Pemberitahuan

Sila pastikan anda melawati Halaman AdSense Anda yang membolehkan anda menemukan maklumat diperibadikan tentang akaun anda bagi membantu anda menggunakan AdSense dengan jayanya.

Dasar

Soalan Lazim dasar AdSense

Tujuan dasar AdSense adalah untuk memastikan rangkaian Paparan dan Carian Google selamat serta bersih untuk pengiklan, pengguna dan penerbit kami. Anda boleh menonton video ini untuk memahami sebab kami memerlukan dasar dan peranan yang dimainkan oleh dasar tersebut dalam ekosistem ​​iklan. Kami berharap semua penerbit yang menyertai AdSense menjalin perkongsian yang kekal dan berjaya dengan Google. Untuk membolehkan perkara itu berlaku, anda hendaklah membiasakan diri dengan dasar program AdSense. Anda juga perlu memastikan pelawat ke halaman anda tidak terkeliru, dan anda mestilah mengelakkan apa-apa pelaksanaan yang mengelirukan yang boleh menyebabkan klik tak sengaja. Untuk mendapatkan butiran lanjut, lihat dasar pelaksanaan iklan.

Pergi ke:

kembangkan semua | kuncup semua

Bahagian 1: Pelaksanaan iklan

Adakah berlaku pelanggaran jika iklan saya dipaparkan atas halaman?

Memaparkan iklan di atas halaman bukan pelanggaran asalkan terdapat kandungan yang mencukupi di atas halaman untuk dibaca oleh pengguna. Kami tidak membenarkan reka letak halaman yang menolak semua kandungan ke bawah halaman sehingga kandungan yang boleh dilihat hanyalah iklan. Pelaksanaan seperti ini menyukarkan pengguna untuk membezakan antara kandungan dan iklan Google.

Apabila menggabungkan iklan agar sepadan dengan laman saya, bagaimanakah cara memastikan iklan tersebut tidak meniru format kandungan tanpa menjadikan iklan itu terlalu menonjol?

Apabila anda melaksanakan iklan, sentiasa fikirkan pengguna anda dan pertimbangkan jika anda ialah pengguna yang melawat halaman ini buat kali pertama, sama ada anda dapat membezakan iklan daripada kandungan. Anda boleh memilih saiz, warna dan latar belakang iklan yang sesuai untuk dipadankan dengan reka bentuk halaman anda, tetapi jangan cuba memformatkan iklan sehingga iklan tersebut tidak dapat dibezakan daripada kandungan lain pada halaman yang memaparkan iklan itu. Selain itu, sentiasa kekalkan jarak yang sesuai antara iklan dan kandungan untuk mengelak daripada mencetuskan klik tidak sengaja.

Apakah label yang dibenarkan di atas iklan?

Kami tidak membenarkan penerbit mengelirukan pengguna dalam apa-apa jua cara. Satu-satunya label yang kami benarkan untuk diletakkan di atas iklan ialah "pautan tajaan" atau "iklan".

Bolehkah saya meletakkan iklan di bawah pautan atau butang "muat turun"?

Meletakkan iklan di sekitar butang "muat turun " boleh mengelirukan pengguna dengan membuat mereka menganggap iklan tersebut ialah pautan muat turun. Oleh itu, sentiasa pastikan iklan diletakkan jauh daripada pautan "muat turun" dan jadikan butang "muat turun" mudah dilihat.

Adakah saya dianggap melanggar dasar program jika saya meletakkan iklan di halaman iframe dalam laman atau apl saya?

Ya, tindakan ini melanggar dasar kami. Pertama, anda tidak dibenarkan untuk meletakkan iklan dalam bingkai dalam halaman lain. Kedua, anda tidak dibenarkan untuk meletakkan iklan dalam perisian anda, contohnya, jika anda mengawal halaman yang mengandungi iklan dan apl yang memuatkan halaman tersebut, kami akan mengambil tindakan

Kembali ke atas

Bahagian 2: Berkaitan mudah alih

Kod iklan yang manakah perlu saya letakkan pada apl web (web yang membenamkan apl): AdMob atau AdSense?

Jangan gunakan AdSense pada apl kerana tindakan ini ialah pelanggaran yang jelas. Sila pastikan juga anda tidak melanggar dasar yang berikut apabila menggunakan AdMob. Dasar-dasar berikut harus dipertimbangkan untuk apl yang berfungsi sebagai penyemak imbas, atau apl yang cuba membingkaikan halaman luaran: Iklan AdMob dan AdSense tidak boleh dipaparkan pada skrin yang sama. Penerbit tidak dibenarkan untuk meletakkan iklan Google pada halaman yang membingkaikan kandungan daripada halaman lain tanpa kebenaran daripada pemilik halaman tersebut. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang dasar AdMob, rujuk Pusat Bantuan AdMob.

