Anda boleh menggunakan apl Google Translate untuk menterjemahkan perkataan atau frasa yang ditulis. Anda juga boleh menggunakan Google Translate dalam pelayar web seperti Chrome atau Firefox. Ketahui lebih lanjut tentang Google Translate dalam pelayar web.
Penting: Untuk menterjemah dalam Chrome pada peranti mudah alih anda, anda memerlukan JavaScript. Ketahui cara untuk menghidupkan JavaScript.
Terjemahkan teks
- Pada komputer anda, buka Google Translate.
- Pada bahagian atas skrin, pilih bahasa untuk diterjemahkan.
- Daripada: Pilih bahasa atau pilih Kesan bahasa .
- Kepada: Pilih bahasa sasaran terjemahan anda.
- Dalam kotak teks pada sebelah kiri, masukkan teks yang mahu anda terjemahkan.
- Pilih perkara yang mahu anda lakukan:
- Cari butiran: Untuk menyemak butiran yang tersedia untuk setiap hasil carian seperti definisi, contoh atau terjemahan lain, klik Cari butiran. Pada masa ini ciri ini hanya tersedia untuk bahasa tertentu.
- Dengar: Untuk mendengar terjemahan, klik Dengar . Untuk menukar kelajuan audio, klik Tetapan pada bahagian atas sebelah kanan dan pilih Biasa, Perlahan atau Lebih perlahan.
- Salin:: Untuk menyalin terjemahan pada papan keratan, klik Salin terjemahan.
- Nilai atau edit: Edit yang disyorkan boleh meningkatkan terjemahan. Untuk menilai terjemahan atau mengesyorkan edit, klik Menyukai atau Tidak menyukai .
- Kongsi: Untuk menghantar terjemahan melalui e-mel atau Twitter, klik Kongsi terjemahan .
Penting: Beberapa perkataan mungkin mengandungi makna berbeza. Untuk membantu terjemahan menangkap maksud yang anda kehendaki, tulis perkataan anda dalam frasa atau ayat.
Terjemah teks yang lebih panjang
Anda boleh menterjemah hingga 5,000 aksara pada suatu masa apabila anda salin dan tampal teks anda.
- Pada komputer anda, buka Google Translate.
- Pada bahagian atas skrin, pilih bahasa sumber dan bahasa sasaran anda.
- Daripada: Pilih bahasa atau pilih Kesan bahasa.
- Kepada: Pilih bahasa sasaran terjemahan anda.
- Salin dan tampal teks anda pada kotak teks.
- Anda boleh semak seksyen teks terjemahan. Pada bahagian bawah bar, klik Kembali atau Majukan .
Petua: Anda juga boleh terjemahkan dokumen dan laman web.