Perihal segmen data yang dibuat secara automatik

Untuk memberikan paparan yang menyeluruh dan disatukan terhadap Khalayak anda dan menjadikan pengurusan khalayak serta pengoptimuman lebih ringkas, anda akan menemukan peningkatan yang berikut dalam Google Ads:

  • Pelaporan khalayak baharu
    Pelaporan terperinci tentang demografi khalayak, segmen dan pengecualian kini disatukan pada satu tempat. Klik ikon Kempen Campaigns Icon dan buka tab “Khalayak, kata kunci dan kandungan” dan klik Khalayak. Anda juga boleh mengurus Khalayak anda dengan mudah melalui halaman laporan ini. Ketahui lebih lanjut Perihal Pelaporan khalayak.
  • Istilah baharu
    Kami menggunakan istilah baharu pada laporan khalayak anda dan pada seluruh Google Ads. Contohnya, “jenis khalayak” (jenis ini termasuk khalayak tersuai, dalam pasaran dan perkaitan) kini dirujuk sebagai segmen khalayak dan “pemasaran semula” kini dirujuk sebagai “data anda”. Ketahui lebih lanjut tentang Kemaskinian istilah dan frasa Khalayak.

Jika anda telah menyediakan tag laman global di laman web anda untuk menjejak pelawat laman web dan pengguna apl anda, Google Ads akan membuat segmen data lalai seperti “Semua pelawat” atau "Peninggal troli beli-belah" secara automatik bagi anda. Anda boleh mula menyasarkan segmen ini dengan serta-merta dalam kumpulan iklan anda. Artikel ini membantu anda memahami segmen data yang dibuat secara automatik dan cara segmen data tersebut berfungsi.

Sebelum anda bermula

Baca tentang segmen data anda untuk memahami cara segmen data berfungsi. Untuk mendapatkan ikhtisar tentang langkah memasukkan parameter tersuai dalam kod tag laman global anda, baca tentang penggunaan parameter tersuai.

Cara ciri ini berfungsi

Tag laman global yang telah anda tambahkan di laman web anda menambahkan pelawat laman web anda ke segmen data anda berdasarkan peraturan dan keadaan segmen data anda. Untuk pemasaran semula dinamik, Google Ads turut menggunakan parameter tersuai dalam tag anda untuk membuat segmen data yang lebih khusus berdasarkan tindakan yang diambil di laman anda.

Bahagian pagetype pada parameter tersuai memberitahu Google Ads jenis laman web yang anda iklankan. Kemudian, anda boleh memasukkan nilai tertentu untuk setiap tindakan halaman. Misalnya, untuk membuat segmen data pengguna yang melawat halaman utama, anda boleh menggunakan nilai 'home' sebagai parameter tersuai anda dan meletakkan tag di halaman utama anda.

Perlu diingat

Tag laman global anda bertindak balas secara terus kepada pengguna yang tiba di segmen data anda. Itulah sebabnya penting untuk anda mengikut nama dan nilai parameter tersuai yang tepat semasa menyediakan tag laman global anda. Anda boleh menambahkan segmen data lalai ini pada penyasaran kumpulan iklan anda atau membuat segmen data anda sendiri berdasarkan peraturan. Walau bagaimanapun, segmen data lalai anda tidak boleh dipadamkan.

How to Create Effective Remarketing Lists

Learn how to create effective remarketing lists on the Google Display Network. In this video, we'll uncover how to create different lists based on each customer’s journey through your website so that you can target them with different bids or ads.

Penting

Apabila anda menambahkan tag anda di laman web anda, jangan terjemahkan nama atau nilai parameter tersuai daripada templat. Segmen data lalai dibuat secara automatik berdasarkan nama parameter dalam bahasa Inggeris. Misalnya, parameter pagetype untuk halaman yang mengandungi troli beli-belah hendaklah mempunyai nilai cart dan bukan basket (bahasa Inggeris UK) atau carrinho (bahasa Portugis).

Segmen lalai biasa

Segmen data lalai Perihalan Maklumat tag
Semua pelawat Sesiapa sahaja yang melawat laman web atau apl anda Segmen ini diisi menggunakan semua nilai daripada semua parameter dalam tag yang digunakan di laman web dan apl anda.
Semua penukar Sesiapa yang menyempurnakan penukaran di laman web anda Segmen ini diisi secara automatik menggunakan tag penjejakan penukaran anda. Jika anda belum menyediakan penjejakan penukaran, segmen ini akan dibiarkan kosong.
Segmen yang dioptimumkan oleh Google Ads Senarai ini ialah segmen gabungan, yang terdiri daripada berbilang segmen daripada sumber khalayak yang tersedia dalam segmen data tunggal. Untuk membuat segmen ini, anda perlu menyambungkan sekurang-kurangnya 1 sumber data di halaman Sumber khalayak atau melalui aliran pembinaan segmen data Google Ads.

