Anda boleh menggunakan kamera telefon anda untuk menterjemahkan teks pada apl Translate . Sebagai contoh, anda boleh menterjemah papan tanda atau nota tulisan tangan.
Terjemahkan teks dalam imej
Penting: Ketepatan terjemahan bergantung pada kejelasan teks. Terjemahan bagi teks yang bersaiz kecil, tidak jelas atau digayakan mungkin kurang tepat.
Untuk menterjemahkan teks menggunakan kamera anda:
- Buka apl Translate pada telefon atau tablet Android anda
.
- Pilih bahasa sumber dan bahasa sasaran yang ingin anda terjemahkan.
- Daripada: Pilih bahasa atau ketik Kesan bahasa
.
- Kepada: Pilih bahasa sasaran anda.
- Daripada: Pilih bahasa atau ketik Kesan bahasa
- Pada skrin utama apl, ketik Kamera
.
- Untuk menterjemahkan teks daripada imej yang anda sudah tangkap: ketik Semua Imej
.
- Untuk menterjemahkan perkara yang anda temukan melalui kamera anda:
- Halakan kamera anda ke arah teks yang mahu diterjemahkan.
- Ketik Butang Pengatup
.
- Untuk menterjemahkan teks daripada imej yang anda sudah tangkap: ketik Semua Imej
Terjemahkan sebahagian teks
Anda boleh memilih bahagian imej untuk diterjemah.
- Buka apl Translate pada telefon atau tablet Android anda
.
- Pilih bahasa sumber dan bahasa sasaran yang ingin anda terjemahkan.
- Daripada: Pilih bahasa atau ketik Kesan bahasa
.
- Kepada: Pilih bahasa sasaran anda.
- Daripada: Pilih bahasa atau ketik Kesan bahasa
- Ketik Kamera
dan gunakan Butang Pengatup
.
- Untuk melihat pilihan Translate, ketik Kembangkan
.
- Togol untuk menghidupkan Tunjukkan teks asal, di bawah pemilih bahasa.
- Pilih teks
- Ketik mana-mana perkataan untuk memilih perkataan tersebut, kemudian seret sauh pemilihan untuk melaraskan teks yang dipilih. Teks yang diterjemahkan akan terpapar pada kad.
- Jika anda menghidupkan Tunjukkan teks asal, kad akan menunjukkan teks ditangkap yang belum diterjemah.
Petua: Jika teks terlampau panjang untuk melihat kad, seret kad ke atas.
Bekerja dengan teks yang diterjemahkan
Setelah teks dalam imej diterjemahkan, anda boleh melakukan perkara seperti salin teks, baca dengan kuat atau hantar ke Laman Utama Translate untuk maklumat laju.
- Pilih bahagian teks yang anda ingin ambil tindakan.
- Di bahagian bawah, pilih pilihan daripada karusel:
- Salin teks: Untuk menyalin teks, pilih teks yang anda ingin salin dan ketik Salin teks
.
- Dengar Untuk Translate membaca teks terjemahan anda, ketik Dengar
.
- Hantar ke Laman Utama Translate: Untuk mendapatkan lebih maklumat, ketik Hantar ke Laman Utama Translate
.
- Search: Untuk mencari teks terjemahan pada Google, ketik Search
.
- Salin teks: Untuk menyalin teks, pilih teks yang anda ingin salin dan ketik Salin teks
Gunakan terjemahan kamera luar talian
Untuk menggunakan terjemahan kamera luar talian, muat turun bahasa yang ingin anda terjemahkan.
- Buka apl Translate pada telefon atau tablet Android anda
.
- Ketik Kamera
.
- Ketik Pemilih Bahasa.
- Muat turun bahasa sasaran terjemahan anda.
Selepas muat turun selesai, terjemahan kamera akan berfungsi untuk bahasa yang dimuat turun walaupun semasa anda terputus sambungan daripada Internet.
Dapatkan hasil yang terbaik
Bagi mendapatkan hasil terjemahan yang terbaik untuk imej anda:
- Semak bahawa bahasa "Terjemahkan daripada" dan "Terjemahkan kepada" adalah betul.
- Gunakan sambungan rangkaian yang kuat.
- Di bawah cahaya yang malap, ketik Denyar Kamera
.
- Gunakan fon yang jelas dan biasa digunakan untuk mendapatkan hasil yang terbaik.