Terjemah perkataan bertulis

Anda boleh menterjemah perkataan atau frasa menggunakan apl atau penyemak imbas Google Terjemah, seperti Chrome atau Safari.

Notea: Untuk menterjemah dalam Chrome pada peranti mudah alih anda, anda memerlukan Javascript. Ketahui cara untuk menghidupkan Javascript.

Terjemahkan teks

  1. Pada iPhone atau iPad anda, buka apl Terjemah Apl Terjemah.
  2. Pilih bahasa untuk diterjemahkan:
    1. Dari: Di bahagian atas sebelah kiri, ketik dan pilih bahasa.
    2. Kepada: Di bahagian atas sebelah kana, ketik dan pilih bahasa.
  3. Taip perkataan atau frasa yang ingin diterjemahkan.
    Petua: Untuk memberi konteks yang sesuai dengan terjemahan anda, tulis perkataan atau frasa anda dalam ayat lengkap.
  4. Anda akan melihat hasilnya secara automatik. Jika tidak, ketik Terjemah Lihat butiran.

Petua:

  • Untuk melihat terjemahan dalam mod skrin penuh, pegang peranti anda dalam kedudukan mengiring.
  • Anda juga boleh menterjemah dalam penyemak imbas telefon anda, seperti Chrome. Ketahui caranya.

Dengar terjemahan anda

Untuk mendengar terjemahan anda dibacakan, ketik Dengar Dengar.

Untuk menukar tetapan suara terjemahan anda:

  1. Pada iPhone atau iPad anda, buka apl Terjemah Apl Terjemah.
  2. Ketik Tetapan Tetapan.
  3. Buat pilihan. Contohnya:
    • Untuk mengubah loghat, ketik Rantau sebutan. Kemudian pilih rantau.