1. Terjemahkan teks
  2. Terjemahkan imej
  3. Terjemah di luar talian
  4. Terjemah melalui pertuturan
  5. Terjemah melalui tulisan tangan
  6. Terjemah perbualan dwibahasa
  7. Terjemahkan halaman web dan dokumen
  8. Lihat atau padamkan sejarah terjemahan anda
  9. Simpan terjemahan dalam buku frasa
  10. Ubah suai papan kekunci anda untuk mencari dalam bahasa lain
  11. Tambahkan pemalam Penterjemah Tapak Web kepada tapak anda
  12. Bantu memperbaik Google Terjemah
  1. Terjemahkan teks

    Anda boleh menterjemahkan perkataan atau frasa menggunakan Google Terjemah.

    Cara menterjemahkan teks

    Komputer
    1. Lawati halaman Google Terjemah.
    2. Di bahagian atas halaman, pilih bahasa untuk penterjemahan anda. Jika anda tidak pasti bahasa yang ingin digunakan, klik Kesan bahasa.
    3. Mula menaip dan terjemahan akan dipaparkan secara automatik. Lebih banyak anda taip, terjemahan anda akan menjadi lebih tepat lagi.
    4. Anda mungkin melihat kamus ringkas di bawah terjemahan anda. Kamus ini menunjukkan bahagian pertuturan, variasi perkataan yang mungkin boleh digunakan atau kegunaan perkataan tersebut.

    Nota: Anda perlu menghidupkan Javascript untuk penyemak imbas bagi melihat terjemahan anda dengan serta-merta. Jika anda tidak mempunyai Javascript, anda boleh mengklik Terjemah untuk melihat hasilnya.

    Penyemak imbas mudah alih
    1. Lawati halaman Google Terjemah.
    2. Di bahagian atas halaman, pilih bahasa untuk penterjemahan anda. Jika anda tidak pasti bahasa yang ingin digunakan, klik Kesan bahasa.
    3. Mula menaip dan terjemahan akan dipaparkan secara automatik. Lebih banyak anda taip, terjemahan anda akan menjadi lebih tepat lagi.

    Nota: Anda perlu menghidupkan Javascript untuk penyemak imbas bagi melihat terjemahan anda dengan serta-merta. Jika anda tidak mempunyai Javascript, anda boleh mengklik Terjemah untuk melihat hasilnya.

    Apl Terjemah
    1. Buka apl Terjemah .
    2. Sentuh butang bahasa di bahagian atas skrin untuk memilih bahasa asal dan bahasa terjemahan.
    3. Taip perkataan yang ingin anda terjemah.
    4. Jika terjemahan tidak ditunjukkan dengan serta-merta, sentuh anak panah .

    Petua: Untuk melihat terjemahan dalam mod skrin penuh, pegang peranti anda dalam kedudukan melintang.

    Dengar terjemahan anda

    Dalam sesetengah bahasa, anda akan melihat ikon Dengar di sebelah terjemahan anda .

    Sentuh ikon itu untuk mendengar terjemahan anda.

  2. Terjemahkan imej

    Dengan aplikasi Terjemah, anda boleh menterjemahkan teks dalam imej—sama ada dalam gambar yang telah anda ambil atau import, atau hanya dengan menghalakan kamera anda.

    Terjemahkan segera dengan menghalakan kamera anda

    Anda boleh menterjemahkan teks yang anda nampak di sekitar anda hanya dengan menghalakan kanta kamera anda ke arah teks itu.

    1. Buka apl Terjemah .
    2. Pilih bahasa asal dan bahasa terjemahan untuk penterjemahan anda.
    3. Sentuh ikon kamera Translate camera icon.
    4. Halakan kamera anda ke arah teks yang anda mahu terjemahkan. Teks yang telah diterjemahkan akan dipaparkan pada skrin dengan serta-merta.

    Perhatian: Terjemahan tidak sempurna dan mungkin tidak berfungsi jika teks itu terlalu kecil, ditulis menggunakan tangan atau dalam fon yang bergaya ataupun tidak cukup terang.

