Terjemah imej

Anda boleh menggunakan kamera telefon anda untuk menterjemahkan teks yang terdapat di sekeliling anda dengan apl Terjemah. Contohnya, anda boleh menterjemah papan tanda atau nota tulisan tangan.

Terjemah teks dalam foto

Anda boleh menterjemahkan teks dalam foto yang telah diambil. Anda juga boleh mengambil foto baharu dalam apl Terjemah dan menterjemahkan teks pada foto baharu tersebut.

  1. Pada telefon atau tablet Android anda, buka apl Terjemah Apl Terjemah.
  2. Jika perlu, pilih bahasa.
    1. Di bahagian atas sebelah kiri, pilih Kesan Bahasa atau bahasa yang anda ingin terjemahkan.
    2. Di bahagian atas sebelah kanan, pilih bahasa yang anda baca.
  3. Ketik Kamera Kamera foto.
  4. Ketik Imbas Imbas untuk mengambil foto baharu dan menterjemahkan sebarang teks yang terkandung di dalamnya, atau ketik Import Import untuk memilih foto sedia ada untuk diterjemah. 
  5. Gunakan jari anda untuk menyerlahkan teks yang ingin diterjemahkan.

Hidupkan atau matikan "Tambah baik input kamera"

Apabila anda guna Imbas Imbas atau Import Import untuk menterjemah foto dalam apl Terjemah, foto tersebut dihantar kepada Google untuk pengeceman teks. Untuk membolehkan Google mengekalkan imej bagi penambahbaikan produk masa hadapan, anda boleh menghidupkan "Tingkatkan input kamera". 

Untuk menghidupkan atau mematikan "Tingkatkan input kamera":

  1. Pada telefon atau tablet Android anda, buka apl Terjemah Apl Terjemah.
  2. Di sebelah kiri bahagian atas, ketik Menu Menudan kemudian Tetapan dan kemudian Penggunaan data.
  3. Hidupkan atau matikan Tambah baik input kamera.

Terjemahkan perkara yang anda lihat melalui kamera anda

Bagi sesetengah bahasa, anda boleh menterjemahkan teks hanya dengan menghalakan lensa kamera telefon anda. Terjemahan untuk teks bersaiz kecil yang tidak jelas atau digayakan mungkin kurang tepat.

  1. On your Android phone or tablet, open the Translate app Apl Terjemah.
  2. Jika perlu, pilih bahasa.
    1. Di bahagian atas sebelah kiri, pilih Kesan Bahasa atau bahasa yang anda ingin terjemahkan.
    2. Di bahagian atas sebelah kanan, pilih bahasa yang anda baca.
  3. Ketik Kamera Kamera foto.
  4. Jika perlu, ketik Segera Segera.
  5. Halakan kamera anda ke arah teks yang mahu diterjemahkan.

Nota: Jika perlu, anda boleh ketik Jeda terjemahan atau Teruskan terjemahan.

Bahasa sumber yang disokong

Berikut adalah bahasa-bahasa sumber yang anda boleh terjemah:

Bahasa Afrikaans 
Bahasa Albania 
Bahasa Arab 
Bahasa Azerbaijan 
Bahasa Basque 
Bahasa Belarus 
Bahasa Bengali 
Bahasa Bosnia 
Bahasa Bulgaria 
Bahasa Catalan 
Bahasa Cebu 
Bahasa Chichewa 
Bahasa Cina
Bahasa Corsica 
Bahasa Croatia 
Bahasa Czech 
Bahasa Denmark 
Bahasa Belanda 
Bahasa Inggeris 
Bahasa Esperanto 
Bahasa Estonia 
Bahasa Filipina 
Bahasa Finland 
Bahasa Perancis 
Bahasa Frisia 
Bahasa Galicia 
Bahasa Jerman 
Bahasa Greek 
Bahasa Kreol Haiti 
Bahasa Hausa
Bahasa Hawaii 
Bahasa Hindi 
Bahasa Hmong 
Bahasa Hungary 
Bahasa Iceland 
Bahasa Igbo 
Bahasa Indonesia 
Bahasa Ireland 
Bahasa Itali 
Bahasa Jepun 
Bahasa Jawa 
Bahasa Kazakh 
Bahasa Korea 
Bahasa Kurdistan 
Bahasa Kyrgyz 
Bahasa Latin 
Bahasa Latvia 
Bahasa Lithuania 
Bahasa Luxembourg 
Bahasa Macedonia 
Bahasa Malagasy 
Bahasa Melayu 
Bahasa Malta 
Bahasa Maori 
Bahasa Marathi 
Bahasa Mongolia 
Bahasa Nepal 
Bahasa Norway 
Bahasa Pashto
Bahasa Parsi
Bahasa Poland 
Bahasa Portugis 
Bahasa Romania 
Bahasa Rusia 
Bahasa Samoa 
Bahasa Gaelic Scotland 
Bahasa Serbia 
Bahasa Sesotho 
Bahasa Shona 
Bahasa Sindhi 
Bahasa Slovak 
Bahasa Slovenia 
Bahasa Somali 
Bahasa Sepanyol 
Bahasa Sunda 
Bahasa Swahili 
Bahasa Sweden 
Bahasa Tajik 
Bahasa Thailand 
Bahasa Turki 
Bahasa Ukraine 
Bahasa Urdu 
Bahasa Uzbek 
Bahasa Vietnam 
Bahasa Wales 
Bahasa Xhosa 
Bahasa Yoruba 
Bahasa Zulu
 

Bahasa sasaran yang disokong

Anda boleh menterjemah bahasa sumber ke dalam mana-mana bahasa yang disokong dalam Google Terjemah.