[Penghijrahan GA4] Beralih kepada penukaran Google Analytics 4 secara manual

Google Analytics 4 (GA4) telah menggantikan Universal Analytics (UA). Mulai 1 Julai 2023, harta Universal Analytics standard telah berhenti memproses data. (Harta Universal Analytics 360 dengan pesanan semasa akan menerima pelanjutan pemprosesan satu kali yang akan tamat pada 1 Julai 2024.) Anda mestilah menghijrahkan harta Universal Analytics anda kepada Google Analytics 4. Ketahui cara Membuat peralihan kepada Google Analytics 4.

Google Analytics 4 telah menggantikan Universal Analytics. Pada 1 Julai 2023, semua harta Universal Analytics standard telah berhenti memproses data. Harta Universal Analytics 360 dengan pesanan semasa akan menerima pelanjutan pemprosesan satu kali yang akan tamat pada 1 Julai 2024. Jika pada masa ini anda membida pada penukaran Universal Analytics yang diimport kepada Google Ads, anda perlu berhijrah kepada Google Analytics 4 untuk:

  • Terus merekod peristiwa penukaran anda dan menggunakan ini dalam Google Ads untuk pengoptimuman bida
  • Membiasakan diri anda dengan perubahan dalam Google Ads
  • Membolehkan pelaporan tindakan penukaran yang lebih tepat

Google Ads akan mengesyorkan tetapan pengoptimuman tindakan yang baharu untuk membantu anda mengutamakan tindakan penukaran daripada Google Analytics 4. Dalam artikel ini, anda akan mengetahui tentang cara menukar pengoptimuman pembidaan penukaran anda kepada Google Analytics 4 dan cara syor berfungsi. Ketahui cara Membuat peralihan kepada Google Analytics 4.

Untuk melihat sari kata dalam bahasa anda, hidupkan sari kata YouTube. Pilih ikon tetapan Imej ikon tetapan YouTube pada bahagian bawah pemain video, kemudian pilih "Sari Kata/SK" dan pilih bahasa anda.


Cara ciri ini berfungsi

Anda boleh membuat pengemaskinian dalam halaman ringkasan penukaran atau Google Ads akan secara automatik memberikan pengesyoran untuk mengemaskinikan tetapan pengoptimuman tindakan penukaran yang baharu. Anda akan mengesan pengesyoran ini (atau diminta mengemaskinikan kepada tetapan pengoptimuman tindakan penukaran yang baharu) jika anda:

  • Mengimport kedua-dua penukaran daripada Universal Analytics dan juga Google Analytics 4 ke akaun Google Ads anda. Hal ini merangkumi kesemua lajur “Penukaran (mengikut masa penukaran)” dan kesemua “Nilai penukaran (mengikut masa penukaran)”.
  • Telah mengimport penukaran Google Analytics 4 selama 15 hari.

Untuk menukar penukaran boleh bida anda kepada Google Analytics 4, buat pengemaskinian yang berikut kepada tetapan pengoptimuman tindakan anda (berdasarkan tindakan penukaran semasa anda):

  • Gunakan syor pengoptimuman bagi tindakan penukaran baharu anda yang disediakan dalam Google Ads. Setelah anda berbuat demikian, tiada tindakan lanjut diperlukan.
  • Tukar tetapan pengoptimuman tindakan secara manual pada tindakan Universal Analytics dan Google Analytics 4 anda.
Nota: Anda disyorkan supaya menetapkan tetapan "pengoptimuman tindakan" untuk semua tindakan penukaran Universal Analytics kepada “kedua” dan semua tindakan Google Analytics 4 kepada “utama”.

Diunjurkan bertukar kepada data sejarah berdasarkan tetapan pengoptimuman tindakan baharu

Setelah anda bertukar kepada Google Analytics 4, anda mungkin mengalami perubahan prestasi sementara sewaktu Google Ads belajar. Ini lazimnya 1-2 kitaran penukaran, iaitu jumlah masa yang diambil untuk klik menghasilkan penukaran. Jika anda mengimport penukaran dalam Google Ads, kitaran penukaran turut akan menyertakan masa yang diperlukan untuk penukaran dilaporkan dalam akaun anda. Untuk mengelakkan risiko mengira penukaran sebanyak dua kali, pastikan anda menetapkan tetapan pengoptimuman tindakan anda sebagai “Kedua” untuk mana-mana penukaran yang diimport daripada Universal Analytics.