Segmen data lalai untuk jenis perniagaan tertentu

Pendidikan

Segmen data ini direka bentuk agar berfungsi secara terbaik untuk laman web pendidikan. Jika anda mengiklankan program pendidikan, pastikan tag laman global anda termasuk parameter edu_pagetype. Parameter ini akan mengelaskan halaman sebagai "Pendidikan". Berikut ialah nilai parameter tersuai untuk setiap jenis segmen, seperti edu_pagetype='home'.

Segmen data lalai Perihalan Maklumat tag
Pelawat umum Pengguna yang telah melawat laman web atau apl anda tetapi tidak melihat kursus atau program tertentu. Segmen ini tidak termasuk pengguna dalam segmen lain: pencari program, penatap program, peninggal penukaran dan pengguna yang pernah menukar. Untuk mengisi segmen ini, tag Google Ads anda hendaklah mengandungi tag edu_pagetype di setiap halaman di laman anda. Jika anda tidak mempunyai nilai (seperti 'home') untuk ditetapkan di sesetengah halaman anda, biarkan nilai ini kosong.
Pencari program Pengguna yang telah mencari kursus atau program di laman anda. Segmen ini tidak termasuk pengguna dalam segmen penatap program, peninggal penukaran dan pengguna yang pernah menukar. Untuk mengisi segmen ini, tag laman global di halaman hasil carian anda hendaklah mengandungi: edu_pagetype = 'searchresults'
Penatap program Pengguna yang telah melihat halaman kursus atau program tertentu di laman anda. Segmen ini tidak termasuk pengguna yang berada dalam segmen peninggal penukaran dan pengguna yang pernah menukar. Untuk mengisi segmen ini, tag laman global di halaman kursus atau program anda hendaklah mengandungi: edu_pagetype = 'program'
Peninggal penukaran Pengguna yang telah mengisi borang untuk mendapatkan maklumat lanjut tetapi tidak menghantar borang tersebut. Segmen ini tidak termasuk pengguna yang berada dalam segmen pengguna yang pernah menukar. Untuk mengisi segmen ini, tag laman global di halaman borang anda perlu menyertakan: edu_pagetype = 'lead'
Pengguna yang pernah menukar Pengguna yang pernah menghantar borang pada masa lalu Untuk mengisi segmen ini, tag laman global di halaman penukaran anda perlu menyertakan: edu_pagetype = 'complete'
Penerbangan

Segmen data ini direka untuk berfungsi dengan terbaik bagi laman web tempahan penerbangan. Jika anda mengiklankan laman web yang menempah penerbangan, pastikan tag laman global anda termasuk parameter flight_pagetype. Parameter ini akan mengelaskan halaman sebagai "Penerbangan". Berikut ialah nilai parameter tersuai untuk setiap jenis segmen, seperti flight_pagetype='home'.

Segmen data lalai Perihalan Maklumat tag
Pelawat umum Pengguna yang telah melawat laman web atau apl anda tetapi tidak melihat penerbangan tertentu. Segmen ini tidak termasuk pengguna yang berada dalam segmen lain: pencari penerbangan, penatap penerbangan, peninggal penukaran dan pengguna yang pernah menukar. Untuk mengisi segmen ini, tag laman global anda hendaklah mengandungi tag flight_pagetype di setiap halaman di laman anda. Jika anda tidak mempunyai nilai (seperti ='home') untuk ditetapkan pada sesetengah halaman anda, biarkan nilai ini kosong.
Pencari penerbangan Pengguna yang telah mencari penerbangan di laman anda. Segmen ini tidak termasuk pengguna yang berada dalam segmen penatap penerbangan, peninggal penukaran dan pengguna yang pernah menukar. Untuk mengisi segmen ini, tag laman global di halaman hasil carian anda hendaklah mengandungi: flight_pagetype = 'searchresults'
Penatap penerbangan Pengguna yang telah melihat halaman penerbangan tertentu di laman anda. Segmen ini sudah tidak termasuk pengguna yang berada dalam segmen peninggal penukaran dan pengguna yang pernah menukar. Untuk mengisi segmen ini, tag laman global di halaman butiran penerbangan anda hendaklah mengandungi: flight_pagetype = 'offerdetail'
Peninggal penukaran Pengguna yang telah memulakan pembelian tiket tetapi tidak menempah penerbangan. Segmen ini tidak termasuk pengguna yang berada dalam segmen pengguna yang pernah menukar. Untuk mengisi segmen ini, tag laman global di halaman semak keluar anda hendaklah mengandungi: flight_pagetype = 'cart'
Pengguna yang pernah menukar Pengguna yang pernah menempah penerbangan daripada anda pada masa lalu Untuk mengisi segmen ini, tag laman global di halaman pengesahan tempahan anda hendaklah mengandungi: flight_pagetype = 'purchase'
Hotel dan sewaan

