Pilih bida untuk kempen Rangkaian Paparan anda

Jenis bida pada Rangkaian Paparan Google membolehkan anda mendapatkan nilai paling tinggi daripada kempen anda dengan menetapkan harga yang tepat untuk iklan anda. Berikut ialah jenis bida yang boleh anda gunakan untuk Rangkaian Paparan:

Strategi bida:

Nota: CPA Sasaran, Maksimumkan Penukaran, Sasaran ROAS dan CPC Dipertingkat ialah strategi Pembidaan Pintar yang memberi tumpuan pada penukaran.

Untuk mendapatkan panduan mendalam tentang strategi Pembidaan Pintar, muat turun Panduan Pembidaan Pintar Paparan.

Perlu diingat

  • Bergantung pada jenis kempen atau kumpulan iklan anda, tidak semua strategi bidaan mungkin tersedia.
  • Untuk kempen Rangkaian Paparan, anda boleh menetapkan bida lalai kumpulan iklan, bida tersuai atau pelarasan bidaan.
Petua: Sepadukan strategi bidaan anda dengan matlamat kempen anda. Contohnya, jika anda ingin memfokuskan pada tera, pertimbangkan Pembidaan CPM terlihat. Jika matlamat anda ialah klik, pertimbangkan CPC Manual atau Pembidaan maksimumkan klik. Jika anda menyasarkan untuk penukaran, pertimbangkan CPA Sasaran, Maksimumkan Penukaran atau pembidaan Sasaran ROAS.

Pembidaan di kempen Rangkaian Paparan

Iklan Carian dan iklan Paparan menjangkau pengguna pada masa yang berlainan. Apabila pengguna mencari sesuatu secara aktif, iklan Carian anda mungkin adalah penyelesaian yang mereka perlukan. Walau bagaimanapun, pengguna yang melihat iklan anda di Rangkaian Paparan mungkin menyemak imbas blog kegemaran atau menonton video -- dan tidak mencari perkara yang anda tawarkan secara aktif. Pembidaan pada Rangkaian Paparan membolehkan anda memaparkan iklan kepada bakal pelanggan di tempat yang betul dan pada masa yang tepat.

Kadar klikan (CTR) sering kali lebih rendah pada Rangkaian Paparan kerana mungkin lebih sukar untuk menarik perhatian pembaca. Itulah sebabnya pembidaan Rangkaian Paparan wujud: untuk membolehkan anda menetapkan bida bagi klik, penukaran atau tera yang berlaku hanya di Rangkaian Paparan. Anda mendapat lebih kawalan ke atas kos anda dan boleh memastikan bida anda sesuai dengan nilai yang anda peroleh daripada iklan anda.

Memilih bida anda yang pertama

Untuk mencari bida yang tepat di Rangkaian Paparan, anda boleh membuat bida pertama, melihat prestasi iklan anda, kemudian mengedit bida tersebut. Jika anda tidak menetapkan bida khusus untuk penyasaran anda, Google Ads akan menggunakan bidaan lalai kumpulan iklan anda.

Selepas membuat bida pertama anda, tunggu selama beberapa hari, kemudian pergi ke akaun anda. Untuk menilai bidaan anda:

  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Kempen Campaigns Icon, kemudian klik Ikhtisar.
  2. Klik tab "Paparan" dan pilih kempen Paparan.
Nota: Jika anda lebih suka menggunakan panel navigasi di sebelah kiri, klik Ubah paparan pada bahagian atas sebelah kiri akaun Google Ads anda.
  1. Anda akan melihat bilangan klik dan tera untuk setiap kempen Paparan.
Nota: Jika anda memilih Kumpulan iklan dalam menu subhalaman, anda dapat melihat bilangan klik dan tera mengikut kumpulan iklan. Tindakan mengklik pada kumpulan iklan akan menunjukkan hasil mengikut iklan. Ketahui lebih lanjut tentang memilih amaun bida anda

Anda boleh bermula dengan bertanya "Adakah iklan saya memperoleh klik?" kemudian, "Adakah klik tersebut membawa kepada hasil yang saya mahukan?" Kami mengesyorkan agar anda terus memantau tera dan klik, tetapi sebaik-baiknya tunggu selama beberapa minggu sebelum membuat terlalu banyak perubahan. Jika anda terlalu kerap mengedit bida anda, anda mungkin tidak dapat menilai prestasi anda dengan tepat.

Perlu diingat, prestasi iklan anda pada Rangkaian Paparan tidak mempengaruhi kedudukan anda untuk iklan Carian dan CTR yang lebih rendah pada Rangkaian Paparan tidak mempengaruhi Skor Kualiti iklan anda bagi carian.

Jika anda ingin melihat sama ada klik pada iklan anda berubah menjadi tindakan di laman web anda atau panggilan ke perniagaan, anda boleh menggunakan penjejakan penukaran untuk mendapatkan cerapan yang lebih baik.

Pelarasan bidaan

Sekiranya anda menggunakan strategi pembidaan CPC Dipertingkat, CPC Manual atau CPM Terlihat, maka anda juga boleh menetapkan pelarasan bidaan untuk mendapatkan kawalan yang lebih baik ke atas masa dan tempat iklan anda dipaparkan. Pelarasan bidaan boleh ditetapkan pada peringkat kempen (untuk peranti mudah alih, masa, hari dan lokasi) dan juga boleh digunakan untuk membida secara lebih berdaya saing untuk kaedah penyasaran tertentu, seperti kata kunci, khalayak, demografi, topik, atau peletakan dalam kumpulan iklan anda.

Apabila anda pergi ke halaman kumpulan iklan, anda boleh mencari status pembidaan. Ketahui lebih lanjut tentang menambah atau mengalih keluar pelarasan bidaan

Nota: Arahan di bawah merupakan sebahagian daripada reka bentuk baharu untuk pengalaman pengguna Google Ads. Untuk menggunakan reka bentuk sebelumnya, klik ikon "Penampilan" dan pilih Gunakan reka bentuk sebelumnya. Jika anda masih menggunakan versi Google Ads yang sebelumnya, semak Peta rujukan pantas atau gunakan bar Carian pada bahagian atas panel navigasi Google Ads untuk menemukan halaman yang anda cari.
  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Kempen Campaigns Icon.
  2. Klik menu lungsur Kempen dalam menu bahagian.
  3. Klik Kumpulan iklan.
  4. Jika anda tidak melihat lajur, klik ikon lajur Gambar ikon lajur Google Ads, pilih Atribut, kemudian pilih Pelarasan bidaan aktif

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
10219879811094219325
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false