Perihal ciri interaktif untuk iklan video

Jika anda menjalankan iklan video untuk menjangkau khalayak yang ideal dan meningkatkan kesedaran, anda boleh menggunakan ciri interaktif untuk mendorong lebih banyak interaksi dengan khalayak anda.

Apabila anda menambahkan elemen interaktif pada iklan video, anda mewujudkan peluang untuk penonton berinteraksi dengan jenama anda secara lebih mendalam dan bukan sekadar menonton serta menikmati iklan video anda. Dengan menjadikan iklan anda interaktif, anda dapat menyesuaikan iklan anda agar mencapai matlamat pengiklanan tertentu seperti mewujudkan kesedaran untuk jenama anda, mendorong lawatan ke laman web anda atau menggalakkan penonton untuk membeli-belah produk.

Nota: Sesetengah ciri interaktif mungkin tidak disokong merentas semua peranti dan platform.

Ciri interaktif yang disokong

Menggunakan Google Ads

  • Skrin penamat auto: Paparkan skrin yang dijana secara automatik pada penghujung iklan video anda yang menggalakkan penonton mengambil tindakan seperti memasang apl.
  • Butang seruan tindak: Galakkan penonton melawat laman web anda melalui butang seruan tindak.
  • Aset: Berikan maklumat lanjut tentang perniagaan anda, seperti menambahkan pautan ke bahagian tertentu laman web anda atau menambahkan borang prospek untuk membolehkan pengguna menyerahkan maklumat hubungan mereka.
  • Suapan produk daripada Merchant Center: Tukar iklan video anda kepada etalase maya menggunakan suapan produk interaktif (dibuat menerusi Merchant Center).
  • Video berkaitan: Paparkan senarai video berkaitan dengan iklan video semasa iklan dimainkan di YouTube.

Menggunakan YouTube Studio

  • Kad: Pamerkan ciri produk atau perkhidmatan dalam video, atau promosikan video atau senarai main lain untuk menjana interaksi bagi saluran anda.
  • Skrin penamat: Buat skrin penamat secara manual pada video YouTube untuk menggalakkan interaksi lebih lanjut dengan jenama anda.
Nota: Semua ciri interaktif yang digunakan dalam iklan video anda mesti mematuhi dasar Google Ads.

Kembangkan bahagian di bawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang ciri interaktif tersebut.

Butang seruan tindak

Butang seruan tindak menggalakkan penonton melawat laman web anda. Anda boleh menyediakan butang seruan tindak dengan memasukkan teks dalam medan “Seruan tindak” apabila membuat iklan video. Butang seruan tindak boleh disesuaikan dengan kes penggunaan tertentu, seperti “Dapatkan sebut harga”, “Tempah sekarang” atau “Daftar”.
Apabila menonton iklan video di YouTube, penonton boleh berinteraksi dengan butang seruan tindak daripada telefon, komputer dan TV mereka.

Pada mudah alih dan desktop, penonton boleh memilih butang seruan tindak untuk melawat laman web and dalam penyemak imbas mereka.

Contoh iklan yang dipaparkan di halaman tontonan YouTube pada telefon mudah alih

Contoh iklan yang dipaparkan di halaman tonton YouTube untuk komputer meja

Jika penonton log masuk ke YouTube pada apl TV, mereka boleh memilih butang seruan tindak untuk menghantar pautan ke peranti mudah alih mereka, kemudian mengakses laman web anda daripada penyemak imbas peranti mudah alih mereka. Butang seruan tindak pada TV hanya tersedia untuk Kempen video yang menggunakan matlamat "Kesedaran dan jangkauan jenama" serta "Pertimbangan produk dan jenama".
Ilustrasi yang memberikan contoh iklan dalam strim boleh langkau.

Kad

Kad dibuat dalam YouTube dan dipaparkan mengikut video pada komputer dan peranti mudah alih. Anda boleh menyediakan URL akhir daripada senarai laman yang layak dan menyesuaikan imej, tajuk serta teks seruan tindak (bergantung pada jenis kad).
Video penarik akan dipaparkan pada masa yang ditetapkan selama beberapa saat dan penonton yang berinteraksi dengan video penarik tersebut kemudian boleh mengakses kad secara langsung kemudiannya. Pada masa yang lain sepanjang paparan video tersebut, penonton akan melihat ikon muncul apabila mereka menuding pemain pada desktop atau pada bila-bila masa kawalan pemain dipaparkan pada peranti mudah alih. Penonton juga boleh memilih ikon untuk menyemak imbas semua kad yang terdapat dalam video tersebut.
Ketahui lebih lanjut tentang menambahkah video pada YouTube

Skrin penamat

Terdapat 2 jenis skrin penamat: skrin penamat automatik dan skrin penamat YouTube. Skrin penamat automatik dijana dalam Google Ads dan disiarkan pada iklan video anda. Skrin penamat YouTube dibuat dalam YouTube Studio dan boleh disiarkan pada video di saluran anda dan pada iklan video anda.

