Terjemah teks dalam apl lain

Anda boleh menterjemahkan teks dalam apl lain dengan apl Google Terjemah. Begini caranya:

Apabila Ketik untuk Terjemah dihidupkan, anda boleh menyalin teks dari sebarang apl pada peranti Android anda dan menterjemahkannya ke bahasa lain.

Perhatian: Teks anda akan dihantar ke Google untuk terjemahan hanya selepas anda mengetik ikon Google Terjemah. Teks anda tidak akan dihantar sekiranya anda tidak mengetik ikon tersebut.

Guna Ketik untuk Terjemah

  1. Dalam sebarang apl dengan teks yang boleh disalin, pilih dan salin teks yang anda mahu terjemahkan.
  2. Ketik Terjemah Apl Terjemah. Teks yang disalin dihantar kepada Google dan diterjemahkan serta-merta.

Matikan Ketik untuk Terjemah

  1. Buka apl Terjemah Apl Terjemah.
  2. Di bahagian atas sebelah kiri, ketik Menu Menu kemudian Tetapan.
  3. Ketik Ketik untuk Terjemah.
  4. Nyahtanda Dayakan Ketik untuk Terjemah.