Sebelum anda menyimpan tetapan pengoptimuman tindakan baharu anda, anda akan dapat menyemak perubahan yang diunjurkan kepada metrik penukaran anda. Google Ads menyediakan peratus “Penukaran” dan “Nilai penukaran” untuk membantu anda memahami impak yang mungkin dialami penukaran anda kepada Google Analytics 4. Bilangan ini adalah berdasarkan bukan hanya tetapan “utama” dan “kedua” anda tetapi juga berdasarkan maklumat yang dikumpulkan daripada tempoh penjejakan 15 hari. Ketahui lebih lanjut tentang Pengiraan pengoptimuman tindakan penukaran.


Sebelum anda bermula

Sebelum anda boleh menukar tindakan penukaran anda kepada tetapan pengoptimuman tindakan disyorkan yang baharu ini, lengkapkan tugas yang berikut:

Ikut arahan di bawah untuk mengimport penukaran Google Analytics 4 anda kepada akaun Google Ads anda.

Nota: Arahan di bawah merupakan sebahagian daripada reka bentuk baharu untuk pengalaman pengguna Google Ads. Untuk menggunakan reka bentuk sebelumnya, klik ikon "Penampilan" dan pilih Gunakan reka bentuk sebelumnya. Jika anda masih menggunakan versi Google Ads yang sebelumnya, semak Peta rujukan pantas atau gunakan bar Carian pada bahagian atas panel navigasi Google Ads untuk menemukan halaman yang anda cari.
Import penukaran Analytics
  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Matlamat Goals Icon.
  2. Klik menu lungsur Penukaran dalam menu bahagian.
  3. Klik Ringkasan.
  4. Klik + Tindakan penukaran baharu.
  5. Di bawah “Mula menjejaki penukaran” klik Import.
  6. Klik “harta Google Analytics 4” dalam bahagian “Pilih perkara yang ingin anda import”.
  7. Pilih “Apl (Firebase)” atau “Web” daripada pilihan lungsur.
  8. Klik Teruskan.
  9. Pilih setiap peristiwa penukaran yang ingin anda import, kemudian klik Import dan teruskan.
  10. Klik Selesai.

Ketahui lebih lanjut tentang cara Mengimport penukaran Analytics kepada Google Ads.


Arahan

Syor untuk beralih kepada penukaran Google Analytics 4 akan dipaparkan pada bahagian atas halaman “Ringkasan penukaran” anda atau pada halaman "Syor". Ikut langkah di bawah untuk memastikan bahawa anda mempunyai data sejarah yang mencukupi.

Daripada halaman "Ringkasan penukaran"
  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Matlamat Goals Icon.
  2. Klik menu lungsur Penukaran dalam menu bahagian.
  3. Klik Ringkasan.
  4. Navigasi ke bahagian “Ambil tindakan untuk meningkatkan ukuran penukaran anda”.
  5. Dalam pemberitahuan “Bertukar kepada penukaran Google Analytics 4”, klik Mulakan.
  6. Semak perubahan yang diunjurkan yang berikut berdasarkan tetapan pengoptimuman tindakan baharu dalam semua kad matlamat penukaran anda.
    • Lajur “tetapan baharu”: Sahkan bahawa tetapan pengoptimuman tindakan penukaran anda telah dikemaskinikan kepada “Utama” atau “Kedua”.
    • Penukaran: Peratusan “Penukaran” anda adalah berdasarkan data sejarah sepanjang 15 hari yang lalu. Penting diambil maklum bahawa peratusan ini termasuk perubahan yang dibuat kepada tetapan kempen yang lain.
    • Nilai penukaran: Peratusan “Nilai penukaran” anda adalah berdasarkan data sejarah sepanjang 15 hari yang lalu. Penting diambil maklum bahawa peratusan ini termasuk perubahan yang dibuat kepada tetapan kempen yang lain.

Nota: Anda mungkin mendapati percanggahan dalam metrik penukaran anda kerana Universal Analytics dan Google Analytics 4 mengukur peristiwa penukaran secara berbeza. Ketahui lebih lanjut tentang Membandingkan metrik.