Kembali ke atas

Bahagian 3: Soalan lazim potongan daripada pendapatan

Pendapatan anda mungkin mengandungi potongan untuk pelbagai sebab. Google mungkin melaraskan pendapatan anda sekiranya Google mengesan aktiviti klik tidak sah dalam akaun anda atau pelaksanaan iklan yang tidak mematuhi dasar AdSense. Kami menggalakkan anda menyemak dasar dan garis panduan kualiti trafik untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Mengapakah pendapatan saya dipotong?
Pendapatan anda dipotong sama ada untuk aktiviti klik tidak sah atau untuk aktiviti yang tidak mematuhi dasar Google. Google menyemak akaun penerbit secara berkala untuk mengesan aktiviti sedemikian. Apabila kami mendapati aktiviti tersebut dalam akaun anda, kami selaraskan pendapatan anda dan membayar balik pengiklan yang membayar klik ini.
Saya ingin membuat rayuan terhadap pemotongan. Bolehkah saya berbuat demikian?
Dukacitanya anda tidak boleh membuat rayuan terhadap pemotongan. Harap maklum bahawa kami telah melaksanakan usaha wajar dalam penyemakan trafik pada akaun anda. Seperti yang dinyatakan, potongan hanya dikenakan apabila kami mendapati klik tidak sah dalam akaun anda atau apabila kami mendapati aktiviti yang tidak mematuhi dasar Google.
Saya mendapati pendapatan dimuktamadkan saya berbeza daripada anggaran pendapatan saya. Mengapakah saya menerima potongan tambahan?
Anggaran pendapatan yang anda lihat dalam akaun anda memberi anda anggaran hampir bagi aktiviti akaun baru-baru ini semasa trafik terakru dalam akaun anda. Sebaliknya, pendapatan dimuktamadkan merangkumi semua hasil yang akan dibayar kepada anda untuk klik dan tera disahkan. Dalam sesetengah keadaan, Google mungkin mendapati aktiviti yang telah dibayar kepada anda adalah tidak sah atau tidak selaras dengan dasar Google. Dalam kes seperti ini, Google mencatatkan pelarasan pada akaun anda dalam bentuk potongan. Ketahui lebih lanjut tentang cara memahami pendapatan AdSense anda dengan lebih baik atau perbezaan antara anggaran pendapatan dengan pendapatan dimuktamadkan.
Apakah julat tarikh untuk potongan ini?
Kami tidak dapat memberikan julat tarikh pelarasan anda dikenakan. Sila ambil perhatian bahawa seperti yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat kami, kami mengkredit pengiklan untuk trafik tidak sah yang terakru 60 hari sebelum tarikh invois. Sebaik sahaja kami selesai dengan siasatan kami dan mula memproses kredit, kredit tersebut akan direkodkan dalam akaun anda dalam masa 30 hari.
Bolehkah saya mendapat butiran lebih lanjut tentang potongan?
Untuk mengekalkan integriti sistem pengesanan aktiviti tidak sah kami dan untuk mengelakkan pengguna daripada memintas sistem ini, kami tidak dapat memberikan butiran tentang aktiviti yang kami dapati dalam akaun anda.
Bagaimanakah cara mengelakkan perkara ini daripada berlaku lagi?
Kami menggalakkan penerbit sentiasa memantau akaun AdSense mereka untuk mengesan tanda-tanda kemungkinan aktiviti klik tidak sah. Anda mesti mengetahui lokasi asal trafik anda. Kami memahami perlunya anda mempunyai kempen iklan untuk mempromosikan halaman anda, tetapi memantau jenis trafik yang dijana oleh promosi ini adalah sama penting. Untuk melakukan pemantauan dengan berjaya, kami mengesyorkan pemantauan trafik yang dihalakan ke halaman anda menggunakan alat analitis web seperti Analitis Google. Anda juga boleh cuba membahagikan trafik anda kepada saluran dan memantau trafik daripada saluran ini.
Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya mengesyaki aktiviti tidak sah?
Jika anda mendapati wujudnya sebarang aktiviti yang mencurigakan dalam akaun anda, anda boleh memaklumkan kepada kami menggunakan borang klik tidak sah kami. Sila berikan maklumat yang terperinci dalam borang ini. Harap maklum bahawa kami akan menyimpan maklumat ini dalam rekod kami, tetapi kami mungkin tidak akan bertindak balas melainkan kami menemukan isu yang penting dengan akaun anda.

Kembali ke atas

Bahagian 4: Permintaan untuk semakan dan laporan pelanggaran

Saya mengalih keluar pelanggaran daripada halaman contoh yang dihantar kepada saya dalam e-mel pemberitahuan tentang pelumpuhan laman. Mengapakah penyiaran iklan masih dilumpuhkan di laman saya?