    Muat turun bahasa untuk penterjemahan kamera segera

    Sesetengah pasangan bahasa perlu dimuat turun sebelum anda boleh menterjemah antara kedua-dua bahasa itu menggunakan kamera segera. Bahasa yang dimuat turun boleh digunakan untuk penterjemahan luar talian juga.

    Android
    1. Buka apl Terjemah .

    2. Di sebelah atas bahagian kanan, sentuh tetapan Menu icon> Tetapan > Bahasa kamera segera.

    3. Di sebelah kanan pasangan bahasa itu, sentuh muat turun .

    4. Apabila ditanya jika anda mahu memuat turun pakej pasangan bahasa itu, klik OK.

    5. Setelah pasangan bahasa itu selesai dimuat turun, anda dapat melihatnya di bawah “Telah Dipasang”.
    iPhone atau iPad
    1. Buka apl Terjemah .

    2. Di sebelah bawah bahagian kanan, sentuh tetapan .

    3. Sentuh Bahasa kamera segera.

    4. Untuk menambah bahasa, sentuh ikon tambah, kemudian pilih pasangan bahasa.

    5. Apabila ditanya jika anda mahu memuat turun pakej pasangan bahasa itu, klik OK.

    6. Setelah pasangan bahasa itu selesai dimuat turun, anda dapat melihatnya di bawah “Telah Dipasang”.
    Bahasa yang tersedia

    Anda boleh menterjemah kepada dan daripada Bahasa Inggeris untuk bahasa berikut:

    • Inggeris Arab
    • Inggeris Bulgaria
    • Inggeris Catalonia
    • Inggeris Croatia
    • Inggeris Czech
    • Inggeris Denmark
    • Inggeris Belanda
    • Inggeris Filipina
    • Inggeris Finland
    • Inggeris Jerman
    • Inggeris Hungary
    • Inggeris Indonesia
    • Inggeris Lithuania
    • Inggeris Norway
    • Inggeris Poland
    • Inggeris Romania
    • Inggeris Slovak
    • Inggeris Sweden
    • Inggeris Turki
    • Inggeris Ukraine

    Anda boleh menterjemah daripada Bahasa Inggeris kepada bahasa berikut:

    • Inggeris Hindi
    • Inggeris Thai

    Anda juga boleh menterjemah antara Bahasa Arab dan Bahasa Jerman:

    • Arab Jerman

    Terjemahkan gambar yang anda ambil dengan peranti anda

    1. Buka apl Terjemah .
    2. Pilih bahasa asal dan bahasa terjemahan untuk penterjemahan anda.
    3. Sentuh Kamera Translate camera icon.
    4. Untuk mengambil gambar, sentuh Kamera sekali lagiTranslate camera icon.
    5. Gunakan jari anda untuk menyerlahkan teks yang ingin diterjemahkan.

    Terjemahkan imej yang sudah ada pada peranti anda

    1. Buka apl Terjemah .
    2. Pilih bahasa asal dan bahasa terjemahan untuk penterjemahan anda.
    3. Sentuh Kamera Translate camera icon.
    4. Sentuh Import Insert photo.
    5. Pilih foto yang ingin anda terjemahkan.
    6. Gunakan jari anda untuk menyerlahkan teks yang ingin diterjemahkan.
  3. Terjemah di luar talian

    Anda boleh memuat turun bahasa ke peranti anda supaya anda boleh menggunakan apl Terjemah apabila anda di luar talian. Ini amat berguna apabila anda tiada sambungan Internet.

    Muat turun bahasa untuk digunakan di luar talian (Android sahaja)

    1. Buka apl Terjemah pada peranti Android anda .
    2. Sentuh satu nama bahasa di bahagian atas skrin.
    3. Di sebelah kanan nama bahasa, sentuh muat turun . Jika ikon muat turun tidak kelihatan di sebelah sesuatu bahasa, itu bermaksud bahasa tersebut tidak tersedia untuk dimuat turun.
    4. Setelah bahasa selesai dimuat turun, anda akan dapat melihat tanda semak .

    Alih keluar bahasa luar talian (Android sahaja)

    1. Buka apl Terjemah .
    2. Sentuh nama bahasa di bahagian atas skrin.
    3. Sentuh di sebelah kanan nama bahasa yang ingin anda keluarkan.
    4. Apabila ditanya sekiranya anda ingin mengalih keluar pakej luar talian, sentuh OK.