  1. Klik Simpan. Tetapan pengoptimuman tindakan baharu anda disimpan.
Daripada halaman "Syor"
  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Kempen Campaigns Icon.
  2. Klik Syor.
  3. Dalam kad “Beralih kepada penukaran Google Analytics 4”, klik Lihat syor.
  4. Semak perubahan yang diunjurkan yang berikut berdasarkan tetapan pengoptimuman tindakan baharu dalam semua kad matlamat penukaran anda.
    • Lajur “tetapan baharu”: Sahkan bahawa tetapan pengoptimuman tindakan penukaran anda telah dikemaskinikan kepada “Utama” atau “Kedua”.
    • Penukaran: Peratusan “Penukaran” anda adalah berdasarkan data sejarah sepanjang 15 hari yang lalu. Penting diambil maklum bahawa peratusan ini termasuk perubahan yang dibuat kepada tetapan kempen yang lain.
    • Nilai penukaran: Peratusan “Nilai penukaran” anda adalah berdasarkan data sejarah sepanjang 15 hari yang lalu. Penting diambil maklum bahawa peratusan ini termasuk perubahan yang dibuat kepada tetapan kempen yang lain.

Nota: Anda mungkin mendapati percanggahan dalam metrik penukaran anda kerana Universal Analytics dan Google Analytics 4 mengukur peristiwa penukaran secara berbeza. Ketahui lebih lanjut tentang Membandingkan metrik.

  1. Klik Simpan. Tetapan pengoptimuman tindakan baharu anda disimpan.
Petua: Jika anda telah membuat matlamat tersuai, anda perlu mengemaskinikan perkara ini secara manual:
  1. Dalam ringkasan penukaran, klik Edit matlamat penukaran.
  2. Pilih “Utama” untuk tindakan yang ingin anda bida apabila matlamat tersebut dipilih.
  3. Di bawah “Sumber penukaran”, nyahpilih penukaran Universal Analytics dan pilih penukaran Google Analytics 4.

Pantau kempen anda

Kini memandangkan anda telah mengemaskinikan penukaran anda, terdapat beberapa tindakan untuk membantu dengan peralihan kepada penukaran baharu ini.

Nota: Memandangkan langkah mengemaskinikan tetapan pengoptimuman tindakan anda mengubah jumlah dan nilai penukaran, anda mungkin mengalami turun naik prestasi selama 1-2 kitaran penukaran sambil sistem mempelajari perkara tersebut. Kitaran penukaran ialah tempoh masa yang diambil untuk klik menghasilkan penukaran. Memandangkan anda mengimport penukaran ke Google Ads, kitaran penukaran turut akan menyertakan masa yang diperlukan untuk penukaran dilaporkan dalam akaun anda.

Mengurangkan turun naik prestasi

Anda mungkin mengesan turun naik dalam prestasi Google Ads anda dalam keadaan kempen anda mengoptimumkan untuk jumlah penukaran yang berbeza, antara sebab-sebab lain adalah, anda baru-baru ini telah menukar tetapan akaun anda atau anda menetapkan maklumat pembidaan anda tanpa mengambil kira data sejarah anda.

Untuk mengurangkan turun naik ini, anda boleh melaraskan belanjawan dan sasaran anda mengikut keperluan. Ketahui lebih lanjut tentang mengurangkan turun naik prestasi dan perubahan dalam kempen Google Ads.