Segmen ini direka supaya berfungsi dengan terbaik untuk laman web tempahan hotel dan sewaan. Jika anda mengiklankan laman web yang menempah bilik atau rumah, pastikan tag laman global anda termasuk parameter hrental_pagetype. Parameter ini akan mengelaskan halaman sebagai "Hotel dan sewaan". Berikut ialah nilai parameter tersuai bagi setiap jenis segmen, seperti hrental_pagetype= 'home'.

Segmen data lalai Perihalan Maklumat tag
Pelawat umum Pengguna yang telah melawat laman web atau apl anda tetapi tidak melihat hotel atau sewaan tertentu. Segmen ini tidak termasuk pengguna dalam segmen lain: pencari harta tanah, penatap harta tanah, peninggal penukaran dan pengguna yang pernah menukar. Untuk mengisi segmen ini, tag laman global anda hendaklah mengandungi tag hrental_pagetype di setiap halaman di laman anda. Jika anda tidak mempunyai nilai (seperti 'home' ) untuk ditetapkan di sesetengah halaman anda, biarkan nilai ini kosong.
Pencari hotel atau sewaan Pengguna yang telah mencari hotel atau sewaan di laman anda. Segmen ini tidak termasuk pengguna yang berada dalam segmen penatap hartanah, peninggal penukaran dan pengguna yang pernah menukar. Untuk mengisi segmen ini, tag laman global di halaman hasil carian anda hendaklah mengandungi: hrental_pagetype = 'searchresults'
Penatap hartanah Pengguna yang telah melihat halaman hotel dan sewaan tertentu di laman anda. Segmen ini sudah tidak termasuk pengguna yang berada dalam segmen peninggal penukaran dan pengguna yang pernah menukar. Untuk mengisi segmen ini, tag laman global di halaman hotel dan sewaan anda hendaklah mengandungi: hrental_pagetype = 'offerdetail'
Peninggal penukaran Pengguna yang telah mula membuat tempahan hotel atau sewaan tetapi tidak melengkapkan tempahan mereka. Segmen ini sudah tidak termasuk pengguna yang berada dalam segmen pengguna yang pernah menukar. Untuk mengisi segmen ini, tag laman global di halaman tempahan anda hendaklah mengandungi: hrental_pagetype ='conversionintent'
Pengguna yang pernah menukar Pengguna yang pernah menempah hotel atau sewaan daripada anda pada masa lalu Untuk mengisi segmen ini, tag laman global di halaman pengesahan anda hendaklah mengandungi: hrental_pagetype = 'conversion'
Jawatan Kosong

Segmen ini direka khas untuk laman web penyenaraian jawatan kosong. Jika anda mengiklankan laman web yang menempah penerbangan, pastikan tag laman global anda termasuk parameter job_pagetype. Parameter ini akan mengelaskan halaman sebagai "Jawatan Kosong". Berikut ialah nilai parameter tersuai untuk setiap jenis segmen, seperti job_pagetype = 'home'.

