Edit, jeda atau alih keluar segmen data

Untuk memberikan paparan yang menyeluruh dan disatukan terhadap Khalayak anda dan menjadikan pengurusan khalayak serta pengoptimuman lebih ringkas, anda akan menemukan peningkatan yang berikut dalam Google Ads:

  • Pelaporan khalayak baharu
    Pelaporan terperinci tentang demografi khalayak, segmen dan pengecualian kini disatukan pada satu tempat. Klik ikon Kempen Campaigns Icon dan buka tab “Khalayak, kata kunci dan kandungan” dan klik Khalayak. Anda juga boleh mengurus Khalayak anda dengan mudah melalui halaman laporan ini. Ketahui lebih lanjut Perihal Pelaporan khalayak.
  • Istilah baharu
    Kami menggunakan istilah baharu pada laporan khalayak anda dan pada seluruh Google Ads. Contohnya, “jenis khalayak” (jenis ini termasuk khalayak tersuai, dalam pasaran dan perkaitan) kini dirujuk sebagai segmen khalayak dan “pemasaran semula” kini dirujuk sebagai “data anda”. Ketahui lebih lanjut tentang Kemaskinian istilah dan frasa Khalayak.

Selepas anda membuat dan menguji segmen data, anda boleh mengedit segmen data tersebut untuk memastikan produk atau perkhidmatan anda menjangkau khalayak yang betul. Anda juga boleh menjeda kumpulan iklan daripada menyasarkan senarai anda atau mengalih keluar segmen data daripada kumpulan iklan.

Edit segmen data anda

Walaupun segmen data yang dibuat secara automatik oleh Google Ads tidak boleh diedit, anda boleh membuat perubahan pada segmen data yang dibuat secara manual. Contohnya, anda boleh mengedit nama senarai data, menukar tempoh keahlian atau menutup senarai data tersebut. Begini caranya:

  1. Log masuk ke akaun Google Ads anda.
  2. Klik ikon Alat Google Ads | alat [Ikon] di penjuru kanan sebelah atas skrin anda.
  3. Di bawah bahagian yang berlabel "Pustaka dikongsi", klik Pengurus khalayak.
  4. Klik Senarai khalayak daripada menu halaman di sebelah kiri.
  5. Pilih senarai Khalayak yang ingin anda edit.
    • Sekiranya anda ingin mengubah nama senarai data anda sahaja, klik ikon pensel Edit.
    • Jika anda ingin mengubah status keahlian senarai data anda sahaja, klik anak panah menu lungsur di bawah lajur “Status keahlian” dan pilih Buka atau Ditutup.
  6. Untuk mengedit pilihan senarai data yang lain, klik nama senarai berwarna biru.
  7. Klik ikon 3 titik di penjuru kanan sebelah atas butiran senarai daya dan pilih Edit senarai.
  8. Di sini anda boleh mengedit nama senarai data, saiz awal, tempoh keahlian, status keahlian dan perihalan.
    • Jika anda ingin berhenti pelawat laman baharu daripada ditambahkan pada senarai data, anda boleh menutup senarai data menggunakan menu lungsur di bahagian "Status keahlian". "Terbuka" bermakna Google Ads akan terus menambahkan pelawat laman web pada senarai data anda. "Tertutup" bermakna senarai data ini tidak akan menambah ahli baharu.
    • Lakukan pengeditan anda dan klik Simpan.

Perlu diingat

  • Apabila anda mengedit senarai, anda tidak perlu menggantikan tag Google atau coretan peristiwa di laman anda lagi.
  • Untuk segmen data anda pada Rangkaian Paparan: jika anda mengubah tempoh keahlian, tempoh baharu hanya digunakan untuk pelawat laman yang ditambahkan selepas perubahan ini. Pelawat laman yang berada pada senarai sebelum ini akan mengekalkan tempoh asal.
  • Untuk segmen data anda pada Rangkaian Paparan: Jika anda mengubah tempoh keahlian, tempoh baharu digunakan pada pelawat laman sedia ada dan juga pelawat baharu.
  • Senarai data yang telah dibuat dalam Google Analitis hanya boleh diedit dalam Google Analitis.

Dayakan, jeda atau alih keluar segmen data anda daripada kumpulan iklan atau kempen

Tindakan menjeda segmen anda menghalang kumpulan iklan daripada menyasarkan segmen tersebut sambil tetap membenarkan segmen tersebut menambah pelawat baharu. Tindakan mengalih keluar segmen anda akan mengalih keluar segmen tersebut secara kekal. Kedua-dua tindakan ini dilakukan di halaman Khalayak, yang anda tetapkan penyasaran khalayak anda.

Nota: "Tetapan penyasaran" mungkin dipaparkan sebagai "Pemerhatian" untuk Khalayak jika Khalayak anda dijeda dan berubah kepada "Penyasaran" selepas dijeda.
  1. Daripada bar Paparan pada bahagian atas, pilih kempen Paparan.
    Nota: Jika anda lebih suka menggunakan panel navigasi di sebelah kiri, klik Ubah paparan pada bahagian atas sebelah kiri akaun Google Ads anda.
  2. Pilih kumpulan iklan.
  3. Pastikan bahawa Khalayak diserlahkan dengan warna biru dalam menu halaman di sebelah atas.
  4. Klik pada titik di sebelah kiri nama khalayak dan pilih Dayakan atau Jeda.
  5. Untuk mengubah suai berbilang senarai sekali gus, klik pada kotak di sebelah kiri titik untuk menandai senarai tersebut. Selagi anda telah menandai kotak, menu bar berwarna biru akan kelihatan di atas senarai khalayak.
  6. Dari dalam menu bar berwarna biru, klik Edit, kemudian pilih Dayakan, Jeda atau Alih keluar.

Harap maklum bahawa segmen berikut tidak boleh dialih keluar:

  • Segmen yang sedang digunakan
  • Segmen yang dibuat secara automatik oleh Google Ads
  • Segmen yang digunakan untuk menjana segmen dalam penggunaan yang lain

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
16726327214925887529
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false