Akaun Pengurus (MCC): Perihal akaun pengurus Google Ads

Untuk melihat sari kata dalam bahasa anda, hidupkan sari kata YouTube. Pilih ikon tetapan Imej ikon tetapan YouTube pada bahagian bawah pemain video, kemudian pilih "Sari Kata/SK" dan pilih bahasa anda.


Jika anda agensi atau pengguna yang mengurus berbilang akaun Google Ads, akaun pengurus merupakan alat berguna yang boleh menjimatkan masa anda. Akaun pengurus merupakan akaun Google Ads yang membolehkan anda melihat dan mengurus berbilang akaun Google Ads dengan mudah-- termasuk akaun pengurus lain -- dari satu lokasi.

Artikel ini menerangkan manfaat akaun pengurus dan cara akaun pengurus berfungsi.

Sebab menggunakan akaun pengurus

Dengan menggunakan akaun pengurus anda boleh:

  • Menggunakan log masuk tunggal untuk mengakses semua akaun Google Ads pelanggan, termasuk akaun pengurus lain.
  • Mencari, menavigasi dan mengurus semua akaun anda daripada satu papan pemuka yang mudah dibaca.
  • Membuat dan mengurus kempen untuk akaun pelanggan anda daripada akaun pengurus anda.
  • Membandingkan prestasi merentas semua akaun dan menjana laporan untuk berbilang akaun secara serentak dengan mudah.
  • Gunakan penginvoisan bulanan untuk membayar bagi akaun Iklan anda.
  • Menggunakan makluman untuk memantau semua akaun terpaut anda dengan berkesan.
  • Membuat dan memautkan akaun Google Ads daripada akaun pengurus anda dengan cepat.

Individu yang harus menggunakan akaun pengurus

Akaun pengurus mungkin pilihan yang baik untuk pengiklan yang mempunyai lebih daripada satu akaun Google Ads. Akaun pengurus juga sesuai untuk pihak ketiga seperti agensi dan golongan profesional pemasaran dalam talian lain yang mengurus berbilang akaun klien atau jumlah kempen yang besar.

Perlu diingat bahawa sehingga 20 akaun Google Ads (termasuk akaun pengurus) boleh dikaitkan dengan sat alamat e-mel. Walau bagaimanapun, jika anda mengurus lebih daripada 20 akaun atau ingin memantau prestasi atau menjejak penukaran merentas akaun dengan mudah dari satu tempat, akaun pengurus mungkin pilihan yang terbaik untuk anda.

Akaun pengurus diperlukan untuk akaun Iklan menggunakan penginvoisan bulanan.

Cara ciri ini berfungsi

Akaun pengurus bukannya "peningkatan" akaun Google Ads anda. Sebaliknya, akaun ini ialah akaun Google Ads yang baharu sepenuhnya yang anda buat. Fikirkan akaun pengurus sebagai akaun Google Ads payung dengan beberapa akaun Google Ads individu yang dipautkan ke akaun pengurus tersebut. Anda boleh memautkan akaun Google Ads baharu dan sedia ada, serta akaun pengurus lain.

Anda kemudian boleh memantau prestasi iklan, mengemas kini kempen dan mengurus tugas akaun lain untuk akaun pelanggan tersebut. Akaun pengurus anda juga boleh diberikan pemilikan akaun pelanggan. Perkara ini membolehkan anda mengurus akses pengguna untuk akaun pelanggan.

Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa melalui akaun pengurus, anda tidak akan dapat mengubah maklumat proprietari untuk akaun pelanggan, seperti maklumat log masuk akaun tersebut.

Pengalaman pemilik akaun individu

Selepas akaun dipautkan dengan akaun pengurus, pengguna individu akaun klien itu boleh log masuk dan menggunakan akaun mereka seperti biasa. Pengguna akaun klien tidak mempunyai akses ke akaun pengurus yang dipautkan ke akaun terurus tersebut atau mana-mana akaun lain yang dipautkan ke akaun pengurus yang sama. Tetapi pengguna yang mempunyai akses pentadbiran ke akaun tersebut boleh menamatkan hubungan dengan akaun pengurus pada bila-bila masa dengan menyahpautkan akaun mereka daripada akaun pengurus.

Menjemput pengguna lain ke akaun pengurus

Selepas menyediakan akaun pengurus, anda juga boleh menjemput pengguna lain ke akaun pengurus anda dan memberi mereka tahap akses yang berlainan. Ketahui lebih lanjut tentang menjemput pengguna ke akaun pengurus anda.

Pautan berkaitan

Akaun Pengurus (MCC) Halaman Topik

Pengenalan kepada Akaun Pengurus

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
10943998942726951472
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false