Perubahan pada keperluan pengebilan Google Play untuk pembangun yang menyediakan perkhidmatan kepada pengguna di Korea Selatan

Mulai 2 Ogos 2023, pembangun yang menawarkan pengebilan alternatif kepada pengguna di Korea Selatan perlu menggunakan API pengebilan alternatif. Untuk bermula, lihat butiran yang berikut dan lawati panduan penyepaduan API pengebilan alternatif kami.

Sebagai hasil daripada perundangan, kami akan menawarkan kepada semua pembangun keupayaan untuk menawarkan sistem pengebilan alternatif bersama-sama sistem pengebilan Google Play untuk pengguna mudah alih dan tablet mereka di Korea Selatan. Jika pengguna membuat pembayaran melalui sistem pengebilan alternatif, yuran perkhidmatan Google Play akan dikurangkan sebanyak 4%. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Dasar pembayaran.

Jika anda tidak mahu menawarkan sistem pengebilan alternatif, anda tidak perlu mengambil apa-apa tindakan.

Menyepadukan sistem pengebilan alternatif

Untuk mengekalkan pengalaman pengguna yang selamat dan konsisten, pembangun perlu memenuhi beberapa keperluan.

Jika anda mahu menawarkan pilihan sistem pengebilan alternatif di samping sistem pengebilan Google Play kepada pengguna di Korea Selatan, anda mestilah melengkapkan langkah yang berikut:

  1. Lengkapkan borang pengisytiharan pengebilan, terima Syarat Perkhidmatan dan lengkapkan sebarang langkah suai tugas yang diperlukan untuk mendaftar dalam program tersebut melalui pasukan sokongan Google (contohnya, sediakan profil pembayaran mengikut keperluan).
  2. Patuhi keperluan kepercayaan dan keselamatan dengan mengesahkan pematuhan PCI DSS dan memberi pengguna cara untuk melaporkan transaksi penipuan.
  3. Lengkapkan penyepaduan API pengebilan alternatif seperti yang diterangkan dalam panduan penyepaduan API ini.
  4. Kemas kinikan tetapan pengebilan alternatif Play Console anda untuk mengikut serta atau menarik diri bagi setiap apl anda, mengurus logo kaedah pembayaran dan URL pengurusan langganan.
  5. Laporkan kepada Google Play semua transaksi yang diizinkan daripada pengguna di Korea Selatan dalam masa 24 jam selepas menggunakan API pengebilan alternatif.
  6. Bayar yuran perkhidmatan Google Play yang dilaraskan untuk transaksi berinvois yang menggunakan sistem pengebilan alternatif di luar sistem pengebilan Google Play.

Jika anda telah melengkapkan borang pengisytiharan dan proses pendaftaran dan sedang berhijrah kepada API pengebilan alternatif, anda perlu melengkapkan langkah 3 dan 4 dalam bahagian sebelumnya. Sebaik sahaja anda mula melaporkan transaksi menggunakan API, anda tidak perlu menghantar transaksi secara manual lagi.

Jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan tambahan, anda boleh menghubungi pasukan sokongan kami.

 

Buka borang pengisytiharan

Soalan lazim

Mengapakah anda masih memerlukan sistem pengebilan Google Play bersama dengan pembangun?

Google Play percaya bahawa pengguna patut mempunyai pilihan untuk menggunakan sistem pengebilan Play apabila mereka membuat pembelian barangan digital melalui apl yang dipasang dalam Google Play. Kami membina sistem pengebilan Google Play mengikut piawaian tertinggi untuk privasi dan keselamatan supaya pengguna berasa yakin ketika membuat pembelian dalam apl. Sistem pengebilan alternatif mungkin juga tidak menawarkan perlindungan atau pilihan pembayaran dan ciri yang sama seperti sistem pengebilan Google Play, seperti kawalan ibu bapa, kaedah pembayaran keluarga, pengurusan langganan, kad hadiah Google Play dan Play Points.

Mengapakah anda masih memerlukan yuran perkhidmatan?
Yuran perkhidmatan Google Play bukan hanya sekadar yuran untuk pemprosesan bayaran. Yuran ini juga mencerminkan nilai yang disediakan oleh Android dan Play, dan menyokong pelaburan berterusan kami pada seluruh Android dan Google Play, yang membolehkan kewujudan ciri pengguna yang diharapkan oleh orang ramai. Walaupun yuran perkhidmatan untuk mengedarkan apl melalui Android dan Google Play akan tetap berdasarkan jualan digital pada platform, kami menyedari bahawa pembangun akan menanggung kos untuk menyokong sistem pengebilan mereka. Oleh itu, apabila pengguna memilih pengebilan alternatif, kami akan mengurangkan yuran perkhidmatan pembangun sebanyak 4%.
Apakah jenis produk yang boleh saya tawarkan kepada pengguna Korea Selatan dengan ciri pilihan sistem pengebilan alternatif?

