Perihal penyasaran kontekstual

Penyasaran kontekstual adalah salah satu daripada beberapa kaedah berbeza yang boleh anda gunakan untuk memaparkan iklan paparan anda di tapak, apl dan halaman web yang merupakan sebahagian Rangkaian Paparan. Kaedah penyasaran ini menggunakan kata kunci atau topik yang telah anda pilih untuk memadankan iklan anda pada tapak yang berkaitan. Nota: Ini hanya digunakan pada kata kunci yang "Kandungan" dipilih dalam tetapan kata kunci.

1. Anda memilih kata kunci dan topik

Untuk menggunakan penyasaran kontekstual, anda menambahkan kata kunci kandungan atau topik pada kumpulan iklan dalam kempen Rangkaian Paparan anda. Kata kunci ialah perkataan individu manakala topik ialah konsep halaman web atau tema pokok dan bukannya istilah individu tema tersebut.

2. Sistem kami menganalisis halaman yang membentuk Rangkaian Paparan

Sistem kami menganalisis kandungan setiap halaman web atau URL Rangkaian Paparan dengan mempertimbangkan faktor seperti yang berikut:

  • Teks
  • Bahasa
  • Struktur pautan
  • Struktur halaman

Berdasarkan analisis ini, tema pokok bagi setiap halaman web ditentukan.

3. Iklan anda dipaparkan

Mengikut kata kunci kandungan

Apabila kata kunci anda (menggunakan tetapan kata kunci "Kandungan") berpadanan dengan konsep halaman web atau tema pokok halaman web tersebut, iklan anda layak dipaparkan di halaman web tersebut (turut dikenali sebagai peletakan automatik). Beberapa faktor seperti penyasaran bahasa dan lokasi anda menentukan sama ada iklan anda dipaparkan di halaman web tersebut.

 

Contoh

Katakan anda telah membuat kumpulan iklan untuk mengiklankan barisan produk terbaharu pengedaran kereta anda dan telah memasukkan kata kunci seperti kereta cekap bahan api dan kereta elektrik 2015. Kami menggunakan penyasaran kontekstual untuk mengenal pasti dan menempatkan iklan anda pada halaman Rangkaian Paparan yang berpadanan dengan kata kunci itu.

Mengikut topik

Apabila topik anda berpadanan dengan tema pokok halaman web, iklan anda layak untuk muncul di halaman web tersebut. Beberapa faktor seperti penyasaran bahasa dan lokasi anda menentukan sama ada iklan anda dipaparkan di halaman web tersebut.

Contoh

Mari bayangkan sekali lagi bahawa anda ingin memaparkan iklan tentang kereta elektrik untuk dijual. Anda boleh menambahkan subtopik Kereta & Kenderaan > Beli-belah Kenderaan > Spesifikasi, Ulasan & Perbandingan Kenderaan pada kumpulan iklan anda. Ini akan membantu anda menyasar semua halaman pada Rangkaian Paparan berkaitan dengan ulasan dan perbandingan kereta, tidak kira sama ada kata kunci tepat anda muncul di halaman.

Langkah seterusnya

 

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
5010508059224279168
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false