Ada kemungkinan semasa anda mengalih keluar pelanggaran tersebut daripada halaman contoh yang kami berikan, masih wujud pelanggaran yang sama di seluruh laman anda. Harap maklum bahawa URL yang kami berikan dalam e-mel pemberitahuan itu hanyalah satu contoh dan pelanggaran yang sama mungkin terdapat di halaman lain pada laman ini. Kami cadangkan agar anda meluangkan masa untuk menyemak laman anda yang lain untuk memastikan laman tersebut mematuhi dasar kami. Selepas anda membetulkan semua pelanggaran di laman, anda boleh meminta semakan melalui Pusat Dasar dalam akaun AdSense anda atau Pusat Bantuan.

Iklan saya tidak dipaparkan di halaman atau laman saya. Bagaimanakah cara membetulkan masalah ini?

Anda boleh menggunakan Penyelesai masalah penyiaran iklan untuk membantu anda menyelesaikan isu lazim di halaman atau laman anda.

Bagaimanakah cara menghubungi pasukan AdSense jika saya menerima pemberitahuan dasar?

Anda tidak perlu menghubungi kami jika anda telah menerima amaran. Anda harus mengambil tindakan terhadap amaran dengan memastikan anda mengalih keluar semua pelanggaran di seluruh laman anda. Jika iklan telah dilumpuhkan di halaman atau laman anda, maka anda boleh menghubungi kami melalui borang permohonan semakan. Sebelum menghubungi kami, sila betulkan masalah tersebut dahulu. Kami amat menggalakkan anda membaca dasar yang berkaitan dalam Pusat Bantuan kami untuk membantu anda memahami pelanggaran semasa. Untuk meminta semakan, sila gunakan Penyelesai masalah memohon semakan untuk pelanggaran, kemudian ikut langkah-langkah untuk mendapatkan borang permohonan semakan yang betul.

Akaun saya telah dilumpuhkan dan rayuan saya ditolak. Apakah ada cara untuk membolehkan saya bermula sekali lagi?

Seperti yang anda ketahui, Google memandang serius tentang pematuhan dasar program. Dasar program kami dilaksanakan untuk membantu memastikan pengalaman positif bagi penerbit kami, pelawat halaman mereka dan pengiklan kami. Oleh itu, keputusan kami biasanya muktamad.


Jika anda berpendapat bahawa keputusan ini merupakan satu kesilapan dan jika anda penuh percaya bahawa pelanggaran dasar yang terakru bukan disebabkan oleh tindakan atau kecuaian anda atau mereka yang berada di bawah tanggungjawab anda, sila buat rayuan terhadap pelumpuhan akaun anda. Untuk berbuat demikian, sila hubungi kami hanya melalui borang Rayuan pelanggaran dasar—akaun dilumpuhkan.

Kami akan menyemak permohonan anda sebaik sahaja salah seorang pakar kami tersedia. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa kami berhak untuk melumpuhkan akaun kerana melanggar dasar program dan tiada jaminan bahawa akaun anda akan dipulihkan semula.

Sila ambil perhatian bahawa anda hanya boleh menghantar satu rayuan untuk akaun anda. Apa-apa permohonan tambahan tidak akan disemak.

Halaman atau laman saya didapati tidak patuh kepada dasar tetapi saya mendapati beberapa laman lain juga melakukan perkara yang sama, mengapakah tindakan yang sewajarnya tidak diambil ke atas mereka?

Kami berusaha untuk mengekalkan kualiti dan reputasi AdSense dengan memastikan semua penerbit kami mematuhi dasar program kami. Kami menghargai bantuan anda dalam menegakkan standard ini. Jika anda mendapati mana-mana halaman atau laman yang mungkin mengandungi pelanggaran dasar, sila laporkan kepada kami dengan mengklik pada label "Iklan oleh Google" atau "Pilihan iklan" pada iklan tersebut. Pakar kami akan menyemak laman tersebut dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Laman saya telah digodam dan penggodam memasukkan kod iklan mereka sendiri pada laman saya. Apakah yang perlu saya lakukan?

Jika anda belum lagi berbuat demikian, anda boleh mengalih keluar iklan daripada laman anda dengan memadamkan kod iklan tersebut dari kod sumber laman anda. Selain itu, kami mencadangkan agar anda menyemak keselamatan laman anda untuk memastikan individu yang tidak dibenarkan tidak dapat mengakses kod sumber laman anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat: Apakah itu penggodaman atau kandungan digodam?

Kembali ke atas

Bahagian 5: Lebih banyak sumber

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dasar dan amalan terbaik AdSense, lawati blog AdSense serta saluran YouTube AdSense.

Kembali ke atas

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Halaman AdSense anda

Memperkenalkan Halaman AdSense: sumber baharu yang membolehkan anda menemukan maklumat peribadi dan peluang baharu dalam akaun anda untuk membantu anda berjaya menggunakan AdSense.

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
16298657777452476265
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
157
false
false