Soalan pengoptimuman tindakan penukaran

Bagaimanakah unjuran penukaran saya dikira?
Google Ads menunjukkan 2 unjuran peratusan penukaran berdasarkan tetapan pengoptimuman tindakan baharu anda. Nilai “Penukaran” anda adalah berdasarkan perbezaan antara peratusan “Semua penukaran” Universal Analytics dengan Google Analytics sepanjang tempoh 15 hari yang lalu, manakala “Nilai penukaran” anda adalah berdasarkan perbezaan antara peratusan “Semua penukaran” Universal Analytics dengan Google Analytics “nilai semua penukaran” sepanjang tempoh 15 hari yang lalu. Ketahui lebih lanjut tentang Data penjejakan penukaran dalam Google Ads.
Bagaimanakah Google mengelak daripada mengira dua kali penukaran anda?
Google tidak dapat menjamin bahawa penukaran anda tidak akan dikira dua kali. Walau bagaimanapun, anda boleh membantu menyingkirkan risiko dengan memilih “Kedua” sebagai pengoptimuman tindakan anda untuk mana-mana penukaran yang diimport daripada Universal Analytics.
Mengapakah metrik penukaran saya untuk tindakan pengguna yang sama bagi Universal Analytics dan Google Analytics 4 berbeza?
Anda mungkin mengesan percanggahan dalam metrik penukaran anda disebabkan Universal Analytics dan Google Analytics 4 mengukur peristiwa penukaran secara berbeza. Sentiasa ingat bahawa Universal Analytics mengukur 5 jenis matlamat dan mengira hanya satu penukaran bagi setiap sesi bagi setiap matlamat, manakala Google Analytics 4 hanya mengukur peristiwa penukaran dan mengira setiap kejadian peristiwa penukaran yang berkenaan. Ketahui lebih lanjut tentang Membandingkan ukuran Universal Analytics dengan Google Analytics 4.
Apakah perkara yang disyorkan oleh Google untuk penukaran Universal Analytics yang digunakan dalam matlamat tersuai?
Untuk mengemaskinikan penukaran matlamat tersuai anda, kemas kini setiap matlamat tersuai secara manual dan gantikan penukaran Universal Analytics dengan penukaran Google Analytics 4.
Mengapakah saya tiada penukaran Google Analytics 4 saya?

Anda mungkin tiada penukaran Google Analytics 4 anda jika:

  • Anda belum mengkonfigurasi penukaran yang dikehendaki dalam harta Google Analytics 4 anda atau tidak tersedia dengan lagi.
  • Anda gagal memautkan harta Google Analytics 4 anda ke Google Ads, anda tidak akan dapat mengimport penukaran Google Analytics 4.
  • Anda belum mengimport harta Google Analytics 4 anda ke akaun Google Ads anda dengan betul
Anda akan perlu membuat pengemaskinian yang diperlukan dalam akaun Google Analytics anda. Ketahui lebih lanjut Perihal penukaran.
Mengapakah Google Ads menunjukkan berbilang penukaran Google Analytics 4 yang dipetakan kepada Universal Analytics?
Jika anda mengimport penukaran daripada Universal Analytics, anda perlu menggantikan setiap penukaran dengan tindakan penukaran Google Analytics 4 yang setaraf. Alat pengesyoran Google menunjukkan berbilang penukaran dalam situasi ini bagi membantu menukar setiap satu.
Bolehkah saya menolak pengesyoran Google untuk bertukar ke Google Analytics 4?
Anda boleh mengklik “Sembunyi” untuk menolak pengesyoran Google Ads untuk bertukar ke Google Analytics 4. Selepas satu masa yang ditetapkan, anda akan melihat pengesyoran itu lagi. Walaupun anda boleh menolak syor itu, Google menggalakkan anda supaya membuat peralihan awal untuk memastikan anda membina data sejarah yang secukupnya untuk mengelak pengurangan dalam penukaran dan prestasi kempen. Ketahui cara Menggunakan atau menolak syor.
Apakah yang akan berlaku jika saya belum beralih lagi?
Data penukaran Universal Analytics akan berhenti merekod dalam Google Ads. Jika anda tidak berhijrah kepada Google Analytics 4 dan menggantikan Universal Analytics dengan Google Analytics 4 dalam Google Ads, anda mungkin mengalami pengurangan dalam penukaran dan impak negatif kepada prestasi kempen anda. Ketahui cara Membuat peralihan kepada Google Analytics 4.
Bagaimanakah peralihan kepada Google Analytics 4 memberikan impak kepada pengguna akaun pengurus Google Ads dan akaun klien?
Setelah pengguna akaun pengurus Google Ads bertukar kepada Google Analytics 4, pengguna akaun klien akan dapat melihat data yang dikemaskinikan berdasarkan tetapan tindakan penukaran yang disyorkan oleh Google Ads. Pengguna akaun klien tidak perlu mengemaskinikan apa-apa maklumat dalam Google Ads. Ketahui lebih lanjut tentang penjejakan penukaran merentas akaun.
Bagaimanakah peralihan kepada Google Analytics 4 dipaparkan dalam sejarah perubahan saya?
Anda akan dapat melihat penukaran Google Analytics 4 anda dalam alat sejarah perubahan.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Achieve your advertising goals today!

Attend our Performance Max Masterclass, a livestream workshop session bringing together industry and Google ads PMax experts.

Register now

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
13238347359724994322
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false