Segmen data lalai Perihalan Maklumat tag
Pelawat umum Pengguna yang telah melawat laman web atau apl anda tetapi tidak mencari pekerjaan tertentu. Segmen ini tidak termasuk pengguna dalam segmen lain: pencari jawatan kosong, penatap jawatan kosong, peninggal penukaran dan pengguna yang pernah menukar. Untuk mengisi segmen ini, tag laman global anda hendaklah mengandungi tag job_pagetype di setiap halaman di laman anda. Jika anda tidak mempunyai nilai (seperti 'home') untuk ditetapkan di sesetengah halaman anda, biarkan nilai ini kosong.
Pencari pekerjaan Pengguna yang telah mencari pekerjaan di laman anda. Segmen ini tidak termasuk pengguna yang berada dalam segmen penatap jawatan kosong, peninggal penukaran dan pengguna yang pernah menukar. Untuk mengisi segmen ini, tag laman global di halaman hasil carian anda hendaklah mengandungi: job_pagetype = 'searchresults'
Penatap jawatan kosong Pengguna yang telah melihat halaman jawatan kosong tertentu di laman anda. Segmen ini sudah tidak termasuk pengguna yang berada dalam segmen peninggal penukaran dan pengguna yang pernah menukar. Untuk mengisi segmen ini, tag laman global di halaman perihalan kerja anda hendaklah mengandungi: job_pagetype = 'offerdetail'
Peninggal penukaran Pengguna yang telah mengisi borang atau permintaan untuk menghubungi perekrut tetapi tidak menghantar borang tersebut. Segmen ini tidak termasuk pengguna yang berada dalam segmen pengguna yang pernah menukar. Untuk mengisi segmen ini, tag laman global di halaman borang anda hendaklah mengandungi: job_pagetype ='conversionintent'
Pengguna yang pernah menukar Pengguna yang pernah menghantar borang atau menghubungi perekrut pada masa lalu Untuk mengisi segmen ini, tag laman global di halaman pengesahan anda hendaklah mengandungi: job_pagetype = 'conversion'
Tawaran tempatan

Segmen ini direka khas untuk laman web penyenaraian tawaran setempat. Jika anda mengiklankan laman web yang memaparkan tawaran oleh perniagaan setempat, pastikan tag laman global anda termasuk parameter local_pagetype. Parameter ni akan mengelaskan halaman sebagai "Tawaran setempat". Berikut ialah nilai parameter tersuai untuk setiap jenis segmen, seperti local_pagetype = 'home'.

Segmen data lalai Perihalan Maklumat tag
Pelawat umum Pengguna yang telah melawat laman web atau apl anda tetapi tidak melihat tawaran setempat tertentu Untuk mengisi segmen ini, tag laman global anda hendaklah mengandungi tag local_pagetype di setiap halaman di laman anda. Jika anda tidak mempunyai nilai (seperti 'home') untuk ditetapkan di sesetengah halaman anda, biarkan nilai ini kosong.
Pencari tawaran Pengguna yang telah mencari tawaran atau promosi setempat di laman anda. Segmen ini tidak termasuk pengguna yang berada dalam segmen penatap tawaran, peninggal penukaran dan pengguna yang pernah menukar. Untuk mengisi segmen ini, tag laman global di halaman hasil carian anda hendaklah mengandungi: local_pagetype = 'searchresults'
Penatap tawaran Pengguna yang telah melihat halaman tawaran dan promosi setempat tertentu di laman anda. Segmen ini tidak termasuk pengguna yang berada dalam segmen peninggal penukaran dan pengguna yang pernah menukar. Untuk mengisi segmen ini, tag laman global di halaman tawaran dan promosi setempat anda hendaklah mengandungi: local_pagetype = 'offerdetail'
Peninggal penukaran Pengguna yang telah memilih tawaran setempat untuk dibeli tetapi tidak melengkapkan pembelian mereka. Segmen ini tidak termasuk pengguna yang berada dalam segmen pengguna yang pernah menukar. Untuk mengisi segmen ini, tag laman global di halaman borang anda hendaklah mengandungi: local_pagetype ='conversionintent'
Pengguna yang pernah menukar Pengguna yang pernah membeli tawaran setempat daripada anda pada masa lalu Untuk mengisi segmen ini, tag laman global di halaman pengesahan pembelian anda hendaklah mengandungi: local_pagetype = 'conversion'
Runcit

Segmen ini direka khas untuk laman web e-dagang atau peruncitan. Jika anda mengiklankan laman web yang menjual produk, pastikan tag laman global anda termasuk parameter ecomm_pagetype. Parameter ini akan mengelaskan halaman sebagai "Runcit". Berikut ialah nilai parameter tersuai untuk setiap jenis segmen, seperti ecomm_pagetype = 'home'.