Sistem pengebilan alternatif boleh digunakan untuk pembelian dalam apl dan langganan yang dijual kepada pengguna mudah alih dan tablet. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Dasar pembayaran yang telah dikemaskinikan.

Apakah yuran perkhidmatan untuk transaksi digital yang menggunakan sistem pengebilan alternatif?

Bagi pengguna yang memilih sistem pengebilan alternatif, yuran perkhidmatan ialah yuran perkhidmatan semasa anda yang telah dikurangkan sebanyak 4%. Bagi pengguna yang memilih sistem pengebilan Google Play, yuran perkhidmatan akan kekal sama seperti yang sedia ada. Yuran perkhidmatan bagi pembangun yang meneruskan penggunaan sistem pengebilan Google Play sahaja akan kekal sama, dengan 99% daripada pembangun layak mendapat yuran perkhidmatan sebanyak 15% atau kurang.

Bagaimanakah yuran perkhidmatan dikira dan diinvois untuk transaksi yang dibuat melalui sistem pengebilan alternatif?

Yuran perkhidmatan dikira berdasarkan transaksi berbayar daripada pengguna mudah alih dan tablet di Korea Selatan. Anda akan menerima invois dengan tarikh akhir dan arahan pembayaran.

Bagaimanakah dan bilakah perlu saya menyerahkan transaksi yang dibuat melalui sistem pengebilan alternatif?

Mulai 6 April 2023, transaksi yang dibuat melalui sistem pengebilan alternatif boleh dilaporkan menggunakan API pengebilan alternatif dan mestilah dilaporkan dalam masa 24 jam selepas pembayaran diizinkan. API ini menyelaraskan pelaporan untuk pembangun dan membolehkan transaksi melalui sistem pengebilan alternatif dipaparkan dalam Carta Teratas Google Play.

Anda boleh meneruskan tindakan untuk melaporkan sendiri transaksi secara manual hingga 2 Ogos 2023 jika anda masih belum membuat penyepaduan dengan API pengebilan alternatif. Dalam hal ini, anda dikehendaki melaporkan sendiri jumlah transaksi yang dibayar sebulan sekali pada hari perniagaan yang kelima pada bulan tersebut. Contohnya, laporan untuk transaksi yang dibuat pada bulan Disember 2021 perlu dilaporkan selewat-lewatnya pada 7 Januari 2022.

Apakah manfaat yang diperoleh dengan API pengebilan alternatif? Bolehkah saya membuat penyepaduan dengan API pengebilan alternatif untuk memaparkan skrin pilihan pengguna sebelum menggunakan API untuk melaporkan transaksi?

Untuk menyelaraskan pengalaman pembangun, API pengebilan alternatif direka bentuk untuk disepadukan dan digunakan bersama-sama. API pengebilan alternatif memberikan manfaat yang berikut:

  • Skrin pengebilan alternatif yang dipaparkan oleh Google Play. Hal ini bermakna anda tidak perlu membina dan menyelenggara sendiri skrin maklumat dan/atau pilihan.
  • Pelaporan transaksi yang dipermudah. Hal ini mengalih keluar titik sentuh manual dan mengurangkan ralat pengagregatan atau penyelarasan.
  • Transaksi sistem pengebilan alternatif yang dilaporkan melalui API akan ditunjukkan dalam Carta Teratas Google Play.

Selain itu, kami telah membuat peningkatan yang berikut untuk memudahkan anda menggunakan pengebilan alternatif:

  • Memperkemas pengalaman pilihan pengguna.
  • Pengurusan layan diri bagi tetapan pengebilan alternatif melalui Play Console, seperti mendayakan atau melumpuhkan pengebilan pilihan pengguna untuk setiap apl serta pasaran yang layak, pengurusan logo kaedah pembayaran dan URL pengurusan langganan.
  • Laporan yang boleh dieksport tentang transaksi sistem pengebilan alternatif yang dilaporkan melalui API yang mengandungi maklumat tambahan seperti kadar pertukaran yang digunakan, ID pakej apl yang berkaitan dan kadar yuran perkhidmatan.
Di manakah saya boleh mengetahui lebih lanjut tentang penyepaduan dengan API pengebilan alternatif?

