Akaun Pengurus (MCC): Perihal halaman Kempen dalam akaun pengurus anda

Gunakan halaman “Kempen” akaun pengurus anda untuk menjejak kempen merentas semua akaun klien anda. Dari sini, anda juga dapat membuat kempen baharu atau membuat perubahan pada kempen yang sedia ada bagi akaun anda.

Anda boleh melakukan perkara berikut daripada halaman "Kempen" akaun pengurus anda:

  • Melihat data prestasi Google Ads yang lengkap untuk semua kempen pelanggan
  • Membuat kempen baharu
  • Mengubah status, belanjawan dan nama kempen yang sedia ada
  • Mengubah paparan anda dengan mudah untuk melihat kempen yang dikehendaki sahaja
  • Menggunakan penapis dan segmen untuk melihat data yang dikehendaki sahaja

Ciri berikut tersedia dalam akaun Google Ads individu, tetapi tidak ditawarkan dalam tab "Kempen" akaun pengurus pada masa ini:

  • Fungsi salin dan tampal dalam menu "Edit"
  • Strategi bida

Pilih kempen yang ingin anda lihat

Apabila anda mula-mula tiba di halaman “Kempen” akaun pengurus, anda akan melihat data prestasi merentas semua kempen bagi semua akaun yang anda urus dan semua pelanggan akaun oleh akaun sub-pengurus anda. Walaupun cara ini berguna untuk mengimbas lalu kempen anda merentas akaun dengan cepat, anda mungkin mahu melaraskan paparan anda untuk melihat kempen yang dikehendaki sahaja.

Perlu diingat

Untuk akaun yang besar terutamanya, kami mungkin tidak dapat menunjukkan kempen bagi semua akaun dalam paparan lalai. Keadaan ini turut berlaku pada akaun yang pemilihan data masih terlalu banyak walaupun selepas ditapis. Jika ini berlaku, kami akan meminta anda menapis pemilihan anda kepada kumpulan akaun yang lebih kecil.

Cari kempen

  1. Log masuk ke akaun pengurus Google Ads anda.
  2. Daripada menu halaman di sebelah kiri, klik Kempen.
  3. Masukkan istilah carian dalam medan Cari kempen di bahagian atas jadual, kemudian klik "Tapis kempen mengikut [istilah carian anda]”. Kempen dengan nama yang mengandungi istilah carian anda akan ditunjukkan dalam jadual pada halaman Kempen.

Lihat kempen bagi akaun tertentu

  1. Log masuk ke akaun pengurus Google Ads anda.
  2. Daripada menu halaman di sebelah kiri, klik Kempen.
  3. Klik ikon penapis di bahagian atas jadual dan pilih Akaun daripada menu.
  4. Tandai kotak bersebelahan dengan akaun yang ingin anda lihat kempen. 
  5. Klik Gunakan.

Gunakan penapis dan segmen 

Anda boleh menggunakan alatan penapis dan segmen di bahagian atas jadual untuk menyesuaikan paparan jadual serta carta anda dalam halaman Kempen. Misalnya, anda boleh menapis paparan anda untuk melihat kempen dengan tarikh mula atau tarikh tamat tertentu, kempen dengan belanjawan harian tertentu dan sebagainya. Atau anda boleh menggunakan segmen "Hari dalam minggu" untuk melihat prestasi kempen anda pada hari yang berbeza.

Lompat terus ke kempen individu 

Anda boleh pergi terus ke akaun individu untuk mengurus kempen dan mengakses semua ciri Google Ads. 

  • Untuk pergi terus ke kempen dalam akaun pelanggan, klik nama kempen dalam lajur Kempen.
  • Untuk pergi terus ke halaman pendaratan akaun pelanggan, klik nama akaun dalam lajur Akaun.
Petua 
Jika mana-mana kempen akaun anda menunjukkan data kos dalam mata wang yang berlainan daripada mata wang akaun pengurus, anda akan diberi pilihan untuk menggunakan lapisan “Mata Wang Ditukar" pada data ini. Setelah menggunakan lapisan ini, anda akan dapat melihat nilai mata wang ditukar di bawah nilai mata wang tempatan dalam semua lajur jadual yang mengandungi data kos. Anda juga akan dapat mengisih dan menapis menggunakan nilai mata wang ditukar ini dan melihat jumlah bagi lajur dalam mata wang akaun pengurus. 

Pautan berkaitan

Akaun Pengurus (MCC) Halaman Topik

Halaman Akaun

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
4700372294723764864
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false