Perihal status kumpulan iklan

Status kumpulan iklan anda memberitahu anda sama ada kumpulan iklan anda aktif atau tidak.

Status kumpulan iklan adalah berbeza dengan status untuk kempen, iklan dan kata kunci walaupun status berkenaan boleh menjejaskan satu sama lain. Kumpulan iklan terkandung dalam kempen dan setiap kempen boleh mengandungi satu atau beberapa kumpulan iklan. Setiap kumpulan iklan mengandungi iklan dan kata kunci.

Kumpulan iklan juga boleh menyertakan Kaedah penyasaran selain kata kunci, seperti menggunakan demografi atau senarai pemasaran semula. Untuk artikel ini, kami akan menumpukan pada kumpulan iklan yang menggunakan penyasaran kata kunci.

Struktur kumpulan iklan

Kempen

Kempen

Kumpulan Iklan

Kumpulan Iklan

Kumpulan Iklan

Kumpulan Iklan

Google Ads
Kata kunci

Google Ads
Kata kunci

Google Ads
Kata kunci

Google Ads
Kata kunci

Struktur ini bermaksud bahawa perubahan status pada peringkat kempen akan menjejaskan status kumpulan iklan, iklan dan kata kunci dalam kempen tersebut. Perubahan status pada peringkat kumpulan iklan akan menjejaskan iklan dan kata kunci yang terkandung dalam kumpulan iklan tersebut dan seterusnya.

Misalnya, jika anda menjeda kempen anda, kumpulan iklan dalam kempen tersebut akan mewarisi status jeda yang sama (begitu juga iklan dan kata kunci). Walau bagaimanapun, jika anda menjeda kumpulan iklan individu dalam kempen yang mengandungi berbilang kumpulan iklan, kumpulan iklan tersebut akan dijeda (bersama dengan iklan dan kata kunci yang terkandung dalam kumpulan iklan tersebut) sementara kumpulan iklan, iklan dan kata kunci selebihnya yang terdapat dalam kempen akan kekal didayakan. Ketahui lebih lanjut tentang Status kempen.

Petua

Adakah iklan anda tidak disiarkan? Berikut ialah beberapa sebab yang paling biasa:

  • Anda telah melumpuhkan kumpulan iklan atau kempen "induk" kumpulan iklan tersebut dengan menjeda atau mengalih keluarkan kempen tersebut
  • Anda telah kehabisan dana
  • Anda belum menjadualkan iklan anda untuk disiarkan

Ketahui lebih lanjut tentangSebab anda tidak dapat melihat iklan anda

Semak status kumpulan iklan anda

Lajur "Status" Kumpulan iklan anda memberitahu sama ada kumpulan iklan anda aktif. Berdasarkan status kumpulan iklan anda, anda boleh mengetahui:

  • Kumpulan iklan anda yang dijeda, didayakan atau keadaan lain
  • Perubahan yang perlu anda buat pada kumpulan iklan atau kempen kumpulan iklan tersebut
  • Sama ada kumpulan iklan telah diluluskan berasaskan dasar Google Ads

Arahan

Nota: Arahan di bawah merupakan sebahagian daripada reka bentuk baharu untuk pengalaman pengguna Google Ads. Untuk menggunakan reka bentuk sebelumnya, klik ikon "Penampilan" dan pilih Gunakan reka bentuk sebelumnya. Jika anda masih menggunakan versi Google Ads yang sebelumnya, semak Peta rujukan pantas atau gunakan bar Carian pada bahagian atas panel navigasi Google Ads untuk menemukan halaman yang anda cari.

Cara menyemak status kumpulan iklan anda

  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Kempen Campaigns Icon.
  2. Klik menu lungsur Kempen dalam menu bahagian.
  3. Klik Kumpulan iklan.
  4. Cari lajur "Status" untuk melihat status kumpulan iklan.
  5. Anda boleh mengklik tajuk lajur “Status” untuk menyusun semula kumpulan iklan anda dan mengisih mengikut status.
Lawati Google Ads

Maksud status kumpulan iklan anda

Status kumpulan iklan Maksudnya
Layak Kumpulan iklan ini disediakan untuk disiarkan. Menyemak tab Iklan bagi melihat sama ada berlaku pelanggaran dasar bagi iklan individu yang dihalang daripada disiarkan merupakan idea yang bagus.
Layak (Terhad)
  • Kebanyakan iklan dalam kumpulan iklan ini tidak diluluskan.
  • Semua atau kebanyakan iklan dalam kumpulan iklan ini dihadkan oleh dasar.
  • Kebanyakan iklan dalam kumpulan iklan ini dalam semakan.
Dijeda Anda telah menghentikan kumpulan iklan ini daripada memaparkan iklan buat sementara waktu. Iklan kumpulan iklan tersebut tidak disiarkan. Anda boleh menyambung semula kumpulan iklan yang dijeda untuk menyiarkan iklan semula.
Dialih keluar Anda telah mengalih keluar kumpulan iklan ini. Iklan kumpulan iklan tersebut tidak disiarkan.
Belum selesai Semua iklan dalam kumpulan iklan ini dalam semakan.
Tidak lengkap Anda belum menyediakan bahagian penting kumpulan iklan ini (seperti kata kunci atau iklan). Iklan kumpulan iklan tersebut tidak disiarkan.
Tidak Layak
  • Kempen dijeda: anda telah menjeda kempen kumpulan iklan ini. Iklan kumpulan iklan tersebut tidak disiarkan. Anda boleh menyambung semula kempen yang dijeda untuk menyiarkan iklan semula.
  • Kempen dialih keluar: anda telah mengalih keluar kempen kumpulan iklan ini. Iklan kumpulan iklan tersebut tidak disiarkan. Anda boleh menyambung semula kempen yang dialih keluar untuk menyiarkan iklan semula.
  • Kempen digantung: kumpulan iklan tidak disiarkan kerana baki akaun prabayar anda telah habis digunakan. Kempen dan kumpulan iklan anda yang ada dalam kempen tersebut akan disambung semula selepas anda menambah dana.
  • Kempen tamat: kumpulan iklan ini berada dalam kempen dengan tarikh tamat yang telah berlalu. Iklan kumpulan iklan tersebut tidak disiarkan.
  • Kempen belum selesai: anda telah menjadualkan kempen kumpulan iklan ini untuk bermula kemudian. Iklan kumpulan iklan tersebut belum disiarkan.
  • Tiada kreatif dalam Kumpulan Iklan ini atau semua kreatif telah dijeda.
  • Tiada kata kunci dalam Kumpulan Iklan ini atau semua kreatif telah dijeda.
  • Semua iklan dalam kumpulan iklan ini tidak diluluskan.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Achieve your advertising goals today!

Attend our Performance Max Masterclass, a livestream workshop session bringing together industry and Google ads PMax experts.

Register now

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
15700742056109262427
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false