Apabila anda menyiarkan iklan dengan Google Ads, anda memautkan iklan dalam talian anda pada laman web anda. Jika anda belum ada laman web atau halaman setempat percuma dengan Business Profile, buat laman web atau halaman setempat dengan alatan yang mudah digunakan, secara percuma. Jika anda tidak mahu membuat laman web, sebagai alternatif buat halaman setempat dengan Business Profile dan siarkan iklan dengan Smart Campaign dalam Google Ads.
Jika anda menyediakan kempen pertama anda tanpa laman web, anda ada 2 pilihan utama yang tersedia seperti yang telah kami nyatakan dalam artikel ini.
1. Buat laman web baharu dengan alat pembina laman web seperti Squarespace
Akhiran domain seperti .company, .photography dan .guru dapat membantu anda mencari nama bermakna yang menyerlah pada web. Penyedia pembinaan laman web menawarkan ciri seperti pengehosan yang selamat dan boleh dipercayai, e-dagang, templat web yang boleh disesuaikan serta pengurusan laman mudah alih. Pengekodan tidak diperlukan.
Untuk terus menggunakan laman web untuk perniagaan anda, anda boleh mempertimbangkan untuk menggunakan pembangun laman, seperti:
2. Gunakan Business Profile anda sebagai laman penambat
Jika anda memiliki perniagaan setempat dan belum memiliki Business Profile, anda boleh membuat satu profil supaya iklan anda dapat dipaparkan pada Google Search dan Maps. Ketahui lebih lanjut Perihal Google Business Profile.
Untuk menggunakan Business Profile anda sebagai laman penambat, buat kempen baharu dan pilih “Business Profile anda (dioptimumkan untuk iklan anda)” apabila memilih tempat yang harus dituju oleh pengguna selepas mengklik iklan anda. Pilihan ini hanya berfungsi dengan Smart Campaign. Ketahui lebih lanjut Perihal Business Profile (dioptimumkan untuk iklan).