Anda boleh melanjutkan penyepaduan sedia ada anda dengan sistem pengebilan Google Play dengan mudah untuk memanfaatkan API pengebilan alternatif. API pengebilan alternatif dibina berdasarkan corak dan prinsip reka bentuk yang sama seperti Pustaka Play Billing dan Play Developer API kami. Hal ini bermakna API ini serasi dengan reka bentuk sedia ada anda dan biasa dijalankan oleh pasukan anda.

Dalam panduan penyepaduan kami, kami menyediakan garis panduan dan sumber terperinci tentang cara memulakan dan menangani pelbagai kes penggunaan pengebilan alternatif termasuk pembelian satu kali dan berulang, serta memberi anda contoh coretan kod untuk memudahkan pelaksanaan. Kami mengalu-alukan maklum balas pembangun tentang API ini dan mana-mana sumber tambahan yang dapat membantu. Jika anda mahu mengemukakan sebarang soalan atau maklum balas tentang API pengebilan alternatif, hubungi kami.

Saya sudah pun menyertai program ini, apakah yang perlu saya lakukan untuk beralih kepada penggunaan API pengebilan alternatif?

Anda perlu membuat penyepaduan dengan API pengebilan alternatif dan mengemaskinikan tetapan pengebilan alternatif anda dalam Play Console. Sebaik sahaja anda mula melaporkan transaksi menggunakan API, anda tidak perlu menghantar transaksi secara manual lagi.

Bolehkah saya mengecaj harga yang berbeza pada sistem pengebilan alternatif berbanding dengan jumlah yang saya caj pada sistem pengebilan Google Play?

Ya, pembangun boleh menetapkan harga yang berbeza pada setiap sistem pengebilan jika mereka mahu berbuat demikian.

Bolehkah pembangun mempromosikan sistem pengebilan alternatif dalam apl mereka?

Ya, pembangun yang menggunakan sistem pengebilan alternatif boleh mempromosikan sistem pengebilan alternatif dalam apl mereka tetapi mereka juga mestilah mematuhi garis panduan UX kami untuk memastikan pengguna memahami pilihan yang diberikan dan mempunyai pengalaman pengguna yang konsisten.

Adakah Google Play membenarkan pautan keluar untuk pembelian kandungan digital di Korea Selatan?

Ya, Google Play membenarkan pembangun untuk membuat pemautan keluar dalam apl mereka, bagi memperkenalkan pembayaran berasaskan web sebagai kaedah pembayaran alternatif untuk pengguna peranti mudah alih dan tablet di Korea Selatan. Seperti kaedah pembayaran alternatif yang lain, kaedah ini akan tertakluk pada keperluan untuk menyepadukan sistem pengebilan alternatif yang kami senaraikan pada halaman ini.

Harap maklum bahawa pembayaran pautan keluar ialah pembayaran berasaskan web yang dikendalikan menggunakan antara muka web. Kami masih memerlukan pilihan pautan keluar untuk dipaparkan dalam apl pembangun yang menggunakan paparan web terbenam yang menggambarkan pengalaman pengguna yang lebih selamat, lebih boleh difahami dan konsisten.

Kami juga memerlukan pembangun untuk mematuhi keperluan kepercayaan dan keselamatan serta pengalaman pengguna kami sebagaimana yang dijelaskan dengan lebih lanjut dalam garis panduan UX kami. Dan seperti yang telah kami umumkan, pembangun menerima pengurangan yuran perkhidmatan sebanyak 4% bagi transaksi apabila pengguna di Korea Selatan memilih untuk membuat pembayaran melalui pembayaran pautan keluar alternatif ini.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara berkomunikasi dengan pengguna Korea anda tentang cara alternatif untuk membuat bayaran, lihat Dasar pembayaran Google Play.

Adakah saya boleh meminta pelanjutan untuk menyepadukan API pengebilan alternatif?

Kami tidak menerima permohonan pelanjutan lagi kerana tarikh akhir untuk penghijrahan telah berlalu. Mulai 2 Ogos 2023, pembangun yang menawarkan pengebilan alternatif kepada pengguna di Korea Selatan perlu menggunakan API pengebilan alternatif.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?

Perlukan bantuan lanjut?

Cuba langkah seterusnya ini:

true
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
3525758696542497727
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
92637
false
false