Segmen data lalai Perihalan Maklumat tag
Pelawat umum Pelawat laman yang belum pernah melawat halaman yang ditandai dengan ecomm_pagetype='product', 'cart' atau 'purchase'. Segmen ini akan menambahkan semua pelawat dan mengecualikan pengguna yang berada dalam segmen lain: penatap produk, pengguna yang mengabaikan troli beli-belah dan pembeli lalu. Untuk mengisi segmen ini, tag laman global anda hendaklah mengandungi tag ecomm_pagetype di setiap halaman di laman anda. Jika anda tidak mempunyai nilai (seperti 'home') untuk ditetapkan di sesetengah halaman anda, biarkan nilai ini kosong.
Pengguna yang melihat halaman produk Pengguna yang telah melihat halaman produk tertentu di laman anda. Segmen ini tidak termasuk pengguna yang berada dalam segmen pengguna yang mengabaikan troli beli-belah dan pembeli lalu. Untuk mengisi segmen ini, tag laman global di halaman borang anda hendaklah mengandungi: ecomm_pagetype = 'product'.
Nota: Google Ads juga boleh memasukkan pengguna yang telah melihat produk di laman web anda pada segmen ini secara automatik.
Pengguna yang mengabaikan troli beli-belah Pengguna yang telah menambahkan produk pada troli beli-belah mereka tetapi tidak melengkapkan pembelian. Segmen ini tidak termasuk pengguna yang berada dalam segmen pengguna yang pernah melakukan pembelian. Untuk mengisi segmen sini, tag laman global di halaman troli anda hendaklah mengandungi: ecomm_pagetype = 'cart'
Pembeli lalu Pengguna yang pernah membeli produk daripada anda pada masa lalu Untuk mengisi segmen ini, tag laman global di halaman pengesahan pembelian anda hendaklah mengandungi: ecomm_pagetype ='purchase'
Hartanah

Segmen ini direka khas untuk laman web yang menjual harta tanah atau rumah. Jika anda mengiklankan laman web yang menyenaraikan rumah atau hartanah untuk dijual, pastikan tag laman global anda termasuk parameter listing_pagetype. Parameter ini akan mengelaskan halaman sebagai "Harta tanah". Berikut ialah nilai parameter tersuai untuk setiap jenis segmen, seperti listing_pagetype = 'home'.

Segmen data lalai Perihalan Maklumat tag
Pelawat umum Pengguna yang telah melawat laman web atau apl anda tetapi tidak melihat halaman penyenaraian tertentu. Segmen ini tidak termasuk pengguna dalam segmen lain: pencari penyenaraian, penatap penyenaraian, peninggal penukaran dan pengguna yang pernah menukar. Untuk mengisi segmen ini, tag laman global anda hendaklah mengandungi tag listing_pagetype di setiap halaman di laman anda. Jika anda tidak mempunyai nilai (seperti 'home' ) untuk ditetapkan di sesetengah halaman anda, biarkan nilai ini kosong.
Pencari penyenaraian Pengguna yang mencari penyenaraian harta tanah di laman anda. Segmen ini tidak termasuk pengguna yang berada dalam segmen penatap penyenaraian, peninggal penukaran dan pengguna yang pernah menukar. Untuk mengisi segmen ini, tag laman global di halaman hasil carian anda hendaklah mengandungi: listing_pagetype = 'searchresults'
Penatap penyenaraian Pengguna yang telah melihat halaman penyenaraian tertentu di laman anda. Segmen ini tidak termasuk pengguna yang berada dalam segmen peninggal penukaran dan pengguna yang pernah menukar. Untuk mengisi segmen ini, tag laman global di halaman penyenaraian anda hendaklah mengandungi: listing_pagetype = 'offerdetail'
Peninggal penukaran Pengguna yang mengisi borang atau membuat janji temu tetapi tidak menghantar borang tersebut. Segmen ini tidak termasuk pengguna yang berada dalam segmen pengguna yang pernah menukar. Untuk mengisi segmen ini, tag laman global di halaman borang anda hendaklah mengandungi: listing_pagetype ='conversionintent'
Pengguna yang pernah menukar Pengguna yang pernah menghantar borang atau membuat janji temu pada masa lalu Untuk mengisi segmen ini, tag laman global di halaman pengesahan anda hendaklah mengandungi: listing_pagetype = 'conversion'
Pelancongan

Segmen data ini direka bentuk agar berfungsi secara terbaik untuk laman web perjalanan. Jika anda mengiklankan laman web yang menjual atau menempah tawaran perjalanan serta tawaran istimewa, pastikan tag laman global anda termasuk parameter travel_pagetype. Parameter ini akan mengelaskan halaman sebagai "Perjalanan". Berikut ialah nilai parameter tersuai untuk setiap jenis segmen, seperti travel_pagetype = 'home'.

