Muat turun & guna Google Terjemah

Anda boleh menterjemah teks, tulisan tangan, foto dan ucapan dalam lebih daripada 100 bahasa dengan apl Google Terjemah. Atau anda boleh menggunakan Terjemah di web.

Langkah 1: Muat turun apl Google Terjemah

Untuk bermula, muat turun apl Google Terjemah untuk Android.

NPerhatian:{/0Untuk menterjemahkan imej dengan kamera anda dalam semua bahasa yang disokong, peranti anda mestilah menpunyai kamera auto-fokus dan CPU dwi-teras dengan ARMv7. Untuk butiran teknikal, semak arahan pengeluar anda.

Langkah 2: Sediakan Google Terjemah

Apabila anda membuka Google Terjemah buat kali pertama, anda akan diminta untuk memilih bahasa utama dan bahasa yang paling kerap anda terjemahkan. Untuk memilih daripada bahasa yang tersedia, ketik anak panah Ke Bawah Anak Panah Bawah.

Untuk muat turun kedua-dua bahasa bagi kegunaan luar talian, pastikan "Terjemah luar talian" ditanda. Jika salah satu bahasa tidak tersedia untuk dimuat turun, paparan akan menunjukkan "Tidak tersedia di luar talian."

Perhatian: Untuk muat turun bahasa secara lalai, anda mestilah bersambung ke rangkaian Wi-Fi.

Guna Google Terjemah di web

Anda juga boleh pergi ke halaman Google Terjemah untuk menggunakan Google Terjemah di web.