    Ingatlah:

    • Tidak semua bahasa luar talian boleh digunakan untuk terjemahan kamera segera. Lihat bahasa luar talian yang tersedia untuk terjemahan kamera segera.
    • Untuk mengelakkan kemungkinan kelewatan atau dikenakan caj penggunaan data tambahan, hanya muat turun semasa anda menggunakan Wi-Fi.
    • Untuk iPhone dan iPad, anda hanya boleh memuat turun bahasa luar talian untuk terjemahan kamera segera.
  4. Terjemah melalui pertuturan

    Anda boleh menterjemahkan perkataan atau frasa dengan menuturkannya. Dalam sesetengah bahasa, anda turut akan mendengar terjemahan anda dituturkan.

    Terjemah melalui pertuturan

    Komputer
    1. Lawati halaman Google Terjemah.
    2. Di sudut bawah sebelah kiri kotak teks, sentuh mikrofon .
    3. Apabila disuruh "Sebutkan sekarang", tuturkan perkataan atau frasa yang ingin diterjemah. Dalam sesetengah bahasa, anda dapat mendengar terjemahannya dituturkan.
    Penyemak imbas mudah alih

    Penterjemahan melalui pertuturan tidak tersedia pada penyemak imbas mudah alih.

    Apl Terjemah

    Penterjemahan melalui pertuturan tidak berfungsi dalam sesetengah bahasa. Butang pertuturan untuk bahasa yang tidak disokong akan dikelabukan.

    1. Buka apl Terjemah .
    2. Sentuh butang bahasa di bahagian atas skrin untuk memilih bahasa asal dan bahasa terjemahan anda.
    3. Sentuh mikrofon .
    4. Apabila disuruh "Sebutkan sekarang", tuturkan perkataan atau frasa yang ingin anda terjemah. Dalam sesetengah bahasa, anda akan mendengar terjemahannya dituturkan.

    Petua: Anda juga mungkin berminat untuk menterjemahkan perbualan dwibahasa.

    Pilih loghat

    Dalam sesetengah bahasa, anda boleh memilih loghat supaya Google lebih memahami apa yang anda katakan.

    Android

    1. Buka apl Terjemah .
    2. Sentuh Menu Menu icon> Tetapan > Input pertuturan.
    3. Dalam bahagian "Loghat", pilih loghat anda.
    iPhone atau iPad
    1. Buka apl Terjemah .
    2. Di sudut bawah sebelah kanan, sentuh Tetapan  > Input pertuturan.
    3. Pilih bahasa bagi loghat yang ingin anda pilih.
    4. Pilih loghat anda.

    Terjemahkan perkataan yang menyinggung (apl Android sahaja)

    Secara lalai, apl Terjemah tidak membenarkan anda menterjemahkan perkataan yang menyinggung melalui pertuturan. Jika anda ingin menterjemahkannya, anda boleh mematikan penapis perkataan yang menyinggung.

    1. Buka apl Terjemah .
    2. Sentuh Menu Menu icon> Tetapan > Input pertuturan.
    3. Di sebelah "Sekat perkataan yang menyinggung", nyahtandai kotak itu.
  5. Terjemah melalui tulisan tangan

    Anda boleh menulis aksara dan melihat terjemahannya dengan menggunakan apl Terjemah. Ini sangat berguna untuk menterjemahkan perkataan apabila anda tidak tahu cara menaip aksara tersebut.

    Cara menterjemah melalui tulisan tangan

    Nota: Sesetengah bahasa tidak berfungsi dengan tulisan tangan. Butang tulisan tangan akan dikelabukan untuk bahasa-bahasa ini.

    1. Buka apl Terjemah .
    2. Pilih bahasa dengan menyentuh butang bahasa di bahagian atas skrin.
    3. Sentuh Tulis Tangan .
    4. Dalam kotak yang mengatakan "Tulis di sini", tulis aksara, perkataan atau frasa.

    Ubah saiz kotak tulisan tangan (Android sahaja)

    Untuk membesarkan atau mengecilkan kotak tulisan tangan, sentuh dan tahan Seret . Kemudian gerakkannya ke atas atau ke bawah pada skrin itu.

