Akaun Pengurus (MCC): Urus pengguna dan tahap akses untuk akaun pengurus anda

Artikel ini menunjukkan kepada anda cara mengurus pengguna dan tahap akses untuk akaun pengurus anda. Anda boleh membaca lebih lanjut tentang tahap akses pengguna dalam Perihal tahap akses untuk pengguna yang diundang kepada akaun pengurus anda. Jika anda mahu mengubah suai pemilikan untuk akaun pengurus anda, lihat Perihal pemilikan akaun klien.

Terdapat kemunkinan bahawa berbilang pengguna pada akaun pengurus boleh membuat perubahan bertikai pada akaun yang sama. Untuk mengelakkan isu ini, pastikan anda mempunyai komunikasi yang jelas dengan semua pengguna tentang peranan dan tanggungjawab pengurusan akaun serta perubahan pada akaun tersebut.

Arahan

Semak tahap akses anda

  1. Log masuk ke akaun pengurus Google Ads anda.
  2. Klik ikon alat Google Ads | alat [Ikon] ("Alat dan tetapan") di penjuru kanan sebelah atas akaun anda.
  3. Di bawah "Persediaan", klik Akses dan keselamatan.
  4. Cari alamat e-mel anda dan tandai lajur "Tahap akses".

Jemput pengguna

  1. Log masuk ke akaun pengurus Google Ads anda.
  2. Klik ikon alat Google Ads | alat [Ikon] ("Alat dan tetapan") di penjuru kanan sebelah atas akaun anda.
  3. Di bawah "Persediaan", klik Akses dan keselamatan.
  4. Klik butang tambah .
  5. Masukkan alamat e-mel pengguna baharu.
  6. Pilih tahap akses.
  7. Klik Hantar undangan.

Anda akan melihat jemputan anda di bawah "Jemputan belum selesai" di halaman "Pengguna" di bawah "Akses dan keselamatan". Pengguna yang dijemput oleh anda perlu menerima jemputan anda dan membuat log masuk Google Ads mereka sendiri menggunakan alamat e-mel yang menerima jemputan anda atau e-mel pilihan mereka yang lain. Anda akan dimaklumkan apabila pengguna yang dijemput oleh anda membalas.

Urus jemputan

Gunakan langkah-langkah yang berikut untuk melihat pengguna yang telah dijemput oleh anda ke akaun:

  1. Log masuk ke akaun pengurus Google Ads anda.
  2. Klik ikon alat Google Ads | alat [Ikon] ("Alat dan tetapan") di penjuru kanan sebelah atas akaun anda.
  3. Di bawah "Persediaan", klik Akses dan keselamatan.
  4. Anda akan mendapati "Undangan belum selesai" dalam tab Pengguna, jika ada.
  5. Untuk membatalkan undangan yang belum selesai, klik Batalkan dalam lajur "Tindakan" dan ikut arahan.

Lihat pengguna yang mempunyai akses kepada akaun anda

  1. Log masuk ke akaun pengurus Google Ads anda.
  2. Klik ikon alat Google Ads | alat [Ikon] ("Alat dan tetapan") di penjuru kanan sebelah atas akaun anda.
  3. Di bawah "Persediaan", klik Akses dan keselamatan. Dalam tab “Pengguna”, anda akan mendapati senarai pengguna dengan tahap akses. kaedah pengesahan dan butiran lain.
Nota: Untuk melihat akaun pengurus yang mengandungi seseorang pengguna, anda boleh mengklik togol berlabel "Tunjukkan pengguna dalam hierarki penuh".

Ubah tahap akses pengguna

  1. Log masuk ke akaun pengurus Google Ads anda.
  2. Klik ikon alat Google Ads | alat [Ikon] ("Alat dan tetapan") di penjuru kanan sebelah atas akaun anda.
  3. Di bawah "Persediaan", klik Akses dan keselamatan.
  4. Di bawah "Undangan belum selesai" (jika ada), anda akan mendapati senarai pengguna yang mempunyai akses dan keselamatan. Cari pengguna yang mahu diubah tahap akses.
  5. Dalam lajur "Tahap akses", tuding kursor anda di tahap akses semasa pengguna. Klik anak panah menu lungsur dan pilih tahap akses baharu.

Alih keluar pengguna daripada akaun pengurus anda

  1. Log masuk ke akaun pengurus Google Ads anda.
  2. Klik ikon alat Google Ads | alat [Ikon] ("Alat dan tetapan") di penjuru kanan sebelah atas akaun anda.
  3. Di bawah "Persediaan", klik Akses dan keselamatan. Di bawah "Undangan belum selesai" (jika ada), anda akan melihat senarai pengguna yang mempunyai akses dan keselamatan. Cari pengguna yang ingin anda alihkan keluar daripada akaun pengurus anda.
  4. Dalam lajur "Tindakan", klik Alih keluar akses.

Pautan berkaitan

Akaun Pengurus (MCC) Halaman Topik

Pengurusan Pengguna

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
13135589462944584074
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false