Segmen data lalai Perihalan Maklumat tag
Pelawat umum Pengguna yang melawat laman web atau apl anda tetapi tidak melihat pilihan perjalanan tertentu. Segmen ini tidak termasuk pengguna dalam segmen lain: pencari penyenaraian, penatap penyenaraian, peninggal penukaran dan pengguna yang pernah menukar. Untuk mengisi segmen ini, tag laman global anda hendaklah mengandungi tag travel_pagetype di setiap halaman di laman anda. Jika anda tidak mempunyai nilai (seperti 'home') untuk ditetapkan di sesetengah halaman anda, biarkan nilai ini kosong.
Pencari penyenaraian Pengguna yang mencari pilihan perjalanan di laman anda. Segmen ini tidak termasuk pengguna yang berada dalam segmen penatap penyenaraian, peninggal penukaran dan pengguna yang pernah menukar. Untuk mengisi segmen ini, tag laman global di halaman hasil carian anda hendaklah mengandungi: travel_pagetype = 'searchresults'
Penatap penyenaraian Pengguna yang melihat halaman pilihan perjalanan tertentu di laman anda. Segmen ini tidak termasuk pengguna yang berada dalam segmen peninggal penukaran dan pengguna yang pernah menukar. Untuk mengisi segmen ini, tag laman global di halaman pilihan perjalanan anda hendaklah mengandungi: travel_pagetype = 'offerdetail'
Peninggal penukaran Pengguna yang mula menempah pilihan perjalanan tetapi tidak melengkapkan tempahan mereka. Segmen ini tidak termasuk pengguna yang berada dalam segmen pengguna yang pernah menukar. Untuk mengisi segmen ini, tag laman global di halaman borang anda hendaklah mengandungi: travel_pagetype ='conversionintent'
Pengguna yang pernah menukar Pengguna yang pernah menempah pilihan perjalanan daripada anda pada masa lalu Untuk mengisi segmen ini, tag laman global di halaman pengesahan tempahan anda hendaklah mengandungi: travel_pagetype = 'conversion'
Tersuai

Jika anda mengiklankan laman web yang tidak tergolong dalam mana-mana kategori di atas, anda boleh menggunakan parameter dynx_pagetype. Berikut ialah nilai parameter tersuai bagi setiap jenis segmen, seperti dynx_pagetype = 'home'.

Segmen data lalai Perihalan Maklumat tag
Pelawat umum Pengguna yang melawat laman web atau apl anda tetapi tidak melihat halaman tertentu. Segmen ini tidak termasuk pengguna dalam segmen lain: pencari produk atau perkhidmatan, penatap produk atau perkhidmatan, peninggal penukaran dan pengguna yang pernah menukar. Untuk mengisi segmen ini, tag laman global anda hendaklah mengandungi tag dynx_pagetype di setiap halaman di laman anda. Jika anda tidak mempunyai nilai (seperti 'home') untuk ditetapkan di sesetengah halaman anda, biarkan nilai ini kosong.
Pencari produk atau perkhidmatan Pengguna yang membuat carian di laman anda. Segmen ini tidak termasuk pengguna dalam segmen penatap halaman produk atau perkhidmatan, peninggal penukaran dan pengguna yang pernah menukar. Untuk mengisi segmen ini, tag laman global di halaman hasil carian anda hendaklah mengandungi: dynx_pagetype = 'searchresults'
Penatap produk atau perkhidmatan. Pengguna yang melihat halaman tertentu di laman anda. Segmen ini tidak termasuk pengguna yang berada dalam segmen peninggal penukaran dan pengguna yang pernah menukar. Untuk mengisi segmen ini, tag laman global di halaman produk atau perkhidmatan anda hendaklah mengandungi: dynx_pagetype = 'offerdetail'
Peninggal penukaran Pengguna yang memulakan penukaran atau pembelian tetapi tidak melengkapkan proses tersebut. Segmen ini tidak termasuk pengguna yang berada dalam segmen pengguna yang pernah menukar. Untuk mengisi segmen ini, tag laman global di halaman troli atau borang anda hendaklah mengandungi: dynx_pagetype ='conversionintent'
Pengguna yang pernah menukar Pengguna yang pernah menukar atau membeli daripada anda pada masa lalu Untuk mengisi segmen ini, tag laman global di halaman pengesahan pembelian anda hendaklah mengandungi: dynx_pagetype = 'conversion'

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
2994002384469468368
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false