Perihal kata kunci negatif

Untuk membantu anda menjangkau lebih ramai bakal pelanggan, kini iklan anda akan dipaparkan pada kandungan yang sepadan dengan mana-mana topik, peletakan atau kata kunci Paparan/Video/Carian yang anda sasarkan. Sebagai contoh, jika anda menyasarkan “basikal” sebagai topik dan “berbasikal” sebagai kata kunci Paparan/Video/Carian, iklan anda akan dipaparkan pada kandungan yang sepadan dengan mana-mana perkara tersebut.

Anda juga akan mendapati bahawa penyasaran kontekstual diringkaskan menjadi satu halaman dalam Google Ads, supaya anda boleh mengurus semua jenis penyasaran kandungan (Topik, Peletakan, kata kunci Paparan/Video dan Pengecualian) dalam satu paparan. Halaman baharu boleh ditemukan dalam bahagian “Kandungan” di bawah Kempen Campaigns Icon pada menu navigasi sebelah kiri.

Kata kunci negatif membolehkan anda mengecualikan istilah carian daripada kempen anda dan membolehkan anda memberikan tumpuan hanya pada kata kunci yang penting kepada pelanggan anda. Penyasaran yang lebih baik boleh memaparkan iklan anda kepada pengguna yang berminat dan meningkatkan pulangan pelaburan anda (ROI).

Artikel ini menjelaskan cara kata kunci negatif berfungsi dan masa kata kunci negatif tersebut mungkin berguna. Ketahui cara menambahkan kata kunci negatif pada kempen

Cara ciri ini berfungsi

Salah satu perkara utama kempen yang sangat disasarkan ialah memilih perkara untuk tidak disasarkan.

Apabila memilih kata kunci negatif untuk Kempen carian, lihat istilah carian yang serupa dengan kata kunci anda, tetapi mungkin memenuhi keperluan pelanggan yang mencari produk yang berlainan. Contohnya, jika anda optometris yang menjual cermin mata, anda boleh menambahkan tema kata kunci negatif untuk istilah carian seperti “gelas jus” dan "gelas minum".

Kata kunci negatif tidak sepadan dengan varian hampir atau pengembangan lain. Sebagai contoh, jika anda mengecualikan kata kunci padanan am negatif "bunga-bunga", iklan tidak layak dipaparkan apabila pengguna mencari "bunga-bunga merah", tetapi boleh dipaparkan jika pengguna mencari "bunga merah".

Jika anda menggunakan kempen Paparan atau Video, kata kunci negatif membolehkan anda mengelakkan daripada menyasarkan laman atau video yang tidak berkaitan, tetapi sentiasa ingat bahawa kata kunci negatif berfungsi secara berbeza untuk kempen Paparan dan Video daripada untuk carian. Bergantung pada kata kunci lain dalam kumpulan iklan anda, beberapa tempat yang terdapat paparan iklan anda kadangkala mungkin mengandungi istilah yang dikecualikan. Untuk iklan Paparan dan Video, maksimum 1,000 kata kunci negatif dipertimbangkan pada peringkat akaun.

Kata kunci negatif peringkat akaun


Apabila anda membuat senarai kata kunci negatif peringkat akaun anda, senarai ini akan digunakan secara automatik pada semua inventori carian dan beli-belah yang layak dalam jenis kempen yang berkaitan. Langkah ini membolehkan anda membuat satu senarai peringkat akaun global yang menggunakan kata kunci negatif merentas semua inventori carian dan beli-belah dalam akaun anda. Ketahui lebih lanjut tentang kata kunci negatif peringkat akaun

Jenis kata kunci negatif

Untuk Kempen carian, anda boleh menggunakan kata kunci negatif padanan am, padanan frasa atau padanan tepat. Walau bagaimanapun, jenis padanan negatif ini berfungsi dengan cara yang berbeza berbanding jenis padanan yang bersifat positif. Perbezaan utama ialah anda perlu menambah sinonim, versi tunggal atau jamak, salah ejaan dan varian hampir yang lain jika anda mahu mengecualikan kata kunci negatif.

Untuk kempen Paparan, satu set kata kunci negatif akan dikecualikan sebagai topik tepat. Iklan tidak akan dipaparkan di halaman walaupun kata kunci atau frasa tepat tidak berada di halaman tersebut secara eksplisit, tetapi topik kandungan sangat berkaitan dengan set kata kunci negatif yang dikecualikan.

Contohnya, kata kunci negatif seperti "seluar wanita" akan menghalang pembidaan di halaman dengan kandungan tentang seluar jean wanita, walaupun frasa tepat "seluar wanita" tidak kelihatan di halaman tersebut. Walau bagaimanapun, kami tidak akan menyimpulkan konsep seluar wanita untuk jenis pakaian wanita dari pinggang ke bawah yang lain (contohnya, skirt) atau seluar lelaki. Perkara ini berbeza daripada cara kami mengendalikan kata kunci positif, seperti kasut sniker, yang akan kami padankan juga dengan kategori yang lebih am seperti kasut.

Padanan am negatif

Padanan am negatif ialah jenis lalai untuk kata kunci negatif anda. Untuk kata kunci padanan am negatif, iklan anda tidak akan dipaparkan jika carian mengandungi semua istilah kata kunci negatif anda, walaupun istilah dalam susunan yang berbeza. Iklan anda masih boleh disiarkan jika carian mengandungi hanya beberapa istilah kata kunci anda.