  6. Terjemah perbualan dwibahasa

    Anda boleh menggunakan apl Terjemah untuk bercakap dengan seseorang dalam bahasa asing. Apl Terjemah akan mengenal pasti bahasa yang sedang dituturkan, yang membolehkan anda berbual seperti biasa.

    Mulakan perbualan dwibahasa

    1. Buka apl Terjemah .
    2. Sentuh butang bahasa di bahagian atas skrin untuk memilih bahasa.
    3. Sentuh mikrofon .
    4. Orang yang pertama boleh mula bercakap. Apabila beliau selesai bercakap, anda akan mendengar terjemahannya dalam bahasa yang satu lagi.
    5. Sentuh mikrofon di bahagian bawah skrin . Apabila apl mengeluarkan bunyi dan mikrofon bertukar menjadi warna merah, orang yang bercakap bahasa yang lain boleh bercakap.
    6. Mulai sekarang, apabila apl mengeluarkan bunyi dan mikrofon bertukar menjadi warna merah, apl akan menterjemahkan kedua-dua bahasa itu.

    Jika anda ingin apl mendengar satu bahasa tertentu, tekan butang bahasa tersebut di bahagian bawah skrin.

  7. Terjemahkan halaman web dan dokumen

    Anda boleh menterjemahkan jenis kandungan khas, seperti tapak web, dokumen dan mesej teks.

    Terjemahkan tapak web (komputer sahaja)

    1. Lawati halaman Google Terjemah pada komputer anda.
    2. Pilih bahasa terjemahan yang anda ingini untuk menterjemahkan tapak web itu.
    3. Taipkan alamat web ke dalam kotak di sebelah kiri.
    4. Klik Terjemah.
    5. Untuk melihat versi terjemahan bagi tapak web tersebut, klik pada pautan di dalam kotak di sebelah kanan.

    Terjemahkan dokumen (komputer sahaja)

    1. Lawati halaman Google Terjemah pada komputer anda.
    2. Di bawah kotak carian, klik Terjemahkan dokumen.
    3. Pilih fail yang ingin anda terjemah. Format yang disokong ialah PDF, TXT, DOC, PTT, XLS atau RTF.

    Nota: Sesetengah format asal mungkin hilang dalam versi terjemahan.

    Terjemahkan mesej teks (apl Android sahaja)

    1. Buka apl Terjemah .
    2. Pada skrin utama Terjemah, sentuh Menu Menu icon> Terjemahan SMS.
    3. Sentuh mesej yang ingin anda terjemah.
  8. Lihat atau padamkan sejarah terjemahan anda

    Anda boleh menggunakan sejarah terjemahan dalam apl Terjemah untuk mengakses terjemahan sebelumnya dengan cepat walaupun semasa berada di luar talian.

    Lihat sejarah terjemahan anda

    Terjemahan yang lepas ditunjukkan pada skrin Utama apl Terjemah.

    Petua: Anda juga mungkin berminat untuk menyimpan terjemahan anda ke buku frasa yang boleh diakses kemudian.

    Padamkan item daripada sejarah anda

    Untuk memadamkan terjemahan satu persatu daripada sejarah anda, leret terjemahan itu ke kanan atau kiri.

    Padamkan semua sejarah terjemahan anda

    Android
    1. Buka apl Terjemah .
    2. Sentuh ikon Menu Menu icon> Kosongkan sejarah > Ya.
    iPhone atau iPad
    1. Buka apl Terjemah .
    2. Di sudut bawah sebelah kanan, sentuh Tetapan  > Kosongkan Sejarah Terjemahan > OK.
  9. Simpan terjemahan dalam buku frasa

    Anda boleh membuat buku frasa terjemahan lalu untuk melihatnya lagi pada masa hadapan. Anda boleh mengakses buku frasa anda semasa di luar talian dan daripada translate.google.com pada sebarang komputer atau peranti.