Skrin penamat automatik

Skrin penamat membantu mendorong prestasi iklan melalui khalayak anda dengan menyediakan maklumat yang menggalakkan penonton mengambil tindakan seperti memasang apl mudah alih atau membeli produk anda. Dalam Google Ads, skrin penamat automatik dijana secara automatik menggunakan maklumat daripada kempen anda dan dipaparkan selama beberapa saat pada penghujung iklan video. Sebagai contoh, dalam Kempen apl, skrin penamat akan memaparkan butiran tertentu tentang apl anda seperti nama dan harga serta pautan untuk memasang apl tersebut.
Nota: Apabila skrin penamat automatik didayakan, skrin penamat YouTube tidak akan dipaparkan.

Skrin penamat YouTube

Di YouTube, anda boleh membuat skrin penamat tersuai untuk ditambahkan pada penghujung video anda menggunakan YouTube Studio daripada akaun Google anda. Panjang video anda hendaklah sekurang-kurangnya 25 saat untuk menggunakan ciri skrin penamat. Anda boleh menggunakan skrin penamat ini untuk meningkatkan tontonan dan:

  • Menghalakan penonton ke video, senarai main atau saluran lain di YouTube
  • Menggalakkan penonton melanggan saluran anda
  • Mempromosikan tapak web, barang niaga dan kempen pendanaan ramai anda

Ketahui lebih lanjut tentang menambahkan skrin penamat pada video dalam YouTube

Aset

Tambahkan aset untuk mengembangkan iklan anda dan menunjukkan lebih banyak sebab untuk berinteraksi dengan perniagaan anda kepada pengguna. Aset menambahkan data perniagaan yang berguna dengan iklan anda (seperti pautan yang berguna).
Untuk iklan video, anda boleh menambah:
  • Aset pautan laman: Aset pautan laman membawa pengguna ke halaman tertentu di laman anda (contohnya, produk atau waktu perniagaan kedai yang tertentu). Apabila seseorang berinteraksi dengan pautan anda, mereka pergi terus kepada maklumat yang ingin mereka ketahui atau barangan yang ingin mereka beli.
  • Aset borang prospek: Aset borang prospek membantu anda menjana prospek dengan membolehkan pengguna menyerahkan maklumat mereka dalam borang terus dalam iklan anda (seperti alamat e-mel atau nombor telefon).
    ​​​​Lead forms convergence, video example
  • Aset lokasi dan aset lokasi ahli gabungan: Aset lokasi boleh membantu pengguna mencari lokasi anda dengan memaparkan iklan anda bersama alamat anda, peta ke lokasi anda atau jarak ke perniagaan anda. Jika anda menjual produk anda melalui rangkaian runcit atau penjual kenderaan, sediakan aset lokasi ahli gabungan, yang membolehkan anda membantu pengguna mencari produk anda di lokasi ini.

Suapan produk

Animasi Kempen tindakan video dengan produk yang dikaitkan dengan kempen tersebut
Anda boleh menukar iklan video YouTube anda menjadi etalase maya apabila anda menambahkan suapan produk. Melalui alat tambah kreatif ini, anda boleh memaparkan imejan produk yang boleh disemak imbas bersama iklan video anda, yang menginspirasikan pengguna untuk membuat pembelian dan mendorong lebih banyak klik serta penukaran.
Sebelum anda boleh menggunakan suapan produk bersama iklan video, anda perlu menyediakan suapan dalam akaun Merchant Center, mendayakan Iklan beli-belah dan memautkan akaun Merchant Center anda kepada akaun Google Ads anda.

Video berkaitan

Contoh iklan video pada YouTube, yang menunjukkan video berkaitan di bahagian bawah
Anda boleh memaparkan senarai video berkaitan di bawah iklan video semasa iklan dimainkan pada YouTube. Video ini boleh mengukuhkan dan melanjutkan mesej iklan anda menjangkaui iklan video utama. Anda boleh menambahkan 2 hingga 5 video berkaitan bagi setiap kempen. Video berkaitan dipaparkan di bawah iklan video semasa iklan tersebut dimainkan dalam apl YouTube pada peranti mudah alih.
Video berkaitan tersedia untuk kempen yang menggunakan matlamat "Pertimbangan produk dan jenama" atau "Kesedaran dan jangkauan jenama" (atau anda boleh membuat Kempen video tanpa panduan matlamat menggunakan strategi pembidaan CPV atau tCPM).

Gunakan ciri interaksi dalam Kempen tindakan video

Kempen tindakan video ialah cara yang ringkas dan kos efektif untuk mendorong lebih banyak penukaran di lebih banyak tempat pada dan di luar YouTube — kesemuanya dalam satu kempen automatik. Kempen tindakan video menyokong butang seruan tindak, aset pautan laman, aset borang prospek dan suapan produk. Dengan menggunakan elemen interaktif ini dalam kempen, anda dapat menggalakkan pelanggan agar meneroka produk atau perkhidmatan anda, berkongsi maklumat hubungan mereka dan mengambil tindakan lain yang berharga bagi perniagaan anda. Ketahui lebih lanjut tentang Kempen tindakan video

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
2961904408849027775
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false