Perihal pembidaan CPC Manual

Dengan menggunakan pembidaan Kos Setiap Klik (CPC) Manual, anda menetapkan harga maksimum untuk kos seseorang mengklik pada iklan anda. Anda boleh mendapatkan nilai yang baik dengan kaedah pembidaan ini kerana anda hanya membayar apabila pengguna cukup berminat untuk mengklik pada iklan anda dan mengetahui lebih lanjut.

Fikirkan tentang papan iklan: Pengiklan membayar untuk ruang papan iklan berdasarkan jumlah pengguna yang mungkin melihat sesuatu iklan semasa memandu lalu dan sama ada pengguna menyedari tentang iklan itu atau tidak.

Iklan Internet adalah berbeza: Dengan pembidaan KSK Google Ads, anda hanya membayar untuk "ruang papan iklan" Google apabila anda tahu pengguna melihat iklan anda dan cukup terdorong untuk mengklik. Jika 100 pengguna melihat iklan anda dan tiga pengguna mengklik iklan tersebut, anda membayar untuk 3 klik, bukan untuk 97 tontonan yang selebihnya.

Cara pembidaan CPC berfungsi

Untuk kempen pembidaan CPC, anda menetapkan kos maksimum bagi setiap bida klik - atau cuma "CPC maks." - iaitu amaun tertinggi yang anda sanggup bayar untuk satu klik pada iklan anda (melainkan anda menetapkan pelarasan bidaan atau menggunakan CPC dipertingkat).

Contoh

Jika anda merasakan lawatan seseorang ke laman web anda bernilai US$0.25, maka anda boleh menetapkan US$0.25 sebagai CPC maks anda. Anda akan membayar maksimum $0.25 USD apabila seseorang mengklik iklan anda dan anda tidak perlu membayar jika mereka tidak mengklik.

Katakan anda membuat iklan teks dan menetapkan bida CPC maks sebanyak $0.25 USD. Jika 500 pengguna melihat iklan itu dan 23 daripada mereka mengklik untuk mengetahui lebih lanjut, anda hanya membayar untuk 23 klik tersebut. Bida CPC maks anda ialah $0.25 USD, jadi anda tidak perlu membayar lebih daripada 23 klik x $0.25 USD atau $5.75 USD.

Sering kali anda perlu membayar kurang daripada CPC maks anda kerana menggunakan lelongan Google Ads, jumlah maksimum yang akan anda bayar ialah jumlah minimum yang diperlukan untuk melepasi Ambang Kedudukan Iklan dan menewaskan Kedudukan Iklan pesaing dengan nilai Kedudukan Iklan tertinggi seterusnya untuk satu-satu kedudukan (jika ada). Baca bahagian di bawah berkenaan CPC sebenar untuk mengetahui lebih lanjut tentang amaun muktamad yang dikenakan terhadap anda untuk satu klik.

Kehebatan pembidaan automatik Google Ads

Pembidaan automatik Google Ads mengambil alih kebanyakan tugas yang sukar dan menyebabkan anda tidak perlu meneka semasa menetapkan bidaan untuk mencapai matlamat prestasi anda. Pembidaan berasaskan penukaran dikuasakan oleh teknologi masa lelongan yang mengoptimumkan bida dengan jitu pada pertanyaan carian sebenar bagi setiap lelongan. Pembidaan automatik Google Ads juga mengambil kira pelbagai isyarat masa lelongan termasuklah peranti, lokasi, masa dalam sehari, bahasa dan sistem pengendalian untuk mendapatkan konteks unik bagi setiap carian. Ketahui lebih lanjut tentang pembidaan automatik Google Ads

Cara memutuskan amaun bidaan CPC yang perlu ditetapkan

Bagaimana hendak mengetahui amaun KSK untuk ditetapkan? Anda boleh menentukan ini berdasarkan apa yang anda ketahui tentang perniagaan dan nilai jualan anda. Sebagai contoh, jika anda menjual cincin berlian bernilai $5000 USD, seorang pelanggan baharu mungkin bernilai lebih berbanding jika anda menjual gula-gula getah bernilai $0.99 USD.

Bida CPC mak lalai akan ditetapkan untuk anda apabila anda memilih CPC Manual. Anda boleh mengubah amaun CPC maks ini yang sesuai dengan anda, melihat bilangan klik yang mungkin diakru oleh iklan anda dan sama ada klik tersebut membawa kepada hasil perniagaan di laman web anda. Perlu diingat bahawa trafik Internet sentiasa berubah-ubah, jadi anda dinasihatkan menilai semula bida CPC anda dengan kerap.