    Tambahkan entri buku frasa

    Komputer
    1. Lawati halaman Google Terjemah.
    2. Terjemahkan perkataan atau frasa.
    3. Klik ikon bintang di sebelah terjemahan anda .
    4. Apabila membuka buku frasa, anda akan melihat terjemahannya di situ.
    Penyemak imbas mudah alih
    1. Lawati halaman Google Terjemah.
    2. Terjemahkan perkataan atau frasa.
    3. Sentuh ikon bintang di sebelah terjemahan anda .
    4. Apabila membuka buku frasa, anda akan melihat terjemahannya di situ.
    Apl Terjemah
    1. Buka apl Terjemah .
    2. Terjemahkan perkataan atau frasa yang ingin anda tambahkan.
    3. Di sebelah terjemahan itu, sentuh bintang .
    4. Apabila membuka buku frasa, anda akan melihat terjemahannya di situ.

    Lihat atau padamkan masukan buku frasa

    Komputer
    1. Lawati halaman Google Terjemah.
    2. Di bahagian atas sebelah kanan, klik Buku Frasa .
    3. Untuk memadamkan terjemahan, tandai kotak di sebelah kiri, kemudian klik sampah .
    Penyemak imbas mudah alih
    1. Lawati halaman Google Terjemah.
    2. Di bahagian bawah halaman, sentuh Berbintang.
    3. Untuk mengalih keluar terjemahan, sentuh bintang .
    Apl Android
    1. Buka apl Terjemah.
    2. Sentuh Menu Menu icon> Buku Frasa.
    3. Untuk memadamkan terjemahan, sentuh dan tahan, kemudian sentuh Sampah .

    Petua: Jika anda menggunakan apl Terjemah pada beberapa peranti Android, sentuh Segerakkan untuk melihat terjemahan yang anda simpan daripada semua peranti anda.

    iPhone atau iPad
    1. Buka apl Terjemah .
    2. Di sebelah bawah halaman, sentuh bintang .
    3. Untuk memadamkan terjemahan daripada buku frasa, sentuh bintang sekali lagi .
  10. Ubah suai papan kekunci anda untuk mencari dalam bahasa lain

    Jika anda perlu menterjemah ke dalam bahasa yang menggunakan huruf yang lain, anda boleh menukar reka letak papan kekunci anda.

    Tukar format papan kekunci anda

    1. Pada komputer anda, lawati halaman Google Terjemah.
    2. Di bahagian atas halaman, pilih bahasa asal dan bahasa terjemahan untuk penterjemahan anda. Jika anda tidak memilih dua bahasa tersebut, anda tidak akan dapat menukar papan kekunci anda.
    3. Klik anak panah ke bawah di sebelah kanan ikon mikrofon.
    4. Klik ikon papan kekunci .
    5. Pilih papan kekunci yang ingin anda gunakan.
    6. Pada papan kekunci yang dipaparkan, klik huruf yang ingin anda cari.

    Bergantung pada bahasa yang anda gunakan untuk mencari, anda akan melihat pilihan untuk menaip dengan pertuturan atau tulisan tangan dan mengubah suai papan kekunci.

  11. Tambahkan pemalam Penterjemah Tapak Web kepada tapak anda

    Anda boleh menjadikan tapak anda tersedia dalam pelbagai bahasa lain dengan menambahkan pemalam Penterjemah Tapak Web kepada tapak anda.

    Bagaimana pemalam Penterjemah Tapak Web berfungsi

    Apabila anda memasang pemalam Penterjemah Tapak Web, pengunjung yang bercakap dalam bahasa yang berbeza daripada bahasa tapak anda akan mempunyai pilihan untuk melihat versi terjemahan tapak anda itu dalam bahasa mereka. Mereka akan melihat versi terjemahan di tapak anda tanpa dibawa ke halaman lain.

    Tambahkan Penterjemah Tapak Web ke tapak anda

    1. Lawati halaman persediaan Penterjemah Tapak Web.
    2. Klik Tambahkan kepada tapak web anda sekarang.
    3. Ikut arahan pada halaman itu.

    Hantar orang ke versi terjemahan tapak anda

    Jika anda ingin pengguna melihat versi terjemahan automatik tapak anda, anda boleh menghantar mereka ke tapak web anda menggunakan alamat web khas yang mengandungi kod bahasa.

    Untuk melakukannya, tambahkan #googtrans(en|TARGET_LANG_CODE) kepada bahagian hujung URL tapak anda.

