Kemaskinian terhadap syarat umur untuk pengguna Google Workspace for Education

Pengguna Google Workspace for Education yang berusia bawah 18 tahun akan kehilangan akses kepada Google Ads pada atau selepas 7 September 2021.

Pentadbir akaun Google Workspace for Education kini boleh memberitahu Google jika akaun dimiliki oleh seseorang yang berusia bawah 18 tahun.

Jika Pentadbir anda menandakan akaun anda adalah di bawah usia 18 tahun, anda akan kehilangan akses kepada Google Ads pada atau selepas 7 September 2021, mengikut keperluan umur Google Ads.

Jika anda kehilangan akses kepada akaun Google Ads, anda tidak akan dapat melakukan perkara berikut:

  • Menjemput, mengalih keluar pengguna atau sebaliknya mengurus pengguna
  • Mengemas kini sebarang tetapan pembayaran
  • Mengedit maklumat berkaitan pembayaran

Jika anda pentadbir akaun Ads, pastikan anda memuat turun sebarang data kempen yang anda perlukan sebelum 1 September.

Sila semak halaman Soalan Lazim kami untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Soalan Lazim

1. Bagaimanakah Google mengenal pasti pengguna yang berusia bawah 18 tahun?

Google bekerjasama dengan pentadbir akaun untuk memahami pengguna yang berusia bawah 18 tahun. Pengguna yang telah dilabelkan oleh pentadbir mereka akan kehilangan akses kepada iklan Google. Anda boleh mendapatkan butiran lanjut di sini.

2. Mengapakah Google tidak membenarkan pengguna yang berusia <18 tahun mengakses Google Ads?

Google Ads tidak membenarkan pengguna yang berusia bawah 18 tahun untuk mengakses Google Ads. Butiran lanjut boleh ditemukan di sini: Syarat umur Google Ads.

3. Apakah yang berlaku kepada akaun Google Ads apabila semua pengguna berusia bawah 18 tahun?

Jika semua pengguna yang menggunakan akaun Google Ads berusia bawah 18 tahun dan akaun tidak mempunyai pengurus, akaun tersebut akan digantung. Pengguna tidak akan dapat mengakses maklumat kempen, mengemas kini tetapan atau mengurus pengguna. Setelah kitaran pengebilan semasa tamat, kami akan berhenti menyiarkan kempen aktif untuk mengelakkan pengakruan caj tambahan dan anda tidak lagi akan dibilkan untuk sebarang Google Ads secara automatik dalam kitaran pengebilangan pada masa depan. 

4. Apakah yang berlaku apabila sesetengah pengguna dalam akaun Google Ads berusia lebih 18 tahun?

Akaun tersebut tidak akan digantung. Pengguna yang berusia bawah 18 tahun akan kehilangan akses kepada Google Ads pada 7 September 2021. Iklan anda akan terus disiarkan dan akaun anda akan terus dibilkan.

Kami menasihatkan bahawa sekurang-kurangnya seorang pengguna yang berusia lebih 18 tahun diberikan hak pentadbir pada akaun ini, supaya mereka boleh terus mengurus akaun tersebut. Selepas 7 September 2021, pengguna yang berusia bawah 18 tahun tidak akan dapat mengurus kebenaran pengguna.  Selain itu, jika Profil pembayaran pada akaun Akaun Google Ads dipautkan kepada pengguna yang berusia bawah 18 tahun, iklan tidak lagi akan disiarkan dan pengebilan akan terhenti selepas kitaran semasa. Walau bagaimanapun, akaun tersebut tidak akan digantung. Dalam kes ini, anda boleh menghubungi kami untuk memindahkan Profil pembayaran bagi akaun Google Ads anda.

5. Apakah yang boleh saya lakukan untuk mengakses maklumat pembayaran kami jika akaun kami digantung?

Jika anda menerima e-mel ini, sila kemas kini tetapan pembayaran anda mengikut keperluan. Jika akaun anda sudah digantung, anda boleh menghubungi kami untuk mengemas kini maklumat pembayaran anda.

6. Adakah saya akan terus dibilkan apabila akaun iklan kami digantung?

Tidak pengebilan akan berhenti sebaik sahaja kitaran pengebilan semasa selesai. Google juga akan berhenti menyiarkan iklan anda supaya tiada caj tambahan diakru dalam kitaran pengebilan seterusnya.

7. Apakah yang perlu saya lakukan apabila saya menerima e-mel ini?

Sebaik sahaja anda menerima e-mel ini, anda perlu melakukan tindakan berikut:

  1. Memuat turun sebarang maklumat yang berkaitan dengan kempen, khususnya jika anda pengguna pentadbir pada akaun Google Ads ini.
  2. Mengemas kini peranti pemulihan anda supaya pengguna lain yang berusia lebih 18 tahun masih boleh mengakses akaun ini.
  3. Kemas kini tetapan pembayaran anda mengikut keperluan.

8. Bagaimanakah boleh saya tahu jika akaun pengguna saya akan digantung?

Anda disyorkan agar menghubungi pengguna pentadbir yang menggunakan akaun Google for Workspace Education anda. Pengguna pentadbir yang menggunakan akaun anda akan menentukan pengguna yang dilabelkan sebagai berusia bawah 18 tahun.

9. Saya berusia lebih 18 tahun dan boleh memberikan bukti umur saya. Bagaimanakah saya boleh merayu terhadap akses / penggantungan akaun?

Akaun Google Workspace for Education anda yang diurus oleh pentadbir anda. Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang akses kepada akaun anda, sila hubungi pentadbir anda untuk berbincang.Siapakah Pentadbir saya?

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
6463882603036995926
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false