Contoh

Kata kunci padanan am negatif: kasut lari

Carian Bolehkah iklan dipaparkan?
kasut tenis biru Yes
kasut lari Yes
kasut lari biru No
lari kasut No
kasut lari No

Padanan frasa negatif

Untuk kata kunci padanan frasa negatif, iklan anda tidak akan dipaparkan jika carian mengandungi istilah kata kunci tepat dalam tertib yang sama. Carian boleh termasuk perkataan tambahan, tetapi iklan tidak akan dipaparkan selagi semua istilah kata kunci disertakan dalam carian mengikut tertib yang sama. Carian juga mungkin termasuk aksara tambahan dalam perkataan dan iklan akan dipaparkan walaupun istilah kata kunci yang selebihnya disertakan dalam carian dalam tertib yang sama.

Contoh

Kata kunci padanan frasa negatif: kasut lari

Carian Bolehkah iklan dipaparkan?
kasut tenis biru Yes
kasut lari Yes
kasut lari biru No
lari kasut Yes
kasut lari No

Padanan tepat negatif

Untuk kata kunci padanan tepat negatif, iklan anda tidak akan disiarkan jika carian mengandungi istilah kata kunci yang tepat, dalam tertib yang sama, tanpa perkataan tambahan. Iklan anda masih boleh dipaparkan jika carian mengandungi istilah kata kunci dengan perkataan tambahan.

Contoh

Kata kunci padanan tepat negatif: kasut lari

Carian Bolehkah iklan dipaparkan?
kasut tenis biru Yes
kasut lari Yes
kasut lari biru Yes
lari kasut Yes
kasut lari No

Simbol dalam kata kunci negatif

Anda boleh menggunakan 3 simbol dalam kata kunci negatif anda: ampersan (&), tanda aksen (á) dan asterisks (*). Kata kunci negatif dengan tanda aksen dianggap 2 kata kunci negatif berlainan, seperti kafe kaki lima dan kafe kaki 5. Begitu juga, "stoking & kasut" berbeza daripada "stoking dan kasut".

Berikut ialah beberapa simbol yang tidak dikenali oleh sistem:

  • Simbol yang diabaikan: Anda boleh menambahkan noktah (.) pada kata kunci negatif anda, tetapi simbol ini akan diabaikan. Maksudnya, sebagai contoh, kata kunci Fifth Ave. dan Fifth Ave, dianggap kata kunci negatif yang sama. Jika anda menambahkan tanda tambah (+) pada kata kunci negatif anda, simbol tersebut biasanya akan diabaikan (contohnya kereta+biru). Walau bagaimanapun dalam sesetengah kes, jika + berada di hujung perkataan (contohnya C++) simbol ini tidak akan diabaikan.
  • Simbol tidak sah: Anda akan mendapat mesej ralat jika anda menambah kata kunci negatif yang mengandungi simbol tertentu. Antara simbol yang tidak boleh digunakan dalam kata kunci negatif ialah: , ! @ % ^ () = {} ; ~ ` <> ? \ |.
  • Pengendali laman dan carian: Pengendali "laman:" akan dialih keluar daripada kata kunci negatif anda. Maksudnya, jika anda menambah kata kunci negatif [site:www.example.com coklat gelap], kata kunci ini akan dianggap sama seperti [coklat gelap]. Pengendali carian juga akan diabaikan. Sebagai contoh, jika anda menambah pengendali carian "ATAU" pada kata kunci negatif coklat gelap seperti “ATAU coklat gelap“, perintah “ATAU“ akan diabaikan dan kata kunci negatif anda akan menjadi coklat gelap sahaja.
  • Pengendali carian lain: Penambahan pengendali tolak (-) di bahagian hadapan kata kunci akan menyebabkan kata kunci ini diabaikan untuk padanan kata kunci negatif. Contohnya, jika anda mempunyai kata kunci negatif “coklat gelap”, kata kunci tersebut akan dianggap sebagai sama dengan kata kunci “gelap”.

Sentiasa ingat

  • Pilih kata kunci negatif anda dengan teliti. Jika anda menggunakan terlalu banyak kata kunci negatif, iklan anda mungkin menjangkau lagi kurang pelanggan.
  • Kata kunci negatif tidak sepadan dengan varian hampir, jadi iklan anda mungkin masih dipaparkan untuk carian atau halaman yang mengandungi variasi istilah kata kunci negatif anda.
  • Iklan anda masih mungkin dipaparkan apabila pengguna mencari frasa yang lebih panjang daripada 16 perkataan dan kata kunci negatif anda mengikuti perkataan ke-16 tersebut. Contohnya, jika kata kunci negatif anda ialah "diskaun", iklan anda boleh dipaparkan apabila seseorang mencari "diskaun bilik hotel yang bersih atau sewaan inap dan sarapan di Lukut berdekatan pantai" kerana kata kunci negatif anda ialah perkataan ke-17 dalam frasa. Walau bagaimanapun, kami tidak akan memaparkan iklan anda apabila pengguna membuat carian untuk "diskaun bilik hotel cantik kemas atau sewaan penginapan dan sarapan di Lukut yang berhampiran pantai" kerana kata kunci negatif anda ialah perkataan ke-16 dalam frasa.

Pautan berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
5860547410817544933
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false