Bantu tambah baik Google Terjemah

Anda boleh membantu menjadikan terjemahan kami lebih baik dan juga menambah bahasa baharu sebagai sebahagian daripada Komuniti Google Terjemah.

Sertai Komuniti Google Terjemah

  1. Pergi ke Komuniti Google Terjemah.
  2. Log masuk dengan akaun Google anda.

Selepas anda menyertai, apabila anda melawat, anda boleh melihat pilihan untuk menterjemah atau mengesahkan perkataan, frasa atau ayat dalam bahasa anda.

Terjemah perkataan atau frasa baharu

Apabila anda klik Terjemah, Google Terjemah menunjukkan anda perkataan atau frasa untuk diterjemahkan ke dalam bahasa anda.

Petua untuk menterjemah

Terjemah perkataan atau frasa dengan cara yang sama anda bercakap atau menulis. Betulkan sebarang kesilapan tatabahasa. Contohnya, jika terjemahan menyatakan "apa umur anda", betulkan terjemahan menjadi "berapa umur anda".

Gunakan perkara berikut sama seperti teks sumber:

  • Penggunaan huruf besar
  • Nada, seperti formal atau tidak formal
  • Simpulan bahasa dan slanga

Jika anda tidak mempunyai maklumat penting seperti jantina atau hubungan subjek dengan anda, terjemahkan teks dengan cara sepatutnya teks itu ditulis.

Perhatian: Kami mungkin menunjukkan sumbangan anda kepada pengguna lain (tanpa mengenal pasti anda), jadi jangan masukkan maklumat sulit atau peribadi.

Sahkan terjemahan sedia ada

Apabila anda klik Sahkan, Google Terjemah menunjukkan anda beberapa terjemahan perkataan atau frasa ke dalam bahasa anda. Tandakan terjemahan yang betul atau salah.

Bantu menambah bahasa baharu

Anda membantu kami menambah bahasa baharu ke Google Terjemah dengan cepat dengan menterjemah, menilai dan mengesahkan terjemahan.

Kami memberi perhatian khusus kepada bahasa bertulis yang penutur aslinya boleh membantu kami terjemah dan bahasa tersebut kerap digunakan di web.