Menggunakan alat Google untuk membantu anda memutuskan bidaan CPC

  • Simulator Bidaan menjalankan senario "bagaimana jika" seperti, "Berapakah jumlah tera yang mungkin saya peroleh jika bidaan saya $0.10 lebih tinggi pada minggu lepas?"
  • Perancang Kata Kunci menunjukkan kepada anda kekerapan sesetengah kata kunci dicari dan memberi anda anggaran kos sepintas lalu.
  • Anggaran bida halaman pertama membantu anda melihat amaun yang mungkin perlu anda bidakan untuk meletakkan iklan anda pada halaman pertama hasil carian Google.

Menggunakan pelarasan bidaan untuk menjangkau pelanggan yang betul

Anda boleh menetapkan pelarasan bidaan yang menaikkan atau menurunkan bida CPC maks anda untuk carian yang berlaku pada peranti mudah alih atau di lokasi tertentu. Jika kempen anda menyasarkan Rangkaian Paparan, anda juga boleh menetapkan pelarasan bidaan untuk kaedah penyasaran dalam kumpulan iklan anda seperti topik atau peletakan untuk membantu iklan anda dipaparkan kepada khalayak yang paling berkaitan. Pelarasan bidaan memberi anda lebih kawalan ke atas masa dan tempat iklan anda muncul dan digunakan ke atas bidaan sedia ada anda.

Amaun muktamad yang dicaj ke atas anda

Bida CPC maks anda ialah amaun terbanyak yang akan dikenakan ke atas anda satu klik, tetapi anda sering kali akan dikenakan bayaran yang sedikit - kadang-kadang sangat sedikit. Amaun muktamad yang anda dikenakan untuk satu klik dipanggil CPC sebenar.

CPC sebenar sering kali kurang daripada CPC maks kerana menggunakan lelongan Google Ads, jumlah maksimum yang akan anda bayar ialah jumlah minimum yang diperlukan untuk melepasi ambang Kedudukan Iklan dan menewaskan Kedudukan Iklan pesaing dengan nilai Kedudukan Iklan tertinggi seterusnya untuk satu-satu kedudukan (jika ada).

Cara bidaan CPC maks mempengaruhi Kedudukan Iklan anda

Dalam Rangkaian Carian, Kedudukan Iklan membantu anda menentukan kelayakan anda. Jika layak, nilai ini menentukan tempat iklan anda akan dipaparkan pada halaman hasil carian (jika ada) berbanding dengan iklan pengiklan yang lain. Jika anda menyiarkan iklan anda di Rangkaian Paparan, Kedudukan Iklan memainkan peranan penting yang sama di situ. Oleh kerana Kedudukan Iklan ialah skor yang berdasarkan pada bida CPC maks. anda dan kualiti iklan anda berbanding dengan iklan pengiklan yang lain, menaikkan CPC maks. anda mungkin akan meningkatkan peluang untuk iklan anda muncul.

Pilihan pembidaan CPC Maks

Anda boleh menggunakan bida CPC maks. anda dengan beberapa cara. Katakan anda mempunyai bakeri dan anda telah menyediakan kumpulan iklan "sarapan pagi" dengan kata kunci seperti donat, cruller dan pai epal. Berikut ialah cara anda boleh menetapkan bida anda:

  • Jika anda mahukan semua kata kunci dalam kumpulan iklan untuk mempunyai bida yang sama: Tetapkan bida lalai kumpulan iklan. Jika anda memilih CPC bernilai $1 USD, maka ini akan menjadi CPC maks anda, apabila seseorang mencari donat, cruller atau kerepek pisang - mana-mana kata kunci anda. Bida yang sama digunakan pada peletakan jika anda menyiarkan iklan anda pada Rangkaian Paparan. Ini ialah cara yang paling mudah untuk mengurus KSK anda.
  • Jika anda mahukan kata kunci dalam kumpulan iklan untuk mempunyai bida yang berbeza: Tetapkan bidaan kata kunci. Contohnya, jika anda mengetahui bahawa pengguna yang mencari pai epal cenderung untuk membeli lebih daripada pengguna yang mencari donat, maka anda boleh membida $1.25 USD bagi setiap klik pada pai epal dan $1 USD bagi setiap klik pada donat.
  • Jika anda mahu kaedah penyasaran Rangkaian Paparan anda mempunyai bida yang berlainan: Anda boleh menetapkan CPC maks untuk peletakan, topik atau kaedah penyasaran lain. Sebagai contoh, anda boleh cuba membantu iklan anda supaya dipaparkan di laman web resipi donat dengan menetapkan bida tersuai untuk peletakan tertentu tersebut pada Rangkaian Paparan.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
6580132198738736847
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false