta merta tanpa amaran awal. Amaran akan dikeluarkan, sekurang-kurangnya 7 hari, sebelum apa-apa penggantungan akaun anda. Ketahui lebih lanjut tentang akaun yang digantung.

Kelebihan tidak adil

Perkara berikut tidak dibenarkan:

Menggunakan Rangkaian Google untuk mendapatkan kelebihan trafik yang tidak adil ke atas peserta lain dalam lelongan

Contoh (tidak menyeluruh): Ahli gabungan yang mengiklan di Google Ads dengan cara yang melanggar peraturan program ahli gabungan yang berkaitan; mempromosikan kandungan yang sama atau serupa daripada berbilang akaun untuk pertanyaan yang sama atau serupa, cuba menyiarkan lebih daripada satu iklan pada satu masa bagi perniagaan, apl atau tapak anda

Nota: Kata kunci perlu sesuai dengan kemungkinan niat khalayak sasaran semasa membuat carian. Setiap tapak web atau apl yang anda promosikan perlu menawarkan nilai yang unik kepada pengguna. Sebagai contoh: elakkan promosi produk dan harga yang serupa merentas destinasi yang berkaitan.

Pelanggaran dasar ini tidak akan membawa kepada penggantungan akaun serta merta tanpa amaran awal. Amaran akan dikeluarkan, sekurang-kurangnya 7 hari, sebelum apa-apa penggantungan akaun anda. Ketahui lebih lanjut tentang akaun yang digantung.

Memintasi sistem

Perkara berikut tidak dibenarkan:

Tidak dibenarkan Terlibat dalam amalan yang cuba memintas atau mengganggu sistem pengiklanan dan proses Google atau cuba berbuat demikian.

Contoh (tidak menyeluruh):

  • Penyamaran (menunjukkan kandungan yang berlainan kepada pengguna tertentu, termasuk Google, berbanding kepada pengguna lain) yang bertujuan atau menyebabkan gangguan terhadap sistem semakan Google atau menyembunyikan, atau cuba menyembunyikan ketidakpatuhan terhadap dasar Google Ads, seperti: 
    • Mengubah hala ke kandungan yang tidak mematuhi dasar
    • Menggunakan DNS dinamik untuk menukar halaman atau kandungan iklan
    • Memanipulasi kandungan laman atau menyekat akses kepada sebilangan besar halaman pendaratan anda yang menyukarkan semakan yang sewajarnya ke atas iklan, laman atau akaun anda

    Nota: Penyamaran tidak termasuk menyediakan pemperibadian kandungan yang menambah nilai asli bagi pengguna tertentu, seperti versi bahasa yang berlainan untuk kandungan yang sama atau versi berlainan bagi kandungan yang sama bergantung pada penyedia perkhidmatan internet pengguna tersebut, selagi tawaran masih hampir sama, variasi dalam kandungan masih mematuhi dasar Google Ads dan Google dapat menyemak versi kandungan tersebut

  • Pelanggaran dasar berulang kali merentas mana-mana akaun anda, termasuk membuat domain atau akaun baharu untuk menyiarkan iklan yang serupa dengan iklan yang tidak diluluskan (untuk ini atau apa-apa dasar Google Ads yang lain)
  • Memintasi mekanisme penguatkuasaan dan pengesanan dengan membuat variasi iklan, domain atau kandungan yang tidak diluluskan (untuk ini atau apa-apa dasar Google Ads) atau menggunakan teknik dalam teks, imej atau video untuk menyembunyikan kandungan seksual yang eksplisit
  • Selepas keputusan penggantungan yang terdahulu, percubaan untuk menggunakan sistem Google Ads sekali lagi dengan membuat akaun baharu untuk memasuki semula sistem
  • Menyalahgunakan ciri produk Google Ads untuk memaparkan kandungan yang tidak mematuhi dasar kepada pengguna dan/atau mendapatkan trafik tambahan
  • Menyerahkan maklumat palsu sebagai sebahagian daripada program pengesahan kami

Kami mengambil serius tentang pelanggaran dasar ini dan menganggap perkara ini sebagai pelanggaran besar. Pelanggaran besar terhadap dasar Google Ads merupakan pelanggaran yang amat serius sehingga melanggar undang-undang atau menimbulkan bahaya yang ketara kepada pengguna kami. Semasa menentukan sama ada pengiklan atau destinasi melanggar dasar ini, kami mungkin menyemak maklumat daripada pelbagai sumber termasuk iklan, tapak web, akaun anda dan sumber pihak ketiga.  Jika kami menemui pelanggaran dasar ini, kami akan menggantung akaun Google Ads anda apabila dikesan dan tanpa amaran awal. Anda juga tidak akan dibenarkan mengiklan dengan kami lagi. Jika anda percaya bahawa ini satu kesilapan dan anda tidak melanggar dasar kami, maka kemukakan rayuan dan jelaskan sebab untuk menyokong rayuan anda. Kami hanya mengaktifkan kembali akaun dalam situasi yang meyakinkan dan sekiranya terdapat alasan yang kukuh. Jadi anda perlu meluangkan masa untuk mengemukakan hujah yang teliti, tepat dan jujur. Ketahui lebih lanjut tentang akaun yang digantung.

Tidak dibenarkan Memanipulasi teks iklan untuk cuba memintas semakan sistem automatik kami

Contoh (tidak menyeluruh): Kesalahan ejaan pada perkataan atau frasa yang dilarang untuk mengelak daripada penolakan iklan; memanipulasi istilah tanda dagangan dalam teks iklan untuk mengelak daripada sekatan yang dikaitkan dengan penggunaan tanda dagangan tersebut

Pelanggaran dasar ini tidak akan membawa kepada penggantungan akaun serta merta tanpa amaran awal. Amaran akan dikeluarkan, sekurang-kurangnya 7 hari, sebelum apa-apa penggantungan akaun anda. Ketahui lebih lanjut tentang akaun yang digantung.
Penyelesai masalah: Memintasi sistem

Dalam keadaan tertentu, iklan anda mungkin tidak diluluskan kerana melanggar dasar ini, namun tidak sehingga menyebabkan keseluruhan akaun anda digantung. Keadaan ini biasa berlaku apabila perkataan atau frasa dalam iklan kelihatan terlalu mirip dengan perkataan yang dilarang atau istilah tanda dagangan yang anda tidak dibenarkan untuk mengiklan. Dalam situasi sebegini, anda cuma perlu mengalih keluar perkataan atau frasa tersebut daripada iklan anda. Sebaik sahaja diedit dan disimpan, iklan tersebut akan disemak secara automatik dan boleh diluluskan untuk disiarkan jika kami mendapati bahawa iklan itu tidak lagi melanggar dasar ini.

Garis Panduan Juruweb

Perkara berikut tidak dibenarkan:

Terlibat dalam amalan yang melanggar Garis Panduan Juruweb Google

Contoh (tidak menyeluruh): Penyumbatan kata kunci, penyembunyian, ubah hala secara licik, halaman pintu masuk, spam terhadap tapak rangkaian sosial

Pelanggaran dasar ini tidak akan membawa kepada penggantungan akaun serta merta tanpa amaran awal. Amaran akan dikeluarkan, sekurang-kurangnya 7 hari, sebelum apa-apa penggantungan akaun anda. Ketahui lebih lanjut tentang akaun yang digantung.

Perlukan bantuan?

Jika anda mempunyai soalan tentang dasar kami, beritahu kami: Hubungi Sokongan Google Ads
Adakah perkara ini membantu?
Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?