    Sebagai contoh, http://translate.google.com/support/#googtrans(en|fr)

    Menggunakan Penterjemah Tapak Web pada halaman intranet

    Anda boleh menggunakan pemalam Penterjemah Tapak Web pada halaman intranet korporat. Walau bagaimanapun, pemalam tidak dapat membezakan antara halaman intranet dan halaman web biasa, jadi sambungan yang menghantar kandungan untuk diterjemahkan adalah tidak selamat

    Kami mengesyorkan supaya anda mendapatkan pandangan pentadbir sistem atau jabatan IT anda sebelum menambahkan pemalam Penterjemah Tapak Web kepada halaman intranet.

  12. Bantu memperbaik Google Terjemah

    Anda boleh meningkatkan hasil Google Terjemah dalam bahasa anda atau membantu menambahkan bahasa anda pada Terjemah jika bahasa itu belum tersedia lagi.

    Bagaimana hendak membantu

    1. Lawati Komuniti Google Terjemah.
    2. Jika digesa, log masuk menggunakan akaun Google anda.
    3. Pilih bahasa pertuturan anda.
    4. Klik Terjemahkan, Nilaikan atau Sahkan.

    Nota: Bukan semua aktiviti tersedia untuk setiap bahasa.

    Cara hendak membantu

    Terjemahkan

    Anda boleh menterjemahkan perkataan atau frasa ke dalam bahasa anda untuk memperbaik keputusan Google Terjemah.

    Petua untuk menterjemah

    Semasa anda menterjemah, cuba cadangkan perkataan yang biasa anda tuturkan jika anda bercakap atau menulis dalam bahasa anda. Contohnya, gunakan cara yang sama untuk:

    • Penggunaan huruf besar
    • Nada, seperti formal atau tidak formal
    • Simpulan bahasa dan slanga

    Jika anda tidak mempunyai konteks yang mencukupi, seperti jantina, terjemahkan sahaja frasa itu dengan cara yang anda rasa sesuai ditulis.

    Nota: Walaupun anda melihat ralat, terjemahkan frasa seolah-olah frasa ini ditulis dengan betul. Contohnya, jika terjemahan menyatakan "berapa umur anda", terjemahkannya seolah-olah terjemahan ini menyatakan "berapa tahun umur anda".

    Nilaikan

    Anda dapat melihat terjemahan perkataan atau frasa ke dalam bahasa anda dan akan diminta supaya menilainya daripada Lemah kepada Amat Baik.

    Sahkan

    Anda dapat melihat beberapa terjemahan perkataan atau frasa dan anda boleh menandai terjemahan yang betul atau salah.

    Bantu menambahkan bahasa baharu

    Kami sentiasa berusaha untuk menterjemahkan bahasa baharu. Untuk membantu kami melakukannya dengan lebih cepat untuk bahasa anda, anda boleh melakukan aktiviti dalam Komuniti Google Terjemah.

    Semasa membuat keputusan mengenai bahasa baharu yang hendak ditambahkan, kami memikirkan tentang sama ada:

    • Bahasa ini ialah bahasa tulisan
    • Bahasa ini ialah bahasa lain, bukan dialek
    • Bahasa ini banyak digunakan di web
    • Orang yang bertutur bahasa ini boleh bekerjasama dengan kami untuk membantu melancarkannya

    Cara sumbangan anda digunakan

    Kami akan menggunakan terjemahan anda untuk meningkatkan kualiti Terjemahan untuk bahasa anda. Penilaian terjemahan anda membantu kami memilih terjemahan yang baik dan mencari masalah.

    Untuk berbuat demikian, kami boleh menunjukkan sumbangan anda kepada pengguna yang lain (tanpa mengenal pasti anda), jadi sila berhati-hati untuk tidak memasukkan apa-apa yang sulit atau sensitif dalam terjemahan anda.

    Betulkan terjemahan dalam Google Terjemah

    Jika anda melihat terjemahan yang salah pada Google Terjemah:

    1. Di penjuru kiri bahagian bawah kotak terjemahan, pilih Salah?
    2. Taipkan terjemahan yang betul.
    3. Klik Sumbangkan.